Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Bahasa Melayu , kuih bahulu merupakan sejenis kuih yang bersifat

lembut diperbuat daripada tepung, telur dan gula1 . Kuih bahulu merupakan sejenis makanan

tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-

hari keramaian.2 yang bertujuan untuk meraikan sesuatu perkara seperti pada hari raya

Aidilfitri dan pada majlis perkahwinan sebagai pencuci mulut .

Mengikut sejarah orang – orang dahulu , perkataan “bahulu” adalah frasa yang wujud

daripada “buah tangan dari hulu” . Dalam hal ini, orang – orang yang berada di hulu sungai

dikatakan sebagai orang pertama yang mencipta kuih bahulu ini . Hal ini dikatakan demikian

kerana , pengangkutan air merupakan jalan utama bagi masyarakat dahulu untuk pergi

menuju ke sesuatu tempat untuk berdagang dan sebagainya . Kuih ini mampu bertahaan

dalam tempoh masa yang lama dan sangat sesuai untuk dibawa untuk perjalanan yang jauh

disebabkan oleh saiznya yang bersifat kecil serta ringan dan tidak membebankan untuk

dibawa . 3

Masyarakat terdahulu menggunakan tenaga manusia secara manual untuk menghasilkan

kuih bahulu . Disebabkan oleh peredaran zaman , pengusaha cuba untuk melakukan inovasi

dalam menghasilkan kuih bahulu . Hal ini dapat meningkatkan hasil jualan bagi kuih bahulu

tersebut dan dapat dikenali dengan lebih ramai lagi sebagai makanan tradisional . Pengusaha

juga telah memikirkan pelbagai cara bagi memajukan pemasaran kuih bahulu bagi

meningkatkan pembeliannya .
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Perkembangan dari segi bentuk dalam proses penghasilan bahulu

2.1.1 Kuih bahulu berbentuk cermai

Perusahaan Bahulu Crispy Warisan berjaya dibangunkan pada tahun 2000 oleh pengusaha

iaitu Puan Rohul Hafizah binti Ashaari . Beliau Berjaya mengumpul modal untuk

melakukan perubahan dalam penghasilan keropok lekor bagi membangunkan perusahaannya

di Kampung Paya Ulur

Semasa fasa awal perusahaan ini mula beroperasi pada tahun 2000 , Puan Rohul

memulakan perusahaan kuih bahulu ini dengan membuat kuih bahulu berbentuk cermai .

Kuih Bahulu yang berbentuk cermai ini dapat digambarkan sebagai bentuk seperti bintang –

bintang kecil yang bersaiz kecil yang sesuai dijadikan sebagai kudapan ataupun pencuci

mulut . Sambutan bagi kuih bahulu berbentuk cermai ini pada tahun 2000 hingga 2010 telah

berjaya mempengaruhi jualan sebanyak 500 unit kerana ketika waktu tersebut tiada alatan

yang dapat membuat acuan bagi kuih bahulu yang berbentuk selain berbentuk cermai .

Penduduk di Kampung Paya Ulur menjadikan kuih bahulu yang dijual oleh perusahaan

Bahulu Crispy Warisan sebagai wadah yang wajib untuk dibeli terutamanya ketika waktu

perayaan permintaan kuih bahulu amat tinggi oleh penduduk .Hal ini juga berlaku disebabkan

oleh ketiadaan teknologi maklumat bagi memesan kuih muih lain seperti yang tersedia pada

masa sekarang .
2.1.2 Kuih bahulu berbentuk belimbing

Pada tahun 2011 hingga 2015 , perusahaan Bahulu Crispy Warisan telah menaik taraf

dalam mewujudkan bentuk kuih bahulu selain daripada berbentuk cermai dengan kuih bahulu

berbentuk belimbing . Hal ini berlaku disebabkan oleh kewujudan bekas acuan yang baharu

yang terdapat sehingga dapat memberi idea kepada pengusaha iaitu Puan Rohul bagi

menambah variasi bentuk kuih bahulu berbentuk belimbing dalam perusahaannya .

Penggunaan acuan kuih bahulu belimbbing yang lebih besar berbanding kui bahulu yang

berbentuk cermai telah menampakkan perbezaan dari segi saiz antara mereka . Para

penduduk telah berubah citarasa yang dahulu menginginkan kuih bahulu yang bersaiz kcil

yang mudah untuk dimakan namun , pada tahun 2011 hingga tahun 2015 mereka lebih

memilih untuk kepuasan semasa mereka menikmati kuih bahulu tersebut . Oleh disebabkan

itu , Puan Rohul memilih untuk meggunakan acuan berbentuk belimbing bagi membuat kuih

bahulu kerana saiz kuih bahulu berbentuk belimbing lebih besar daripada berbentuk cermai

dan isinya yang lebih padat dan gebu . Variasi baru dalam mengusahakan kuih bahulu ini

telah meningkatkan lagi jualan kuih bahulu perusahaan Bahulu Crispy Warisan ini yang

mencatat sebanyak 800 unit yang dijual hasil pembelian penduduk setempat dan pelanggan

dari daerah lain .


2.1.3 Kuih bahulu berbentuk ikan

Seiring dengan perkembangan dari segi pembuatan kuih bahulu , pada tahun 2016 hingga

2020 terdapat bentuk baharu yang diusahakan oleh perusahaan Bahulu Crispy Warisan iaitu

kuih bahulu yang berbentuk ikan . Perusahaan ini telah mencapai keluaran kuih bahulu yang

sangat kreatif kerana pada tahun berikut , acuan yang berbentuk pelbagai rupa telah banyak

diwujudkan . Selain itu , kuih bahulu berbentuk ikan ini telah menarik minat pelanggan dari

daerah lain juga untuk membelinya disebakann oleh bentuknya yang unik tidak seperti kuih

bahulu yang tradisional . Hasil inovasi bentuk kuih bahulu yang baharu telah membuktikan

bahawa perusahaan ini berjaya memasarkan kuih bahulu kerana disebabkan juga oleh

pengambilan pekerja yang dapat membantunya dalam pembuatan kuih bahulu . Pekerja

beliau dapat dibahagi kepada kategori pemprosesan ketika membuat kuih bahulu dan sekitar

5 orang dan kategori penjualan pula seramai 4 orang . Usaha yang dilakukan oleh pengusaha

dapat mengekalkan minat pelanggan dengan mengikuti trend mengikut peredaran zaman dan

citarasa pelanggan pada tahun - tahun yang dikaji .


2.2 Cabaran yang dihadapi bagi mengekalkan perusahaan kuih bahulu

Berdasarkan penyelidikan difahamkan Puan Rohul mengutarakan beberapa cabaran yang

harus beliau tempuhi dalam melonjakkan dirinya untuk mencapai kejayaan dalam bidang

yang diceburinya . Dengan ketekunan dan kegigihan , akhirnya beliau berjaya dalam

memajukan perusahaannya agar terus membangun mengikut peredaran zaman .

2.2.1 Memenuhi kehendak pelanggan

Keperluan dan kehendak pelanggan pada hari ini adalah pelbagai manakala sumber dan

keupayaan usahawan atau pengeluar untuk memenuhinya sangat terhad . Pengguna mahukan

produk yang unik dan berkualiti dengan harga yang rendah dan berpatutan dan ianya

mungkin sukar untuk dipenuhi oleh pengusaha . Hal ini kerana , pengusaha sering

menghadapi kekurangan modal untuk membeli peralatan seperti bekas acuan dan ketuhar

yang terkini serta masih menggunakan kaedah manual dalam pengeluaran sesuatu produk .

Pada masa kini , pelanggan semakin berkuasa dalam menentukan pilihan mereka sendiri .

Dengan pilihan yang pelbagai , mereka bebas untuk membuat perbandingan antra proses

buatan daripada pelbagai perusahaan . Secara tidak langsung , pengusaha perlulah

mengekalkan pelanggan yang sedia ada supaya dapat mengekalkan jualan mereka .
2.2.2 Menghasilkan produk yang berkualiti

Dengan pilihan pengguna yang pelbagai dan unik untuk dipenuhi , maka pengusaha perlu

memikirkan cara untuk melakukan perubahan pada perniagaannya sama ada pada peringkat

input , proses tranformasi mahupun output . Tingkat kualiti sesuatu produk harus

dipertingkatkan tanpa meningkatkan kos dari segi pengeluaran . Pengusaha perlulah

berfikiran kreatif bagi membuat inovasi terhadap produk mereka . Pengusaha juga perlu

berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dengan memperolehnya dari Institut Piawaian dan

Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk menambahkan lagi keyakinan pelanggan

terhadap produk dan perusahaan miliknya .

2.2.3 Mempunyai ramai saingan

Hasil perbualan dengan pengusaha tersebut yang menyatakan cabaran dan dugaan yang

ditempuhi oleh beliau ialah mempunyai saingan yang ramai . Cabaran ini merupakan cabaran

terbesar dalam perniagaan kerana terdapat ramai penjual – penjual kuih bahulu lain di

kawasan sama setelah berlaku peredaran zaman . Tambahan pula , sekarang penjualan secara

dalam talian juga semakin berleluasa dan hal ini telah menjadi satu cabaran untuk pengusaha

terpaksa bersaing dengan lebih ramai penjual kuih bahulu di daerah Pasir Mas .
2.2.4 Kekurangan Modal

Disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi ekoran daripada pandemic 2020 yang berlaku

telah menyebabkan harga bahan mentah semakin meningkat . Disebabkan oleh perkara

tersebut , pengusaha telah mengalami masalah harga barang mentah naik seperti harga telur

dan gula semakin meningkat . Hal ini dikatakan demikian kerana perkara ini telah mendorong

pengusaha untuk mengeluarkan modal yang tinggi . Apabila modal yang dikeluarkan tinggi ,

maka pengusaha perlu mengeluarkan hasil yang tinggi juga untuk mendapatkan semula

modal . Jikalau tidak melakukan perkara tersebut , pengusaha akan mengalami kerugian dan

akan menyebabkan pengusaha untuk muflis .

2.2.5 Pemasaran

Cabaran yang dihadapi juga oleh pengusaha ialah pemasaran . Pemasaran merupakan satu

strategi penting dalam semua jenis penjualan termasuklah perusahaan kuih bahulu yang

diusahakan oleh pengusaha ini . Namun , disebabkan oleh ramai saingan yang juga menjual

kuih bahulu , produk Puan Rohul kurang mendapat sambutan dalam tempoh seketika iaitu

pada tahun 2002 hingga 2005 . Strategi pemasaran kini sangatlah susah kerana ramai yang

sanggup melakukan apa sahaja untuk lebih menonjol ke hadapam daripada pesaingnya yang

lain . Hal ini telah membuatkan pengusaha perlu mempelajari teknik pemasaran yang

berkesan dalam menarik perhatian generasi pada masa sekarang.


2.3 Kesan pengekalan kuih bahulu terhadap penduduk

2.3.1 Melahirkan modal insan yang berjati diri

Industri makanan tradisional dapat melahirkan modal insan yang berjati diri kebangsaan dan

patriotik. Hal ini sedemikian kerana makanan tradisional penting dalam meneruskan adat

serta warisan budaya yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat

majmuk di Malaysia. Dalam konteks masyarakat Malaysia, makanan tradisional merupakan

elemen yang penting untuk melambangkan identiti dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa.

