Anda di halaman 1dari 18

Pendahuluan Istilah asli ertinya semulajadi (natural) atau tulen (original).

Sejak zaman penjajah, sebelum merdeka perkataan orang asli (natural people) merupakan istilah rasmi kerajaan pemerintah ketika itu, Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu, yang membawa maksud orang asal atau original people. (Carey, 1976). Orang Asli ialah Orang Asal Semenanjung Malaysia. IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauan Sulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapal dagang Inggeris, Belanda dan Portugis.

Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagai askar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yang mana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyat Negeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugis kerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka menggunakan pedang, tombak dan keris.

Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiada tempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka dengan menaiki beberapa buah tongkang atau jong ke suatu tempat baru ke arah Laut Cina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaan mereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatangbinatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.

Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung Tanah

Melayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air. Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib mereka hujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dan kehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dan dijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa Orang Asli memakan orang. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat ini mempunyai ekor. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apa sahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil cawat

Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahang yang diberi nama sekokoh. Nama ini adalah bererti sejiwa, sepadu, sehati dalam bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh, Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka tongkang atau jong masih ada yang mana diselaputi batu karang.

Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayam dan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu erat maka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini. Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkan rakyatnya menebang sebatang pokok terentang atau (kemahang) di tebing Sungai Pahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambung keesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak juga tumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidak berjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakun

sahaja. Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu pun ditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketua masyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuat hidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan hendaklah dihidangkan didalam daun rotan dahan. Kerja-kerja menyusun daun rotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dan kerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidak mengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesai sahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu, mengapa tuanku tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidak akan luka.

Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyai kepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi.

Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yang bernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika. Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Orang Akim Asli bin Buntat telah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan dibentangkan semasa simposium Masyarakat Antarabangsa Di Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun

Bahasa Orang Asli loghat Suku Jakun Jom kita ambil tahu bahasa suku kaum Jakun. Suku Kaun Jakun adalah tergolong dari suku Melayu-proto, jadi bahasa dia tak jauh beza dari orang Melayu. Kot lah ada sape-sape tersesat kat hutan boleh cakap sikit-sikit dengan Orang Jakun

nih. Saya = Hema, kema, kami, kok kamu = ajih orang = urang orang dewasa = urang tuha bapa = bapak emak = emok isteri = bini suami = laki lelaki = jantan perempuan = betinok kanak-kanak = anok-anok mereka = dia semo kawan = saing/rodong begini = begika/macam ika tolong = tulung

Jakun people From Wikipedia, the free encyclopedia Jump to: navigation, search

Jakun blowgun hunting party (1906) Jakuns are a group of Orang Asli (indigenous people) of the Malay Peninsula. They are closely related to the Malay people and are probably a branch of the protoMalays, whom the 19th century researcher A. R. Wallace called "savage Malays". They are also related to the Orang Laut, another indigenous group that lives along the coasts and depends on fishing. The Jakuns are taller than the other aboriginal peoples of the Malay Peninsula, the Semang and Sakai tribes. Jakun people typically have olive-brown to dark copper skin color. Some have intermarried with ethnic Malays or Chinese. Those who marry

Malays largely convert to Islam; families with Chinese ancestors may practise Chinese folk religion in addition to Jakun customs.

Jakun teenagers playing pick-up sticks in a community centre. Jakuns are mostly located in the south of Pahang and north Johor [1] Before the colonial era, many Jakuns would enter the jungle on a seasonal basis to harvest forest products. Most Jakun communities in the modern age have a settled lifestyle and stay in permanent villages practising agriculture. Like many other Orang Asli groups, however, they suffer from inadequate access to public schools, which can be far away from the communities. Non-Orang Asli Malay language speakers occasionally use the word "Jakun" as an insult for an unsophisticated person. This is considered derogatory and racist, and has been used recently by Dr Mohd Asri Zainul Abidin, former Mufti of Perlis, to criticize those who considered giving a different opinion is a crime: Hanya kelompok jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat. [2]

[edit] References
1. 2.

