Anda di halaman 1dari 2

CARA-CARA MENGATASI KRISIS MAKANAN

-Untuk memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk


tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius, sesetengah negara
Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain
(termasuk Mesir) mengenakan sekatan eksport beras. Sesetengah negara
Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan
tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali,
sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport
makanan. Seperti negara membangun yang lain, Malaysia juga menghadapi
tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun
harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada
desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar
dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa.
-Ethanol dan biofuel
Seperti yang diterangkan sebelum ini, penghasilan dan penggunaan biofuel
meningkat dari tahun ke tahun. Komoditi seperti jagung, gandum dan tebu
digunakan sebagai bahan untuk menjana biofuel. Pada tahun 2007 sahaja,
permintaan jagung bagi penghasilan biofuel telah melonjak kepada 25%
berbanding permintaan bagi tujuan makanan yang hanya meningkat
sebanyak 4%. Lebih 100 juta tan metrik jagung telah digunakan oleh
Amerika Syarikat bagi penjanaan biofuel tahun lalu. Permintaan dunia yang
semakin bertambah terhadap biofuel akibat daripada kesan kenaikan harga
petroleum dunia sejak 2003 serta wujudnya kesedaran bagi mengurangkan
penggunaan bahan api fosil (petroleum, arang batu) untuk mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau.
Polisi Amerika Syarikat yang memberikan subsidi sehingga US$7 billion
setahun atau US$1.90 segelen ethanol meningkatkan minat pengeluar
makanan (jagung dan gandum) memasarkan bahan tanaman mereka bagi
penghasilan ethanol (biofuel). Ini secara tidak langsung meningkatkan harga
jagung yang selama ini dijadikan makanan haiwan seperti ayam, lembu dan
babi dan seterusnya menyebabkan harga daging turut naik. Sebanyak 18%
pengeluaran jagung di Amerika Syarikat dijadikan ethanol yang
menyumbang kepada 25% pengeluaran jagung dunia yang dijadikan ethanol.
-

Anda mungkin juga menyukai