Anda di halaman 1dari 27

CTU 552

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

TAJUK:
KESAN, CABARAN DAN IMPLIKASI ATHEISME DALAM SISTEM KEHIDUPAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

KELAS:

DISEDIAKAN UNTUK:

TARIKH PENGHANTARAN:
KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Penghargaan 2

2 1.0 Pendahuluan 3

3 2.0 Objektif Kajian 4

4 2.1 Definisi Dan Konsep Atheisme 5-6

5 2.2 Menganalisa Isu-Isu Dalam Atheisme 7 - 10

2.3 Mencadangkan Penambahbaikan Isu Atheisme –


6 11 - 12
Dari Segi Masyarakat, Pendidikan, Ekonomi Dan Sains

7 3.0 Definisi Dan Konsep Atheisme 13 - 15

4.0 Isu dan Implikasi Dalam Atheisme – Dari Segi Agama


8 16 - 18
Dan Politik

9 5.0 Cara Penambahbaikan Isu Atheisme 19 - 21

10 6.0 Kesimpulan 22 - 23

11 Rujukan 24 - 25

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt, Alhamdulilah syukur ke atas Ilahi dengan atas limpah rahmatNya kami
berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah kami bagi
subjek CTU552 iaitu Dr. Mohd Faiz Mohamed Yusof kerana dengan atas tunjuk ajar beliau
serta bimbingan daripadanya kami dapat menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya kami juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami
serta tunjuk ajar dalam memberi cadangan dan idea-idea yang dapat membantu kami dalam
tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ibu-bapa yang banyak membantu kami dari segi doa dan
pendapat mereka untuk tugasan ini. Tanpa mereka tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan.

2
1.0 PENDAHULUAN

Pada abad pertengahan orang Barat mengamalkan atheisme walaupun kebanyakan tokoh
pada zaman itu tidak menyuarakan hal atheisme kepada orang ramai. Apabila zaman
kemunculan Renaissance dan Reformasi bermula, barulah isu kepercayaan agama muncul
menyebabkan idea atheisma moden dicetak secara progresif. Pada hakikatnya, kepercayaan
atheisma sudah lama muncul di Perancis pada abad ke 16, mereka menolak kepercayaan
ketuhanan dalam kehidupan seharian meraka dan menjadi pencetus kepada kebangkitan
peradaban Barat.

Walaupun begitu ketika zaman Reformasi, mereka yang tidak mempercayai konsep
ketuhanan akan dikenakan hukuman mati kerana disyaki ateist, dan ini boleh dibuktikan dengan
kes Etienne Dolet yang mati dicekik dan dibakar atas pada tahun 1546 dan Jean Francois den la
Barre dibunuh kerana memusnahkan salib atas disebabkan mereka tidak mempercayai konsep
ketuhanan dan ini sangat berbeza ketika zaman Renaissance di mana mereka bebas
berfikir.Seterusnya, ketika zaman Pencerahan, zaman ini sangat penting kepada orang Barat,
kerana zaman ini adalah zaman kemajuan bagi orang Barat dalam ilmu falsafah dan ilmiah dan
malahan mereka bebas berfikir. Menjelang 1770 an, tindakan tidak mempercayai konsep
ketuhanan bukan la menjadikan isu malah dilihat sebagai baik dan boleh diterima oleh orang
ramai.

Tidak lupa juga dengan kemunculan atheism di Eropah dan Asia bermula pada akhir
abad ke 6SM. Ketika itu, perkataan atheism bagi Yunani adalah atheos. Perkataan ini muncul
sebelum antara 5 hingga 6 SM. Pada ketika itu, orang Yunani tidak mempercayai Tuhan.
Antaranya, Socrates tidak mempercayai adanya konsep ketuhanan atas sebab inilah dia
mencipta minuman berasal dari pokok hemlock. Atas sebab tindakan beliau rakyat Yunani
menganggap kepercayaan atheisme kurang bertoleransi.Oleh itu, peradaban barat yang ateistik
berkembang dan bergerak dengan sendirinya ke serata dunia dan kesannya dunia telah hilang
konsep ketuhanan malah pandangan Barat terhadap isu kepercayaan telah meruntuhkan nilai
nilai peradaban yang sudah dibangunkan oleh agama dan budaya.

3
OBJEKTIF KAJIAN

Pada zaman kini yang berteknologi tinggi, isu yang menjadi masalah besar adalah
masalah ketuhanan, malah masalah ini sering dipersoalkan kerana ia menjadi asas penting
kepada persoalan agama. Agama yang luhur memiliki kebenaran mutlak untuk dijadikan
pedoman hidup. Namun, perubahan perubahan yang berlaku di dalam masyarakat kini telah
merapuh nilai-nilai agama dan ia menjadi persoalan adakah masih boleh diamalkan atau
dibiarkan sahaja?

Oleh itu dalam menyiapkan tugasan ini, pengkaji akan membincangkan segala lebih
jelas mengenai atheisme secara mendalam, malah membincangkan mengenai isu-isu yang
berlaku dalam atheism ini dan turut mengetengahkan pandangan dan hujah dari tokoh aliran
pemikiran atheisme.

Pada bab seterusnya, pengkaji akan menerangkan konsep atheism secara jelas. manakala
bab kedua membincangkan berkenaan isu-isu yang berlaku. Manakala bab seterusnya, pengkaji
akan mencadangkan penambahbaikan bagi menangani isu-isu di dalam atheism dan juga diturut
sertakan pandangan dan hujah dari tokoh aliran Ateis.

4
2.1 DEFINISI DAN KONSEP ATHEISM E

KONSEP ATHEISME

Pengkaji akan memulakan dengan definisi atau maksud atheism itu secara umum,
membincangkan mengenai bagaimana bermulanya kemunculan atheism dan faktor-faktor
berlakunya atheism dan diturut sertakan hujah- hujah fahaman ateis ini.

DEFINISI ATHEISME

Merujuk buku dari“The New Encyclopedia Britanica” atheisme ini bermaksud sebuah
kritikan dan penafian terhadap kewujudan tuhan atau erti kata lain menolak kepercayaan
metafizik tentang Tuhan atau makhluk kerohanian. Berbanding dengan buku “The
Enclyclopedia of Religion” menerangkan bahawa atheisme ini adalah sebuah doktrin bahawa
Tuhan itu sememangnya tidak wujud dan kewujudan Tuhan itu merupakan hanyalah
kepercayaan palsu sahaja.

Dari permulaan kita tahu bahawa istilah ateis atau atheisme ini berasal dari perkataan
Yunani yang diambil dari perkataan “atheos” yang bermaksud tiadanya kewujudan Tuhan. Ini
boleh dibuktikan dengan pandangan tokoh seperti Diagoras of Melos dan Epicurus yang berasal
dari tamadun Greek telah mengemukakan idea atheisme ini, mengingkari metafizik,
kebangkitan dan risalah. Mereka hanya berpegang kepada logik akal semata-mata. Merujuk
kamus Arab istilah ateis atau atheism ini bermaksud muthid atau ilhadd yang dikenali sebagai
menyimpang dari pandangan yang sebenar. Perkataan seperti dahriyyah, zanadiqah, tab’iyyah la
dinniyyah adalah juga boleh digunakan sebagai maksud bagi istilah ini.

Menurut pandangan sarjana Islam, atheism ini bukan sahaja menolak kewujudan Tuhan
malah istilah ini bermasud mereka yang mengingkari serta mendustakan kewujudan Allah
S.W.T atau dikenali sebagai murtad. Ini kerana kewujudan Allah S.W.T adalah wujud dan
benar. Secara kesimpulannya, ateist ini adalah mereka yang tidak mempercayai kewujudan
Tuhan manakala atheisme bermaksud fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui
kewujudan Tuhan berbeza dengan theisme yang bermaksud adanya kewujudan Tuhan.

5
Sejarah menunjukkan bahawa pegangan atheisme sudah lama wujud sejak sekian lama.
Sebagai contoh pada zaman Renaissance seperti tokoh Baron D’Holbach, Percy Bysshe Shelly,
Denis Diderot menolak kwujudan Tuhan dan mereka hanya berpegang kepada konsep logik
akal semata-mata. Baron D’Holbach mengarang di dalam bukunya iaitu, Good Sense
mendakwa bahawa semua kanak-kanak yang dilahirkan adalah ateis kerana mereka tidak tahu
kewujudan Tuhan. Selain itu, buku The System of Nature pula beliau memberitahu bahawa
menuduh agama adalah sesuatu bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan
munculnya kebenaran.

Ini disokong oleh Karl Max yang merupakan tokoh sosialis dan kapitalis. Beliau
berpendapat agama seperti Kristian dan semua agama di dunia ini hendaklah dihapuskan
terlebih dahulu untuk proses bagi permulaan manusia menjadi Tuhan. Kata beliau lagi,
bukanlah Tuhan yang mencipta manusia tetapi manusia itu sendiri yang mencipta Tuhan. Malah
tokoh Friedrich William Nietzsche, mengatakan bahawa Tuhan telah mati dan manusia perlu
menggantikan kedudukan Tuhan.

Tetapi pendapat William disangkal oleh pendapat Karen Armstrong mengatakan bahawa
jika Tuhan belum mati, maka menjadi tugas manusia itu sendiri membunuh Tuhan. Malah Teori
Evolusi diperkenalkan oleh Charles Darwin atau Teori Big Bang dan beberapa teori lain yang
diciptakan oleh Stephen Hawking seperti slogan New Atheism, “Tiada syurga, tiada neraka,
hanyalah sains.”

6
2.2 MENGANALISA ISU-ISU DALAM ATHEISME

Seperti yang telah dikemukakan, atheisme bukanlah isu yang boleh dipandang remeh
oleh semua pihak. Kita juga tahu bahawa atheisme sudah ada sejak dari dahulu lagi sehinggalah
sekarang kerana setiap orang mempunyai pendapat dan kepercayaan masing-masing. Menurut
sarjana Islam, atheisme bukanlah hanya menolak kewujudan tuhan dan agama semata-mata,
tetapi atheisme juga bermaksud mereka yang mengingkari serta mendustakan kewujudan Allah
SWT atau mereka yang benci terhadap agama seolah-olah mereka terpaksa mengikut semua
ajaran islam. Selain daripada itu, ianya juga turut disebut sebagai kufur, murtad atau tidak
beragama.

Seterusnya, kita juga turut tahu bahawa atheisme juga sudah ada pada zaman dahulu
lagi. Terdapat beberapa pandangan negatif terhadap atheisme. Sebagai contoh, pada zaman
tamadun Greek, beberapa tokoh seperti Diagnos of Melos dan Epicurus telah mengemukakan
idea atheisme mengenai tiada kepercayaan terhadap kewujudan tuhan atau dewa. Tambahan
lagi, adalah pandangan Friedrich Wilhelm Nietzsche yang merupakan ahli falsafah Jerman. Dia
mengisytiharkan bahawa Tuhan telah mati dan manusia perlu menggantikan kedudukan Tuhan
tersebut. Kesimpulannya, kedua – dua tokoh ini tidak mempercayai wujudnya pencipta dan
mereka ingin menjadikan manusia sbagai tuhan mereka.

Atheisme bukan sahaja berada di negara kita, tetapi berada di merata-rata tempat
termasuk negara daripada barat dan timur. Atheisme perspektif barat adalah secara umumnya
merupakan pandangan filosofi yang tidak mempercayai keberadaan tuhan dan dewa – dewi atau
penolakan terhadap teisme. Kesan daripada atheisme di barat juga telah melahirkan skeptisisme
terhadap eksistensi paranormal kerana kurangnya bukti empiris di dalam diri kebanyakkan
individu di sana. Sebagai contoh, sekiranya ramai ateis di barat, ianya menjadikan jumlah
penganut Kristian di wilayah England dan Wales menurun. Tambahan pula, masyarakat barat
ketika itu cenderung terhadap hal yang rasional dan mempunyai bukti dengan fakta yang ada.

7
Mereka tidak percaya terhadap sesuatu perkara tanpa mempunyai fakta dan bukti yang
ada di depan mata sendiri. Seterusnya, menurut Badawi, prinsip yang dibawa kaum ateis adalah
kecenderungan dalam pengunaan akal secara rasional. Selain itu, kecenderungan manusia yang
mengarahkan pada perbaikan nilai – nilai kemanusiaan murni dalam hubungannya dengan nilai
– nilai ketuhanan. Tambahan lagi, di dalam buku History of God yang ditulis oleh Karen
Armstrong berkata setelah menghadapi fasa panjang zaman kegelapan yang disebut sebagai
“The Dark Ages of Europes”, peradaban Barat mengembangkan filsafat ilmu secular yang
menolak keberadaan dan kehadiran tuhan dalam seluruh aspek kehidupan mereka.

Selain itu, seorang psikologi terkenal Sigmund Freund menegaskan bahawa agama
adalah ilusi. Dia berkata bahawa agama tidak sesuai dengan realiti di dunia. Menurut mereka,
agama tidak berkaitan dengan ilmu dan lebih mengutamakan akal secara realiti bukan hanya
khayalan dan ilusi. Oleh itu, setelah menyatakan bukti – bukti daripada pendukung atheisme,
mereka lebih mempercayai sains sebagai sesuatu perkara yang berharga dan nyata buat mereka
kerana hasil daripada ilmu sains telah membuktikan mereka bahawa kejadian alam adalah
daripada sains dan logik akal. Selain itu, orang barat mengajak lebih ramai orang berfikir untuk
mempercayai sains yang boleh diterima oleh akal dan bukan hanya ilusi.

Akhir sekali, gerakan atheisme serta nasionalisme anti agama di abad ke-19 dan ke-20 di
wilayah barat telah melawan dan menolak terhadap teologis yang diterapkan oleh agama masing
– masing. Dalam hal ini, atheisme daripada perspektif barat sangat cenderung kepada
ketidakpercayaan terhadap tuhan. Orang barat hanya bersandarkan pada akal sahaja untuk
menunjukkan sifat atheism mereka dengan mewujudkan positif-empirisme, membuat
konsekuensi sendiri pada penolakan realiti yang berada diluar jangkauan. Selain daripada
perspektif barat, terdapat juga atheisme daripada perspektif timur. Di perspektif timur, Sebagai
contoh, Imam Al-Ghazali dalam Al-Munqiz Min al-Dhalal menyatakan bahawa golongan
Dahriyyun menolak Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir.

8
Menurut golongan ini, dunia wujud dengan kekal dan abadi tanpa pencipta. Menurut Dr.
Syamsuddin Arif iaitu pensyarah pascasiswazah mengatakan bahawa sains yang berkembang di
dunia saat ini mempunyai beberapa fahaman seperti empirisme, rasionalisme, naturalisme,
sekulerisme dan saintisme. Ianya bermaksud bahawa kebenaran tidak dapat diambil dari sesuatu
yang ghaib atau tidak secara alami. Kebanyakkan ahli sains juga tidak menerima perkara ghaib.
Menurut seorang ulama Imaduddin Abdulrahim, menyatakan bahawa fahaman atheisme adalah
hanya perkara yang kosong dan tidak mungkin ada manusia yang ateis. Menurutnya lagi iblis
pun percaya kepada adanya tuhan.

Tambahan pula, para ilmuwan muslim pada masa dahulu selalu dikaitkan sains dengan
agama. Perdebatan mengenai sains dan agama tidak pernah terjadi di dunia islam kecuali hanya
pada seabad terakhir kerana kuatnya kemasukkan permikiran barat. Bagi ilmuwan islam, alam
semesta adalah ayat – ayat Allah yang suci. Sebagai contoh, Ibnu al-Haytham iaitu seorang
tokoh ahli matematik, ahli astronomi, dan ahli fizik Zaman Keemasan Islam. Beliau lebih
menekankan pentingnya eksperimen sebagai bukti empiric dan penggunaan logik dalam
penaklukannya. Beliau juga selalu menyedari bahawa pancaindera manusia diliputi oleh
kekurangan dan keterbatasan.

Peranan ini amatlah penting untuk menjawab perdebatan orang – orang yang sangsi
terhadap sains islam. Oleh itu, permikiran orang barat dalam konsep atheisme ini sangatlah
berbeza daripada orang timur kerana orang barat tidak mempercayai adanya tuhan. Manakala
orang di timur pula tidak menerima terhadap hadirnya atheisme. Orang di timur mempercayai
bahawa islam membuktikan keberadaan Tuhan secara rasional seperti yang diungkapkan oleh
ulama- ulama islam. Hal ini tentulah dilakukan dengan tetap dalam konteks wahyu dan sunnah.
Atheism juga banyak dikritik oleh Islam kerana telah melakukan permaknaan secara sepihak
terhadap agama dan keyakinan terhadap Tuhan. Orang atheisme adalah ibarat tidak mempunyai
hala tuju atau punca kehidupan mereka kerana mereka tidak mempunyai pegangan agama dan
kepercayaan mereka sendiri. Atheisme pada masa kini juga masih berleluasa dan kita sebagai
orang islam yang mempercayai kewujudan Allah SWT haruslah sentiasa peka agar tidak
terpedaya dengan golongan atheisme.

9
Apabila dunia dipenuhi dengan pelbagai teknologi masa kini, pelbagai cabaran lagi yang
bakal kita lalui. Contohnya, terdapat satu penyelidikan mengenai Global Index of Religiousity
and Aetheism 2012 oleh WIN-Gallup International menyatakan bahawa perkembangan atheism
di dunia sangat membimbangkan kerana hasil penyelidikan ini mendapati bahawa tidak ada
yang mengakui ateis di Malaysia kerana berkemungkinan individu sebegini ada tetapi tidak
ramai atau mereka tidak berani mengakui bahawa mereka ateis. Golongan atheisme ini juga
banyak dikalangan orang berpendidikan dan berpendapatan tinggi.

Kedua – dua faktor ini berkemungkinan besar mereka memiliki peranan penting dalam
kehidupan institusi awam dan swasta negara. Seterusnya adalah cabaran daripada media sosial.
Golongan muda sehingga tua aktif dalam menggunakan media sosial dan ini menjadikan media
sosial mudah dipercayai oleh sesetengah individu yang kurang pengetahuan tentang islam
kerana mereka mudah terpengaruh. Tambahan pula, ateis cepat merebak dengan pantas ke
seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai contoh, kumpulan aties semakin berani memuat naik
aktiviti mereka secara terbuka di laman sosial dan menjadi tular. Media sosial sangat
memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan virus – virus jenayah akidah. Menurut al-
Amoudi ateis tidak hanya akan menyerang islam tetapi mereka juga akan menciptakan
kekacauan di hati manusia dan membuang kepercayaan asas dalam kehidupan manusia dengan
membuatkan kita percaya ketiadaan penghambaan kepada tuhan.

Akhir sekali, kebanyakkan anak – anak telah lahir pada zaman yang mempunyai
pelbagai kepercayaan dan pengaruh yang tidak baik. Sebagai contoh, anak muda memang
sangat suka akan kebebasan tanpa sebarang konkongan oleh sesiapa termasuklah bebas dalam
soal agama dam kepercayaan. Jika undang – undang islam pun mereka tidak boleh patuh apatah
lagi undang – undang negara. Ianya telah menjadi cabaran buat ibu bapa dan pendidik di
sekolah atau di tempat pengajian kerana untuk mendidik anak mudah bukanlah mudah. Ateis di
Malaysia juga disokong oleh beberapa golongan ateis di negara barat dan mereka juga berani
mengugut pihak kerajaan dan pihak berkuara agama agar tidak mengambil tindakan terhadap
mereka. Perkara seperti ini telah membuktikan bahawa gejala atheism dalam kalangan remaja
melayu yang Islam telah berada di tahap yang membimbangkan. Jika kita tidak membanteras
golongan seperti ini, maka semakin ramai yang akan terpengaruh dengan mereka dan
menjadikan kekacauan kepada negara kita.

10
2.3 MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN ISU ATHEISME - DARI SEGI
MASYARAKAT, PENDIDIKAN, EKONOMI DAN SAINS

Segala cabaran dan kesan yang di hadapi boleh ditambahbaik atau dicegah sebelum
ianya menjadi semakin teruk. Terdapat juga negara yang tidak peduli akan isu ini contohnya
adalah negara- negara arab. Pihak kerajaan arab menutup mata terhadap perkembangan yang
sudah amat membimbangkan ini. Mereka juga tiada tindakan dan kaedah drastik yang
digunakan untuk menghalang atau membanteras isu atheism yang berada di negara mereka.
Golongan intelektual atau ulama pula tidak memberi pandangan atau pendirian yang jelas dan
tegas bagi mengatasi isu ini dan lebih mengambil berat tentang isu lain seperti isu yang tidak
penting. Apabila kita memandang remeh akan isu atheism ini, ianya akan memberi kesan pada
masa kini dan masa akan dating terhadap masayarakat, pendidikan, ekonomi dan juga sains.
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab haruslah mencari jalan penyelesaian dan
penambahbaikan keatas isu ini.

Kita juga perlu bersikap sabar dan tenang dalam mengahadapi isu ini. Bersikap tenang
bukan bermakna kita hanya melihat tanpa melakukan sebarang tindakan tetapi kita perlu
memikirkan stratergi yang terbaik untuk keharmonian masyarakat kita kerana isu ini berkaitan
dengan masalah keyakinan seseorang. Tambahan pula, tindakan keras atau kasar seperti
penangkapan atau menghukum mereka dengan masukkan mereka kedalam penjara mungkin
akan memberi kesan dalam jangka pendek sahaja kerana kita hanya memantau pergerakan
mereka. Hukuman seperti ini juga hanya menyedarkan mereka buat sementara waktu sahaja.

Oleh itu, kita perlu memikirkan cara seperti mengubah permikiran dan minda mereka
untuk memberi kesedaran jangka masa panjang. Pendekatan secara hikmah dan bijaksana amat
diperlukan bagi menangani masalah yang serius ini. Hal sebegini perlulah dilakukan secara
berdialog dengan golongan atheism seperti menjalankan perbincangan atau bicara dari hati ke
hati. Kita juga memerlukan sokongan dan bantuan daripada golongan intelektual untuk
menyediakan konsep dan rumusan permikiran yang tepat dalam mematahkan hujah golongan
ateis ini. Kerjasama daripada para ulama pula adalah untuk merumuskan dalil – dalil keagamaan
bagi meyakinkan semula golongan ateis ini.

11
Pihak berkuasa pula harus menyediakan tempat seperti pusat permulihan akidah dan
penyediaan dana bagi menjayakan program mengembalikan mereka ke jalan yang benar. Selain
itu, golongan pengikut atiesme juga tidak percaya dengan wujudnya tuhan kerana mereka
trauma dengan kisah silam yang mereka hadapi. Mereka membuat kesimpulan sendiri bahawa
tuhan tidak adil dalam kehidupan manusia. Mereka juga sering membandingkan kehidupan
mereka dengan orang lain yang lebih senang daripada kehidupan mereka dan menyoal mengapa
mereka tidak senang seperti orang lain. Oleh itu, hal sebegini melibatkan individu itu sendiri
dan mereka perlu dibimbing dan diberi pendidikan al-Qur'an dan alHadis. Jika mereka masih
bersekolah, ustaz atau ustazah di sekolah haruslah lebih memberikan perhatian kepada mereka
dengan memberi bimbingan yang terbaik. Golongan ateis juga terdiri daripada golongan yang
sudah bekerja atau di alam university. Oleh itu, mereka boleh menjalani sesi kaunseling
bersama kaunselor terlatih untuk menukar persepsi negatif dan menjalani kehidupan secara
positif. Seterusnya adalah penambahbaikan dari sudut ekonomi.

Untuk menjamin ekonomi yang stabil, negara kita perlu melahirkan rakyat yang
berdisiplin, berakal dan juga berpendirian tetap. Negara kita juga perlu ada falsafahnya sendiri
dan falsafah negara perlu ada tunjangnya dalam perlembagaan. Oleh itu, untuk menangganii
golongan ateis ini bukanlah dengan undang – undang semata – mata tetapi haruslah berdebat
dengan mereka. Sebagai contoh, pelbagai program perlu dianjurkan dan pihak program harus
memastikan golongan tersebut turut hadir. Selain itu, ahli perniagaan juga boleh membantu dari
sudut mempromosikan barangan yang berkaitan dengan keagamaan seperti menjual al-quran
dan sebagainya. Golongan seperti artis juga dapat membantu dalam isu ini dengan membuat
video berkaitan dengan keagamaan seperti pentingnya agama dalam kehidupan kita dan
sebagainya. Hal sebegini mungkin akan menyakinkan golongan atheism untuk mempercayai
wujudnya tuhan. Akhir sekali, penambahbaikan dari sudut sains.

Kita tahu bahawa terdapat golongan atheisme yang hanya mempercayai sains semata –
mata seperti mengkaitkan kejadian alam dengan sains dan kejadian manusia pula adalah hasil
daripada manusia bukannya tuhan. Oleh itu, ahli agama yang bijak dalam sains juga boleh
membuktikan kepada mereka menggunakan ilmu sains dan kaitkan dengan islam. Contohnya
adalah membuktikan tentang apa yang bakal berlaku selepas kita meninggal, menceritakan
tentang saintis islam pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, Al-Farabi dan Al-Khwarizmi, yang
memperkenalkan pelbagai teori sains seperti Ibn Sina yang menghuraikan 760 penyakit dan cara
ubatinya dan Al-Farabi yang terkenal sebagai ahli kosmologi.

12
3.0 DEFINISI DAN KONSEP ATHEISME

Menurut Oxford Dictionaries atheisme bermaksud kepada ketidakpercayaan atau kurang


percaya tentang kewujudan Tuhan. Secara jelasnya, perkataan atheisme ini berasal daripada
perkataan Yunani atheos,”a” bermaksud tanpa dan theos pula bermaksud tuhan-tuhan. Berbeza
dengan teisme iaitu mempercayai dan mengimani kuasa Tuhan. Akan tetapi definisi ini
dikuatkan bahawa seseorang menjadi ateis atas disebabkan dia mempunyai hujah berhubung
dengan pendiriannya, malah seseorang itu tidak akan terpengaruh dengan konsep yang
diamalkan oleh hujah teisme. Ia lebih hampir dengan fahaman agnostisme dan seorang ateis itu
boleh berubah dalam pandangan jika seorang teis berhujah dengan baik.

Oleh itu, tidak ada definisi yang jelas bagi istilah atheisme ini dan definisi dari Oxford
Dictionaries adalah suatu maksud yang boleh diterima oleh orang ramai. Atheisme dari bahasa
Arab adalah al-ilhad. Menurut pandangan dari Ibn al-Faris, lam, ha’ dan dal merujuk kepada
menyimpang daripada pandangan yang lurus. Alhad al-rajul bermaksud pulak seorang lelaki
atau manusia yang menyimpang dari jalan kebenaran. Sebagai contoh, penggunaan bagi istilah
al-lahd adalah bermaksud kubur, itu disebabkan kerana liang lahad menyimpang dari
pentengahan kubur ke arah kiblat. Ilhad ini adalah bermaksud mazhab falsafah yang terdiri atas
fahaman nihilisme yang merujuk kepada menafikan kewujudan Allah S.W.T. sebagai Maha
Pencipta.

