Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DAN SISA TOKSIK PERINDUSTRIAN


1.1 PEMBUANGAN SAMPAH SARAP
Pada era globalisasi kini, alam sekitar semakin tercemar oleh sebab-sebab tertentu
seperti pencemaran udara, air, tanah, bunyi, pembalakan haram dan lain-lain. Pencemaran ini,
akan membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidak seimbangan bumi di
masa depan. Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan
kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi
beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang
dijalankan tidak disertakan dengan pemeliharaan alam sekitar.
1.1.1

DEFINISI PEMBUANGAN SAMPAH


Pembuangan sampah adalah salah satu punca pencemaran yang semakin serius pada

alam sekeliling kita. Sampah merupakan bahan sisa yang tidak diinginkan setelah berakhirnya
suatu proses. Dalam Kamus Istilah Lingkungan (1994) sampah didefinisikan sebagai bahan
yang tidak mempunyai nilai atau harga untuk digunakan secara biasa atau khusus dalam
produk atau pemakaian; barang yang rosak atau cacat selama manufaktur; atau materi
berkelebihan ataupun buangan. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah
ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan
sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair
atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam
sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran
Tandjung, Dr. M.Sc., (1982) menyatakan sampah sebagai sesuatu yang tidak berguna
lagi, dibuang oleh pemilikya atau pemakai semula. Di samping itu, Radyastuti, W. Prof. , Ir,
(1996), bermaksudkan sampah sebagai sumber daya yang tidak siap pakai. Istilah Lingkungan
untuk Manajeman, Ecolink, (1996) Sampah adalah suatu bahan yang terbuang atau dibuang
dari sumber hasil aktiviti manusia mahupun proses alam yang belum memiliki nilai ekonomi.
Jenis-jenis sampah yang ada di sekitar kita cukup beraneka ragam, ada yang berasal dari
rumah tangga, sampah industri, sampah dari pasar, sampah pertanian, dan peternakan serta
sampah dari institusi, sekolah dan lain-lain lagi.

Berdasarkan komposisi, sampah dapat

dibahagikan kepada dua iaitu sampah organic dan juga sampah anorganik.

Sampah organik adalah sampah yang dihasilkan dari bahan-bahan penting yang dapat
disingkirkan oleh kuman atau bersifat biodegradable. Sampah ini dapat dihuraikan dalam
proses alam. Sampah rumah tangga sebahagian besar merupakan bahan organik. Termasuk
sampah organik, misalnya sampah dari dapur, sisa-sisa makanan, pembungkus, tepung,
sayuran, kulit buah, daun dan juga ranting. Selain itu, sampah anorganik merupakan sampah
yang dihasilkan dari bahan-bahan yang tidak penting dan sebagai produk sintetik mahupun
hasil pengelolahan teknologi bahan tambang, hasil olahan bahan penting dan sebagainya.

Sampah
Berbahaya
dan
Beracun
(hazardous
waste)

Sampah
Besar(bul
ky waste)

Sampah
Basah
(garbage)

5
KATEG
ORI
SAMPA
H

Sampah
Kering
(rubbish)

Sampah
Lembut

Bank Dunia dalam laporan yang berjudul What a Waste: A Global Review of Solid
Waste Management, mengungkapkan jumlah sampah padat di kota-kota dunia akan terus naik
sebesar 70% mulai tahun ini hingga tahun 2025, dari 1,3 miliar ton per tahun menjadi 2,2 miliar
ton per tahun. Majoriti kenaikan terjadi di negara berkembang pesat. Di Malaysia, jumlah
sampah yang dikeluarkan secara nasional mencapai 151.921 ton per hari. Hal itu bererti, setiap
penduduk Malaysia rata-rata membuang sampah padat sebesar 0,85 kg setiap hari. Data Bank
Dunia juga menyebutkan, dari total sampah yang dihasilkan secara nasional, hanya 80% yang
berhasil dikumpulkan. Sisa terbuang mencemari lingkungan.Jjumlah sampah di Malaysia
sekitar 1 juta meter kubik setiap hari, namun baru 42% di antaranya yang terkumpul dan diolah
dengan baik. Jadi, sampah yang tidak terkumpul setiap harinya sekitar 348.000 meter titik atau
sekitar 300.000 ton.

