Anda di halaman 1dari 6

MARI KITA TOLAK HIBURAN YANG MELALAIKAN !

PERINGATAN ALLAH SWT

Sesungguhnya syaitan telahpun berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan
Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah di antara
senjata syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan
kesesatan. Justeru, Allah swt menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha
menghindari diri daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia
yang bersifat sementara ini.

Allah swt ada berfirman dalam surah Al-An’am, ayat 32, dengan maksudnya:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh
itu, tidakah kamu mahu berfikir?”

Al-Qur‘an juga ada megingatkan kita bahawa orang yang mengutamakan perkara-perkara yang sia-
sia dan hiburan yang melalaikan, yang menyesatkan dirinya dan menyesatkan orang lain akan
mendapat azab yang menghinakan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Luqman, ayat 6
yang bermaksud:

“Dan ada antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita dan
perkara hiburan yang melalaikan; yang mengakibatkan boleh menyesatkan (dirinya dan orang ramai)
daripada agama Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang
yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang yang akan beroleh azab yang
menghinakan.”

Yang dikatakan “lalai” itu telah diperjelaskan oleh Allah swt dalam surah Al ‘Araaf, ayat 179, dengan
maksudnya:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata tidak
dipergunakannya untuk melihat , dan mereka mempunyai telinga tidak dipergunakannya untuk
mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai”

Ayat di atas memberitahu kita bahawa jin dan manusia dikatakan lalai kerana tidak menggunakan
fitrahnya, hati tidak dipakai untuk memahami, mata tidak digunakan untuk melihat, dan telinga tidak
dimanfaatkan untuk mendengar. Akibat dari kelalaian ini, maka kedudukan darjat manusia dan jin
jatuh ke taraf binatang ternak. Mereka yang lalai ini, apabila ditemukan dengan kebenaran, mereka
menurut kehendak selera duniawi dan desakan hawa nafsu. Jadilah mereka orang yang zalim, kerana
mendustakan fitrah dan ayat-ayat Allah swt.

NEGARA YANG TERCINTA DAN LAMBAKAN HIBURAN


DUNIA HIBURAN NEGARA INI SESAK DENGAN HIBURAN YANG MELALAIKAN! Setujukah anda? Kita
dihidang dan dilambakkan dengan hiburan di sana sini, siang dan malam - di kaca telivisyen; di peti
radio; di kertas akhbar, buku dan majalah; di alam maya internet; di pentas; dan seanika tempat
lagi ! Hebat sungguh dan akibatnya terdapat kalangan umat Muslim yang menjadi lalai terhadap
kewajipan dan tanggungjawab terhadap Allah swt.

Apa yang terpapar sekarang ini – lambakan hidangan hiburan ini telah menggalakkan budaya
berseronok-seronok. Berhibur dan berseronok-seronok tanpa mengira waktu dan taraf hubungan.
Lelaki wanita bukan muhrim bergaul bebas. Kesudahannya, berlaku keterlanjuran dan hubungan
perzinaan. Tidak hairanlah kalau kita sering disajikan dengan berita-berita anak luar nikah, buang
bayi dan bunuh bayi.

KATEGORI HIBURAN

Hiburan ada kategorinya. Yang digalakkan dan yang tidak dibolehkan. Secara ringkasnya, terdapat
tiga kategori hiburan, iaitu:

1.Bagi seorang mukmin iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa
pahala daripada Allah adalah hiburan.

Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan
segar. Emosi pula terkawal.

Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firmanNya bermaksud: “Ingatlah hanya
dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”

2.Hiburan kategori kedua pula iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan
kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.

Malah, jika dihayati, hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah swt.
Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga
merasai kehebatan ciptaan Allah swt, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepadaNya.

Hiburan kategori ini, selagi mana tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat
mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat
menghapuskan punca keresahan itu.

3.Hiburan kategori ketiga pula ialah yang paling popular di kalangan ramai kini, terutama muda-
mudi. Konsert artis, nyanyian, pesta, kelab malam, berpasangan dan seumpamanya adalah menjadi
hambatan hidup remaja kini.

Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang
seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.

Keseronokan sementara yang diperolehi tidak membawa kepada kebahagiaan atau ketenangan.
Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang. Hati menjadi
keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah swt, malah sukar untuk
menerima kebenaran.