Mereka dikenali sebagai golongan mulhidun yang mendakwa bahawa sesuatu ciptaan
itu wujud dengan secara sendirinya tanpa Pencipta. Ini bermaksud, atheism adalah sesuatu
fahaman yang sama dengan naturalisme falsafah yang menolak kewujudan Tuhan kerana bagi
kepercayaan mereka alam ghaib juga termasuk dalam dunia tabi’e. Maka secara jelasnya
penganut atheism adalah mereka menolak atau kurang kepercayaan kewujudan Tuhan dan
agama. Ini boleh dibuktikan dengan kata-kata daripada tokoh Richard Dawkins dia mengatakan
bahawa atheism adalah “believes there is nothing beyond the natural, physical world.” Di Barat,
mereka yang Ateis ini bersikap agak negatif terhadap ajaran Kristian dan institusi gereja. Malah
ada beberapa tokoh yang popular seperti, Pierre Carvin Paul Tillich, Giordano Bruno dan
Schleirmacher. Mereka ini adalah tunjang utama dalam mengkritik ajaran agama Kristian

13
Mereka berani mencabar dengan kewujudan Tuhan dengan mengatakan Tuhan sudah
mati yang didakwa oleh seorang tokoh iaitu Nietzche. Pada zaman dahulu ketika era moden
agama Kristian seakan tunduk kepada falsafah dan ini menyebabkan wujudnya atheisme. Ia
diterajui oleh ramai pemikir dan ahli falsafah seperti Lessius, Mersenne, Descartes. Malabrance
dan Clark. Mereka membincarakan tentang Tuhan tanpa Jesus. Ini disebabkan mereka
membenci sepenuhnya terhadap agama. Ramai daripada mereka yang menolak kewujudan
Tuhan, menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudan-Nya. Sesungguhnya ini sangat
bertentangan dengan ajaran Islam.

Di dalam Al-Quran Allah sudah telah menerangkan bahawa mana-mana individu atau
makhluk yang tidak mempercayai adanya Allah S.W.T di dalam surah al-Turr, 36.

Maksudnya, Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!)
Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran apa yang mereka pernah
mengakuinya)

Surah al-Tur: 36

Menurut Imam al-Tabari, orang-orang musyrik itu berkata bahawa kehidupan itu
hanyalah kehidupan dunia sahaja, tiada kehidupan selain daripada itu, sebagai satu
ketidakpercayaan terhadap hari kebangkikan selepas berlakunya kematian... (Kalimah mati dan
hidup) itu bererti kehidupan anak-anak selepas mereka, dan boleh jadi bererti dua perkara yang
sudah berlaku dan sedang berlaku berselingan. Manakala, kalimah al-dahr bererti umur yakni
orang musyrik berkata bahawa tiada apa yang boleh menghancurkan kami melainkan
pertukaran malam dan siang serta panjangnya umur, sebagai tanda ingkarnya mereka terhadap
Tuhan Pentadbir yang menghancurkan dan memusnahkan mereka.”

14
Dalam kitab Mafatih al’Ulum dikarang oleh Al-Khawarizmi mendefinisikan bahawa
Dahriyyun sebagai golongan yang percaya kepada keabadian masa. Ini dipersetujui oleh Imam
al-Ghazali berkata bahawa golongan Dahriyyun menolak Allah S.W.T sebagai Pencipta dan
Pentadbir. Menurut pandangan Ateis, dunia ini wujud dengan kekal abadi tanpa Pencipta di
dalam kitab al-Munqiz min al-Dhalal. Sebagai contoh, haiwan datang daripada air mani dan air
mani itulah datang daripada haiwan, dan mereka berpendapat bahawa keadaan itu kekal dan
akan sentiasa begitu. Pandangan seterusnya adalah daripada tokoh Ibn Hazm dalam kitabnya al-
Fisal fi al- Milal wa Ahwa’al-Nihal telah menyenaraikan golongan Dahriyyun ini iaitu pertama
sekali golongan ini tidak melihat sesuatu pun yang tercipta mereka hanya melihat sesuatu atau
dalam sesuatu.

Sebagai contoh, apa yang menghasilkan jisim dan iaitu semua yang wujud di dalam
dunia. Mereka lebih cenderung percaya kepada pihak yang mewujudkan sesuatu benda. Ini
boleh kita ambik sebagai contoh, sekiranya wujud pihak yang menghasilkan sesuatu benda tidak
kira samada benda itu ada sepenuhnya atau berbeza dari pelbagai aspek. Perbezaan ini adalah
benda tidak dapat diterima oleh mereka kerana bagi mereka tidak ada yang boleh menghasilkan
sesuatu yang berbeza atau berlawanan satu sama lain sebagaimana api tidak boleh menghasilkan
sejuk. Namun, sekiranya dunia ada pencipta, maka pencipta pasti akan melakukan sesuatu untuk
memanfaatkan, atau memperbetulkan sesuatu yang telah salah seperti manusia yang
menyebabkan perbuatannya menjadi kekal abadi.

Di dalam kitab al-Fiqh al-Awlawiyyat yang dikarang oleh Syeikh Dr. Muhammad Said
Ramadhan al-Buti mengkritik fahaman atheism ini dengan mengatakan bahawa penganut ini
yang menolak kewujudan Allah S.W.T adalah sama dengan golongan yang digambarkan oleh
firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am ayat 29 yang bermaksud:

Maksudnya: “Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain
dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".

(Surah al-An’am:
29)

15
4.0 ISU DAN IMPLIKASI DALAM ATHEISME - DARI SEGI AGAMA DAN POLITIK

Secara fitrahnya, setiap individu yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai
kepercayaan dan kefahaman mereka sendiri. Walaupun berbeza dengan prinsip Islam, akan
tetapi konsep kepercayaan mereka sama iaitu mereka berpegang teguh akan kewujudan Tuhan.
Namun sejak kebelakangan ini telah muncul pelbagai ideologi yang mengarut sehingga ia boleh
memesongkan akidah seseorang terutamanya umat Islam. Antaranya ialah kepercayaan atheism
yang secara terang-terangan menolak akan kewujudan Tuhan. Dewasa ini, pelbagai teknologi
telah muncul, maka penyebaran ideologi atheism semakin mudah dan meluas sekaligus dapat
menarik minat masyarakat dunia termasuk umat Islam untuk mendalaminya. Oleh sebab itu,
kini ideologi atheism merupakan sebuah ancaman kepada Islam kerana ia menggugat
kedudukan Islam sebagai agama yang paling mulia.

Selari dengan itu, pelbagai permasalahan telah timbul. Antaranya dari segi agama dan
politik. Dari segi agama, kemunculan ideologi atheism merupakan sebuah ancaman kerana ia
mampu mempengaruhi pemikiran seseorang masyarakat tidak kiralah seseorang itu beragama
Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, perkembangan
ideologi atheism yang berdasarkan “freethought” iaitu kebebasan minda untuk membuat sesuatu
kesimpulan dan berdasarkan kajian saintifik sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan
keraguan kepada masyarakat terhadap agama yang mereka anuti. Justeru itu, dari sudut
pandangan Islam, tidak kuat pegangan agama seperti kurang didikan ilmu sejak kecil
merupakan salah satu punca umat Islam mudah terjerumus kepada agama yang memesongkan
akidah mereka. Selaras dengan perkembangan teknologi di masa kini pula, memudahkan
ideologi atheism tersebar luas tanpa had batasannya.