1.1.2

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMBUANGAN SAMPAH-SARAP

Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu
punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Terdapat dua kaedah pembuangan
sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran. Walaupun
sampah sarap dapat dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini
namun tanpa pengawalan yang rapi,kedua-dua teknik ini juga boleh memberi masalah yang
serius pada alam sekitar.
Selanjutnya, orang membuang sampah merata-rata adalah kerana mereka tidak mahu
bergerak jauh untuk ke tempat pembuangan sampah atau tidak mahu membayar yuran
penggunaan tapak pelupusan sampah, lalu mereka menceroboh harta awam. Selain itu, sikap
tidak bertanggungjawab individu dan masyarakat yang membuang sampah sesuka hati,
membuang sisa industri, penebangan hutan dan sebagainya. Mereka tidak mempunyai nilainilai bagi menjaga alam sekitar yang indah ini.
Punca yang seterusnya, kurang pendidikan menyebabkan masih ramai yang belum
faham dan tahu tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kehidupan kita. Mereka juga
tidak tahu apakah akibatnya atau kesannya kepada kesihatan kita. Di samping itu,
penguatkuasaan undang-undang yang lemah pihak penguatkuasa yang kurang tegas, mudah di
tipu dan disuap dengan wang dan kekayaan, walaupun undang-undang sudah ada tetapi jika
tiada pelaksanaannya maka sia-sia. Semua faktor ini telah menjejaskan alam sekitar yang
serius pada hari ini.
1.1.3 KESAN-KESAN BERLAKUNYA PEMBUANGAN SAMPAH-SARAP
pembuangan sampah merata-rata tempat akan menjejaskan kesihatan masyarakat
sekeliling alam sekitar serta memberi impak kepada negara kita . Sisa-sisa pembuangan
sampah boleh membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, keracunan makanan dan
sebagai. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan nyamuk Aedes
membiak di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada orang sekeliling
serta boleh membawa maut. Selain daripada itu, memberi kesan visual yang negatif. Ianya juga
boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan memberikan gambaran bahawa penduduk

dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada
masyarakat sahaja.Selain itu, kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan
timbul apabila terjadinya pencemaran tanah.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari
kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang kualiti
menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam hidup dengan tidak
sempurna dan kurang subur.
Hakisan tanah juga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku.Hakisan tanah
adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara.Ianya bukan sahaja
merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan
nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.Terdapat banyak yang sedang diancam
hakisan tanah. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah
pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat
menahan tanah daripada runtuh.
Tambahan pula, kesan pembuangan sampah boleh menwujudkan pencemaran udara di
alam sekeliling. Sampah sarap yang membuang rata-rata atau tidak menguruskan dengan baik
akan berbau busuk serta dapat nyamuk Aedes membiak di situ, lalat, dan menjadi tempat
makanan ternakan. Ini akan menyebabkan tempat pembuangan sampah semakin kotor dan
busuk. Maka bauan dan kotoran akan menjejaskan kehidupan sekeliling perumahan itu.
Selain itu, kesan kesan pencemaran pembuangan sampah adalah sampah yang
mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang
secara berterusan ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat
jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya proses
eutrophication dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan
dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau decompose alga tersebut akan
mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak
dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
1.2 PEMBUANGAN BAHAN TOKSIK PERINDUSTRIAN
Sektor perindustrian di Malaysia berkembang amat pesat dari hari ke hari. Kilang getah,
kelapa sawit, tekstil dan bermacam-macam lagi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Namun

