Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Pada masa kini, pelbagai ajaran sesat dan ideologi barat yang telah menyerap masuk
ke dalam pemikiran dan pegangan masyarakat islam.Keadaan ini amat
membimbangkan kerana ajaran dan ideologi barat yang dibawa adalah sangat
bertentangan dengan akidah islam yang sebenar.Terdapat banyak ajaran sesat dan
ideologi barat yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis dan telah difatwakan
haram oleh Majlis Fatwa Agama Kebangsaan.Pelbagai faktor-faktor yang
menyebabkan ajaran dan ideologi ini masuk ke dalam masyarakat islam pada hari
ini.Ajaran sesat dan ideologi barat ini sememangnya dapat merosakkkan akidah umat
Islam pada harini kerana pegangan dan ideologi yang dibawa adalah akidah yang batil
dan tidak mengikut Ahli Sunnah.Malah, perkara ini telah banyak berlaku dan jika
masalah ini tidak diatasi dengan segera akan menyebabkan kerosakan akidah umat
islam berlaku secara berleluasa.

2.0 AJARAN SESAT YANG BERLAKU DI MALAYSIA BERSERTA DALIL


2.1 AYAH PIN
Ajaran sesat ‘ayah pin’ telah dibawa oleh Ariffin Bin Mohammed di Kampung
Batu 13, Hulu Besut Terengganu (Syahirah, Hidayah, Natrah, & Fatin, 2017).
Ajaran ini muncul kerana ‘ayah pin yang tidak bersetuju dengan ajaran Hasan
Anak Rimau dan membuat ajarannya sendiri dan berkembang pada tahun
1980-an (Abdul Haris , 2001).Menurut Engku Ahmad Zaki (2007) ajaran ini
merupakan palsu dan sangat menyeleweng daripada akidah umat islam
sehingga boleh merosakkan akidah.

Antara pegangan yang merosakkan akidah ialah beliau mendakwa


bahawa solat itu adalah tidak wajib serta amalan zikir adalah lebih baik
daripada solat lima waktu (Anis Malik, 2012).Ajaran ini ternyata bertentangan
dengan akidah islam yang sahih sehingga boleh merosakkan akidah (Abdul
Haris , 2001).Ini kerana, banyak dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Rasulullah yang
memerintahkan tentang kewajipan untuk Solat Fardhu lima kali
sehari.Contohnya dalam Surah Al-Bayyinah ayat 5:

‫صينَ لَه ٱلدِينَ حنَفَا ٓ َء َوي ِقيمواْ ٱل ا‬


َ ‫صلَ ٰوة‬ ِ ‫َو َما ٓ أ ِمر ٓواْ ِإ اَّل ِل َيعۡ بدواْ ٱ اّللَ م ۡخ ِل‬
٥ ‫لز َك ٰوة َ َو ٰذَ ِل َك دِين ٱ ۡلقَ ِي َم ِة‬
‫َوي ۡؤتواْ ٱ ا‬
Maksudnya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah
dengan mentaatinya kepadaNYA dalam menjalankan agama yang lurus, dan

1
supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan demikian itulah
agama yang lurus.

Selain itu terdapat juga ayat Al-Quran yang menggambarkan azab yang
dikenakan kepada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.Di dalam
surah Al-Mudatthir ayat 38-44 ada menyebut tentang balasan api neraka yang
diberi kepada golongan yang meninggalkan solat.

Maksudnya:”Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang telah


dilakukannya,kecuali golongan kanan.Berada di dalam syurga,mereka saling
menanyakan, tentang keadaan orang yang berdosa, “Apa yang menyebabkan
kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar?”. Mereka menjawab Dahulu kami
tidak termasuk dalam orang-orang yang melaksanakan solat”

Selain itu juga, beliau juga mendakwa bahawa di muka bumi ini Ayah
pin yang memimpin manusia kerana beliau memegang kunci syurga dan
syurga adalah untuk pengikutnya sahaja (Engku Ahmad Zaki, 2015).Disini
jelas menunjukkan terpesongnya akidah mereka yang kerana di dalam Surah
An-Naml ayat ke 65:

َ ‫ض ٱ ۡلغ َۡي‬
َ‫ب ِإ اَّل ٱ اّلل َو َما يَ ۡشعرونَ أَياان‬ ِ ‫ت َوٱ ۡۡل َ ۡر‬ ‫قل اَّل َيعۡ لَم َمن ِفي ٱل ا‬
ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬
٦٥ َ‫ي ۡب َعثون‬
Maksudnya : Katakanlah (Muhammad) “Tidak ada sesuatu pun di langit dan
dibumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak
mengetahui bila mereka akan dibangkitkan”

Dalil tersebut jelas mengatakan bahawa Allah sahaja yang mengetahui


perkara ghaib.Ajaran ini sangat bertentangan dengan perkara yang telah
diwahyukan oleh Allah S.W.T (Engku Ahmad Zaki, 2007).Ini kerana,syurga
adalah sangat ghaib dah hanya Allah sahaja yang mengetahuinya (Siti
Zubaidah, 2010).Tidak seseorang yang boleh mengetahui hal tersebut, apatah
lagi untuk memegang kunci syurga dan menetapkan penghuni di
dalamnya.Ajaran ini jelas menunjukkan bahawa alam ghaib boleh juga
dikuasai oleh manusia sedangkan segala perkara yang ghaib itu adalah milik
Allah semata-mata (Majlis Agama Islam Selangor, 2015).

2
Pegangan yang dimaksudkan ini secara keseluruhannya amat
bertentangan dengan akidah umat islam dan telah diwartakan sebagai sesat
dan bahaya kerana boleh merosakkan akidah umat islam.

2.2 QADIANI

Ajaran sesat Qadiani atau Ahmadiah ini telah datang ke Malaysia pada tahun
1930an dan bermula di Selangor iaitu Jeram, Sungai Tua, Sungai Buloh dan
Kampung Nakhoda (Siti Zubaidah, 2010).Diasaskan oleh Mirza Ghulam
Ahmad dan menurut Dr. Aman yang telah ditemu bual mengatakan ibu bapa
Mirza ini adalah orang yang bekerja dengan British. Di Malaysia ia telah
diperkenalkan oleh seorang tokoh Mubaligh daripada Qadiani bernama Sher
Muhammad Khairuddin yang bertugas sebagai anggota polis di Selangor
(Azharudin, 2010).

Antara aspek penyelewengan akidah dalam ajaran Qadiani ialah


kewujudan nabi dan rasul yang baru selepas Nabi Muhammad S.A.W (Engku
Ahmad Zaki, 2015).Mereka turut mendakwa bahawa kewujudan nabi baru
adalah akan memberikan wahyu dan kitab yang baru.Fahaman sebegini
adalah menyeleweng daripada Al-Qruan dan As-Sunnah.Ini mengikut jumhur
ulama Ahli Sunnah Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang terakhir (Mohd
Aizam, Diskusi Isu Aqidah Dan Pemikiran Semasa Di Malaysia, 2013).Allah
telah berfirman dalam Surah Al- Ahzab ayat 40:

‫اما َكانَ م َح امدٌ أ َ َبا ٓ أ َ َح ٖد ِمن ِر َجا ِلك ۡم َو ٰلَ ِكن ارسو َل ٱ اّللِ َوخَات َ َم‬
٤٠ ‫ٱلنا ِبيِۧنَ َو َكانَ ٱ اّلل ِبك ِل ش َۡيءٍ َع ِل ٗيما‬
Maksudnya:”Muhammad itu bukanlah bapa dari seseorang di antara kamu,
tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Dan Allah Maha
Mengetahu segala sesuatu”

Fahaman mereka ini jelas mereka menolak dalil Al-Quran yang


diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kita tentang Nabi Muhammad adalah
utusan terakhir.Maka ajaran ini dapat merosakkan akidah kita semua kerana
menolak dalil Al-Quran.