Ini kerana, aktivis atheis menggunakan peluang yang ada untuk memasarkan ideologi
mereka kepada masyarakat dunia yang lain. Antara karya-karya penulisan mereka yang
berdasarkan logik dan saintifik ialah golongan atheis menyatakan bahawa kewujudan Tuhan
tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan. Ini kerana, mereka berpendapat bahawa Tuhan
tidak mempunyai jasad dan perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan adalah khayalan
semata-mata. Selain itu, mereka turut menghasilkan karya-karya yang berunsur kritikan yang
agresif dan bombastik terhadap semua agama termasuk Islam. Tambahan pula, aktivis atheis
ini turut merebut peluang dengan mewujudkan kumpulan perbincangan di platform media sosial

16
seperti Facebook dan Blog untuk melakukan serangan sekaligus mengajak masyarakat untuk
menyertai kumpulan tersebut. Antara kumpulan yang mendapat perhatian khususnya di dalam
Facebook ialah Warung Atheist. Hal ini demikian kerana, medium penyampaian utamanya ialah
dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kumpulan ini banyak disertai oleh rakyat Malaysia dan
setakat bulan Mac 2018, kumpulan ini telah disertai seramai 5,077 ahli. Selain kumpulan
Warung Atheist menjadi pilihan, kumpulan Facebook lain turut mendapat sambutan. Antaranya,
kumpulan Atheist yang mempunyai 16,696 ahli, Atheist Being mempunyai 111,589 ahli,
Atheists Unite mempunyai 13,352 ahli dan Atheist and Agnostic Society mempunyai 20,200
ahli. Sehubungan dengan itu, pelbagai impak telah tercetus. Pertamanya, ugutan terhadap umat
Islam. Kedatangan pelbagai platform media sosial telah membuka ruang untuk golongan atheist
menyampaikan mesej mereka terutama kepada umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana,
golongan atheist bermatlamat untuk memecahbelahkan akidah umat Islam. Malah di Malaysia,
golongan pendakwah berpendapat bahawa golongan belia antara paling mudah menjadi sasaran.

Hal ini demikian kerana, pada peringkat usia sebegitu mereka mudah tertarik akan
perjuangan kebebasan tanpa sekatan dan secara tidak langsung mereka boleh terjerumus kepada
ancaman murtad. Di samping itu, ugutan terhadap Islam merupakan salah satu jenayah yang
tidak dapat dimaafkan. Ini kerana, agama merupakan isu yang sangat sensitif untuk disentuh
dan ia boleh membangkitkan kemarahan seseorang individu. Akan tetapi, golongan atheist ini
tidak pernah rasa takut atau bersalah. Mereka merasakan kepercayaan atheism merupakan
kepercayaan yang paling benar. Oleh sebab itu, golongan atheis secara terang- terangan
menolak dan membenci semua agama terutama agama Islam. Malahan, golongan ini turut
menghina, mempersendakan, mempersoalkan dan mencaci agama Islam. Sebagai contoh, ada
diantara golongan atheist menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan
mengatakan bahawa baginda merupakan seorang pedofile. Ini kerana, perkahwinan baginda
dengan Saidatina Aisyah yang ketika itu masih muda. Malah, golongan atheist ini turut
menyamakan Allah swt dengan rupa manusia dan menyatakan bahawa Allah SWT menyukai
LGBT.
Bukan itu sahaja, malah di dalam Surah al-An am 6:7 Allah berfirman bermaksud “ Dan
sekiranya Kami turunkan kepadamu (Muhammad) tulisan di atas kertas, sehingga mereka dapat
memegangnya dengan tangan mereka sendiri, nescaya orang-orang kafir itu akan berkata, “ Ini
tidak lain hanyalah sihir yang nyata.”. Berdasarkan firman Allah jelas menunjukkan bahawa
golongan atheist ini secara terang-terangan tidak mempercayai akan kewujudan dan keesaan
Allah SWT. Selain itu, dari segi politik pula, ideologi atheisme sedikit sebanyak telah

17
mempengaruhi organisasi sesebuah pentadbiran kerajaan khususnya di Malaysia. Walaupun
rakyat Malaysia diberi hak untuk memilih kepercayaan masing-masing, namun untuk tidak
mempunyai sebarang pegangan agama merupakan salah satu kesalahan walaupun tidak dikira
sebagai melanggar undang-undang. Ini kerana, di Malaysia, asas kehidupan rakyat Malaysia
adalah berdasarkan prinsip Rukun Negara. Dalam konteks ini, prinsip Rukun Negara pertama
iaitu Kepercayaan kepada Tuhan harus dijadikan panduan. Hal ini disebabkan oleh prinsip
Kepercayaan kepada Tuhan merupakan sebuah rantaian dalam kalangan rakyat Malaysia untuk
memperkukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Akan tetapi, disebabkan kepercayaan atheism
yang menolak akan kewujudan Tuhan, maka ia bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Oleh sebab itu, banyak permasalahan telah timbul disebabkan perkara ini. Di samping itu, tiada
akta khas untuk golongan atheist menyebabkan mereka bebas untuk menyebarkan ideologi
mereka kepada masyarakat umum yang lain. Maka, perkembangan ideologi atheism semakin
tersebar luas di dalam Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, golongan atheist pernah
mengadakan pertemuan Konsulat Atheist Republic yang diketuai oleh Armin Navabi di Kuala
Lumpur pada Ogos 2017 yang disertai oleh anak bangsa Melayu-Islam. Ini jelas menunjukkan
betapa besarnya pengaruh ideologi atheism terhadap pemikiran masyarakat.Berikutan dengan
itu, pelbagai implikasi telah timbul. Antaranya negara akan mundur.

Hal ini wujud akibat daripada perbalahan dan perasaan benci-membenci antara
masyarakat lain tidak kira berlainan agama atau bangsa. Ini kerana, persepakatan antara
masyarakat melambangkan tahap kemajuan atau kemunduran sesebuah negara. Jika tahap
kesepakatan dalam masyarakat semakin pudar maka tidak hairanlah akan berlakunya
kemunduran dalam negara itu sendiri. Selain itu, perkembangan ekonomi dalam negara turut
akan terjejas. Hal ini demikian kerana, hilangnya sikap tanggungjawab dan kerjasama semua
masyarakat dalam membangunkan negara mereka sendiri. Melihat dari sudut pandangan
ideologi atheism ia lebih mementingkan sikap individualisme, maka proses untuk
menyatupadukan semua masyarakat berlainan kepercayaan akan menjadi sukar. Di samping itu,
penyebaran ideologi atheism sedikit sebanyak telah menghakis nilai-nilai murni seseorang
masyarakat menjadi tidak berakhlak dan bertamadun. Sebagai contoh dengan tidak
menghormati setiap agama dan kepercayaan di dalam sesebuah negara. Tambahan pula,
perkembangan ideologi atheism menyebabkan institusi kekeluargaan di dalam sesebuah negara
semakin lumpuh. Ini kerana, kepercayaan ideologi atheism yang bertentangan dengan konsep
kepercayaan lain menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka. Maka secara
tidak langsung akan berlakunya pergaduhan besar antara ahli keluarga mereka sekaligus

18
putusnya hubungan silaturahim antara mereka sekeluarga.