begitu, pencemaran yang disebabkan oleh pembangunan sektor ini juga sering berlaku seiring
dengan pertumbuhan perindustrian yang berlaku. Sebagai pengeluar utama minyak kelapa
sawit mentah dunia, Malaysia perlu sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk mengawal
pencemaran yang berlaku di sektor ini khasnya dan sektor-sektor perindustrian lain sejajar
dengan arus perkembangan teknologi yang sentiasa berkembang. Antara pencemaran utama
yang disebabkan oleh perindustrian Negara kita ialah pembuangan bahan atau sisa toksik.
Bahan buangan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat
fizikal, kimia atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan boleh berlaku
sama ada dalam jangka masa pendek dan panjang. Ini kerana bahan buangan toksik
berbahaya sifat mudah terbakar, mudah menghakis, beracun atau mudah bertindak balas atau
meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair,
pepejal dan bentuk separa pepejal.
1.2.1 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMBUANGAN SISA TOKSIK PERIDUSTRIAN
Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak prindustrian. Sumber
pencemar perindustrian utama melalui kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang
sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya contohnya zink, timah hitam dan
raksa membahayakan hidupan akuatik. Pembuangan bahan sisa yang membahayakan ini
boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan
manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari.

Sumber pencemar yang kedua ialah dari penjana kuasa elektrik haba yang banyak
menggunakan air untuk proses penyejukan. Air yang panas akan dibuang ke dalam sungai
menyebabkan air di sekitar kawasan pembuangan air panas tadi turut menjadi panas. Air yang
panas ini akan menganggu ekologi hidupan akuatik dalam sungai. Kesan pemanasan air secara
ini disifatkan sebagai pencemaran terma. Salah satu kesan langsung daripada pencemaran
terma ialah kematian ikan kerana kekurangan oksigen akibat daripada perubahan suhu air di
kawasan itu secara mendadak. Terdapat juga hidupan yang terpaksa beradaptasi terhadap
perubahan suhu ini dan akan terus tinggal di kawasan ini manakala haiwan yang tidak dapat
menyesuaikan keadaan ini akan berpindah ke kawasan lain. Manakala haiwan yang tidak dapat
bergerak dengan pantas dan tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan mati.

Sumber pencemaran yang seterusnya adalah daripada sumber pencemar dari bahan
pertanian seperti baja dan pembaik tanah yang digunakan untuk aktiviti pertanian. Aktiviti ini
biasanya mengggunakan baja untuk menyuburkan tanaman dan mendapatkan hasil tanaman
yang banyak. Baja utama yang selalu digunakan dalam pertanian adalah sebatian nitrogen,
fosforus dan kalium. Baja fosforus dan kalium diserap dengan mudahnya pada zarah tanih dan
jarang menjadi masalah pencemar. Tetapi nitrogen di dalam larutan hanya sebahagiannya
sahaja digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau diserap oleh tanih dan baja nitrogen ini
merupakan bahan pencemar utama kepada kawasan sungai.
Selain itu, pembaik tanih digunakan untuk tanah yang dialirkan untuk mengubah sifat
fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan
meluasnya. Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke air tanah dan
apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan dihanyutkan oleh air ke dalam sungai. Justeru
itu, sumber pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan Sungai Melaka.
Racun perosak yang digunakan oleh segelintir industri

juga merupakan bahan

pencemar yang menjadi bahan penting di kawasan pertanian sebagai punca resapan untuk
pencemaran air. Kehadiran bahan ini di dalam sungai walaupun dalam kepekatan yang kecil,
boleh mendatangkan akibat yang serius dalam hubungannya kepada kebolehan air untuk
diminum. Kebanyakan racun perosak secara relatifnya tak larut di dalam air, sementaranya
yang lainnya mudah diserap oleh zarah tanih atau terdedah kepada penyahgredan mikrob.
Racun yang berada di kawasan Sungai Melaka ini juga telah menyebabkan banyak hidupan
akuatik telah mati akibat terdedah dengan racun perosak ini.
1.2.3 KESAN-KESAN DARIPADA PEMBUANGAN BAHAN TOKSIK KILANG
1.2.3.1 Pencemaran udara
Pembangunan dan pengurusan yang tidak terancang boleh membawa kesan negatif
serta mengancam kualiti alam sekitar. Bahan-bahan yang berada dalam kepekatan yang tinggi
yang berpunca daripada pembuangan sisa toksik kilang, seterusnya mengganggu dan
membahayakan kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta harta benda. Bahanbahan tersebut terdiri daripada bentuk habuk, kabus, wap dan gas. Gas-gas yang terkandung
di dalamnya ialah karbon monoksida, nitrogen oksida dan sebagainya. Keadaan ini berbahaya

