Anda di halaman 1dari 25

FOLIO

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

ISU AJARAN SESAT DI MALAYSIA

NAMA: MUHAMMAD FAIZ BIN FUAD

(faiz.fuad@banting.km.edu.my)

KELAS: A20F

NAMA GURU: UZTAZ MUHAMMAD SHIHAM BIN MAHFUZ


BAB 1

PENGENALAN

Istilah “ajaran sesat” diberi banyak definisi daripada pelbagai pihak. Menurut

Kamus Dewan, ajaran bermaksud sebagai sesuatu yang diajarkan, nasihat,

petunjuk, teori dan mazhab1. Manakala perkataan “sesat” mempunyai makna

sebagai terkeliru dan tidak mengikuti jalan yang benar 2. Menurut Bahagian Akidah,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ajaran sesat ditakrifkan sebagai ajaran

ataupun amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam ataupun bukan Islam yang

mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan ajaran Islam 3. Sebaliknya, ajaran

yang disebarkan tersebut bertentangan dengan akidah agama Islam, ayat-ayat dan

isi kitab al-Quran dan sunnah Rasulullah serta ajaran Ahli Sunnah wa al-Jama’ah

(ASWJ).

Salah satu cabaran dalam pengembangan agama Islam sejak dahulu ialah

wujudnya pengaruh yang cuba memesongkan akidah penganut agama Islam. Sejak

zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada zaman kini, umat Islam secara

amnya tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu penyelewengan akidah

dan penyebaran ajaran sesat4.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS)5, ajaran sesat yang tersebar di Malaysia yang berbagai-bagi telahpun dikenal

pasti. Hal ini dibahagikan kepada tiga kategori utama seperti berikut:-

 Ajaran sesat dari sudut kepercayaan atau akidah.

 Ajaran sesat dari sudut pengamalan


 Ajaran sesat dari sudut akhlak atau pengabdian antara hamba

bersama Tuhannya.

AJARAN SESAT DARI SUDUT KEPERCAYAAN

Menurut MAIS, terdapat beberapa contoh bagi fahaman sesat dari sudut

kepercayaan adalah ideologi-ideologi klasik Islam yang bertentengan dengan

pegangan ASWJ seperti Syiah, Murjiah, Khawarij, Qadariyyah, Jabariyyah dan

Muktazilah. Terdapat juga fahaman moden yang bercanggah dengan pegangan

ASWJ seperti Nasionalisme, Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme, Sosialisme,

Kapitalisme dan Komunisme.

AJARAN SESAT DARI SUDUT PENGAMALAN

Menurut MAIS, ajaran yang sesat dari aspek pengamalan merupakan ibadah

yang salah mengikut sumber syariat Islam (al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias).

Misalnya, melakukan amalan solat fardu kurang atau lebih daripada lima waktu

sehari, menunaikan ibadah haji di tempat selain daripada Makkah atau dilaksanakan

semasa bukan bulan haji dan melaksanakan ibadah zakat atau puasa dengan cara

yang menyalahi rukun zakat dan puasa.

AJARAN SESAT DARI SUDUT PENGABDIAN

Menurut MAIS, pengangungan manusia seperti ketua atau guru sehingga

melebihi status kemanusiaan merupakan salah satu contoh bagi fahaman sesat dari

sudut pengabdian. Kebanyakan fahaman atau ajaran sesat dalam kategori ini
berselindung di bawah nama tasawuf dan tarekat. Mereka menisbahkan nama

kumpulan dengan nama-nama tarekat sufi yang muktabar tetapi hakikatnya mereka

tiada kaitan langsung dengan aliran tarekat tersebut. Dakwaan palsu tersebut boleh

dikesan dari sudut wujud atau tidak pengijazahan dan sanad sesebuah aliran tarekat

yang menjadi sandaran5.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa frasa “ajaran sesat” itu merupakan suatu

ilmu yang diajar dan disebarkan dengan meluas kepada orang awam terutamanya

umat Islam yang memesong daripada kebenaran yang asal.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud “Dan

sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia

telah sesat dengan kesesatan yang jelas”. Begitu juga dengan sabda Rasulullah

s.a.w. yang bermaksud ‘Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan agama

kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang diada-

adakan) itu tertolak’. (riwayat Bukhari dan Muslim) 6.


BAB 2

KAJIAN KEPUSTAKAAN

SEJARAH ISU AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Isu ajaran sesat di negara Malaysia dapat dikesan sejak sebelum tahun 1950-

an lagi. Pihak berkuasa sukar mengesan dan membanteras golongan fahaman

sesat ini akan kerana kebanyakan daripada mereka menyebarkan fahaman dan

ideologi mereka secara sulit dan tidak disedari oleh orang ramai.

Ajaran sesat yang dikenalpasti sebagai ajaran yang paling awal bertapak di

Tanah Melayu ialah ajaran Ahmad Matahari yang mempelopori ajaran Taslim di

Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang pada akhir abad ke-19 7. Antara ciri

utama ajaran sesat ini termasuklah tidak perlu solat kerana Allah akan Bersama-

sama dengan tubuh badan kita apabila mengucap, menggangap Haji Ahmad

Matahari atau Haji Muhammad Syafie sebagai pengganti Rasullah dan

mengamalkan pernikahan secara batin8.