19
5.0 CARA PENAMBAHBAIKAN ISU ATHEISME

Secara asasnya, ideologi atheisme merupakan sebuah kefahaman yang bertentangan


dengan syariat Islam. Malah Allah SWT pernah berfirman di dalam Surah Yunus; 10: 36, yang
bermaksud “ Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu
dari kebenaran ( iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka
lakukan”. Berdasarkan firman Allah SWT jelas menunjukkan bahawa teori kepercayaan
atheisme tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana ia hanyalah berdasarkan logik dan
saintifik.

Justeru itu, ia harus dibendung secepatnya bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat
terutama umat Islam terus diperdaya. Ini kerana, jika tidak dibendung dari awal, ia boleh
membawa kepada ancaman murtad kepada umat Islam akibat ketidakpercayaan kepada Allah
SWT. Antara kaedah yang dapat dilakukan untuk menangani gejala atheism ialah dengan
memberi didikan awal dari rumah, menitikberatkan pengajian Al-Quran, menguatkuasakan
undang-undang dan mengadakan program-program dakwah. Ibu bapa merupakan orang yang
paling penting dalam memberi didikan awal kepada anak-anak. Ini kerana, ibu bapa merupakan orang
yang paling rapat dalam kehidupan anak- anak sekali gus ia memberi impak yang besar terhadap akidah
dan akhlak seseorang anak tersebut.

Justeru itu, memberi penekanan terhadap konsep ketuhanan sejak kecil merupakan tugas yang
penting yang seharusnya para ibu bapa lakukan. Sebagai contoh, dengan setiap perbualan di rumah diisi
dengan kalimah-kalimah mulia seperti Alhamdulillah, Subhanallah dan sebagainya untuk menerapkan
konsep ketuhanan di dalam diri anak-anak. Selain itu, sentiasa menitikberatkan pengajian Al-Quran
di rumah atau dimana sahaja adalah salah satu pelindung yang dapat membendung anak-anak
daripada terpesong jauh dengan prinsip Islam.

20
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda,
bermaksud “Al-Quran ini adakah hidangan Allah. Oleh itu hadaplah hidangan Allah ini
sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang
terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat
bagi orang yang mengikutnya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang
menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya
tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, kerana ia
akan memberikan kamu ganjaran. Saya tidak katakan Alam Laam Miim sebagai satu huruf
tetapi alif (1 huruf) dan Laam (1 huruf) dan Miim (1 huruf).”

Disini jelas terbukti bahawa Al-Quran merupakan pelindung dan petunjuk untuk umat
Islam dikala mereka di dalam kesesatan. Di samping itu, dengan memperbanyakkan program-
program dakwah yang bersesuaian dengan cita rasa generasi muda. Memfokuskan aktiviti
dakwah kepada generasi muda sangatlah penting pada zaman ini. Ini kerana, mereka mudah
terdedah dan senang untuk dipengaruhi. Tambahan pula, golongan muda dewasa kini tidak suka
dikongkong dan inginkan kebebasan. Justeru itu, untuk mendekati dan berkomunikasi dengan
anak muda zaman kini, para pendakwah atau agensi-agensi keagamaan yang berkaitan haruslah
bersikap kreatif dan inovatif.

Sebagai contoh, dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook,


Instagram, Twitter dan sebagainya untuk lebih mudah mendekati anak muda zaman kini. Selain
itu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, dakwah secara maya turut menjadi
pilihan anak muda untuk turut sertainya. Ini kerana, mereka lebih bebas untuk menyertainya
walau dimana mereka berada. Selain itu, pihak rangkaian telekomunikasi seperti stesen-stesen
televisyen turut memainkan peranan penting. Hal ini demikian kerana, untuk membiasakan
anak-anak muda dengan pendedahan mengenai ilmu agama dan secara tidak langsung
pengetahuan mereka mengenai ilmu agama akan bertambah.

21
Akhir sekali, dengan menguatkuasakan undang-undang. Secara globalisasinya, isu
kepercayaan atheisme semakin meruncing di Malaysia. Ini kerana, ia boleh membawa kepada
ancaman akidah kepada umat Islam. Justeru itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan
jalan terbaik untuk menangani daripada tersebar luas. Secara amnya, pihak kerajaan Malaysia
sudah memperkenalkan beberapa peruntukan undang-undang yang boleh dilaksanakan sama
ada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Ini kerana, Islam merupakan agama utama dan
rasmi di Malaysia, maka wajarlah ia harus dijaga kemuliaannya daripada segala anasir-anasir
luar. Tambahan pula, di Malaysia, kaedah fiqh dijadikan panduan untuk membantu agensi-
agensi yang berkaitan untuk mengawal penyebaran ancaman akidah di media sosial.

Antara kaedah fiqh yang diamalkan ialah yang bermaksud “ Menolak sesuatu daripada
berlaku itu lebih kuat berbanding daripada mengembalikan seperti sebelum terjadi.”. Dalam
konteks ini, jelas menunjukkan bahawa membendung penularan kepercayaan yang mengarut
dari awal lagi merupakan satu langkah yang penting daripada ianya tersebar luas. Di samping
itu, akta-akta lain di Malaysia tidak kurang pentingnya. Kerajaan telah menguar-uarkan
beberapa akta sekatan seperti Akta Penapisan Filem 2002 untuk kesalahan menyebar,
mengedar, menayang, mempamer dan sebagainya, Akta 558 dan Akta 589 untuk menangani isu
penyebaran ideologi yang bertentangan dengan hukum-hakam Islam dalam media sosial, Akta
Jenayah Syariah untuk memerangi isu akidah dan kesalahan mengenai pencelaan agama dan
lain lagi.

22
6.0 KESIMPULAN

Isu atheism di dalam Malaysia atau di mana – mana negara di dunia ini perlulah di cegah
dan diambil serius kerana jika isu atheism ini berlarutan, ianya akan memberikan kesan dan
cabaran yang banyak untuk negara. Golongan atheism juga ibarat hidup yang tanpa hala tuju
kerana mereka tidak mempercayai semua perkara dan hanya bergantung kepada logik akal
mereka sahaja. Cabaran yang dihadapi oleh agama islam dan masyarakat islam negara kita
ketika ini bersangkutan dengan perkara yang amat penting iaitu cabaran terhadap akidah.
Cabaran yang dihadapi juga adalah cabaran ke atas kedudukan dan status institusi Islam. Selain
itu, institusi fatwa adalah sebagai insitusi bberkaitan hukum hakam islam dan Mahkamah
Syariah ialah institusi yang wajib dalam pentadbiran islam kerana institusi ini akan
melaksanakan Syariah atau hukum syarak. Oleh itu, cabaran kepada insitusi ini akan
memberikan impak dan kesan yang serius ke atas agama islam serta perlaksaan ajaran islam dan
kedudukan umat islam di bumi ini.

