Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kewangan Bendahari Program: Siti Nor Fatiyhah Binti Ibrahim (P 85043)

1.0 SEBELUM
Secara keseluruhannya, tugasan sebagai seorang bendahari

adalah berkaitan

pengurusan kewangan program yang dijalankan. Maka, sebelum terlaksananya program


seminar ini, tugasan utama saya adalah untuk mendapatkan sumber kewangan agar
segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Beberapa siri perbincangan
dan mesyuarat diadakan bersama dengan ahli jawatankuasa lain bagi membincangkan
hal-hal berkaitan peruntukan yang diperlukan untuk program tersebut.
Selepas bermesyuarat, jawatankuasa program telah bersetuju untuk mengenakan yuran
sebanyak RM50.00 kepada setiap peserta iaitu pelajar kursus ini seramai 10 orang. Ini
merupakan sumber kewangan utama bagi program tersebut. Untuk program ini, terdapat
sumbangan daripada Dr.Mohd Yuszaidy Yusoff sebanyak RM100.00 dan tiada sebarang
peruntukkan atau sumbangan lain yang diperolehi. Maka, semua perbelanjaan adalah
bergantung kepada hasil kutipan yuran peserta yang kesemuanya berjumlah RM600.00.

2.0 SEMASA
Sepanjang program tersebut berjalan, tugas saya adalah mengawal perbelanjaan dan
membuat pembayaran kepada pihak-pihak yang terlibat seperti, pembekal makanan,
Jawatankuasa Cenderahati dan Jawatankuasa Dokumentasi serta lain-lain urusan
pembelian yang berkaitan. Selain itu, saya juga bertanggungjawab mengemaskini akaun
dari masa ke semasa.

3.0 SELEPAS
Apabila berakhirnya program seminar tersebut, tugasan seterusnya adalah untuk
menutup akaun dan membuat laporan kewangan sebelum dibentangkan kepada semua
ahli jawatankuasa. (Rujuk lampiran)

PENYATA KEWANGAN
PROGRAM APRESIASI SENI 2016
ANJURAN KURSUS SKMA 6013
PENDAPATAN

RM

1. Kutipan yuran peserta


RM50 X 10 orang
2. Sumbangan

Jumlah

PERBELANJAAN

RM

1.

Jamuan

448.95

2.

Printing

77.90

3.

lain-lain

51.45

500.00
100.00

600.00

Jumlah

578.30

Saya, SITI NOR FATIYHAH BINTI IBRAHIM, Bendahari Program Apresiasi Seni Tahun
2016 anjuran kursus SKMA 6013 Teori dan Falsafah Seni dengan ini mengaku bahawa
penyata kewangan ini adalah benar dan sah.

Anda mungkin juga menyukai