Anda di halaman 1dari 3

Bubur Lambuk dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, apabila

Parameswara ataupun nama baginda selepas memeluk agama Islam, Sultan Iskandar Shah, menerima
kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang mudah untuk ditelan
tetapi sedap dan berkhasiat. Namun begitu, sumber ini mungkin agak kabur dan terlalu jauh untuk
dikaitkan dengan hidangan bubur lambuk pada masa ini.

Satu lagi sumber mengatakan bahawa bubur lambuk mula dihidangkan di Malaysia, di kawasan
Kampung Baru, Kuala Lumpur .

Sejak zaman pemerintahan British, bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru memang diakui paling
popular di negara ini.

Berdasarkan sejarah, resipi bubur lambuk Kampung Baru dicipta seorang lelaki yang dikenali dengan
nama Said Bank. Rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur itu dikekalkan sehingga hari ini
sejak ia diperkenalkan pada akhir 1950-an.

Sebelum meninggal dunia, Said Bank menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu,
Mohd Tahir Jaafar. Allahyarham turut memberi amanah agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai
juadah berbuka puasa diagihkan secara percuma kepada orang ramai.

Masjid Jamek Kampung Baru dibuka pada tahun 1880-an. Ia adalah hasil permintaan penduduk
kampung Melayu tertua di negara ini yang mahukan masjid dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Seorang pedagang yang dermawan berasal dari Melaka, Bachik Abdullah menyumbangkan sebidang
tanah untuk tujuan itu.

Masjid Jamek Kampung Baru kemudiannya terus menempa sejarah pada tahun 2000 apabila tersenarai
dalam The Malaysia Book of Record kerana memasak 100 periuk bubur lambuk secara bergotong-
royong.

Adakah sejarah ini tepat? Mungkin terdapat kebenaran dan fakta yang membentuk sejarah penghasilan
bubur lambuk yang kita sedia ketahui pada hari ini, tetapi masih tidak dapat dibuktikan asal-usul dan
kepentingan hidangan ini.

Memandangkan makanan ini merupakan makanan tradisional patut diwarisi supaya tidak hilang ditelan
zaman,pihak Sekolah Kebangsaan Felda Seri Rasau telah memasukkan aktiviti penyedian bubur lambuk
sebagai antara aktiviti pasca UPSR.Generasi baru seawal pelajar sekolah rendah sepatutnya perlu tahu
tentang penyedian bubur lambuk ini.

Lazimnya, bubur ini diperbuat daripada beras dan campuran rempah serta sayuran pucuk paku miding.
Namun begitu, cara masakan bubur lambuk adalah berbeza-beza mengikut negeri.
Di samping itu, ubi keledek, udang kering dan isi daging atau ayam dimasukkan untuk menambahkan
lagi kelazatan bubur lambuk. Rasa lemak manis pada bubur tersebut diberi dengan masukkan santan
dan kulit kayu manis. Walau bagaimanapun cara bubur tersebut disediakan, bubur lambuk masih
menjadi makanan pilihan untuk dimasak terutamanya pada bulan ramadan.

Untuk mencari bubur lambuk yang enak dan menyelerakan bukan mudah kerana hanya ada tempat
tertentu yang menyediakan juadah itu. Periuk demi periuk dikacau dan diisi dengan campuran pelbagai
rencah seperti santan, daging, kulit kayu manis, bawang, daun sup dan rempah ratus.Di Terengganu,
selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping mentah dan budu juga ditambah bagi
menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain

Bubur lambuk menjadi lambang perpaduan dan kesatuan kerana penyediaan bubur itu sendiri dilakukan
secara bergotong-royong yang masih lagi di amalkan . Adalah menarik untuk dilihat cara satu hidangan
mudah seperti semangkuk bubur mampu mengeratkan silaturrahim antara individu dalam sesebuah
masyarakat.
Terimakasih kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya tuan guru besar,puan Zaini bt yahya,yang
banyak memberi sokongan dalam apa jua aktiviti yang dirangcangkan.tidak lupa juga kepada semua
warga sk felda seri rasau yang sentiasa menghulurkan kerjasama menjayakan semua aktiviti pasca upsr.

Terima kasih cikgu…

Anda mungkin juga menyukai