Anda di halaman 1dari 17

KURSUS PRASYARAT

BUDAYA POPULAR
(SKMK2133)
Set 4
TAJUK
BUDAYA POPULAR : SATU KAJIAN BUSKING DALAM KONTEKS PENERIMAAN
MASYARAKAT MALAYSIA
PUSAT
PUSAT PENGAJIAN BAHASA KESUSASTERAAN KEBUDAYAAN MELAYU (PPBKKM)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. AB SAMAD KECHOT
NAMA
MOHD AZLY BIN ZAKARIA (P79798)
FADHLI HARIZ BIN FAYAHET (P85040)
SITI ARVINA BINTI CHE COB (P82233)
MHD RAES BIN ARIFIN (P85044)
NIK FAZLI BIN MOHAMAD (P85033)

NURUL ARZEEHAN BINTI ABU BAKAR (P79822)

1.0

PENGENALAN

Fenomena busking bukanlah terlalu asing pada hari ini. Kegilaan para remaja untuk
menyerlahkan bakat di jalanan kini semakin berleluasa, tidak hanya di kota metropolitan namun
ianya mula menjadi ikutan di bandar-bandar kecil di seluruh negara. Persembahan jalanan ini
kebiasaannya melibatkan kumpulan pemuzik dan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu terkini
dengan gaya dan lagak tersendiri. Definisi persembahan jalanan sebenarnya tidak terhad kepada
persembahan muzik dan nyanyian, malahan melibatkan empat bidang asas persembahan, iaitu
persembahan sarkas, walk-by acts, persembahan lampu merah dan persembahan di kafe-kafe
gaya hipster terutamanya.

Persembahan jalanan atau busking ini mula dicatatkan di Great Britain pada tahun
1860-an. Buscar bermaksud untuk mencari merupakan perkataan dari bahasa Spanish telah
berkembang ke serata Eropah dan digunakan sebagai aktiviti-aktiviti jalanan. Melalui sejarah
persembahan jalanan ini, menurut Stephen Baird (2000), kebanyakan pemuzik menjadikan
aktiviti jalanan ini sebagai pekerjaan mereka sebelum bermulanya penggunaan alat-alat
elektronik dan perakam. Apabila aktiviti busking ini telah menjadi suatu pekerjaan, maka aktiviti
tersebut dapat menjana pendapatan di kalangan buskers melalui mengumpul sumbangan ataupun
tips dari orang ramai dalam pelbagai bekas yang berbeza mengikut aktiviti busking masingmasing. Bersesuaian dengan rekod sejarah mendokumentasikan amalan masyarakat Roman
membaling duit syiling iuntuk penghibur secara umumnya telah menjadi konsep buskers
menerima tip atau ganjaran pada zaman ini.

Kecenderungan pemuzik dan penyanyi jalanan ini telah mendorong kepada pihak
kerajaan untuk mulai memberi peluang ataupun kelulusan terhadap persembahan versi baharu
ini kerana melihat kepada perkembangan dan penerimaan masyarakat yang mulai menjadikan

busking sebagai suatu persembahan yang mampu mengurangkan kadar tekanan yang berlaku di
dalam masyarakat. Susie J. Tanenbaum dalam bukunya Underground Harmonies : Music and
Politics in the Subways of New York, menyatakan bahawa keistimewaan muzik adalah untuk
melegakan haiwan liar merupakan definisi yang sesuai terhadap busking. Melalui kajian
sosiologinya keputusan menunjukkan bahawa kawasan yang biasa menjalankan aktiviti busking
kadar jenayahnya semakin menurun dan golongan berpendidikan tinggi mulai menghargai dan
memberi sokongan terhadap buskers. Hal ini demikian kerana beliau mendapati busking boleh
menjadi penawar untuk menghilangkan tekanan sosial dan bukan sahaja memberi pengaruh
dalam bidang hiburan tetapi juga pada semua.

Oleh itu, satu kajian lapangan untuk mengenal pasti dan membincangkan permasalahan
yang timbul di kalangan para buskers telah dijalankan di sekitar Lembah Klang, pada tarikh 10
Mei hingga 14 Mei 2016 yang lalu menggunakan kaedah soal selidik terhadap 100 orang
responden dan temubual serta ikut serta dijalankan.