^ Origins, Identity, and Classification, Centre for Orang Asli Concerns ^ Antara ratu dan rakyatMalaysiakini

This article incorporates text from a publication now in the public domain: Chisholm, Hugh, ed. (1911). Encyclopdia Britannica (11th ed.). Cambridge University Press.
1. 2.

^ Origins, Identity, and Classification, Centre for Orang Asli Concerns ^ Antara ratu dan rakyatMalaysiakini

Riwayat Poyang Jelema

Gambar : Hiasan

Poyang1 Jelema atau nama panggilannya moyang Jelema adalah merupakan seorang wira Orang Asli dari suku kaum Jakun, zaman dahulu. Seorang Poyang yang tinggal di Tg. Bukit Batu, persisiran pantai laut China Selatan. Moyang Jelema mempunyai keistimewaan ilmu batin yang luar biasa. Boleh memuja sehelai daun lalang menjadi sebilah pedang sutera, menghilangkan diri (ghaib) dan seorang pendekar buah pukul2. Menurut Tok Batin Deh (cucu-cicit Poyang Jelema) , pedang sutera lembut seperti bayu dan membunuh musuh tanpa rasa kesakitan atau kesan luka. Pada suatu ketika, sekembalinya dia dari mencari damar dan rotan, didapati rumahnya musnah seperti diserang garuda. Yang tinggal seekor anak anjing kesayangan peliharaan anak lelakinya berusia tujuh tahun. Anak anjing tersebut duduk melolong sayu, sambil memerhati ke arah lautan. Dari arah hujung Tg. Bukit Batu tersebut di mana tapak pondok kediaman moyang Jelema, kelihatan sebuah kapal sedang berlabuh. Adapun kapal itu sangat jauh kedudukannya dari pantai ; kelihatan sebesar sehelai daun sireh ditengah lautan. Disambarnya sehelai daun lalang lalu diserunya menjadi sebilah pedang sutera dan dililitkan dipinggang. Beliau belari sepantas kilat di atas permukaan lautan menuju ke arah kapal tersebut yang telah menculik dan membunuh isteri serta anak lelakinya. Setelah sampai di atas kapal, wajahnya bertukar seperti singa apabila terpandang kepala isterinya terkulai berlumuran darah dan sementara anak lelakinya tergantung mati dijerut dengan tali. Amat menyedihkan lagi kelihatan diwajah anaknya itu berlinangan air matanya menahan kesakitan akibat didera. Anak-anak kapal tersebut yang juga merupakan kumpulan lanun cuba untuk menghalangnya. Beliau menghunus pedangnya dengan sepantas kilat membunuh seorang demi seorang anak-anak kapal yang menyerangnya. Dengan berangnya beliau menghampiri nahkoda kapal (anak lelaki ketua kumpulan lanun) maka berlakulah pergelutan pedang disitu. Akhirnya beliau dapat menumpas nahkoda tersebut dengan memenggal kepalanya. Sebelum kembali ke daratan, dikirimkannya kepala nahkoda itu kepada ayahandanya yang merupakan ketua kumpulan lanun rantau laut selatan. Sesudah itu, sampai sahaja ke daratan ; dibuatnya pula satu garisan berbentuk bulatan besar yang disebut sebagai bulatan laksmana rimba. Dengan berpakaian putih dan berselimpang hitam, Moyang Jelema duduk bersila rapat di tengah-tengah bulatan tersebut sambil menghadap dulang pebaran3.

