Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN SULAM

TAJUK PROGRAM

CERAMAH KEWANGAN : SIMPAN SEKARANG. KAYA KEMUDIAN

TARIKH

19 JUN 2021

TEMPAT

DI KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN

PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA KURSUS KOKURIKULUM


PENGURUSAN KEWANGAN LANJUTAN (HPD235-A)
PUSAT KOKURIKULUM UiTM SHAH ALAM, SELANGOR

PENASIHAT PROGRAM

ENCIK MUHAMMAD SYUHAIRI BIN ZAKARIA


1.0 PENGENALAN

Program Ceramah Kewangan - Simpan Sekarang. Kaya Kemudian ini diadakan adalah
untuk mendedahkan dan melibatkan para pelajar kursus kokurikulum Pengurusan
Kewangan Lanjutan (HPD235-A), UiTM Shah Alam, Selangor tentang Program Service
Learning Malaysia - University For Society (SULAM) yang bertujuan untuk memberi
peluang kepada para peserta untuk menjalankan program khidmat masyarakat di tempat
masing-masing. Sebagai contoh para pelajar ini, diminta untuk mendedahkan ilmu-ilmu
yang berkaitan tentang pengurusan kewangan kepada masyarakat. Selain itu, program ini
juga memberi kesedaran tentang kepentingan kewangan, meningkatkan ilmu tentang
kepentingan menabung di usia muda dan menggalakkan pelajar untuk merancang
kewangan masa hadapan.

2.0 LATAR BELAKANG

Seramai 25 peserta terlibat untuk Program Ceramah Kewangan - Simpan Sekarang. Kaya
Kemudian. Peserta tersebut terdiri dari kalangan pelajar UiTM serta pelajar Tingkatan 4
dan Tingkatan 5 dari SMK Sultanah Hajja Kalsom, Kuantan Pahang. Program ini
dilaksanakan secara atas talian iaitu di platform Google Meets selama 4 jam pada 19 Jun
2021.

Platform Google Meets digunakan untuk memudahkan peserta menyertai


program ini dalam waktu pandemik. Pada awal program, seramai empat penceramah
yang telah memberikan ceramah berkaitan penerangan muflis, pengurusan kewangan,
aliran tunai dan berkaitan produk dan khidmat. Selepas selesai sesi ceramah, latihan
dalam kumpulan diadakan mengikut pecahan kumpulan yang telah disediakan dengan
melakukan aktiviti mengira perbelanjaan untuk beberapa bulan dan menetapkan
matlamat kewangan. Selepas itu, peserta akan menjawab kuiz yang disediakan di
Quizizz.

1
3.0 HURAIAN PENILAIAN

Program ini berjalan dengan lancarnya dengan bantuan fasilitator yang membimbing
peserta untuk memahami dan menerangkan segala modul yang ditetapkan. Semua
objektif bagi program tersebut Berjaya dipenuhi dengan jayanya dengan bantuan para
peserta yang memberikan kerjasama dengan baik. Para peseta yang mengambil bahagian
dalam Ceramah Kewangan ini telah memberikan maklum balas yang baik. Semua
peserta mengatakan bahawa program ini sangat membantu mereka dalam memahami
setiap modul dengan baik, mereka juga berpuas hati dengan modul yang disediakan yang
mana mereka akan menggunakan ilmu yang dikongsikan untuk merancang kewangan
masa hadapan. Program Ceramah Kewangan merupakan sebuah program yang
berkonsepkan santai dan lebih kepada perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk
dipraktikkan bermula dari usia yang muda.

4.0 HASIL PENCAPAIAN

Hasil pencapaian daripada pelaksaan program adalah mereka berjaya mengutip ilmu
pengetahuan mengenai perancangan kewangan yang baik. Keselurahan modul program
berjaya disampaikan dengan efektif dan membantu para peserta. Selain itu para peserta
juga memberikan kerjasama yang baik dalam program yang dijalankan pada 19 Jun
2021.

5.0 KEMAJUAN/MASALAH
5.1 KEMAJUAN

Kemajuan yang diperolehi daripada program tersebut adalah progaram ini berjaya
memberikan ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada para peserta. Selain itu, mereka
boleh berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam program ini
kepada orang lain. Para peserta juga semakin mempunyai minat dan semangat untuk
mula merancang kewangan mereka dan mula menabung bermula dari usia yang muda.
Hal ini kerana, mereka mendapat banyak idea untuk merancang kewangan dan
menabung daripada perkongsian yang diberikan dalam program ini.

2
5.2 MASALAH

Program ini berlansung dengan lancar tanpa masalah yang besar. Fasilitator dan para
peserta menangani program ini dengan baik dan berkesan. Walaubagaimanapun,
maklumat di dalam modul ketika program berlangsung dapat ditambah baik mengikut isu
semasa . Hal ini disebabkan semasa sesi ceramah berlangsung, peserta mempunyai
perasaan ingin tahu tentang pelaburan secara matawang cripto. Maka, terdapat
pertambahan maklumat di dalam modul ketika aktiviti dijalankan.

6.0 CADANGAN

Selain daripada Program Ceramah Kewangan ini, program lain juga boleh dilaksanakan
dari semasa ke semasa bersama para fasilitator dengan orang awam. Hal ini demikian
kerana ilmu yang dikongsikan mengenai perancangan kewangan ini sangat luas dan
ianya datang daripada pelbagai aspek. Di samping itu, program yang akan dilaksanakan
itu dapat membuka minda para peserta dan masyarakat kita pada zaman kini akan lebih
bersedia untuk membuat simpanan masa hadapan. Pendedahan yang diberikan bukanlah
sesuatu perkara yang mudah kerana ianya memerlukan lebih banyak ilmu pengetahuan
bagi menarik minta orang lain untuk mendengar.