2.0

PERNYATAAN MASALAH

Evolusi muzik di Malaysia telah banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat kini. Jika diamati
perkembangan muzik di tanah air, Malaysia berdepan dengan pendedahan muzik luar,
terutamanya daripada Amerika Syarikat, Korea, Jepun, Indonesia dan United Kingdom.
Fenomena yang tercipta daripada negera-negara berpengaruh itu telah membawa kesan kepada
kemunculan buskers yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkembangan
busking di Malaysia sejak akhir-akhir ini telah memperlihatkan potensi penglibatan pemuzikpemuzik jalanan mampu merebut kuasa pasaran muzik negara. Namun begitu, perkembangan
busking secara berleluasa ini akan memberikan suatu impak baharu dalam membina jati diri dan
penerimaan rakyat di negara ini lebih-lebih lagi terhadap perwarisan muzik terutama muzik
tradisonal yang memerlukan dukungan kuat daripada pelbagai pihak, terutamanya Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan generasi muda atau khalayak.

Pengawalan terhadap aktiviti busking ini bertujuan untuk memelihara muzik berunsurkan
identiti negara tidak tenggelam di samping perkembangan muzik terkini. Oleh itu, kerajaan telah
memperketatkan pengeluaran permit kepada buskers agar persembahan-persembahan jalanan itu
dapat dipantau dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, bagi golongan buskers permit yang
dikenakan merupakan tindakan yang dilihat sebagai menyekat kebebasan mereka untuk
mengekspresi dan menghasilkan karya serta menganggu proses perkembangan busking.
Tindakan pemantauan kerajaan mengenakan permit ke atas buskers itu juga adalah kerana
kononnya ada segelintir buskers yang membuat persembahan tidak tentu arah atau tidak masuk
akal yang akan memberi tanggapan terhadap imej pelancongan negara.

Selain itu, proses permohonan permit yang penuh dengan karenah birokrasi juga turut
mengenakan beberapa syarat yang mana ia boleh menyekat kreativiti golongan ini untuk
menghasilkan karya seni mereka. Keterhadan pengeluaran permit adalah berikutan kerana pihak
berkuasa tempatan perlu melihat lokasi yang sesuai untuk busking, seperti lokasi yang tidak
menghalang lalulintas atau di hadapan premis-premis persendirian yang akan memberi impak
terhadap aktiviti-aktiviti perniagaan mereka. Penetapan sesuatu lokasi oleh pihak berkuasa
tempatan dalam pemberian permit dan sebagainya boleh membantutkan suatu persembahan seni
itu dan persembahan-persembahan tersebut menjadi beku dan kaku.

Akhir sekali, kepelbagaian karektor dan bakat buskers telah memberi tanggapan yang
berbeza daripada pelbagai pihak yang mentafsir sesuatu hasil seni itu. Perkara ini juga boleh
mencetus permasalahan di kalangan buskers dalam menjana pendapatan mereka.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk menganalisis tahap penerimaan masyarakat terhadap
terhadap aktiviti-aktiviti busking dan cabaran yang dihadapi oleh mereka. Melalui kajian
lapangan ini, dapat dijadikan laluan kepada perbincangan lanjut tentang dilema yang dihadpai
oleh buskers dengan objektif-objektif berikut:

i.

Mengenalpasti aktiviti-aktiviti busking di sekitar Lembah Klang.

ii.

Mengenalpasti persepsi masyarakat tentang busking.

iii.

Menganalisis busking dalam konteks penerimaan masyarakat Malaysia.

4.0

KAJIAN LEPAS

Masih terlalu kecil kajian-kajian yang dijalankan terhadap budaya popular busking ini di
Malaysia. Jikalau adapun kajian-kajian tersebut hanyalah untuk melihat aktiviti-aktiviti busking
di kalangan anak muda dan kebanyakannya adalah untuk melihat sejauhmana perkembangan
aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di sekitar kota metropolitan. Satu kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Buletin KPKT
Bil 1/2014 melalui artikel bertajuk Fenomena Busking di Malaysia telah membongkar sejarah
busking dan budaya popular di dunia. Selain itu, penubuhan My Buskers Corner oleh KPKT
yang ditubuhkan sebagai platform masyarakat tempatan untuk mengembangkan bakat-bakat
mereka dengan secara langsung. Kajian KPKT ini juga mendapati aktiviti-aktiviti busking boleh
dikembangkan secara sihat bagi mewujudkan suasana sejahtera di bandar atau tumpuan orang
ramai.

5.0

DAPATAN KAJIAN

5.1

HASIL SOAL SELIDIK

Seramai 132 orang telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Berdasarkan Krejcie dan Morgan
(1970), saiz sampel berkenaan boleh meliputi populasi seramai 210 orang. Pengedaran borang ini
dijalankan secara rawak tanpa memilih kriteria pengisi secara berkelompok.

Berdasarkan rajah di bawah, seramai 45 orang sampel adalah lelaki manakala selebihnya (87
orang) adalah wanita.

LELAKI
PEREMPUAN

34.1

Rajah 1.0

JANTINA

Berdasarkan rajah dibawah, seramai 49 orang berasal dari Kuala Lumpur manakala 83 orang
berasal dari selainnya

KUALA LUMPUR
LUAR KUALA LUMPUR

37.12%

Rajah 1.1

ASAL

Seterusnya, rajah di bawah pula menunjukkan umur mengikut kategori:


1) <20 Tahun

: 23 orang

2) 21 Tahun 30 Tahun

: 96 orang

3) 31 Tahun 40 Tahun

: 11 orang

4) 40 Tahun ke atas

: 2 orang

8.33

17.42%

<20 Tahun
21 Tahun 30 Tahun
31 Tahun 40 Tahun
40 Tahun ke atas

Rajah 1.3
Rajah di bawah menunjukkan kategori pekerjaan:
Kerajaan

: 30

Swasta

: 19

Sendiri

: 23

Pelajar

: 52

Tidak bekerja

: 8

UMUR

Kerajaan

22.73%

Swasta
Sendiri

14.4%

Pelajar
Tidak Bekerja

17.42%

Rajah 1.4

PEKERJAAN

Soalan 1 : Anda pernah mendengar istilah persembahan jalanan / busking?


1) Ya

: 124

2) Tidak

:8

6.06%

YA
TIDAK

Rajah 1.5

Rata-rata mengakui pernah mendengar tentang buskers dan aktiviti busking melalui media
massa: radio, media sosial (twitter, facebook, instagram), dan televisyen.
Soalan 2 : Sejak bila anda mengetahui mengenai persembahan jalanan / busking?
1) <2010

: 23

2) 2010-2016

: 98

3) Sekarang

: 11

8.34%
<2010
2010-2016
Sekarang

74.24

Rajah 1.6
Berdasarkan penemuan ini, didapati ramai yang mengetahui tentang topik ini dalam lingkungan
2010-2016. Ini menunjukkan aktiviti ini bukanlah sesuatu yang diperkatakan atau menjadi topik
hangat pada tahun-tahun sebelumnya. Ada yang menyatakan di dalam borang soal selidik,
mereka berminat dengan buskers setelah kemunculan Caliph Buskers di Juara Lagu.
Soalan 3: Adakah budaya ini budaya popular dan diterima?
1) Ya

: 127

2) Tidak

:5

3.79%
YA
TIDAK

Rajah 1.7
Majoriti mengatakan ya. Didapati juga masyarakat sudah mula menerima kehadiran penggiat
aktiviti ini tidak kira di mana lokasi samada di hadapan pusat membeli belah, restoran mahupun
di kaki lima yang menjadi tumpuan umum seperti Bukit Bintang. Ini berbeza dengan tanggapan
pada suatu ketika dahulu yang ada menganggap penggiat ini sebagai penghibur bawahan atau
merasakan aktiviti mereka adalah sia-sia dan membuang masa.
Soalan 4 : Adakah budaya ini menimbulkan masalah?
1) Ya

: 18

2) Tidak

: 114

13.64

YA
TIDAK

Rajah 1.8
Majoriti mengatakan tidak. Tetapi bagi yang mengatakan tidak, ada dalam kalangan mereka yang
mengatakan aktiviti mereka khususnya yang berada di kaki-kaki lima, mengundang kegiatan
yang tidak baik seperti budaya lepak, remaja berkelakuan terlalu bebas, lokasi berkumpulnya
mat-mat rempit dan mengundang bunyi bising yang membawa ketidakselesaan.

5.2

HASIL TEMUBUAL

Dalam menjalankan kajian ini, kaedah temubual telah digunakan bagi mendapatkan maklumat
serta data. Untuk tujuan ini klami telah mengunjungi bebereapa lokasi yang menjadi tumpuan
aktiviti busking di sekitar Lembah Klang iaitu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Stesen
KTM Komuter Bandar Tasik Selatan dan KL Sentral. Seramai tiga orang respondan iaitu
pemuzik jalanan atau buskers telah berjaya ditemubual. Salah seorang daripada mereka adalah
pendatang asing dari Sri Lanka. Selebihnya, seorang busker tempatan yang bernama Encik
Sudin dan satu kumpulan duo yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Busking AgakAgak Ingat?.
Hasil daripada temubual yang dijalankan, kami telah mengenal pasti dua perkara utama
yang boleh dibincangkan. Perkara-perkara tersebut ialah faktor yang membawa kepada aktiviti
busking dan cabaran yang dilalui sebagai buskers. Pertama, menurut responden yang telah
ditemubual, rata-rata menyatakan bahawa faktor utama yang membawa kepada aktiviti busking
ialah sebagai pendapatan utama untuk menyara kehidupan. Sebagai contoh, responden pertama

kami iaitu Encik Dharma dari Sri Lanka yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Menurutnya, busking merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara keluarga.
Berlainan pula bagi Encik Sudin dan kumpulan Busking Agak-agak Ingat?, mereka tidak
berminat dengan pekerjaan lain dan disebabkan minat yang mendalam dalam bidang muzik,
mereka memilih busking sebagai kerjaya utama. Selain itu, mereka ingin mengembangkan
kerjaya ke dalam industri muzik arus perdana tetapi tidak mendapat peluang yang sebaiknya.
Jadi, busking merupakan platform terbaik bagi mereka untuk menunjukkan bakat yang mereka
ada di samping menjadi sumber pendapatan utama. Antara faktor lain termasuklah keinginan
mereka berkongsi bakat dan menyampaikan mesej-mesej tertentu khalayak. Dalam erti kata lain,
aktiviti busking merupakan medium komunikasi antara buskers dan khalayak. Sebagai contoh,
bagi kumpulan Busking Agak-agak Ingat?, mereka banyak memainkan muzik-muzik Melayu
tradisional seperti joget. Ini merupakan usaha mereka untuk mengingatkan khalayak tentang
keindahan muzik-muzik Melayu tradisional
Aktiviti busking mempunyai cabarannya yang tersendiri. Daripada temubual yang
dijalankan, beberapa cabaran telah dikenal pasti. Antara cabaran yang dihadapi oleh buskers
termasuklah kesukaran mendapat lokasi yang sesuai, kerjasama dari pihak berkuasa tempatan
serta penerimaan, reaksi atau persepsi khalayak terhadap aktiviti busking. Dari segi kesukaran
mendapatkan lokasi, kebanyakan daripada mereka mengatakan bahawa agak sukar untuk
mendapatkan tempat yang strategik untuk aktiviti busking kerana faktor kekurangan khalayak
serta persaingan dengan buskers yang lain. Pendapat ini disokong oleh buskers terkenal tanah air
iaitu Caliph Buskers yang mengutarakan permasalahan pemilihan lokasi ini. Selain itu, mereka
juga menghadapi cabaran daripada pihak berkuasa tempatan. Sesetengah tempat memerlukan
mereka mendapatkan kebenaran atau lessen daripada pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh,
menurut kumpulan Busking Agak-Agak Ingat, mereka pernah dihalau oleh pihak berkuasa
tempatan semasa sedang menjalankan aktiviti busking di sekitar SOGO. Cabaran yang terakhir
adalah daripada khalayak iaitu dari segi reaksi, peresepsi atau penerimaan mereka terhadap
buskers. Menurut responden-responden yang ditemubual, secara keseluruhan, orang ramai atau
khalayak memberikan reaksi yang positif terhadap mereka. Sebagai contoh, ada khalayak yang
memberikan sokongan kepada mereka iaitu dengan memberikan sumbangan dalam bentuk wang
dan juga sokongan moral seperti turut serta menyanyi dan menari bersama mereka ataupun
bertepuk tangan beramai-ramai. Ada juga yang menunjukkan penghargaaan dengan merakam

persembahan mereka. Namun begitu, terdapoat juga segelintir yang memberikan reaksi negative
seperti memandang rendah terhadap buskers ini iaitu dengan bersikap acuh tak acuh atau tidak
tidak mempedulikan langsung tentang kewujudan mereka di tempat tersebut. Ini kerana mereka
menganggap mereka sebagai pengemis semata-mata yang mencacatkan suasana ibu kota serta
mengganggu lalulintas awam.

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hari ini atau sejak kebelakangan ini kita boleh lihat penerimaan yang sangat positif
dari pihak masyarakat juga kerajaan terhadap golongan busker (pemuzik jalanan). Busker di sana
sini, menghiburkan masyarakat terutamannya untuk golongan working class ( marhaen ) menikmati
hiburan yang pasti menghiburkan.
Kajian yang berlatarbelakangkan sekitar Lembah Klang seperti pusat membeli belah sekitar
Bandaraya Kuala Lumpur seperti SOGO, Terminal KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan
(TBS) serta sekitar Bukit Bintang dapat dilihat betapa ramainya peminat muzik jalanan memenuhi
kawasan busking di sana untuk menikmati muzik yang dimainkan di tepi jalan secara live dari pagi,
petang membawa ke malam sampailah ke subuh.
Kita boleh lihat berbagai aktiviti busking yang dianjurkan Malaysian Buskers Club (MYBC)
melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL di setiap kawasan untuk program di
sepanjang tahun di mana kehadiran lambakan busking ini bermula sempena Tahun Melawat Malaysia
bermula 2014. Bagi badan bukan kerajaan NGO Kakiseni pula, mereka juga turut punya inisiatif
untuk mengembang dan mempopularkan konsep dan aktiviti busking agar diterima oleh setiap
lapisan masyarakat tanpa mengira apa bangsa dan agama mereka.
Maka bermula pada februari 2014, pada setiap hari, pelbagai aktivis dan pihak menjemput
busker yang lama dan baru untuk terlibat sama dalam program busking atau mereka namakan
Buskstop. Kawasan atau port yang terlibat seperti di sekitar Pavillion dan di hadapan kompleks beli
belah SOGO, Farenheit 88 di Bukit Bintang serta sekitar Bukit Bintang. Antara busker yang terlibat
seperti Azmyl Yunor, Wolf, Nan Blues, Ali Gecikarana dan ramai lagi. Cuma yang agak ralat, bunyi

yang sangat bising yang datang dari dalam kompleks tersebut juga papan iklan mengganggu
permainan dan muzik yang kita mainkan secara live.
Pihak pengurusan masih mengambil sikap tidak peka pada nilai seni dan kreativiti, melainkan
di dalam kepala mereka tetap memikirkan aspek untung dan rugi berbanding nilai seni itu sendiri.
Busking selain untuk duit poket, dapat juga mengisi masa dengan bermain muzik dan dalam masa
yang sama praktis untuk memantapkan cara permainan dan skil malah memberi faedah kepada
khalayak dan melatih diri dalam membantu golongan yang lebih memerlukan. Akhir sekali, sejuta
tahniah pada pihak DBKL, Malaysian Buskers Club dan Kakiseni atas inisiatif yang mereka
tunjukkan dalam memartabatkan imej seniman jalanan di mata penerimaan masyarakat.

LAMPIRAN
LATAR BELAKANG DAN RESPON KHALAYAK
Sila tandakan X pada ruangan yang disediakan.
1.

Jantina

2.

Asal

3.

Umur

4. Pekerjaan

5. Anda pernah mendengar istilah


persembahan jalanan / busking?

6.Sejak bila anda mengetahui


mengenai persembahan jalanan /

Lelaki
Perempuan
Kuala Lumpur
Luar Kuala Lumpur ;
Nyatakan_______________________________
<20 Tahun
21 Tahun 30 Tahun
31 Tahun 40 Tahun
40 Tahun ke atas
Kerajaan
Swasta
Sendiri
Pelajar
Tidak bekerja
Ya
Tidak

<2010
2010-2016
Sekarang

busking?

7. Adakah budaya ini budaya popular


dan diterima?

Ya
Tidak
Lain-lain ; Nyatakan : ___________________

8.Adakah budaya ini menimbulkan


masalah?

Ya
Tidak
Lain-lain ; Nyatakan : ___________________

Anda mungkin juga menyukai