Selama beberapa hari disitu beliau hanya makan tujuh ulas bertih 4 dan tujuh bekas kecil air suci gunung gelap5. Setelah tiga hari , tiga malam , menunggu kedatangan lanun-lanun tersebut untuk membalas dendam. Hari ke tiga, maka tibalah jong kapal yang amat besar beserta pahlawan handal lagi perkasa, bengis dan menakutkan. Dari jauh lagi sudah kedengaran gempak bapa kepada lanun yang mati dibunuhnya itu mencabar beliau. Setelah mendarat di Tg. Bukit Batu, diarahkan angkatan bersenjatanya mengepung, menyerang dan mencincang moyang Jelema. Akan tetapi malangnya nasib mereka setelah seorang demi seorang yang melangkah masuk ke dalam kawasan garisan bulatan yang dibuat oleh moyang Jelema ; tenggelam bagaikan terjatuh ke dalam lumpur, ditelan bumi. Segala lembing dan tombak melintasi garisan bulatan itu yang menuju ke arah moyang Jelema ; berderai menjadi debu. Sejurus kemudian seperti satu tiupan angin kencang seakan ribut debu bergerak ke arah lanun-lanun tersebut. Debu halus mengena mata, terhidu dan termasuk ke mulut mereka membuatkan mata, hidung dan mulut mereka berdarah. Pada masa yang sama juga kulit tubuh badan mereka terasa pedih yang amat dan gatal. Akhirnya lanun-lanun itu bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing dan ada yang menjerit melolong kesakitan. Moyang Jelema terus duduk bersila rapat dengan mata terpejam dan mulutnya tak henti-henti mambaca mantera sakti. Sementara ketua lanun tersebut pula cuba menghampiri moyang Jelema dengan bengisnya dan bersuara dalam keadaan cemas bertanyakan akan sebabnya moyang Jelema bertindak demikian. Jawab moyang Jelema, beliau hanya mempertahankan maruah, menuntut keadilan keatas kezaliman pembunuh isteri dan anak lelakinya yang tidak berdosa, penuh kekejaman dan tidak berperi kemanusian langsung. Tambah Moyang Jelema, asal usul hamba Orang Asli, tujuh tapis turun temurun hidup disini, tidak pernah sesekali membuat dosa ; membunuh sesama manusia. Ujarnya lagi kali ini, hutang darah, hamba bayar dengan darah, berpantang ajal sebelum maut . Demi keadilan juga moyang Jelema berdiri sambil membelakangi ketua lanun tersebut lalu mempelawanya masuk ke dalam bulatan untuk bertarung satu lawan satu. Apabila ketua lanun itu cuba melangkah kehadapan, kakinya terpaku melekat di bumi. Setelah menyedari apa yang berlaku, ketua lanun terus melutut, dan menyembah moyang Jelema, memohon maaf di atas segala perbuatan laknat anak lelakinya itu. Lalu beliau mengarah segelintir lagi anak kapalnya yang masih hidup kembali ke bahtera. Selepas tujuh langkah ke hadapan meninggalkan kawasan garisan bulatan moyang Jelema, ketua lanun menoleh ke belakang dan didapatinya moyang Jelema sudah tiada lagi di situ. Yang tinggal hanyalah mayat-mayat bergelimpangan memenuhi kawasan bulatan tersebut. Sejurus kemudian, kedengaran suara moyang Jelema melarang keras ketua lanun dan anak buahnya dari menjejaki kaki kawasan itu lagi.

Tragedi tersebut akhirnya diketahui oleh sanak saudara serta kaum kerabat moyang Jelema yang tinggal berdekatan jaraknya hanya sepelaung dari situ. Sanak saudara dan kaum kerabat beliau menyangkakan moyang Jelema sudah mati dilapah oleh lanun-lanun tersebut. Namun selepas tiga purnama, salah seorang anak saudaranya yang juga merupakan anak murid moyang Jelema mendapat alamat (melalui mimpi) menyatakan beliau masih hidup dan berpesan agar tidak bersusah hati. Jika ingin berjumpa, beliau meminta bertih ditabur dan bakar kemeyan putih atas puncak Tg. Bukit Batu. Adapun khabarnya hanya suara moyang Jelema sahaja kedengaran manakala wajahnya tidak kelihatan. Sireh-pinang, rokok gulung, nasi kunyit, panggang tupai, hati kura-kura, dan lain-lain yang dibawa untuknya pada waktu itu (ghaib) diambil oleh moyang Jelema. Sebelum anak saudaranya dan kaum kerabatnya beredar pulang, moyang Jelema sempat memberi mereka seketul kemeyan yang dibalut dengan kain putih bagi memudahkan anak saudaranya berjumpa beliau. Nota :
1

