Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pendahuluan

Indentiti sesebuah Negara dapat ditonjalkan dengan kehidupan masyarakat dalam


sesebuah Negara dari segi politik,ekonomi dan social.Oleh itu,setiap rakyat dalam sesebuah
Negara saling memahami dan bertolak ansur agar kebudayaan pelbagai etnik dapat
dipelihara dan diketahui agar mewujudkan yang berketrampilan.Salah satu kebudayaan
perlu disemai dalam jati diri setiap masyarakat ialah makanan tradisional sesebuah kaum.Di
Malaysia terdapat berbilang etnik dengan mempunyai budaya makanan yang berlainan
serta keistimewaan makanan trasional

boleh dikaitkan dengan kebudayaan

dan

keistimewaan adat setiap kaum.Hal ini juga ditekankan selaras dengan anjakan ke -3 dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang berhasarat melahirkan
rakyat yang menghayati nilai teras sejagat dan identiti nasional yang utuh.Oleh itu,setiap
etnik dan rakyat di Malaysia perlu mengenali budaya etnik lain agar dapat merealisasikan
lima aspirasi sistem pendidikan yang merangkumi akses,kualiti,ekuiti,perpaduan dan
kecekapan(PPPM 2013-2015) yang diterapkan dari akar ubi iaitu peringkat sekolah lagi.

2.1 Jenis Makanan


Perayaan-perayaan di Malaysia melibatkan pelbagai kaum dan etnik dengan sejarah
dan makanan tradisional cina tersendiri yang perlu dihayati dan dikongsi oleh semua rakyat
di Malaysia. Perayaan Duan Wu Jie yang mempunyai sejarahnya dalam mengeratkan
hubungan antara kaum Cina apabila mereka bertukar-tukar ketupat Cina atau "zongzi"
dalam bahasa Mandarin sebagai buah tangan semasa perayaan cina itu. Selain berkongsi
"zongzi" dengan cita rasa berlainan ada juga aktiviti kunjung-mengunjung.
2.2 Sejarah dan Latar Belakang
Menurut buku Shi Jing, ketupat cina ini telah menggunakan beras yang jenis pulut
sejak beberapa ribu tahun yang lalu di Utara China. Dalam buku Shi Jing juga mengatakan
bahawa ketupat cina perlu membentukkan bucu tetapi tidak berbentuk segi empat atau
berbentuk bulat. Disebabkan zaman dahulu penyembahan dewa-dewi dan Tuhan yang
Maha Esa dengan menggunakan lembu yang bertanduk. Dalam Shi Jing juga mengatakan
bahawa ketupat cina ini adalah diberi nama zongzi kerana nama zong adalah bermaksud
makanan yang mempunyai makna pewarisan. Oleh itu, bermaksud makan zongzi supaya
dapat meneruskan generasi keluarga China dari semasa ke semasa. Ketupat Cina adalah
makanan dibawa dari budaya Negara China apabila kaum Cina berpindah ke Tanah Melayu.
Kita melihat kepada perbezaan ketupat Cina mengikut etnik tersendiri dengan menyingkap

pengajaran yang boleh dijadikan iktibar daripada sejarahnya. Mengapa setiap tahun
masyarakat Cina akan merayakan Pesta Perahu Naga dan Perayaan Duan Wu Jie dan ada
pula upacara sembahyang? Kisah legendanya bermula pada tahun 403 Sebelum Masihi
dan berakhir pada tahun 221 Sebelum Masihi.

2.3 Adat dan Pantang Larang


Dalam masakan Cina makanan "zongzi"