Pihak berkuasa di negara kita juga tidak boleh terlalu berkeras dengan golongan atheism
ini tetapi haruslah tegas kerana mereka pasti akan menganggap bahawa islam adalah kekerasan.
Menurut padangan pendakwah iaitu Dr. Zakir Naik, beliau berkata bahawa hukuman bunuh
terhadap pesalah murtad adalah salah. Beliau juga berhujah bahawa tiada ayat Al-Quran yang
menyatakan sedemikian dan tiada sebarang sunnah yang mewajibkan hukuman bunuh terhadap
pesalah murtad. Tambahan pula, alasan bunuh yang digunakan oleh pihak tertentu akan
menjadikan islam adalah agama yang menakut – nakutkan dan alasan ini juga akan memberi
pandangan benci terhadap islam.

Pelbagai cara lain lagi boleh difikir untuk membendung isu atheisme ini. Pihak lain juga
boleh bekerjasama dalam menangani isu ini. Seterusya, isu atheisme ini bukanlah isu yang
ringan kerana ianya melibatkan soal agama dalam diri masing – masing. Jika iman kita lemah
atau rapuh, kita pasti akan mudah percaya dengan golongan atheism ini. Golongan ini juga bijak
dalam memperdaya kita untuk menyokong mereka. Oleh itu, subjek seperti pendidikan islam
disekolah haruslah diajar dengan lebih serius untuk membetuk insan yang beriman, berakal,
hebat dalam berdebat dan yakin dengan kewujudan Allah. Ibu bapa juga perlu lebih peka
tentang anak – anak mereka dengan mengajar perkara asas Islam seperti rukun Islam, rukun
iman, cara solat dan membezakan perkara yang baik dan buruk kepada mereka supaya mereka
tidak mudah diperdaya kelak.

23
Selain itu, remaja di sekolah juga harus tahu tentang kewujudan Allah kerana mereka
mungkin akan ditanya oleh rakan – rakan yang bukan Islam. Sebagai contoh, apabila mereka
ditanya di manakah Allah, mereka harus menjawab bahawa sesuatu yang tidak dapat dikesan
oleh penglihatan zahir tidak bermakna ia tidak wujud. Contohnya angin yang menyebabkan
manusia berasa nyaman tetapi bentuk fizikalnya tidak kelihatan. Begitu juga dengan perkara
yang berkaitan dengan deria kita seperti masin, manis, masam dan pahit. Semua rasa tersebut
wujud dan boleh dirasa tetapi manusia tidak dapat melihatnya. Perupamaan ini boleh menjadi
suatu contoh yang terbaik untuk menjelaskan kepada orang tentang kewujudan Allah SWT.
Kedudukan Allah juga tidak boleh disamakan dengan kedudukan di mana makhluk – makhluk
ciptaanNya berada.

Sifat manusia seperti tidak peduli dengan orang lain haruslah dibuang kerana sifat
seperti itu akan menjadikan kita tidak sayangkan agama kita. Apabila kita mengabaikan isu ini,
kita ibarat menyokong golongan atheism ini kerana golongan ini pasti merasakan kita tidak
kisah dengan mereka. Kita juga boleh menyebarkan dakwah di media sosial supaya golongan
seperti ini tertarik untuk membaca dakwah kita. Walaupun perkara seperti ini mungkin susah
untuk menyakinkan mereka, tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan mudah dan kita perlu
berjuang dan berjihad kerana Allah SWT. Usaha kita yang sedikit pada hari ini pasti akan
membuahkan hasil pada masa akan datang. Oleh itu, kita harus percaya dengan diri sendiri dan
sentiasa percaya kepada Allah.

Umat islam juga perlulah ikhlas dalam beragama dan mengamalkan ilmu yang
dipelajari. Ini kerana ilmu adalah penting didalam diri kita dan kita perlu terus menuntut ilmu.
Kita perlu menjadi contoh yang terbaik untuk generasi yang akan datang dalam menangani isu
atheism ini agar isu ini terhapus atau tidak diikuti oleh generasi seterusnya. jika tiada sebarang
usaha yang berterusan terhadap isu ini, jumlah ateis di Malaysia akan terus meningkat lebih
ramai lagi pada masa hadapan. Kita juga perlu menolak isu yang negatif seperti liberal di negara
kita yang semakin berleluasa. Oleh itu, Kita sebagai umat Islam haruslah bekerjasama menolak
isu atheism di muka bumi ini agar ianya tidak menjadi lebih luas dan merosakkan akidah umat
islam pada masa hadapan.

24
RUJUKAN

1. Razif, M. (2017, Ogos 17). Bayan Linnas Siri ke- 107: Menilai Fahaman New
Atheism. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Retrieved from https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/696-
bayan-linnas-siri-ke-107-menilai- fahaman-new-atheism

2. Radiation-Pills (2021, Jun) Asal Usul Atheism: Bagaimana dan Kapan Arus Falsafah
Ini Dilahirkan? Diambil dari laman web: https://ms.radiation-pills.com/origenes-
atheism-7024#menu-3

3. Sinar Islam (2019, Mei) Kecelaruan Atheism Terhadap Tuhan dan Agama. Diambil
dari laman web: https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/06/Artikel-Khas-
Bil.4.2019-Kecelaruan-Ateis.pdf.

4. Ashaari, M. F., & Sabri, S. H. (2018). Perbincangan Berkaitan Agama dan Ketuhanan
dalam Facebook “Warung Atheist” dari Perspektif Logik dan Emosi. Journal of
Islamic Sosial Science and Hunanities, 15(Oct), 80. Diambil dari laman web
http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/28

5. Zainuddin, D. (2017, November 24). Ateisme perlu dicegah – Dr Shamrahayu. Astro


Awani. Diambil dari laman web https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ateisme-
perlu-dicegah-dr-shamrahayu-161170

6. Shukimun, A. I. (2017, Disember 3). Atheism bertentangan Perlembagaan, langar


Rukun Negara. Harakahdaily. Diambil dari lamam web
https://harakahdaily.net/index.php/2017/12/03/atheism-bertentangan-perlembagaan-
langgar-rukun-negara/

25
7. Editor Yadim (28 disember 2017). Pendekatan hikmah dalam menangani ateis.
Diambil dari laman web https://www.yadim.com.my/v2/pendekatan-hikmah-dalam-
menangani-ateis/

8. MYNEWSHUB (9 Ogos 2017). Isu Ateis: Apa Tindakan Pihak Berkuasa Agama.
Diambil dari laman web https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/isu-ateis-apa-
tindakan-pihak-berkuasa-agama/

26

Anda mungkin juga menyukai