Anda di halaman 1dari 2

Pola petempatan

 susur atur rumah atau bangunan di sesuatu tempaT


 terdapat 4 pola petempatan iaitu pola berselerak, pola berjajar, pola berpusat dan
berkelompok.

1. POLA BERSELERAK

 Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.


 Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap
serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
 Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
 Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
 Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.

2. POLA BERJAJAR

 Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai, permatang, jalan raya,
landasan keretapi, di sepanjang pinggir kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang
lereng bukit.
 Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
 Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air,
dan pinggir laut
 Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.
3. POLA BERPUSAT

 Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina rapat-rapat.


 Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat, sekolah, kedai, pejabat pos
dll.
 Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit di tanah rancangan
seperti FELDA.
 Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan Adela di Kota Tinggi, Johor.
 Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.
 Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan
ladang kelapa sawit.
 Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
 Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan
perkhidmatan

4. POLA BERKELOMPOK

 Hampir sama dengan pola petempatan berpusat tapi bilangan bangunan tidak begitu
banyak dan tidak begitu rapat.
 Terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi dan muara sungai Contoh: Ladang Lim
Kooi Hua di Sabak Bernam, Selangor, kampong nelayan di Kampung Bulingisan dan Kampung
Sen Bantaian di Semporna, Sabah.
 Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di
sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA
 Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai.
 Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah
lebih teratur.

Anda mungkin juga menyukai