, setiap orang diberi semangkok nasi

sendiri sementara hidangan lainnya disajikan dalam piring di tengah meja bersama oleh
semua orang di keliling meja. Dalam satu hidangan Cina, setiap orang memetik makanan
dari piring kongsi secara kecil-kecilan dengan sumpit. Kebanyakan orang bukan Cina kurang
nyaman dengan mengizinkan alat sendiri seseorang yang mungkin terkena ludah
menyentuh piring kongsi atas sebab kebersihan ini, sendok atau sumpit tambahan juga
disediakan. Di kawasan yang kuat dipengaruhi Barat, seperti Hong Kong, setiap orang diberi
sebatang sudu logam yang berat untuk tujuan ini. Makanan yang dipilih selalu dimakan
bersama dengan nasi apakah sekali makan atau berselang-seli.Makanan "zongzi" juga
dimakan seperti cara orang makanan cina.
Selain itu,Adat makanan "zongzi" ialah di cina ialah membaling ke dalam sungai
dengan harapan ikan dan udang yang kekenyangan memakan "zongzi" tidak akan
mengganggu mayat Qu Yuan. Makan "zongzi" .Makanan tradisional zongzijuag digunakan
dalam pertandingan mengayuh perahu naga merupakan aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk
memperingati Qu Yuan. Pertandingan mengayuh perahu naga sekarang menjadi satu
pertandingan antarabangsa yang disertai oleh banyak negara. Menurut Mak cik Lau,
perayaan perahu ini sudah lama diamalkan sebelum kelahiran Qu Yuan lagi. Pesta Perahu
Naga ini dapat mengurangkan bisa reptilia yang mula aktif pada bulan lima iaitu bulan
berbisa dan hari kelima mengikut kalendar Cina ialah hari terburuk. Maka, orang Cina
mengadakan Pesta Perahu Naga untuk mengurangkan kesan buruk hari tersebut.
Demikianlah asal usul wujudnya aktiviti perlumbaan perahu naga pada Perayaan Duan Wu
Jie. Bulan lunar kelima setiap tahun untuk menjadi Festival Perahu Naga. Adat ini
kemudiannya tersebar ke Korea, Jepun, Myanmar, Vietnam, Malaysia, Indonesia dan
negara-negara lain.

2.4 Kepercayaan

Kepercayaan legenda Perayaan Duan Wu Jie mempercaya makanan tradisional


zongzi membolehkan kita membuat muhasabah diri dan membuang perasaan hasad
dengki sesama manusia serta menyingkirkan sifat cemburu dalam diri sendiri apabila
melihat kejayaan orang lain.
Makanan ini mempunyai kandungan yang berkhasiat kerana memberi tenaga
kepada pemakan malah makanan ketupat cina memberi tenaga karbohidrat .Zongzi perlu
dibungkus dengan daun bambu, namun jika tidak tersedia, seringkali daun teratai, pisang,
kelapa atau daun lainnya dapat juga digunakan sebagai pengganti. Masing masing daun
tersebut memberikan aroma khas pada masakan ini dan menyelerakan sistem
penghadaman pemakan.
Bahan isiannya beraneka ragam tergantung daerah masing masing, namun beras
yang digunakan biasanya adalah beras ketan. Isiannya biasanya berupa pasta manis yang
dibuat dari aneka kacang kacangan, atau bisa juga berupa masakan daging babi merah,
sosis, jamur shiitake, telor asin, udang atau biji kenari. Beberapa jenis zongzi dibuat tanpa
isian sama sekali dan dihidangkan dengan sirup atau gula.

2.5 Kebudayaan
Menurut kalendar Cina pada lima haribulan lima, orang Cina akan membuat ketupat
Cina menurut cara masing-masing mengikut etniknya yang tersendiri. Perbezaaan ketupat
masyarakat Cina ada yang pulutnya dimasak dengan kicap terlebih dahulu yang
menggambarkan kebudayaa etnik Hokkien di Malaysia dan ada ketupat Cina yang berwarna
putih tidak menggunakan kicap langsung menggambarkan makanan tradisional zongzi etnik
Kantonis di Malaysia. Manakala Etnik Hakka pula menggunakan tepung pulut bukan beras
pulut dengan inti yang berlainan seperti udang kering, lobak putih kering, bawang merah
dan cendawan. Ada pula yang membuat ketupat kosong yang dipanggil "kee chang" hanya
dimakan dengan kaya atau gula merah yang dimasak. Warna dan bentuknya yang
merangkumi panjang dan segi tiga atau segi empat, bahan-bahannya serta resipinya adalah
berdasarkan kepada etnik masing-masing.
Kelainan penggunaan isi kandungan dalam makanan zongzi menggambarkan
betapa perkembangan budaya makanan cina dalam suku kaum cina sendiri yang
mengubahsuai mengikut kehendak kaum masing-masing.