Poyang - menurut Orang Asli (Suku Jakun) ilmu kebatinan terdapat tiga peringkat iaitu jampi biasa (mantera) , bomoh / pawang , dan poyang. Ramai dikalangan mereka menguasai peringkat jampi biasa. Sebilangan kecil bertaraf bomoh (Tok Bomoh) atau pawang (Tok Pawang) manakala peringkat Poyang jarang sekali. Seseorang yang sudah cukup syarat, peringkat paling tinggi ilmu kebatinan maka disebut poyang. Diantara kelebihan seorang Poyang ialah boleh menghilangkan diri (tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia) , boleh berkomunikasi dengan alam ghaib dan handal buah pukul . Buah Pukul seni pertahanan diri (asal) berserta ilmu kebatinan Orang Asli (Suku Jakun). Contohnya Buah Pukul Bintan, Setapak Pukul Ttiga, Harimau Berantai, Buah Pukul Bangsawan, Buah Hang Tuah, dll. Talam Pebaran - bekas (berbentuk talam) tempat letak bertih, beras basuh, pengebas, sireh, pinang, dapur kecil tempat membakar kemeyan, mangkuk kecil berisi air, limau nipis, pisau lipat, dan lain-lain bahan untuk upacara perubatan / ilmu kebatinan. Pebaran adalah dapur kecil tempat membakar kemeyan atau akar sesiak (sejenis tumbuhan hutan). Bertih - padi huma atau padi biasa yang digoreng seterusnya kembang dan warnanya putih buih. Digunakan dalam upacara perubatan / ilmu kebatinan Orang Asli. Lazimnya dalam perubatan mengubati orang sakit, bela kampung, netau*, dll.

* netau - ialah upacara tradisional membuka kawasan baru bagi tujuan penempatan baru, sawah padi (huma) , kebun-dusun, dll.
5

Gunung Gelap menurut kepercayaan Orang Asli (Suku Jakun) Gunung Gelap adalah alam ghaib (misteri) hanya seseorang Poyang sahaja boleh sampai ke sana.

D. Jakun Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang. Jakun Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Kumpulan orang Jakun dengan sumpitan (1906) Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan. Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala). Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu. [sunting] Penempatan SUKU KAUM JAKUN JAKUN

Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang , Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan. Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala). Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.

IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauan Sulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapal dagang Inggeris, Belanda dan Portugis. Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagai askar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yang mana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyat Negeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugis kerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka menggunakan pedang, tombak dan keris. Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiada tempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka dengan menaiki beberapa buah tongkang atau jong ke suatu tempat baru ke arah Laut Cina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaan mereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatangbinatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.

Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung Tanah Melayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air. Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib mereka hujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dan kehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dan dijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa Orang Asli memakan orang. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat ini mempunyai ekor. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apa sahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil cawat Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahang yang diberi nama sekokoh. Nama ini adalah bererti sejiwa, sepadu, sehati dalam bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh, Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka tongkang atau jong masih ada yang mana diselaputi batu karang. Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayam dan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu erat maka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini. Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkan rakyatnya menebang sebatang pokok terentang atau (kemahang) di tebing Sungai Pahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambung keesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak juga tumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidak berjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakun sahaja. Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu pun ditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketua masyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuat hidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan hendaklah dihidangkan didalam daun rotan dahan. Kerja-kerja menyusun daun rotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dan kerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidak mengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesai sahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu, mengapa tuanku

tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidak akan luka. Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyai kepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi. Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yang bernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika. Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Akim bin Buntat telah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan dibentangkan semasa simposium Masyarakat Orang Asli Antarabangsa Di Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun CARTA ORGANISASI MASYARAKAT JAKUN Masyarakat Melayu, Cina dan Tamil mempunyai pemimpin atau ketua untuk mentadbir serta memberi kebajikan terhadap masyarakatnya selain dari Ketua Negara dan kerajaan yang memerintah begitu juga dalam kelompok masyarakat Jakun mempunyai kepimpinan yang tersendiri i) Struktur Organisasi Pentadbiran BATIN JURUKERAH MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN Proses penyelesaian masalah adalah dengan cara berkomunikasi dan hubungan dua hala. Dengan cara ini perkara-perkara yang timbul dapat di selesaikan dalam keadaan harmoni dan lebih kepada kekeluargaan. ii) Carta Organisasi Perubatan Dalam kes mengubati pesakit Tok Dukun atau Tok Bomoh adalah orang yang diperlukan oleh masyarakat ini: TOK DUKUN TOK BOMOH MALIM MUDA MAK BIDAN, INDIVIDU YANG PANDAI BERJAMPI Kaum JAKUN Bagaimana pesakit memohon pertolongan untuk mengubati penyakitnya. 1. berjumpa terus dengan Tok Dukun, atau Tok Bomoh 2. untuk bersalin berjumpa dengan Mak Bidan

3. berjumpa dengan individu yang pandai berjampi 4. jika individu tersebut tidak berupaya untuk mengubati pesakit tersebut beliau akan merujuk kepada Tok Dukun atau Tok Bomoh 5. Malim Muda adalah orang kanan kepada Tok Bomoh. Segala ilmu perubatan akan diturubkan kepada beliau setelah cukup masanya iii) Kaedah Perubatan Bermacam-macam cara atau kaedah perubatan yang diamalkan oleh masyarakat ini seperti yang dimaklumkan diawal tadi iaitu

BEBELIAN BERPUYANG

BERLANCANG BERANCAK

BERTUNGKU BERALIN

BERJAMPI BERKEBAS

HARI PERAYAAN Hari perayaan bagi masyarakat ini yang khusus mengikut agama adalah tiada mereka hanya menyambut hari-bari perayaan atau hari besar adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti atau musim-musim yang berkaitan dengan adat resam mereka. Bagaimana pun ada segelintir dari mereka menghormati hari-hari perayaan bangsa atau kaum lain seperti hari raya puasa, tahun baru cina dan sebagainya dengan membuat sedikit jamuan.

Hari perayaan itu adalah seperti berikut:a. musim menuai b. musim menuba ikan c. musim berlancang iaitu membela kampong Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secara bergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan lain-lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun. Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk dijamah ia juga sebagai pengikat tali persaudaraan kekeluargaan agar teguh dan erat CARA MENDAMPINGI MASYARAKAT JAKUN Amalan yang biasa dilakukan ialah dengan menjamu rokok, menjamu sirih pinang, hidangan minuman atau makanan sebagai buah tangan sebelum memulakan perbualan. Biasanya rokok dihulur oleh lelaki dengan lelaki dan perempuan sesama perempuan ini untuk mengelak sesuatu sikap cemburu yang berkemungkinan timbul