Selain itu juga, ajaran ini juga telah mengubah beberapa ayat-ayat Al-
Quran dengan tujuan agar ianya selari dengan dakwaan mereka (Mohd

3
Nidzam, n.d). Perbuatan ini seperti tidak beriman kepada kitab sehingga
mengubah dan berhukum selain daripada Allah dengan mempunyai keyakinan
bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar daripada hukum Allah (Azharudin,
2010).Terdapat dalil Al-Quran yang memberi ancaman kepada golongan yang
mengubah isi Al-Quran.Antaranya dalam Surah Al-Maidah ayat ke 41 Allah
berfirman yang maksudnya

“………..(Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendegar (berita-berita


bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orng lain yang belum
pernah datang kepadamu;mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) dari
tempatnya.Mereka mengatakan “Jika diberikan ini (yang sudah diubah oleh
mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini
maka hati-hatilah” Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatanyya, maka
sekali-kali kamu tidak akan mampu menolaknya. Mereka itu adalah orang yang
Allah tidak hendak mensucikan hati mereka.Mereka mendapat kehinaan di
dunia dan di akhirat mereka mendapat seksaan yang besar”

Azab yang pedih akan menanti kepada golongan yang mengubah ayat
Al-Quran jelas menunjukkan perkara yang dilakukan ini adalah menyeleweng
daripada akidah (Shafie , 2005).

2.3 SYIAH
Menurut Dr Aman iaitu tokoh yang telah kami temu bual, ajaran sesat syiah
sebenarnya telah lama berlaku iaitu sejak zaman para sahabat lagi yang
dibawa oleh Abdullah Bin Thabat.Fahaman Syiah mula menular di Malaysia
selepas Revolusi iran pada 1979 oleh Syeikh Abdullah Arif di Kedah (Zarina,
Nor Azizan , & Halim , 2018).

Ajaran dan fahaman yang dibawa oleh syiah jelas sekali adalah sangat
menyeleweng daripada Akidah Islamiah (Mardzelah, Mohd Aderi, & Fadhli,
2016).Antaranya ialah mereka menganggap bahawa imam mereka adalah
maksum dan mengetahui perkara ghaib serta mempercayai bahawa imam
mereka adalah maksum (Wan Adli, 2014).Sedangkan sebagaimana yang kita
telah ketahui bahawa dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, tiada seorang manusia
pun yang maksum kecuali nabi dan rasul. Fahaman mereka yang mendakwa
imam mereka adalah maksum ini, jelas sekali adalah sangat bertentangan
dengan akidah ahli sunnah yang sebenar (Shafie , 2005).

4
Menurut Engku Ahmad Zaki (2015) ajaran yang dibawa oleh golongan
syiah ini ialah menghalalkan untuk seseorang bernikah secara mut’ah iaitu
seorang lelaki menikah seorang wanita dengan memberikan sejumlah harta
tertentu dalam waktu tertentu dan pernikahan ini berkakhir mengikut waktu
yang telah ditentukan tanpa talak serta tanpa kewajipan memberi nafkah atau
tempat tinggal.Nikah mut’ah ini adalah haram berdasarkan hadis Rasulullah:

‫اء َو ِإ ان‬
ِ ‫س‬َ ِ‫فَقَا َل يَا أَيُّ َها النااس ِإنِي قَ ْد ك ْنت أ َ ِذ ْنت لَك ْم فِي ِاَّل ْستِ ْمتَاعِ ِم ْن الن‬
‫ش ْي ٌء فَ ْليخ َِل‬
َ ‫َّللاَ قَ ْد َح ار َم ذَ ِل َك ِإلَى يَ ْو ِم ْال ِقيَا َم ِة فَ َم ْن َكانَ ِع ْندَه ِم ْنه ان‬
‫ا‬
َ ‫سبِيلَه َو ََّل تَأْخذوا ِم اما آتَيْتموه ان‬
‫ش ْيئًا‬ َ
Rasulullah SAW bersabda:“Wahai para manusia, sesungguhnya pada
mulanya aku mengizinkan kalian mengambil kesenangan dengan wanita-
wanita dan sesungguhnya Allah telah mengharamkan peraka itu, maka siapa
sahaja yang disampingnya memiliki sesuatu dari mereka maka lepaskanlah
jalannya, dan janganlah kamu semua mengambil sesuatupun dari apa yang
kamu datang kepada mereka.” [HR. Muslim, HR. Ahmad dan HR. Ibnu Abi
Syaibah].