kepada alam sekitar kerana karbon dioksida yang dikeluarkan oleh perindustrian akan
menjejaskan kesihatan manusia dan menipiskan lapisan ozon. Keseluruhannya, dapatlah
dijelaskan bahawa pembuangan toksik berlaku melalui industri perkilangan, kerja-kerja
pembinaan dan sebagainya menyebabkan pencemaran udara serta menjejaskan kesihatan
manusia..
1.2.3.2 Pencemaran air
Pembuangan sisa toksik kilang dalam sungai dan laut menyebabkan berlakunya
perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi
kesan terhadap hidupan akuatik.Tumpahan minyak dari tangki dan pelantar minyak turut
merebak ke laut. Hidupan akuatik seperti kerang, hidupan liar turut musnah seterusnya
memungkinkan

habitat

tersebut

pupus

disebabkan

aktiviti-aktiviti

orang

yang

tidak

bertanggungjawab ini.
1.2.3.3 Pencemaran tanah
Pembuangan sisa toksik ini akan menyebabkan perubahan warnatanah serta kesuburan
tanah akan terjejas. Kehilangan kesuburan tanah akan mengganggu aktiviti pertanian,
khususnya bagi golongan petani yang sumber pendapatannya hasil daripada aktiviti tersebut.
penggunaan racun serangga yang berlebihan juga menjejaskan kesuburan tanah serta
menyebabkan hakisan tanah.
1.2.3.4 Kesihatan manusia terjejas
Bahan-bahan sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai akan mengurangkan
kandungan oksigen yang terdapat di dalam air. Hidupan air akan mati apabila memakan bahan
beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang
serius kerana sisa-sia toksik tersebut menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi
masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
1.2.3.5 Hujan asid
Pembuangan sisa toksik dari kilang menyebabkan air hujan yang bergabung dengan
karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Penggunaan tenaga elektrik
dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak.Pembakaran
api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan
membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara.n Asid yang terlalu

pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan
batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah
rosak, dan cepat berkarat. Hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama kanakkanak.
2.0 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI-AHLI PENGAKAP
SERTA MASYARAKAT UNTUK MENGATASI PEMBUANGAN SAMPAH-SARAP
DAN JUGA SISA TOKSIK PERINDUSTRIAN
Salah satu langkah yang efektif bagi mangatasi pembuangan sampah sarap ialah
memberi pendidikan alam sekitar. Ini merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan
untuk mengatasi masalah pencemaran seperti pembuangan sampah sarap dengan sisa toksik.
Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan
adanya kesedaran pada seseorang individu akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam
sekitar yang tinggi dikekalkan. Pendidikan tersebut mesti dipraktikan oleh ahli-ahli Pengakap
sendiri serta memberikannya kepada masyarakat di sekolah, kediamaan dan di tempat-tempat
lain.
Selain itu, kempen kesedaran juga boleh dilakukan oleh ahli-ahli Pengakap untuk
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan daripada pembuangan
sampah serta sisa toksik. Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah
kempen cintailah sungai kita, kitar semula, sahabat alam dan lain-lain lagi di tempat-tempat
awam bagi kesedaran setiap individu di masyarakat. Ahli-ahli Pengakap akan memberi
pengajaran kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya ke[ada masyarakat dengan teliti.
Ahli-ahli Pengakap juga boleh memberi pendedahan dengan media masa.Pada hari
ini,media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media masa tentang isu pencemaran alam,
masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.
Selanjutnya, ahli-ahli Pengakap juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong bagi
membersihkan alam sekitar kita dengan masyarakat setempat. Ini akan memberi pendedahan
serta rasa tanggungjawab dalam diri sendiri bagi menjaga kebersihan alam sekitar bagi

memberi alam sekitar yang aman kepada generasi akan datang. Aktiviti-aktiviti yang dimulakan
oleh ahli-ahli Pengakap akan diteruskan oleh masyarakat pada masa akan datang.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pembuangan sampah ialah
penguatkuasa undang-undang haruslah mengetatkan undang undang lagi seperti memberi
saman atau penjara atau kedua-duanya bagi sesiapa membuang sampah di tempat awam dan
harus memberi hukum berat bagi sesiapa membuang rokok di tempat larangan merokok atau di
stesen minyak dan sebagainya. Selain langkah itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang
penting. Mereka

harus mendidik anak anak mereka sejak kecil lagi bagaimana untuk

membuang sampah dengan cara yang betul.


Langkah yang seterusnya, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab
remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah
harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah
serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak
murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Di samping itu, sebagai pengguna, kita memainkan peranan yang penting kerana kita
menghasilkan sampah domestik setiap hari. Kita boleh mengelakkan penggunaan hampir 15
beg plastik jika kita membawa beg sendiriuntuk membeli belah. Kita sebagai individu yang
bertanggungjawab perlu memilih barangan yang ingin dibeli sahaja serta patut membeli produk
mesra alam yang diiktiraf, kerana ini menunjukkan anda telah membantu mengurangkan beban
kepada alam sekitar. Kita juga harus membuat pengasingan sampah yang dihasilkan di rumah
patut dibuat. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan ini kerana
terdapatlah pusat pungutan bahan kitar semula yang menjalankan aktiviti amal daripada hasil
pendapatan. Hantarlah bahan-bahan yang boleh dikitar semula untuk tujuan ini. Kita juga perlu
meletakkan lebih banyak tong kitar semula dan pastikan persatuan-persatuan penduduk serta
pengurusan bangunan pejabat mengambil bahagian. Kita sebagai masyarakat Malaysia juga
patut sedar akan kewujudan pusat pungutan di kompleks-kompleks membeli belah bagi
menjaga keindahan alam sekitar.
Selain itu, peranan pihak kerajaan pula adalah melalui pembinaan insinerator gasifikasi
dan peleburan abu untuk menggantikan tapak-tapak pelupusan sampah konvensional.
Teknologi dari Jepun itu memenuhi piawaian alam sekitar terkini yang ditetapkan oleh negara-

negara maju untuk melupuskan sampah dan sisa pepejal secara lebih selamat dan tanpa
meninggalkan sebarang risiko kepada penduduk setempat. Loji itu menggunakan teknologi
moden dalam pengurusan sampah bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar apabila
sampah dibakar pada suhu tinggi bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan loji itu dan
lebihan tenaga boleh dijual.
kerajaan juga mesti menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan
kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika
kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi
piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa
toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan.
Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana
menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa
supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung,
masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu
sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang
dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

KAEDAH
RAWATAN SISA
TOKSIK
Sistem
pelupusan sisa
secara
integrasi atau
bersepadu

Proses biologi

Pelupusan
timbus tanah

Proses fisikokimia

Proses terma

3.0 KESIMPULAN

Konklusinya, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah


pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia
dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak akan
memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan
separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancongpelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai
Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri
Najib Tun Razak supaya menggembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan negara
Malaysia sinonim dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat.

KAEDAH
PEMBAKARAN

KURANG
PENDIDIKA
N

PUNCAPUNCA
BERLAKUNY
A
PEMBUANGA
N SAMPAHSARAP

SIKAP TIDAK
BERTANGGUNGJA
WAB

KAEDAH
PENIMBUSA
N

PIHAK
PRINDUST
RIAN

RACUN
PEROSAK

PUNCAPUNCA
BERLAKUNYA
PEMBUANGN
SISA TOKSIK

BAHAN
PERTANIAN

PENJANA
KUASA
ELEKTRIK
HABA

PENDIDIKA
N ALAM
SEKITAR
HARUSLAH
MENGETATK
AN UNDANG
UNDANG

MENANAMK
AN SIKAP
PRIHATIN
KEPADA
ALAM
SEKITAR

MEMBELI
PRODUK
MESRA
ALAM

KEMPEN
KESEDAR
AN

LANGKAHLANGKAH
YANG
DIAMBIL
UNTUK
MENGATASI
PEMBUANGA
N SAMPAH
DAN SISA
TOKSIK

PEMBINAAN
INSINERATOR
GASIFIKASI
DAN
PELEBURAN
ABU

KAEDAH
RAWATAN
SISA
TOKSIK

PENDEDAH
AN
DENGAN
MEDIA
MASA

AKTIVITI
GOTONGROYONG

Anda mungkin juga menyukai