Anda di halaman 1dari 14

ASSIGNMENT TITLE: MALAYSIAN DELICACIES

SUBJECT

: MALAYSIAN CUISINE

SUBJECT CODE

: KCD 1214

LECTURERS NAME : NURUL NADIA BT AHMAD TERIDI


STUDENT NAME

: AHMAD AMIRUL AZAM BIN


SAIFULLAH

MATRIC NO

: 2013281341

PROGRAMME

: DIPLOMA IN CULINARY ARTS

SEMESTER

:7

COHORT

: AUGUST 2013

SUBMISSION DATE : 9 OCTOBER 2015

ISI KANDUNGAN
CONTENTS
PENGHARGAAN

PAGES

PENGENALAN & SEJARAH


RESEPI & CARA MEMBUATNYA
MAKLUMAT TAMBAHAN
KESIMPULAN
LAMPIRAN
RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Cik Nurul Nadia Bt Ahmad Teridi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENGENALAN

Bubur lambuk atau lambut merupakan sejenis hidangan yang amat masyhur pada
bulan puasa di Malaysia. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid-masjid
untuk diagih-agihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.
Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk
paku miding. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala kerepok keping
mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering
dan lain-lain.

SEJARAH BUBUR LAMBUK

Sejak zaman pemerintahan British, bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru
memang diakui paling popular di negara ini. Berdasarkan sejarah, resipi bubur lambuk
Kampung Baru dicipta seorang lelaki yang dikenali dengan nama Said Bank.
Rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur itu dikekalkan sehingga hari ini
sejak ia diperkenalkan pada akhir 1950-an. Sebelum meninggal dunia, Said Bank
menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu, Mohd Tahir Jaafar.
Allahyarham turut memberi amanah agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai
juadah berbuka puasa diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Masjid Jamek
Kampung Baru dibuka pada tahun 1880-an. Ia adalah hasil permintaan penduduk kampung
Melayu tertua di negara ini yang mahukan masjid dibina di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Seorang pedagang yang dermawan berasal dari Melaka, Bachik Abdullah
menyumbangkan sebidang tanah untuk tujuan itu. Masjid Jamek Kampung Baru menempa
sejarah pada tahun 2000 apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Record kerana
memasak 100 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong.
Sejarah mencatatkan dalam hikayat Melayu lama, bubur lambuk tercipta pada zaman
pemerintahan Parameswara iaitu raja Melaka yang pertama. Parameswara ketika itu
menerima kunjungan Maharaja Hun Jen dari Kemboja yang mahukan sejenis makanan yang
mudah untuk ditelan tetapi sedap dan berkhasiat.

RESEPI DAN CARA MEMBUATNYA

ingredients
1 cawan beras
4 ekor ikan
1 cawan santan
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu kecil lada hitam
Daun kesum
Sawi
methods
Rebus beras hingga hancur. Rebus ikan dan tumbuk bersama lada hitam, bawang merah dan
bawang putih. Apabila beras hancur, masukkan santan dan air. Kemudian masukkan bahan
tumbuk tadi. Akhir sekali, masukkan sawi. Sesuaikan rasa. Hias dengan ikan bilis.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Setiap makanan pasti ada gaya dan caranya yang tersendiri untuk menyedapkan sekali gus
membuatkan makanan itu lebih menarik. Bagi resepi bubur lambuk, untuk menambahkan
aromanya bolehlah menggunakan daging tetel, udang kering, santan, minyak sapi, minyak
kelapa dan garam secukup rasa. Selain itu penggunaan daun pandan, daun sup dan daun
bawang turut dicampur serta ditabur dengan bawang goreng. Bubur lambuk lebih enak
ditambah dengan perisa tambahan antaranya, daging, udang , santan, dan daun bawang untuk
menambah perisa bubur lambuk. Bubur lambuk kebiasaannya popular pada bulan Ramadhan.
Masyarakat gemar menjadikan bubur lambuk sebagai hidangan di masjid,aktiviti keramaian
dan sebagainya. Keistimewaannya ialah semasa proses membuat bubur lambuk,masyarakat
dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka kerana proses ini memerlukan ramai
orang dan saling bertukar idea semasa aktiviti keramaian.

KESIMPULAN

Dapat saya simpulkan di sini ialah saya dapat mempelajari sejarah, asal
usul bubur lambuk. Setiap hidangan dan makanan itu terdapat asal usul
dan cara pembuatannya yang tersendiri. Setiap negeri-negeri di Malaysia
mempunyai sejarah makanannya yang tersendiri.

Walaupun makanan itu mempunyai nama yang berlainan, tetapi cara


pembuatan dan rasanya lebih kurang sama. Bagi saya, memasak bukan
suatu benda yang senang kerana ia memerlukan fizikal dan mental yang
kuat.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah
menolong saya dalam menjayakan tugasan ini.

LAMPIRAN

Nasi direbus terlebih dahulu

Santan dimasukkan

Air dimasukkan

Masukkan ikan rebus yang telah dibuang tulang,bawang putih,


bawang merah dan lada hitam

Masukkan lauk

Potong sawi

Sawi dimasukkan setelah semua bahan masak

RUJUKAN

1. INDIVIDU

KHUZAIPAH BINTI OMAR


SURI RUMAH

2. LAMAN WEB
https://www.google.com/search?sourceid=chrome-psyapi2&ion=1&ie=UTF8&q=sejarah%20bubur%20lambuk&oq=sejarah%20bubur

%20lambuk&aqs=chrome.0.0l2.16481j0j8&rct=j
https://www.google.com/search?sclient=psyab&q=resepi+bubur+lambuk&oq=sejarah+bubur+lambuk&gs_l=serp.1.0.0i71
l4.0.0.0.174277.0.0.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1c..64.psyab..0.0.0.Z3uMLN_zC_g&pbx=1&biw=1366&bih=599&ion=1&cad=cbv&se
i=AYoaVsauDIi_uASJsiQ

3. BUKU

BUKU RESEPI RASA

RUJUKAN

1. INDIVIDU

NAMA : PITTERIAH BINTI ABD RAHMAN


PEKERJAAN : SURI RUMAH

2. BUKU

BUKU RESIPI MODEN DAN TRADISIONAL KEMAS SIRI 1

3. LAMAN WEB

https://ms.wikipedia.org/wiki/Laksa_Penang
https://www.google.com/search?
newwindow=1&biw=1366&bih=599&q=resepi+laksa+penang&oq=resep
i+laksa+pe&gs_l=serp.1.0.0l10.46216.57871.0.61403.10.7.1.2.2.0.762.29
20.2-2j2j1j1j1.7.0....0...1c.1.64.serp..0.10.2936.Br2k9qwpJK0

Anda mungkin juga menyukai