Nikah mut’ah adalah haram disisi syariat walapun pada awalnya nikah
mut’ah adalah dibenarkan pada awalnya tetapi dalil di atas telah
menghapuskan hukum nikah mut’ah kepada haram (Marzuki,n.d).Para ahli
Sunnah juga telah bersepakat tentang hukum nikah mut’ah adalah
haram.Maka jelas menunjukkan fahaman mereka adalah tidak berlandaskan
kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Maka dengan itu boleh menyebabkan
kerosakan akidah dan penyelewengan akidah berlaku.

Seterusnya, terdapat juga fahaman ahli syiah yang mengkafirkan para


sahabat Rasulullah yang lain kecuali Saidina Ali, Hassan, Hussein dan
sebagainya (Nazmi , 2013).Mereka juga telah menyamakan taraf Saidina Ali
dengan Allah.Sedangkan di dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman
dalam Surah As-Syura ayat 11:

ِ ‫س ِميع ٱ ۡل َب‬
١١ ‫صير‬ ‫ء َوه َو ٱل ا‬ٞۖ ‫س َك ِم ۡث ِل ِهۦ ش َۡي‬
َ ‫…… لَ ۡي‬
Maksudnya: ……. , “Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, Dan
Dia Yang Maha Mendengar, Maha Melihat.

5
Secara kesimpulan, ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah dan Makhluk
adalah tidak sama dan makhluk adalah insan yang lemah jika dibandingkan
dengan sifat kesempurnaan Allah.Apabila mereka meletakkan Saidina Ali
adalah sama taraf dengan Allah maka mereka telah syirik kepada Allah serta
membawa kepada kerosakan akidah kerana Allah ada Esa dan Maha
Berkuasa.

3.0 IDEOLOGI BARAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA BERSERTA DALIL


3.1 LIBERALISME
Menurut Abd Aziz (2016), perkataan liberal daripada bahasa Latin iaitu bebas,
berfikiran terbuka.Liberalisme juga bererti suatu idea yang inginkan kebebasan
individu dan kesamarataan individu dalam masyarakat dengan hanya mengikut
akal dan rasional (Faiz, Ab. Halim , & Kamarul Azmi, 2012).Matlamat
liberalisme dalam agama adalah untuk melakukan perubahan dalam agama
Islam dengan menafsirkan semula prinsip supaya lebih terbuka dan bersifat
bebas dan menolak prinsip agama islam serta mengambil jalan mudah
(Shahirah & Mohd Safri, 2018).

Menurut Mohd Aizam (2014), golongan liberalisme dan pluralisme


mendakwa bahawa semua agama adalah sama kerana mengajurkan
melakukan kebaikan.Mereka mendakwa jika orang bukan islam diberikan
kekebasan untuk menukar agama maka orang Islam yang lain juga perlu
diberikan hak kebebasan yang sama. Fahaman ini adalah sangat ditegah oleh
Allah dan bercanggah dengan akidah agama islam (Abd Aziz, 2016).Ini kerana
agama yang benar adalah agama islam sahaja dan tidak ada agama lain disisi
Allah.Dalil Al-Quran yang membuktikannya ialah dalam Surah Al-‘Imran ayat
19:

‫ِإ ان ٱلدِينَ ِعندَ ٱ اّللِ ٱ ۡ ِۡل ۡس ٰلَم‬


Maksudnya: “Sesunggunya agama (yang benar dan diredhai)
disisi Allah ialah Islam.”

