Anda di halaman 1dari 3

NAMA MURID : NUR SYAZWANA BINTI MOHD ROMIZI

NAMA SEKOLAH : SK BAKONG, PASIR MAS

NAMA PERTANDINGAN : PIDATO SR

TAJUK PIDATO : MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mula bicara,
Sembah hamba pembuka bicara.

Salam perpaduan dihulurkan untuk semua. Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang saya
hormati, panel hakim yang arif lagi bijaksana, warga pendidik yang budiman seterusnya hadirin-
hadirat yang saya kasihi. “Masyarakat Sepakat Membawa Berkat” begitulah tajuk pidato saya
pada hari ini.

Merujuk Kamus Dewan edisi ketiga, hidup sepakat bermaksud hidup saling bekerjasama
manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah. Maka
kesimpulannya hidup saling bekerjasama akan mendatangkan kebaikan kepada sesebuah
masyarakat.

Hendak belayar ke Teluk Betung,


Sambil belayar labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Hadirin sekalian,
Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti
Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang suci. Kita perlu
berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Perkara ini tidak
dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar dalam ingatan. Hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Dengan
terbinanya amalan bekerjasama antara kaum, maka akan wujudlah perpaduan dan
kesejahteraan hidup. Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran
kaum mudah berlaku.

Sidang dewan yang saya kasihi,


Masih ingatkah anda wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana menteri kita,
Tun Dr Mahathir Mohamad? Dalam cabaran yang kelima telah dinukilkan dengan jelas iaitu
untuk membangunkan masyarakat yang bertoleransi. Ini bermakna rakyat Malaysia yang
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat istiadat, budaya dan agama tanpa sekatan dan
kongkongan. Masyarakat Tionghua tanpa canggung memakai baju kurung dan kebaya. Begitu
juga masyarakat Melayu betapa anggun mengenakan ceongsam dan sari. Keadaan inilah yang
menonjolkan keunikan negara Malaysia yang maju dan dibangunkan oleh rakyat yang berbilang
kaum dan agama.

Hadirin yang saya hormati,


Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang. Jikalau kita bersatu hati, kerja
yang susah menjadi senang. Dalam hidup berjiran tetangga kita perlu mewujudkan masyarakat
yang saling mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan
agama. Yang buta dipimpin, yang sakit diziarahi. Susah senang sesama jiran ditangani
bersama-sama. Bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu
dipinggirkan daripada sanubari. Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal
kekeluargaan dan kemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan. Saranan ini
bertepatan dengan dasar kebudayaan yang menggalakkan keharmonian perhubungan antara
kaum. Jiran sepakat membawa berkat.

Warga dewan yang setia,


Generasi hari esok adalah pewaris kepemimpinan hari ini. Institusi pendidikan memainkan
peranan penting untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri.
Seandainya sikap individualisitik dan materialistik wujud di kalangan pelajar maka
berkemungkinan akan melahirkan prejudis terhadap rakan etnik yang lain. Melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan, unsur-unsur negatif ini dapat ditangani demi kepentingan perpaduan
nasional. Akhirnya marilah kita bersama-sama bersatu mengekal dan mengukuhkan
permuafakatan.
Bunga dedap di atas para,
Anak cina pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai