Anda di halaman 1dari 6

Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti
badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak
faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-
budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari
diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan
kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang
sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan
aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang
ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum,
pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat


membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan
dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-
tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan
ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan


kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk
menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan
anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Dengan cara itu, kita
akan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Keburukkan kokurikulum

Setiap kebaikan pasti ada keburukannya. Para pelajar boleh mengalami


tekanan jiwa, jika pelajar itu banyak meluangkan masanya terhadap kegiatan
kokurikulum. Pelajar itu tidak ada masa untuk belajar. Mungkin dia tidak
dapat menumpukan pelajar yang sedang diajar di waktu kelas. Dia berasa letih
dan penat dan sukar untuk memahami apa yang guru mengajar di sekolah.

Selain daripada itu, pelajar itu boleh menipu ibu bapanya dengan alasan.
Mereka akan menyalahgunakan kegiatan kokurikulum untuk kepentingan
sendiri. Ada di antara pelajar tidak kegiatan kokurikulum. Malah, mereka
menggunakan kesempatan ini unutk melencong ke tempat lain. Ini merupakan
salah satu teknik yang sering dipraktikkan oleh para pelajar.

Selanjutnya, ada di kalangan pelajar mengutamakan kegiatan kokurikulum


daripada pelajaran di sekolah. Pada pendapat mereka, kegiatan kokurikulum
lebih penting daripada pelajaran di sekolah. Mereka tidak menyedari bahawa
kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang diadakan di sekolah sebagai
kegiatan tambahan. Oleh itu, pelajaran sekolah adalah lebih penting daripada
kegiatan kokurikulum. Ada yang di kalangan pelajaran yang lemah dalam
pelajaran sekolah dan berjaya dalam kegiatan kokurikulum.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum mempunyai tujuan yang baik. Walaupun


demikian, kegiatan kokurikulum ini akan mendatangkan keburukan jika ia
disalahgunakan. Masalah ini tidak akan timbul jika kita bekerjasama
menjalankan tugas dengan baik
Punca-punca kegiatan kokurikulum tidak begitu disukai pelajar…?

Antara punca kegiatan kokurikulum tidak begitu disukai oleh pelajar :-

 Pihak sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum seperti melepaskan


batuk di tangga.

 Pihak sekolah mengecualikan pelajar kelas peperiksaan daripada


sebarang aktiviti kokurikulum.

 Sikap ibu bapa yang meletakkan keutamaan tentang pencapaian


akademik.

 Perbelanjaan yang agak besar bagi menyediakan keperluan untuk


bergiat dalam kegiatan ini.

 Kekurangan peruntukan untuk menjalankan aktiviti menyebabkan


kegiatan ini hambar dan tidak berjaya menarik minat pelajar.

 Kesuntukan masa menyebabkan pelajar menjadikan hari cuti untuk


menyiapkan kerja sekolah dan berehat.

 Kekurangan pakar dan pemimpin yang berkebolehan di pihak guru


menyebabkan kegiatan ko menjadi kosong dan membuang masa.

 Sikap sesetengah pihak pengurusan sekolah yang memandang serong


terhadap pelajar yang terlibat dan aktiviti ko itu sendiri.

 Kurang kesedaran tentang kepentingan ko menyebabkan pelajar tidak


berminat.

 Kekurangan kemudahan prasarana seperti kawasan yang sesuai,


peralatan, pengangkutan dan kewangan menyebabkan kegiatan ini
menjadi seperti hidup segan mati tak mahu.

 Pihak sekolah juga kementerian lebih mengutamakan prestasi akademik


daripada prestasi bidang lain.

 Kurang mendapat sokongan daripada anggota masyarakat dan pihak


swasta juga pihak kerajaan
CARA-CARA MENARIK MINAT PELAJAR

1-Pihak sekolah perlulah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti


kokurikulum dari masa ke masa.
>Pihak sekolah mestilah memastikan aktiviti yang dijalankan mestilah
mendatangkan manfaat kepada pelajar.
>Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah
dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga
>Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat
mereka.
> contohnya, pelajar datang ke sekolah hanya bermain bola sepak tanpa
bimbingan secara sistematik.

2-Pihak kerajaan perlulah menekankan kepentingan penyertaan kegiatan


kokurikulum dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan
baharu.
>sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah
diperkenalkan supaya semua murid berminat untuk menyertainya.
>Pelajar akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.
> contohnya penglibatan seseorang pelajar dalam bidang kokurikulum perlulah
diambil kira semasa seseorang iu memohon untuk kemasukan ke universiti.

3-Pihak sekolah seharusnya menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab


yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar.
> pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar
terhadap jenis aktiviti kokurikulum.
> Berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar.
> Para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti
kokurikulum yang diminati.
> Contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer untuk
pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat

4- Pihak swasta boleh meringankan beban pihak kerajaan


> memberikan sumbangan untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan yang
diperlukan oleh kelab dan persatuan
> Hal ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan untuk
dinikmati oleh para pelajar yang menyertai kegiatan kokurikulum.
> contohnya, pihak sekolah bolehlah membina gelanggang tenis yang baru
untuk ahli kelab tenis yang semakin bertambah dengan menyumbangkan
derma.

Anda mungkin juga menyukai