Selain daripada itu juga, fahaman liberalisme yang merosakkan akidah


ialah mereka menginginkan kebebasan hak asasi manusia yang
membenarkan manusia untuk mempejuangankan hak asasi setiap individu
untuk memilih hak mereka sama ada golongan gay,lesbian,biseksual dan

6
transgender (Shahirah & Mohd Safri, 2018).Fahaman ini jelaslah sangat
menyeleweng daripada akidah yang sebenar kerana Allah telah menciptakan
sesuatu itu sebaik-baik kejadian tetapi mereka ingkar dengan segala
ketentuanNYA dan bertindak untuk melakukan transgender,melakukan
hubungan songsang (Mohd Aizam,2014).Ia boleh menyebabkan, akidah kita
tergelincir jika kita cuba menafikan hak Allah S.W.T, menafikan dosa pahala
dalam kehidupan kita sedangkan itulah yang diajar Allah S.W.T.Disini jelaslah
mereka ingkar dan tidak beriktikad di dalam hati bahawa Allah telah
menetapkan manusia ini sebaik-baik kejadian. Dalam firman Allah dalam
Surah At-Tin ayat 4 :

٤ ‫س ِن ت َ ۡق ِو ٖيم‬ َ ٰ ‫لَقَ ۡد َخلَ ۡقنَا ٱ ۡ ِۡلن‬


َ ‫سنَ فِ ٓي أ َ ۡح‬
Maksudnya:”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk sebaik-baiknya”

Terdapat pelbagai lagi fahaman liberalisme yang sangat bertentangan


dengan akidah umat islam sekaligus dapat merosakkan akidah dan iktikad kita
terhadap Allah

3.2 HEDONISME

Hedonisme berasal daripada Yunani dan dibahagi kepada dua perkataan iaitu
hedone dan isme (Mohd Ali, 2010). Hedone membawa maksud kesenangan
dan kenikmatan manakala isme adalah yang merujuk kepada
kepercayaan,gerakan politik atau keagamaan (Mohd Ali, 2010).Di dalam
kamus dewan hedonism ialah pegangan atau pandangan yang memetingkan
kesenangan hidup sahaja .Menurut catatan khutbah daripada web Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (2017) ideologi ini dibawa oleh seorang ahli
falsafah daripada Greek yang menyatakan bahawa tujuan kehidupan ini adalah
untuk kesenangan dan keseronokan yang melampau sebagau tujuan
kehidupan (Mohd Aizam, 2014).

Hedonisme ini membawa satu ideologi untuk manusia berseronok dan


dan memetingkan kesenangan hidup sahaja sehingga mengabaikan ajaran
agama serta hidup hanya bertuhankan hawa nafsu (Huzili, n.d).Situasi ini
dapat dilihat ketika berlakunya konsert hiburan yang bercampur lelaki
perempuan dan menyebabkan pergaulan bebas tanpa ada rasa takut kepada

7
Allah.Sedangkan tujuan Allah menciptakan manusia dimuka bumi ini adalah
untuk beribadah dan tuduk kepadaNYA. Akan tetapi ideologi yang dibawa oleh
hedonism ini adalah bercanggah daripada akidah islam kerana mengaggap
bahawa kehidupan adalah untuk berseronok dan bersenang sehingga lupa
tanggungjawab di dunia adalah untuk beribadah kepadaNYA (Mohd Aizam,
2014).Mereka telah ingkar terhadap tauhid uluhiyyah iaitu untuk menyembah
Allah S.W.T di dalam kehidupan.Di dalam Surah Az-Zariyat : 56

َ ‫َو َما َخلَ ۡقت ٱ ۡل ِج ان َوٱ ۡ ِۡل‬


ِ ‫نس ِإ اَّل ِليَعۡ بد‬
٥٦ ‫ون‬
Maksudnya: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
beribadah kepada-KU”

3.2 SEKULARISME
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) sekular membawa
maksud duniawi. Istilah ini telah dibawa oleh seorang penulis British bernama
Holyoake pada tahun 1851 (Azmi, 2016).Menurut Mohd Aizam (2014),
sekularisme adalah fahaman yang mengasingkan urusan keduniaan seperti
pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya daripada bercampur dengan
urusan keagamaan atau ketuhanan.Sekularisme ini merupakan aliran baru dan
gerakan yang sesat yang bertujuan untuk memisahkan agama dari negada dan
menyibukkan diri dengan kenikmatan dan kelazatan dunia (Iqbal, 2009).