ISLAM DAN HIBURAN dan kesan hiburan yang lalai/ pahala hiburan (kena cari)

Islam adalah agama yang realistik, menyeluruh dari segi duniawi dan ukhrawinya. Islam juga berjalan
di atas dunia realiti dan alam kenyataan. Syariat Islam memenuhi fitrah manusia. Segala keperluan
rohani dan fizikal manusia dipenuhi berdasarkan konsep mendatangkan kebaikan dan menjauhkan
keburukan. Apa yang baik itu adalah Islam dan yang buruk bukan daripada ajaran Islam.

Termasuk perkara yang dibenarkan dalam Islam ialah berhibur. Syariat Islam memenuhi keperluan
fitrah manusia yang ingin dan suka berada dalam keadaan gembira. MARI KITA tanya diri kita,
apakah kita tidak suka hiburan?

Antara sumber bentuk hiburan ialah nyanyian, tarian dan lakonan. Imam al-Ghazali berpendapat,
dalam mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat. Selain itu ada yang diharamkan.

Mengikut riwayat, daripada Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar pernah menemuinya dan ketika itu
beliau bersama-sama dua hamba perempuan pada hari Mina. Kedua-duanya menyanyi dan
memukul gendang, sedangkan Nabi Muhammad menutup wajahnya dengan pakaiannya.

Perlu diambil ingatan bahawa hukum harus itu boleh bertukar menjadi haram jika melibatkan
perbuatan yang ditegah agama. Hal inilah mengapa banyak pihak menolak segala bentuk nyanyian
yang dipersembahkan artis sekarang. Mereka bukan menolak hiburan, tetapi kerana melihat corak
hiburan sekarang banyak melibatkan unsur haram.

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada menyediakan garis panduan hiburan dalam Islam.
Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri
hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis panduan ini juga sebagai rujukan
dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam
persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan:

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat,
tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah
harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul
lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan, hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah,
tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan
fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Yang dimaksudkan dengan hiburan, nyanyian, muzik dan tarian di atas ialah:

HIBURAN ialah sesuatu (perbuatan, benda dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan,
mententeramkan) hati.

NYANYIAN ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara

MUZIK ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan.

TARIAN ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.

Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah
sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah
kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;

a) Program Hiburan

i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang
ramai.

iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau
permusuhan.

vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran
Islam.

b) Persembahan Muzik

i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.

ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.

iii. Tidak melalaikan.

c) Lirik

i.Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah,
menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.

iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.

v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.

vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.

viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

d) Persembahan Artis

i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai
kemanusiaan.

ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong
kepada maksiat dan menghina Islam.

iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama
Islam.

e) Persembahan Tarian

i.Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.

iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.

v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.

HIBURAN DAN KETENANGAN HATI

Dalam Islam, cara yang terbaik untuk kita mencapai ketenangan hati adalah dengan mendengar dan
menghayati zikrullah. Dalam Al-Quran Allah berfirman, yang maksudnya:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram (Surah Ar-Ra’d:28)
Jelas di sini, salah satu cara yang efektif untuk kita berhibur adalah dengan menghayati isi
kandungan Al-Quran. Di dalamnya terkandung seribu satu pedoman yang berharga bahkan ganjaran
pahala bagi para pembacanya. Begitu mudah untuk kita berhibur sambil mendapat saham Akhirat.

Kita juga boleh terhibur dengan melihat keindahan alam. Sesetengah insan seni mendapat inspirasi
dalam cetusan kreatif mereka melalui kaedah seumpama ini. Allah swt menggalakkan setiap Muslim
memperhatikan kejadian alam melalui mata hati anugerah dariNya.

Dalam satu pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi, beliau telah menghuraikan antara bentuk hiburan
yang berlaku pada zaman baginda Nabi s.a.w dahulu adalah seperti memanah, menunggang kuda
dan berlumba lari yang semuanya telah disabdakan dalam banyak hadis sahih yang masyhur.

Imam Al-Ghazali juga telah menyatakan bahawa hiburan ini termasuk dalam apa yang diistilahkan
sebagai al-lahwu dan menjelaskan hukumnya adalah harus bagi Muslim untuk berhibur dengan
syarat tidak berlebih-lebihan. Beliau telah mengungkapkan:

“Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang
mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya
sekadar mendapatkan kelazatan dan kerehatan semata-mata”

Pandangan-pandangan ulama’ ini telah memberi gambaran yang jelas bahawa hukum asal muzik ini
adalah HARUS seandainya ia mematuhi ketetapan agama. Namun begitu, berdasarkan fenomena
yang berlaku kini di negara ini, MARI KITA tanya diri kita, apakah hiburan yang dihidangkan kepada
kita itu terpesong atau tidak daripada ketetapan agama? Kalaulah terpesong, apa tindakan kita?
Jawab sendiri !

Anda mungkin juga menyukai