Bangsa Jakun

Merupakan suku kaum yang kedua terbesar antarasembilan belas kaum Orang Asli yang terdapat diSemenanjung Malaysia. Dipercayai telah menduduki Semenanjung sejak 7000 tahun yang lalu. Tergolong dalam kumpulan Melayu Proto. Kebanyakkan tinggal di kawasan pedalaman iaitudi kawasan bukit dan hulu sungai yang disekelilingihutan rimba. Di antara yang termaju berbanding dengan sukukaum lain di Malaysia. AKTIVITI MASYARAKAT Masyarakat Jakun masih bergantungkepada sumber alam semula jadi. Mereka giat bertani, menternak danberniaga secara kecil-kecilan. Masyarakat Jakun mengamalkan carahidup seakan-akan orang Melayu.Mereka menanam buah, pokok getahdan beras. AMALAN DAN KEPERCAYAAN Suku kaum Jakun mempercayai tentangkewujudan Tuhan yang menjaga alamsemesta, bumi dan langit. Mereka menganggap manusia terdiridaripada 4 unsur iaitu tanah, air, api danangin. Sifat manusia, dunia dan Tuhan jugatersirat dalam ilmu sihir dan ilmu kebatinanOrang Asli. Namun bagi mereka, mereka tidak halkejadian alam dan ketuhanan keranamereka menganggap diri mereka tidakberhak dan tidak wajar berbuat demikian. PERAYAAN Suku kaum Jakun menyambut BelaKampung yang mana upacara kemuncaknya pada tengah malam peralihan ke tahun baru. Semua warga kampung berkumpul dan membawa barang-barang masakan padi,pulut, kelapa dan ayam. Ianya bukan sebuah pesta tapi merupakansatu bentuk amalan kepercayaan dan adatresam suku kaum Jakun. BAHASA PERADABAN

Merupakan bahasa yang digunakan kaumJakun untuk memanggil nama saudaramara, individu atau jiran yang telahbekeluarga berdasarkan nama anak sulungmereka. Contohnya, anak sulung bernama Seman maka panggilan kepada bapa atau ibunya ialah Pak Seman atau Mak Seman. Bahasa peradaban ini digunakan sebagaitanda hormat masyarakat Jakun terhadapsesiapa sahaja. PERADABAN DAN KESOPANAN Bahasa suku kaum ini juga gerak-geri tubuh badan(body language) seperti ketertipan pergerakananggota tubuh. Contohnya, minta izin lalu di hadapan khalayak ramai,berjalan sambil tangan ke depan sebagai tanda mintalaluan dan sebelah lagi didakap dada. Secara ringkasnya, simbol bahasa sedemikian itumelambang peradaban, seni budaya dan kehalusanbudi pekerti. Sesuatu pertuturan menggunakan panggilan namapenuh terhadap golongan yang lebih tua daripada mereka dianggap kurang ajar tambahan lagi bilabercakap dengan nada yang tinggi. BAHASA ADAT Bahasa adat suku kaum Jakun seringdigunakan dalam majlis perkahwinanmenerusi pantun, seloka dan laguasli. Contohnya juga, ketikameminang, mereka menggunakanbahasa kiasan yang penuh bermaknayang menggambarkan niat ikhlas,harapan dan tujuan.

MASYARAKAT ORANG ASLI KE DUA TERAMAI DI DAERAH ROMPIN

Gambar Masyarakat Orang Asli di Rompin

Daerah Rompin selain dari Masyarakat orang melayu ke 2 teramai di Daerah Rompin ialah Masyarakat Orang Asli yang terdiri dari Masyarakat Orang Melayu Asli keturunan JAKUN Masyarakat ini bertutur dalam bahasa melayu lama. Jika kita menonton filem melayu sekitar awal penerbitan filem Melayu perkataan yang digunakan seperti mamak digunakan kepada bapa suadara. ada beberapa perkataan lain yang pernah saya dengar ketika menonton filem lama tersebut adalah perkataan-perkataan yang dilafaskan oleh pelakun adalah bahasa suku kaum JAKUN.Jika anda ke Rompin anda akan temui Perkampungan Orang Asli seperti Kg. Kundang, Kampung Amak, Kg. Kedaik, Kg. Taman, Kg. Jemeri, Kg. Kerpai, Kg. Batu tiga dan Kampung Batu 8 semua kampung ini dapat dilihat ketika kita dari Muadzam Shah atau dari Kuantan menghala ke Mersing. Sebahagian dari pada mereka di pengaruhi adat istiadat Orang Melayu dan mengikut adat cina

Anda mungkin juga menyukai