2.6 Cara Pembuatan


Menurut ibu saya, Haw Ah Kew@Haw Chee Fong, semua bahan seperti daun buluh,
beras pulut, buah berangan kering, kacang merah, cendawan kering, udang kering, daging
ayam dan telur itik perlu dibeli awal terutamanya daun buluh yang selalu kehabisan stok.
Langkah awal dalam pemprosesan ketupat cina, daun buluh perlu direndamkan ke dalam air
dan dicucikan dengan menggunakan kain pengosok supaya kekotoran dapat dicuci. Bahanbahan dalam isi ketupat cina yakni zongzi seperti kacang merah, cendawan kering, udang
kering dan daging perlu dimasak dahulu. Apabila semua bahan telah disediakan atas meja,
baru mula membalut ketupat cina. Mula-mula daun buluh yang dicuci dibentuk menjadi
bentuk seperti kon. Selepas itu, masukkan sedikit beras pulut dalam daun buluh yang telah
dibentukkan. Nasi pulut perlu dimasukkan dengan sedikit menjadi dinding isi. Setelah beras
pulut dimasukkan, masukkan isi-isi dalam seperti kacang merah, cendawan kering, udang
kering dan daging yang telah dimasak. Seterusnya masukkan lagi sedikit beras pulut supaya
metutup isi-isi dalam. Akhir sekali, ketupat cina dibalutkan sepenuhnya dengan
menggunakan daun buluh yang selebihnya. Proses pembalutan ketupat tersebut dilakukan
dengan menggunakan tali untuk mengetatkannya supaya isi-isi dalam dan beras pulut tidak
mudah terkeluar semasa proses memasak. Cara ini boleh buat banyak ketupat cina dan
sekali gus ke dalam kuali yang berisi air panas.

3.0 PPPM 2013-2025


Kaum cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia selepas Melayu dan
india.Dasar Pecah dan Perintah yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan British telah
mewujudkan jurang antara kaum-kaum ini dari pelbagai aspek seperti ekonomi dan
sosial.Namun,selepas mencapai kemerdekaan,kerajaan Malaysia telah mengikhtiarkan
pelbagai usaha bagi menghapus jurang tersebut seperti Wawasan 2020 yang diperkenalkan
oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad pada tahun 1991 dan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2009. Hal ini juga ditekankan selaras dengan
anjakan ke -3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang
berhasarat melahirkan rakyat yang menghayati nilai teras sejagat dan identity nasional yang
utuh.Oleh itu,setiap etnik dan rakyat di Malaysia perlu mengenali budaya kaum lain agar
dapat

merealisasikan

lima

aspirasi

system

pendidikan

yang

merangkumi

akses,kualiti,ekuiti,perpaduan dan kecekapan(PPPM 2013-2015) yang diterapkan dari akar


ubi iaitu peringkat sekolah lagi.

Setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang
berhak mendapat Akses yang sama kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing.Oleh itu, semua pelajar berpelung mengakses
maklumat mengenai makanan zongzi melalui internet ,buku dan sebagainya Berasaskan
prinsip