Golongan sekularisme ini menerima agama hanya untuk dianuti sahaja


dan sekular ini menganggap bahawa syariah dan akidah Islam yang dijadikan
asas dalam kehidupan menyebabkan mereka berasa terkongkong (Azmi,
2016).Menurut Iqbal (2009) mereka akan mengambil perkara tertentu daripada
Islam sekiranya dianggap sesuai dengan kehendak mereka.Bagi mereka Allah
adalah pencipta alam tetapi bukan pemerintah seluruh alam kerana
menanggap pemerintahan adalah hak mereka.Disini jelas menunjukkan
bahawa mereka telah mensyirikkan Allah S.W.T kerana mempercayai ada
kuasa lain yang dapat memerintah Alam ini.Perkara syirik adalah berdosa
besar dan menyebabkan akidah seseorang rosak (Azmi, 2016).Terdapat
dalam dalil yang menunjukkan bahawa hanya kepada Allah sahaja yang layak
disembah:

١٦٢ َ‫ب ۡٱل ٰ َعلَ ِمين‬ َ ‫ق ۡل ِإ ان‬


َ َ‫ص ََلتِي َونس ِكي َو َم ۡحي‬
ِ ‫اي َو َم َماتِي ِ اّللِ َر‬
8
“Katakanlah:”Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah,Tuhan sekalian alam” (Al-An’am:162)

Fahaman seperti ini adalah amat bertentangan dengan akidah


islamiah. Ini kerana segala kehidupan kita pada hari ini adalah untuk Allah
S.W.T dan hanya Allah sahaja berkuasa atas setiap sesuatu dan sebagai
manusia kita hanyalah insan yang lemah.

ِ ‫ت َو ۡٱۡل َ ۡر‬
١‫ض َو َما فِي ِه ان َوه َو َعلَ ٰى ك ِل ش َۡي ٖء قَدِير‬ ‫ِ اّللِ م ۡلك ٱل ا‬
ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬
Maksudnya: “Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa
yang ada di dalamnya dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”

4.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, ajaran sesat dan ideologi barat sememangnya dapat
merosakkan akidah umat islam pada hari ini.Perkara ini jika tidak dibendung akan lebih
banyak masyarakat islam hari ini yang akan terpengaruh kerana kurangnya ilmu
pengetahuan dan asas agama di dalam diri.Oleh yang demikian, kita hendaklah
bergading bahu dalam mencegah penyebaran ajaran sesat dan ideologi barat ini
daripada terus tersebar serta meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam
pada hari ini.Untuk itu pegangan akidah yang beriktikad dengan akidah yang sahih
hendaklah diperkukuhkan dengan pergi ke majlis ilmu dan berkawan dengan orang
yang mahir dalam ilmu agama islam.

RUJUKAN

Abd Aziz, Azmi. (2016). Liberalisme dalam konteks asas pembinaan negara Malaysia. Jurnal Sains
Social, 1-16.

Abdul Haris , Abd Hamid. (2001). Sejarah Perkembangan Ajaran Sesat Di Hulu Besut, Terengganu.
Ajaran Sesat, 18-22.

Anis Malik, Thoba. (19 Januari, 2012). Jurnal Pemikiran Islam Republika. Syiah Di Malaysia, pp. 1-2.

Azharudin, Mohamed Deli. (2010). Gerakan Ahmadiah (Qadiani) Di Malaysia : Satu Sorotan Sejarah.
Jurnal Al-Tamaddun, 33-55.

Azmi, Aziz. (2016). Isu-isu Agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia. Malaysia
Journal Society and Space, 64-69.

Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi. (2007). Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong. Batu Caves: PTS
Publications & Distributors Sdn Bhd.

9
Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi. (2015). Ajaran Sesat Di Malaysia , Faktor Penyebaran dan Cara
Penyelesaian. Kepong, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Faiz, Ismail., Ab. Halim., Tamuri., & Kamarul Azmi, Jasmi. (2012). Pengaruh Elemen Islam Liberal
Terhadap Aqidah Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan . International Conference On
Research In Islamic And Arabic Languange Education (pp. 291-300). Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.

Huzili, Hussin. (n.d.). Menangani Penestrasi Budaya Hedonisme Di Kalangan Mahasiswa. Kangar, Arau:
Kolej Universiti Kejuruteraan Malaysia.

Iqbal, Ghazali. (2009). Hakikat Sekularisme. Islamhouse.com.

Jorpini, Syopian., Faisal , Ash'ari., & Rosni, Wazir. (2017). SOROTAN PERKEMBANGAN HUBUNGAN
GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA: PENILAIAN MENERUSI FACEBOOK . Jurnal Pengajian Islam,
127-140.

Kamus Inggeris Melayu. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. (13 Oktober, 2017). Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan Darul Khusus. Retrieved from Hedonisme : Keseronokan Yang Mengundang
Malapetaka: ekhutbah.ns.gov.my/upload/7008

Majlis Agama Islam Selangor. (2015). Ajaran Sesat. Shah Alam, Selangor: Majlis Agama Islam Selangor.

Mardzelah, Makhsin., Mohd Aderi, Che Noh., & Fadhli, Ilias. (2016). Pengukuhan aqidah Ahli Sunnah
Wa Al-Jamaah Dalam Pendidikan Islam Ke Arah Menangani Syiah Di Malaysia. International
Seminar On Generating Knowledge Through Research (pp. 305-312). Changlun, Kedah:
Universiti Utara Malaysia.

Marzuki . (n.d.). Memahami Hukum Nikah Mut'ah. Yogyokarta: Universitas Negeri Yogyakarta.

Mohd Aizam, Mas'od. (2013). Diskusi Isu Aqidah Dan Pemikiran Semasa Di Malaysia. Putrajaya:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mohd Aizam, Mas'od. (2014). Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam dan
Implikasinya Kepada Iman. Jurnal Pendidikan Islam, 105-118.

Mohd Ali, Iksan. (2010). Pengaruh Budaya Hedonisme Di Kalangan Pelajar-Pelajar Islam. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Nidzam, Abd Kadir. (n.d). Ajaran Qadiani. Sejauh Mana Kesesatannya. Kuala Lumpur: Telaga
Biru Sdn. Bhd.

Nazmi , Abd Karim. (2013). Batilnya Akidah Syiah. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.

Shafie , Abdullah. (2005). Penjelasan Terhadap 58 Ciri Ajaran Sesat Di Malaysia. Singapore: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.

Shahirah, Abdul Rahim., & Mohd Safri, Ali. (2018). Liberalisme Agama Di Malaysia : Satu Sorotan
Literatur. Prosiding Seminar Antarabangsa Al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari 2018
(pp. 401-410). Gong Badak, Terengganu: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UNISZA.

Siti Zubaidah, Ismail. (2010). Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam. Jurnal Syariah, 247-
276.

10
Syahirah, Othman., Hidayah, Mohammad., Natrah, Idris., & Fatin, Tahir. (2017). Fahaman-fahaman
Ajaran Sesat. Politeknik Malaysia.

Wan Adli, Wan Ramli. (2014). Jurnal Usuluddin. Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan
Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak, 27-49.

Zarina, Othman., Nor Azizan , Idris., & Halim , Daud. (2018). Fahaman Syiah dan Keharmonian Agama
Islam Di Malaysia : Perspektif Pendekatan Keselamatan Negara. Journal of Social Sciences and
Humanities, 001-019.

11
LAMPIRAN

12
13

Anda mungkin juga menyukai