Anda di halaman 1dari 9

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERAK

Negeri Perak memiliki pelbagai makanan tradisi yang boleh kita nikmati hingga hari ini. Jika

berkunjung ke beberapa daerah sekitar negeri Perak, kita akan dapat menikmati pelbagai

hidangan tradisi masyarakat setempat. Antara menu yang boleh anda cuba di negeri Perak

adalah seperti yang tersenarai di sini.

NASI LEMUNI

Nasi Lemuni ini berwarna hitam dan dimasak menggunakan daun lemuni yang semakin sukar

didapati masa kini. Hidangan ini biasanya menjadi menu hidangan wanita selepas bersalin

dan semasa dalam pantang kerana ramuannya yang turut menggunakan lada hitam sangat

bersesuaian. Nasi Lemuni ini boleh ditemui di sekitar Kuala Kangsar dan juga Lenggong
terutamanya semasa bulan Ramadhan. Ia dimasak menggunakan air serta daun lemuni yang

dikisar. Rasanya sedikit pedas dan dimakan bersama serunding kelapa. Ia juga enak dimakan

bersama ikan masin yang digoreng panas. Ia juga sering dijadikan hidangan bagi wanita yang

berpantang selepas bersalin.

GULAI TEMPOYAK

Gulai Tempoyak sememangnya enak sekali dimakan bersama nasi putih. Hidangan ini yang

juga merupakan menu tradisi masyarakat Perak turut digemari ramai. Biarpun gulai tempoyak

ini juga merupakan masakan tradisi Pahang, namun cara penyediaannya adalah berbeza.

Gulai tempoyak Perak menggunakan pelbagai jenis ikan seperti ikan ikan patin, ikan keli,

jelawat dan kembung. Cara penyediaan serta bahan yang digunakan juga sangat mudah. Ia

terdiri dari tempoyak, cili merah atau cili padi, serai, serbuk kunyit atau kunyit hidup, timun,

ikan, garam dan gula. Sekiranya tempoyak tidak cukup masam, boleh ditambah beberapa

keping asam gelugur. Gulai tempoyak ini juga sering dijadikan hidangan sewaktu kenduri di

kampung – kampung.
RENDANG TOK

Rendang Tok antara makanan tradisi Perak yang begitu terkenal. Ia juga sering menjadi

antara lauk kegemaran semasa kenduri kendara atau majlis perkahwinan. Bagi masyarakat

Melayu di Lembah Sungap Perak dari Kuala Kangsar hingga ke Teluk Intan, menu ini

bukanlah menu asing malah menjadi kegemaran ramai

LAKSA KUALA(TEPUNG GANDUM)

Laksa Kuala kelihatan seperti laksa Kedah atau laksa Penang, namun ia memiliki perbezaan

serta keistimewaannya yang tersendiri. Mee laksanya diperbuat daripada tepung gandum

sepenuhnya dan tidak dicampurkan dengan tepung beras.


DAGING MASAK HITAM

Daging Masak Hitam ini merupakan hidangan turun temurun masyarakat Melayu Lenggong

yang berada di daerah Hulu Perak. Dahulunya, hidangan ini sering dijadikan salah satu menu

semasa majlis perkahwinan atau dihidangkan kepada para pembesar dan tetamu istimewa

sahaja.

PENJAN UBI KAYU

Penjan ubi kedengarannya agak pelik. Namun, jika anda ingin tahu, hidangan ini antara

makanan tradisi Perak yang semakin dilupakan. Dahulunya, hidangan ini sering dimakan

pada waktu petang. Sangat sedap dimakan bersama secawan kopi pekat.
BUBUR ANAK LEBAH

Bubur anak lebah mendapat nama kerana ketulan pepejal di dalam bubur ini berwarna putih

serta bersaiz kecil seperti anak lebah. Ia sangat popular di kawasan Lenggong dan juga Kuala

Kangsar. Biasanya hidangan ini disajikan sewaktu majlis berendoi atau majlis naik buaian

untuk bayi baru lahir atau selepas pantang.


RESEPI BUBUR ANAK LEBAH

Sekampit tepung beras

Segenggam tepung gamdum

Sedikit kapur

Sedikit pencelup hijau

10 helai daun pandan dikisar ambil airnya

Sedikit air

CARA MEMASAK:

Campur kesemua bahan-bahan sekali. Gaul sampai lembik dan tidak cair sesuai utk ditenyeh

di acuan.

Adunan ini akan ditenyeh sampai biar jatuh sendiri dalam air panas (macam dalam gambar)

Kemudian sudah masak baru keluarkan dan basuh dengan air biasa baru di bubuh dalam kuah

bubur untuk dimasak bersama2.

BAHAN-BAHAN

3kg santan

1/2kg gula merah (dicairkan dan ditapis)

Gula biasa secukup rasa

Sedikit garam
Air biasa secukupnya.

Daun pandan

CARA MEMASAK:

Masukkan santan dan gula merah yang sudah dicairkan.

Tambahkan air biasa mengikut kepekatan bubur yang kita mahu.


Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa sendiri

Anda mungkin juga menyukai