Pendidikan

untuk semua,yang

merupakan

sebahagian

daripada

Matlamat

Pembangunan Milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan akses


meneruskan laluan akademik atau laluan teknik dan vokasional yang setara.. Di samping itu,
kebolehcapaian maklumat ini mengenai makanan tradisional seperti zongzi juga
meningkatkan peratusan murid yang menyertai pelbagai laluan pendidikan lepasan
menengah seperti universiti, kolej, politeknik, institusi vokasional atau program latihan
kemahiran berstruktur.Salah satu sumbangan murid mengenali makanan tradisional ini
murid dapat menggunakan dalam pentaksiran formal dan tidak formali iaitu penyediaan
projek portfolio berkaitan kebudayaan dan tradisi masyarakat Malaysia.Dengan ini
kemahiran dan pengetahuan tentang makanan tempatan lebih dikenali serta dijati diri dalam
murid mahupun masyarakat yang hidup sejagat di Malaysia.
Semua murid berpeluang memperoleh pendidikan berkualiti yang unik bagi Malaysia dan
setanding dengan sistem pendidikan berprestasi tinggi yang lain.Jika rakyat sendiri tidak
mengenali budaya makanan tradisi masyarakat Malaysia sendiri tidak dapat kemajuan
dalam mencapai ilmu. Ke arah pencapaian hasrat ini, sistem pendidikan Malaysia perlu
menyediakan penambahbaikan prestasi yang lebih hebat, berdasarkan kemahiran berfikir
aras tinggi seperti aplikasi, penaakulan, dan penyelesaian masalah. Bagi mencapai
matlamat ini, komitmen yang tinggi daripada seluruh masyarakat diperlukan.Dengan
memperkenalkan kualiti zongzi yang popular dapat mengenali kualiti dan kepentingan
makanan tradisional di mata dunia agar sesiapa menyoal maka murid dapat menghuraikan
keunikkan makanan tersebut dan menonjolkan kebudayaan bangsa Malaysia di arena
dunia.Misalnya makanan zongzi mempunyai sejarah menyatu padu antara etnik pada masa
dahulu dipercayai hingga kini
Manakala aspirasi ekuiti dalam Sistem pendidikan yang terbaik ialah menyediakan
pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat atau latar
belakang sosioekonomi.Dalam aspirasi ini semua murid dan masyarakat Malaysia
berpeluang memperolehi makanan zongzi tanpa dikira status ekonomi kerana makanan ini
murah dan mudah disediakan.Sistem pendidikan Malaysia juga berhasrat menyediakan
akses kepada laluan alternatif yang menarik, seperti pendidikan vokasional untuk
menyediakan peluang kepada murid yang mempunyai pelbagai minat dan kebolehan bagi

mengembangkan bakat mereka dalam bidang tukang masak yang hebat dan membawa
kewibawaan makanan tradisional di arena dunia nanti.
Selain daripada usaha kerajaan,makanan juga menjadi salah satu wadah perhubungan
bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian kaum di kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia.Kaum cina amat terkenal dengan makanan tradisional mereka seperti
mee hun,pau wantan mee nasi ayam dan sebagainya..Pada mulanya,makanan ini hanya
dimakan oleh golongan ini sahaja.Namun begitu,apa yang berlaku pada hari ini,makanan ini
turut menjadi pembuka selera masyarakat lain selain cina sendiri.Buktinya kita boleh lihat di
sesetengah perayaan makanan yang menjadikan makanan perayaan hari raya aidilfitri
seperti

.Apa yang menarik,pengusaha gerai makanan itu sendiri bukanlah dari kaum cina

tetapi Melayu.
Pada masa kini juga,zongzi iaitu makanan tradisional cina tidak hanya dihidangkan
semasa perayaan kaum cina.Sebagai contoh turut menjadi hidangan sampingan semasa
perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfiti dan Tahun Baru Cina iaitu rumah
terbuka di kalangan masyarakat di Malaysia..Makanan zongzi juga boleh menjadi satu
wadah penting bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian kaum selain mendukung
usaha kerajaan di atas tujuan yang sama.Masyarakat Malaysia sendiri hendaklah bijak
mengambil inisiatif tertentu bagi mengekalkan keharmonian yang sedia ada.
Manakala kecekapan makanan zongzi ialah tahap perbelanjaan yang rendah ini cepat
mencapai akses sejagat kepada pendidikan rendah dan menengah rendah, dan pendidikan
menengah atas yang agak tinggi, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam
dimensi lain seperti kualiti, ekuiti, dan perpaduan. Oleh itu, bentuk keberhasilan murid perlu
dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan. Dalam usaha Kementerian
mencapai aspirasi sistem pendidikan, pelaksanaannya akan dijalankan secara lebih
bertanggungjawab dan akan menekankan penggunaan bajet yang diperuntukkan dengan
lebih cekap dan berkesan bagi memaksimumkan keberhasilan murid melalui penyedian
makanan zongzi ini.

4.0 Penutup
Makanan

adalah

satu

keperluan

asas

dan

amat

diperlukan

kepada

manusia,Oleh etika memilih makanan yang sesuai dengan citarasa manusia


perlu diambil kira serta dan kebolehpercayaan makanan yang dimakan perlu
ditekan oleh setiap manusia.Oleh itu makanan tradisional perlu dijadikan yang
pilihan utama kerana mempunyai banyak kebaikkan dari segi kesihatan,

perubatan dan sebagainya.Oleh itu makanan ini perlu diberi penekanan dan
diturun dari turun-temurun kepada generasi akan datang agar kewibaan dan
kebaikan makanan ini diketahui dan dilaksanakan di kalangan masyarakat yang
pelbagai kaum di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai