Anda di halaman 1dari 3

PENYELIDIKAN KUALITATIF Bersifat deskriptif, pemerhatian keadaan sebenar dan merupakan proses memahami sesuatu berdasarkan tanggapan umum.

um. Mementingkan pembinaan penjelasan tentang fenomena sosial. Matlamatnya untuk memahami aspek sosial dunia ini.

DEFINISI Penyelidikan kualitatif dijalankan dalam latar semulajadi dan penyelidik merupakan instrument utama dalam pengumpulan data dalam bentuk perkataan atau gambar, menulisnya secara induktif, memberi fokus kepada makna yang dibuat oleh partisipan kajian serta dijelaskan dalam bahasa yang ekspresif dan menarik (Othman Lebar, 2007). Sebarang penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan (Srauss and Corbin, 1990).

INDIKATOR Kuantitatif - Ditunjukkan dalam angka seperti peratus, min, kadar dan nisbah. Kualitatif Komen lisan, pernyataan, pendapat, tanggapan dan persepsi.

KONSEP PENYELIDIKAN KUALITATIF Pelbagai pendekatan dan andaian mengikut tradisi dan disiplin penyelidikan kualitatif itu bermula dan berkembang. Berbeza makna mengikut pentafsiran individu. Menekankan kepentingan penyelidikan dalam latar yang sebenar dan semulajadi. Memahami perspektif subjek kajian melalui pemahaman. Pendekatan induktif dalam pengumpulan dan analisis data. Menekankan pengumpulan data melalui pertemuan secara langsung. Berasaskan paradigm fenomenologi. Menekankan kepada pemahaman fenomena sosial dari perspektif subjek kajian. Memberi tumpuan kepada ciri-ciri khusus dan keseluruhan ke dalam usaha mencari keunikan setiap kes yang dikaji. Reka bentuk serta fokus kepada proses berkembang disamping hasil kajian. Laporan berbentuk deskriptif, menggunakan bahasa ekspresif dan suara subjek dalam bentuk teks.

CIRI PENYELIDIKAN KUALITATIF 1. Penerokaan, deskriptif dan interpretif. Direka bentuk untuk mengetahui sesuatu fenomena Penyelidik berminat kepada proses, makna dan pemahaman melalui data berbentuk kata-kata atau gambar rajah. 2. Bersifat holistik. Penyelidikan secara menyeluruh dari segala aspek yang berkaitan dengan sesuatu kes, masalah atau fenomena yang dikaji. 3. Reka bentuk yang berkembang. Boleh berubah semasa kajian dijalankan. 4. Persampelan bertujuan. Subjek kajian atau dasar kajian dipilih berdasarkan kepelbagaian dalam sampelan serta dapat memberikan maklumat yang sesuai. 5. Pengumpulan data dalam kajian sebenar. Penyelidik sendiri pergi ke tempat kajian, membuat pemerhatian dan merekod perlakuan manusia dalam situasi sebenar. 6. Penekanan kepada manusia sebagai instrumen utama dalam pengumpulan dan analisis data Penyelidik sebagai alat kajian utama dalam pengumpulan dan analisis data. Dapat maklumat secara langsung daripada responden. 7. Kaedah pengumpulan data yang elektik. Selalunya data dalam bentuk perkataan dan tindakan manusia, maka memerlukan penyelidik memahami dan mentafsir bahasa dan perlakuan. 8. Strategi kajian secara induktif. Membina konsep, hipotesis atau teori daripada data yang dikumpul bukan yang ditentukan dari awal penyelidikan. 9. Pelaporan hasil kajian dalam bentuk naratif yang panjang. Lebih berkesan. Memberi lebih kefahaman dan cukup maklumat.

PERBEZAAN ANTARA KUALITATIF DENGAN KUANTITATIF CIRI-CIRI Kaedah KUANTITATIF Positivis Eksperimental Data numerika Ujian statistic KUALITATIF Interpretif Penghuraian Kajian lapangan Kajian sejarah Kajian kes Data verbal Triangulasi data Makna Esei Pemahaman Pembentukan fenomena Konteks Triangulasi Antropologi Sejarah Sosiologi Kemasyarakatan Linguistik

Konsep Utama

Variabel Operasional Hipotesis kepercayaan Kesahan Signifikan

Bidang Kajian

Tujuan

Sains asas Kejuruteraan Perindistrian Psikologi Sains politik Ekonomi Pendidikan Menguji teori Membina fakta Menunjukkan perbezaan Menunjukkan hubungan Meramal tingkah lahu Menerangkan kejadian secara statistik

Melengkapkan teori Meningkatkan kefahaman Menghuraikan kenyataan Menyatakan kejadian semulajadi Menerangkan kejadian secara verbal.

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN ROYAL FAMILY

Anda mungkin juga menyukai