Anda di halaman 1dari 7

Bahagian A

(20 Markah)

Jawab semua soalan yang diberikan.

1. Yang manakah pernyataan yang benar berkaitan dengan perkataan “Melayu” pada peringkat
awalnya yang dikatakan merujuk kepada tempat?

I Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dengan merujuk kepada sebuah tempat di


Tanjung Kuantan.

II Seorang pengembara China menyebut perkataan Mo-lo-yu dengan merujuk kepada satu
tempat di bawah pemerintahan Sri Wijaya.

III I’Tsing menggunakan perkataan Mo-lo-yudengan merujuk kepada sebuah kerajaan di


Sumatera.

IV Kitab Purana menggunakan perkataan Malaya dvipa dengan merujuk kepada Tanjung
Penyabung

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

2. Bahasa ini dikenali juga sebagai Bahasa Autronesia Barat

Apakah nama bahasa yang menepati pernyataan di atas?

A Bahasa Polinesia

B Bahasa Mikronesia

C Bahasa Nusantara

D Bahasa Melanesia

3. Yang manakah susunan batu bersurat yang betul mengikut tarikh penemuannya?

I Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh

II Batu Bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah

III Batu Bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka

IV Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang

A II, III, IV, I

B III, IV, I, II

C IV, II, I, III


D IV, III, II, I

4. Yang manakah padanan yang betul bagi batu bersurat dan jenis tulisan yang digunakan?

Tulisan yang dipinjam Tulisan yang dipinjam dari Tulisan yang dipinjam dari
dari India Selatan India Utara Arab
A Batu Bersurat di Batu Bersurat di Kota Kapur Batu Bersurat di Sungai
Gandasuli Teresat
B Batu Bersurat di Talang Batu Bersurat di Karang Batu Bersurat di Pagar
Tuwo Brahi Ruyong
C Batu Bersurat di Kedukan Batu Bersurat di Gandasuli Batu Nisan Malik Al-Salleh
Bukit
D Batu Bersurat di Kota Batu Bersurat di Kedukan Batu Bersurat di Minye
Kapur Bukit Tujoh

5. Yang manakah kererangan yang benar tentang bahasa Melayu klasik?

I Berkembang pesat semasa kerajaan Johor-Riau

II Telah menerima pelbagai pengaruh bahasa asing

III Mengalami perancangan dan pembinaan yang sistematik

IV Maih banyak penggunaannya pada batu bersurat dan daun lontar

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6. I Bertarikh 1380M

II Merupakan batu nisan

III Menggunakan huruf India

IV Mengandungi banyak perkataan Arab

Yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas ialah batu bersurat yang ditemui di

A Sungai Teresat

B Pagar Ruyung

C Kedukan Bukit

D Minye Tujuh

(Set 3 Buku Score In STPM Soalan 5)


7. Langkah yang manakah yang dikaitkan dengan proses pengekodan dalam perancangan bahasa?

I Menghasilkan istilah dan buku tatabahasa

II Menyelaraskan sistem tulisan dan sistem ejaan

III Mempertingkatkan status bahasa sebagai bahasa pentadbiran

IV Memperluas penggunaan bahasa meliputi semua tahap pengajian

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

(Kertas Soalan Tahun2 lepas (ulangan 2019/2020) Soalan 6

8. Dalam perkembangannya menjadi bahasa moden, bahasa Melayu mengalami perubahan yang
paling ketara dari aspek

I Binaan perkataan

II Pertambahan laras

III Perbendaharaan kata

IV Perubahan makna

A I dan II

B II dan IV

C II dan III

D III dan IV

(Effective Practice Bahasa Melayu Soalan 74)

9. Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang menggunakan imbuhan pinjaman daripada
bahasa Sanskrit?

I Pendekatan sejarawi tidak dapat diterima oleh ahli sains itu.

II Sukan intrajabatan itu akan diadakan pada awal tahun hadapan.

III Pemuda itu merupakan karyawan yang begitu disegani di negara ini.

IV Sambutan belia terhadap seminar dwitahunan itu amat menggalakkan.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV
D III dan IV

(Soalan Tahun2 Lepas STPM 2017 Soalan 8)

10. Bunyi-bunyi yang menjadi anggota bagi fonem disebut

A alomorf

B homofon

C alofon

D morfofonem

(Effective Practice Soalan 64)

11. Yang manakah kata yang jika diberikan imbuhan, akan berlaku glotalisasi sebagai artikulasi
tambahan?

I Ceria

II Emas

III Rendah

IV Harus

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

(Score in STPM kertas model 5 Soalan 10)

Soalan 12 dan 13 berdasarkan carta di bawah

Bunyi
Letupan

Lelangit
Dua Bibir
Lembut
Bersuara Bersuara
Bersuara Bersuara

P Q R S

12. Bunyi pada petak Q terdapat pada kedua-dua perkataan

A terbang, terbelenggu

B mempelam, terpendam

C membesar, ketupat

D ketuhar, peluang

13. Kesemua perkataan yang diberikan mempunyai bunyi petak S, kecuali

A kerengga

B kerangka

C kegusaran

D kebergantungan

14. Yang manakah perkataan yang penyebutannya mengalami artikulasi sertaan?

I Mendodoi

II Meredai

III Menyemai

IV Melukai

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

(Score in STPM Soalan Ramalam STPM Soalan 15)

15.
 Udara dari paru-paru disekat pada gusi-lelangit keras
 Udara kemudian dilepaskan secara perlahan-lahan
 Keadaan pita suara terbuka
Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas terdapat dalam perkataan

I hambat

II cetus

III ujaran

Iv klac

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

(Effective Practice Soalan 105)

16.
Sengau gusi + Vokal depan luas + Sengau dua bibir + Letupan dua bibir bersuara + Vokal depan luas +
Letupan lelangit lembut tak bersuara

Yang manakah perkataan yang susunan fonemnya seperti di atas?

A Nangka

B Nyanyi

C Nampak

D Mampat

17. Yang manakah perkataan yang mempunyai konsonan rangkap?

A Isyarat

B Enggang

C Mastautin

D Trolak

18. Bunyi konsonan pada suku kata akhir tertutup bagi perkataan “selempang” ialah

A Letupan dua bibir bersuara, sengau lelangit lembut

B Letusan lelangit keras bersuara, sengau gusi


C Letupan dua bibir tak bersuara, sengau lelangit lembut

D Letusan lelangit keras tak bersuara, sengau lelangit keras

19. transkripsi fonetik yang betul bagi perkataan ‘masyghul’ ialah

A masyghul

B mašghul

C masɣul

D mašɣul

20. Ayat-ayat berikut mengandungi klitik, kecuali

A Saya nak ke bandar.

B Barang itu kupinjam sehari sahaja.

C Sekarang, kau tidak boleh lari lagi.

D Aku akan sentiasa mengingatimu walau di mana kuberada.

Anda mungkin juga menyukai