Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN

Pencemaran udara adalah satu


keadaan di mana terdapatnya gas,
cecair atau zarah di dalam udara
sehingga menyebabkan berlakunya
perubahan dan memeri kesan negatif
kepada hidupan bumi.
PENGENALAN
BAHAN-BAHAN PENYEBAB PENCEMARAN UDARA:
SULFUR DIOKSIDA (SO
2
)
KARBON MONOKSIDA (CO)
KARBON DIOKSIDA (CO
2
)
NITROGEN DIOKSIDA (NO
2
)
OZON (O
3
)
ALERGAN
PLUMBUM (Pb)
LOGAM-LOGAM LAIN


PENGENALAN
LAPORAN ALAM SEKITAR 2001
Jumlah pengeluaran bahan pencemaran udara di
Malaysia dianggarkan 933,000 tan setahun.
Penyumbang utama:
Kenderaan 58.1%
Stesyen jana kuasa 23.9%
Pembakaran bahan api industri 9.4%
Pemprosesan industri 3.9%
Pembakaran terbuka 4.9%
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
UDARA
FAKTOR SEMULAJADI

Letupan/luahan lahar gunung berapi
Tiupan angin laut yang mengandungi garam
Habuk tanah akibat dari musim kemarau

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
UDARA

AKIBAT PERBUATAN MANUSIA

Pelepasan karbon monoksida dari asap kenderaan
bermotor yang semakin meningkat
Pelepasan klorofluorokarbon (CFC) dari aktiviti isi rumah
seperti penggunaan peti sejuk, penyaman udara dan
penyembur aerosol yang mengandungi CFC
Pelepasan bendasing dan bahan tercemar/sisa toksik
dari kilang-kilang perindustrian
Pelepasan asap dari stesyen jana kuasa
Pembakaran terbuka
Penebangan dan pembakaran hutan
Penerokaan tanah untuk pembangunan dan pertanian


KESAN PENCEMARAN UDARA
KESAN KEPADA MANUSIA
Meningkatkan risiko penyakit berkaitan pernafasan
terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi seperti
kanak-kanak dan orang-orang tua
Meningkatkan risiko barah kulit akibat pendedahan
secara langsung kepada pancaran matahari kesan dari
penipisan lapisan ozon
Meningkatkan risiko kejadian alahan terumanya kepada
mereka yang mengalami masalah alahan
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESAN KEPADA HIDUPAN LAIN
Pembentukan hujan asid akibat tindaka balas antara gas
sulfur dioksida (SO
2
) dan nitrogen oksida (NO
x
) dengan
wap air (H
2
0) yang menghasilkan asid sulfurik (H
2
SO
4
) dan
asid nitrik (HNO
3
) menyebabkan berlakunya kematian
pada binatang, pokok-pokok dan mengurangkan
kesuburan tanah.
Kerosakan pada tumbuh-tumbuhan seperti kejadian
nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna)
dan gangguan pertumbuhan terutamanya pada tumbuhan
seperti barli, kapas, gandum, epal, tomato, kekacang,
bayam dan kentang.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESAN KEPADA BUMI
Penipisan lapisan ozon dan peningkatan pancaran
cahaya matahari ke bumi akibat dari pembebasan gas
CFC
Pemanasan global kesan dari pembentukan rumah hijau
yang berpunca dari pembebasan gas karbon dioksida
yang terperangkap di udara
Berlakunya jerubu yang boleh mengurangkan jarak
penglihatan dan menjejaskan kesihatan manusia.
CARA-CARA MEMBAIKI
KUALITI UDARA
Mengurangkan pembebasan asap kenderaan:
Mewajibkan pemasangan penapis asap pada ekzos kenderaan
bagi mengurangkan pembebasan asap hitam dari kenderaan
bermotor terutamanya lori, bas, teksi dan kenderaan lain yang
menggunakan minyak diesel.
Menggalakkan perkongsian kenderaan atau menggunakan
pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengurangkan
pembebasan asap kenderaan.
Menggalakkan penggunaan kereta yang menggunakan petrol
tanpa plumbum.
Memasang alat catalytic convertor pada enjin kenderaan bagi
mengurangkan pengeluaran asap.
Memberi insentif khas bagi pembelian kereta elektrik.


CARA-CARA MEMBAIKI
KUALITI UDARA
Menggalakkan penggunaan beg kertas dan beg guna semula
bagi menggurangkan penggunaan beg plastik yang hanya
boleh dilupuskan melalui proses pembakaran.
Menggunakan teknologi moden yang boleh mengurangkan
dan mengawal pencemaran misalnya penggunaan alat
pembakar elektrik secara tertutup bagi pelupusan sampah.
Melakukan pembenihan awan bagi mengurangkan jerubu.
Mempertingkatkan lagi kaedah penanaman sayuran secara
hidroponik bagi mengurangkan penerokaan kawasan
penanaman yang baru.
Melakukan penanaman semula pokok-pokok yang ditebang
dan penanaman semula hutan.
Menggalakkan amalan kitar semula dan membeli barangan
yang diperbuat dari bahan kitar semula.

AMALAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN UDARA
Orang awam
Menghentikan pembakaran sisa domestik secara terbuka
Menngunakan pembalut yang urai air dan mudah untuk
dilupuskan.
Mengamalkan perkongsian kenderaan dan menggunakan
pengangkutan awam.
Melakukan pemeriksaan kenderaan bermotor secara
berkala bagi mempastikan kenderaan sentiasa berada
dalam keadaan yang memuaskan bagi mengelakkan
pengeluaran asap yang berlebihan dan asap hitam.
Menggunakan gas asli untuk kenderaan bermotor bagi
mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida ke udara.


AMALAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN UDARA
Menggunakan kenderaan tidak bermotor atau berjalan kaki
untuk ke tempat-tempat yang berdekatan, misalnya sekolah,
masjid/surau, taman permainan, kedai runcit dan sebagainya.
Menyiram tanah di sekitar rumah pada musim kemarau bagi
mengurangkan pelepasan habuk tanah dan debu ke udara.
Menanam tanaman tutup bumi seperti rumput di kawasan
tanah kosong bagi mengurangkan pelepasan habuk dan debu.
Melakukan amalan kitar semula dan mengasingkan bahan
buangan bagi mengurangkan sisa buangan domestik dan
memudahkan proses pelupusan mengikut jenis sampah.
Menanam pokok kekal di persekoitaran rumah.
AMALAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN UDARA
Pihak industri
Menggunakan teknologi hijau yang lebih mesra alam seperti
penggunaan tenaga kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga
suria.
Menggunakan serombong asap yang tinggi (minimum 30
meter) dan meletakkan penapis asap.
Mengurangkan kuantiti buangan sisa kilang.
Menyelenggara alatan dan sistem kawalan pencematan
udara dari masa ke semasa.
Melembabkan kawasan yang terdedah ataupun menanam
tanaman tutup bumi.
Melakukan penyelidikan yang berterusan bagi
mengurangkan kuantiti buangan dan mewujudkan
perindustrian yang mesra alam sekitar.


AMALAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN UDARA
Peneroka tanah pertanian dan pembangunan
Mengamalkan konsep pembakaran sifar bagi sektor pertanian
misalnya bagi penanaman padi, jerami dijadikan sumber
tenaga biomas, manakala bagi kelapa sawit hampas kelapa
sawit dijadikan baja kompos dan makanan ternakan, lidi dan
daun dijadikan penyapu.
Mengurangkan tempoh masa di antara kerja pembersihan
tumbuhan dan pemotongan tanah.
Mengurangkan pemotongan tanah yang berlebihan dan
melakukan pembangunan mengikut kontur yang sedia ada.
Melembabkan jalan keluar masuk yang tidak berturap.
Penanaman semula pokok perlu dilakukan secara berterusan,
teratur dan terancang.

AMALAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN UDARA
Kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang
Melakukan kempen penjagaan kualiti udara secara
besar-besaran bagi memberi informasi dan kesedaran
kepada masyarakat.
Mewajibkan pengilang menggunakan penapis pada
serombong asap dan mengenakan denda yang tinggi
kepada yang ingkar.
Melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih
ketat dan konsisten.
Mengenakan kompaun yang tinggi bagi pesalah
pencemaran udara.
Melakukan pemeriksaan dan sekatan jalan raya secara
berkala bagi mengenalpasti pemilik kenderaan yang
tidak mematuhi piawaian pelepasan asap kenderaan.



AMALAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN UDARA
Menyediakan lebih banyak pengangkutan awam yang
mesra alam seperti LRT, ERL, komuter dan monorel
seperti yang terdapat di Lembah Klang ke seluruh
negara.
Memberi pendidikan awal kepada pelajar mengenai
kepentingan penjagaan alam sekitar amnya dan kualiti
udara khususnya bagi membentuk generasi yang tahu
menghargai dan menjaga alam sekitar.
PENUTUP
Klualiti udara yang baik bukan sahaja dapat mewujudkan
persekitaran yang nyaman dan selesa, tetapi ia juga
membantu meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat
manusia, binatang dan tumbuhan.
Ia juga dapat menarik pelancong luar negara datang ke
negara kita dan dapat membantu dalam pertumbuhan
ekonomi negara.
Membantu mengurangkan perbelanjaan perubatan yang
terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat dari kualiti udara
yang teruk yang boleh menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan
PENUTUP
PILIHAN DI TANGAN ANDA, SAMADA INI






PENUTUP
ATAU INI..








SUMBER RUJUKAN

http://alamsekitarbmp.blogspot.com
http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-
udara.html
http://www.nre.gov.my/Malay/Alam-Sekitar/Pages/Alam-Sekitar.aspx
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-
pencemaran-udara-dan.html

Anda mungkin juga menyukai