Oleh itu,

jikalau anak muda di Malaysia sedar akan keunikan dan keistimewaan budaya masing-

masing, maka tidak akan berlakunya kehilangan dan kepupusan budaya serta adat tradisi

masyarakat berbilang kaum dalam kalangan anak muda yang lebih dikenali sebagai ‘Generasi

Y’ bak kata peribahasa Melayu “biar mati anak, jangan mati adat”. Selain itu, masyarakat

dapat mengetahui tentang keistimewaan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut yang

mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk cuba merasa. Di

samping itu, kepelbagaian makanan tradisi ini dilihat turut menyumbang kepada tahap

pemahaman dan perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

2.3.2 Menaiktaraf kehidupan masyarakat

Makanan tradisional juga mampu untuk menaiktarafkan kehidupan masyarakat khususnya

penduduk luar bandar. Makanan tradisional seperti kuih bahulu memainkan peranan yang
amat penting dalam memajukan industri kecil-kecilan di perkampungan desa. Sebagai

contoh, pihak kerajaan telah memperkenalkan “Industri Kecil dan Sederhana” (IKS) di

beberapa negeri seperti Kelantan, Perak dan Terengganu yang bertujuan untuk merancakkan

hub industri pemakanan tradisional sebagai input dan penjana ekonomi utama penduduk

kampung dan sekitarnya. Hasilnya, penduduk luar bandar tidak semata-mata menjalankan

ekonomi sara diri secara tradisional seperti menanam padi dan menangkap ikan untuk

menyara hidup keluarga tetapi juga berkeupayaan untuk mendirikan kilang-kilang

pemprosesan makanan tradisional secara kecil-kecilan sebelum dipasarkan atas bantuan

modal dan teknologi oleh pihak kerajaan

2.3.3 Menjana pendapatan rakyat

Hal ini sedemikian kerana makanan tradisional diproses dan dibungkus sebelum dieksport ke

luar negara. Usaha proaktif ini dapat membawa pulangan yang lumayan sekali gus

menambahkan sumber pendapatan rakyat jelata. Makanan tradisional Malaysia seperti kuih

bahulu turut dapat dipromosikan ke seluruh pelosok dunia dan mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada masyarakat antarabangsa. Sambutan yang hangat daripada

masyarakat luar negara bukan sahaja akan memajukan industri makanan tradisional tempatan

bahkan juga berdaya saing untuk menjana pendapatan yang lumayan kepada rakyat dan

negara. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kemasukan pelancong asing yang meningkat

dari setahun ke setahun. Hal ini demikian kerana daya tarikan keistimewaan negara yang

dapat memaut hati para pelancong. Para pelancong akan membeli makanan tradisional ini

untuk mencuba bagaimana rasanya makanan tradisional ini dan ini akan membuatkan

pelancong terpaut untuk membeli lebih lagi untuk dibawa pulang ke negara mereka. Bertitik
tolak daripada itu, mereka membantu mempromosikan negara kita kepada mata dunia untuk

menarik kedatangan pelancong lain.

3.0 KESIMPULAN

Makanan tradisional memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan bangsa
dan negara selain merupakan wahana yang efektif untuk mempromosikan keistimewaan dan
keunikan yang dimiliki masyarakat majmuk di negara kita . Oleh sebab itu, semua pihak
termasuklah rakyat jelata haruslah berganding bahu untuk memajukan industri pemprosesan
makanan tradisional sehingga peringkat antarabangsa. Sudah tiba masanya, rakyat berbilang
ras dan agama mengambil tahu, belajar memahami dan menghargai keunikan dan
keistimewaan makanan tradisional masyarakat Malaysia dalam proses pembangunan bangsa
dan negara .

Masyarakat di Kampung Paya Ulur mempunyai citarasa yang masih sama seperti dahulu

terhadap kuih bahulu sebagai kuih tradisional bagi orang Melayu walaupun telah melangkah

ke abad ke – 21 . Pengkaji merumus bahawa terdapat peningkatan terhadap variasi kuih

bahulu dan cara kuih tersebut dimasak serta cara untuk dikekalkan sehingga kini . Dalam

kajian ini juga , pengkaji dapat mengetahui cabaran – cabaran yang dihadapi oleh pengusaha

dalam beliau berusaha bagi mengekalkan kuih bahulu yang dijual sehingga sekarang .
1
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=baulu&d=169476&
2
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahulu

3
http://mhp2020.blogspot.com/2008/10/sejarah-bermulanya-bahulu.html

Anda mungkin juga menyukai