7.0 PENUTUP

Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan jayanya atas kerjasama para
peserta yang terdiri dari pelajar UiTM, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, dan penceramah
dan fasilitator yang terdiri daripada pelajar kursus kokurikulum Pengurusan Kewangan
Lanjutan (HPD235-A) serta jurulatih Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Para peserta
telah dikongsikan dengan ilmu pengetahuan tentang pentingnya kewangan di usia muda
serta ianya dapat dilihat telah berjaya menarik minat mereka untuk memberi perhatian
sepanjang program.

Sekian, terima kasih

3
Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR JIHAN AUDRYANA BINTI AHMAD ZAHRUDIN)

Wakil fasilitator ,

Program Ceramah Kewangan : Simpan Sekarang. Kaya Kemudian,

Universiti Teknologi MARA (UiTM),

Shah Alam, Selangor.

4
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA
9.00 pagi - Fasilitator Dan Peserta Berkumpul
- Memberikan Taklimat Sebelum Memulakan Program.
- Sesi Taklimat Dan Pengenalan

9.15 pagi Ceramah Kewangan 1 - Muflis


9.40 pagi Ceramah Kewangan 2 – Perancangan Kewangan
10.05 pagi Ceramah Kewangan 3 – Aliran Tunai
10.30 pagi Ceramah Kewangan 4 – Produk dan Khidmat
11.00 pagi MODUL 1 :PENGIRAAN BELANJA BULANAN
- Mengira perbelanjaan untuk beberapa bulan
- Mengira perbelanjaan tetap, berubah-ubah dan bual bicara.

11.35 pagi MODUL 2 : PENETAPAN MATLAMAT


- Menetapkan matlamat kewangan.
- Menetapkan matlamat untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

12.10 tengah PEMBENTANGAN HASIL KERJA


hari - Membentangkan hasil kerja yang dibuat.
- Sesi refleksi bersama Fasilitator.

12.30 tengah MODUL 3 : KUIZ KEWANGAN


hari - Quizizz
- Sesi pengumuman pemenang

1.00 tengah - Sesi penutupan


hari

5
MODUL CADANGAN PROGRAM

MODUL 1: PENGIRAAN BELANJA BULANAN

TEMPOH MASA: 30 minit

OBJEKTIF:

 Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan mempunyai


pengiraan bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan.
 Peserta dapat mengenalpasti serta menguruskan kewangan mengikut jenis
perbelanjaan.

ARAHAN:

1. 5 minit
Wakil fasilitator untuk setiap kumpulan akan menyampaikan taklimat
kepada para peserta mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

Para peserta diminta melakukan pengiraan mengenai bajet (akan


2. dijelaskan sewaktu taklimat). 10 minit

Para peserta akan membentangkan pengiraan bajet masing-masing


3. secara bergilir-gilir. 10 minit

Peserta akan berkongsi refleksi dan maklum balas mengenai aktiviti


4. yang dijalankan. 5 minit

RUMUSAN:
Pembahagian perbelanjaan mengikut jenis perbelanjaan dapat memberikan gambaran yang jelas
tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak dan sistematik.

6
MODUL 2: PENETAPAN MATLAMAT

TEMPOH MASA: 30 minit

OBJEKTIF:
 Mengenal pasti sasaran kewangan dalam jangka masa tertentu.
 Memberi pendedahan kepada peserta kaedah penetapan matlamat
 Memberi gambaran kepada peserta keutamaan dan strategi mencapai matlamat dalam
kehidupan.
 Penetapan matlamat sangat penting dalam menjalani kehidupan yang berjaya.

ARAHAN:

1. Penerangan aktiviti oleh fasilitator setiap kumpulan. 5 minit


2. Peserta diminta melakukan aktiviti dengan merancang kewangan 10 minit
peribadi dalam jangka masa tertentu.

3. Peserta akan dipanggil secara bergilir-gilir untuk sesi 10 minit


pembentangan.

4. Fasilitator kemudiannya melaksanakan sesi refleksi bersama 5 minit


peserta.

RUMUSAN:
Memahami kepentingan pengurusan kewangan pada setiap masa.

7
MODUL 3: KAHOOT CHALLENGE

TEMPOH MASA: 30 minit

OBJEKTIF:
 Untuk menguji kefahaman peserta tentang asas-asas kewangan.
 Menguji pemahaman maklumat yang disampaikan kepada para peserta
 Menguji tahap penyampaian maklumat kepada peserta
 Menilai tahap pemahaman para peserta berkaitan pengurusan kewangan.

ARAHAN:

1. Penerangan aktiviti oleh fasilitator setiap kumpulan.


2. Peserta diminta untuk menjawab segala kuiz yang akan
dikemukakan.

3. Markah akan diambil jika peserta berjaya menjawab dengan


betul.

RUMUSAN:
Pelajar dapat memahami konsep – konsep asas tentang kewangan

8
LAMPIRAN 2

Peserta dan pihak penganjur yang terlibat.

Ceramah kewangan 1-Muflis

9
Ceramah kewangan 2-Perancangan Kewangan

Ceramah kewangan 3-Aliran Tunai

10
Ceramah kewangan 4-Produk dan Khidmat

Sesi menjawab kuiz

11

Anda mungkin juga menyukai