Pada dekad 1930-an pula, Malaysia telah menyaksikan beberapa ajaran yang

menyelewengkan pegangan ASWJ seperti Qadiani atau Ahmadiah yang dikesan

bermula di Jeram, Sungai Tua, Sungai Buluh dan Kampong Nakhoda. Pengasas

ajaran Qadiani iaitu Mirza Ghulam Ahmad telah mendakwa dirinya sebagai Nabi

yang menerima wahyu, Imam Mahdi, Isa al-Masih, mempunyai mukjizat, para Nabi

menyaksikan dirinya, menyatakan bahawa Malaikat itu pancaindena Tuhan dan

mendakwa bahawa Nabi Isa A.S telah meninggal dan kuburnya terletak di Srinagar 9.

Ajaran Qadiani juga mempratikkan ibadah haji di Qadian, India, menafikan jihad dan

mengubah ayat-ayat suci al-Quran. Hal ini telah menggesa pihak berkuasa untuk
mengkanunkan serta menguatkuasakan undang-undang bagi menyekat penularan

penyebaran ajaran sesat.

Sekitar tahun 1950-an pula, negara kita menyaksi kemunculan ajaran Subud

dan ajaran Martabat Ketujuh di Kelantan. Kesannya, ajaran-ajaran ini terutamanya

ajaran Martabat Ketujuh telah tersebar hampir ke setiap negeri di Malaysia. Namun,

ajaran Subud berjaya sehingga pengaruh mereka menjadi lemah.

Pada dekad 1960-an, terdapat perkembangan Tarikat Mufarridah, Tarikat

Samaniah Ibrahim Bonjol dan beberapa lagi, 1970an Tarikat Naqsyabandiah

Kadirun Yahya, Ajaran Nordin Putih dan sebagainya 10. Seterusnya, sekitar tahun

1980-an, Malaysia pula menyaksikan kewujudan kumpulan Anti-Hadith, fahaman

Syiah, manakala kumpulan Al-Arqam dengan ajaran Aurad Muhammadiyahnya

didapati bergiat aktif dengan cara yang tersendiri dan menjadi satu kumpulan yang

kaya-raya10.

Pada tahun 1994, seluruh Malaysia digemparkan dengan tindakan pihak

berkuasa terhadap kumpulan Anti-Hadith ini. ajaran-ajaran Al-Arqam telah

diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994 11. Ketuanya Ashaari

Muhamad dan pengikut-pengikutnya telah ditangkap secara beramai-ramai dan

dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 12.

Pada tahun 2009, Abdul Kahar Ahmad yang dikenali oleh pengikutnya

sebagai “Rasul Melayu” mengakui bersalah terhadap lima pertuduhan pindaan

mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di Mahkamah Tinggi

Syariah Shah Alam pada petang 13 24 September 2009. Antara penyelewengan

ajaran Abdul Kahar Ahmad termasuklah menyatakan bahawa sembahyang lima


waktu tidak wajib dan Zakat ialah melakukan apa sahaja perkara yang baik pada diri

sendiri dan terhadap orang lain kerana mencari keredaan Allah 14.

Terdapat banyak lagi kes-kes ajaran sesat yang berlaku di negara Malaysia.

Dari perbincangan dan olahan di atas, amat jelas ditunjukkan bahawa masalah dan

isu berkaitan ajaran sesat ini berkait rapat dengan seorang “ketua” yang

menyampaikan dakwaan karut-marut bagi menarik pengikut di seluruh dunia.

Persoalan perdana yang perlu ditujukan adalah apakah faktor-faktor berlakunya

epidemik ajaran sesat di Malaysia, apakah kesan-kesan ajaran sesat ini terhadap

komuniti Islam di Malaysia dan apakah modus operandi yang seharusnya di lakukan

oleh individual, masyarakat dan pihak berkuasa bagi mengekang penyebaran ajaran

sesat?
FAKTOR-FAKTOR TERPENGARUH DENGAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Terdapat beberapa faktor mengapa segelintir masyarakat terpengaruh

dengan ajaran sesat di Malaysia yang termasuklah faktor kepercayaan. Pada era

serba moden ini, masyarakat am menggunakan internet ataupun media sosial untuk

mendapatkan maklumat tanpa memeriksa kesahihan sumber ilmu tersebut. Sikap

kecuaian dan kenaifan mencari ilmu akhirat mendorong golongan ajaran sesat untuk

menghasut dan mempengaruh masyarakat untuk menjadi pengikut mereka dengan

menyebarkan ideologi karut mereka yang lalu melunturkan akidah umat Islam.

Perbuatan mencari ilmu agama di laman sesawang yang tidak sahih terjadi kerana

terdapat golongan yang tiada masa untuk mencari guru agama yang mempunyai

kelulusan dalam jurusan tersebut.

Selain itu, faktor sosial turut menjadi sebab terdapat segelintir masyarakat

yang terpengaruh dengan ajaran sesat. Hal ini disebabkan pada zaman teknologi

kini, ramai pengamal ajaran sesat ingin menambah ahli pengamal mereka agar

dapat meluaskan pengaruh mereka. Mereka menggunakan taktik mencipta hadis

atau fahaman yang tidak benar dan pesong jauh daripada yang terdapat dalam kitab

al-Quran untuk menarik perhatian golongan masyarakat yang cetek pengetahuan

tentang kandungan al-Quran serta hadis-hadis yang sahih.

Akhir sekali, peranan tindakan pihak berkuasa daripada pelbagai agensi

dalam menangani masalah ini dengan efektif tidak memberangsangkan. Hal ini juga

telah menyebabkan isu ini terus merosot. Terdapat juga kekurangan dari aspek

undag-undang, di mana penguatkuasaan hukuman yang diperuntukkan terhadap

mereka yang di dakwa terlibat dengan ajaran sesat juga adalah terlalu ringan

berbanding dengan kemudaratannya yang parah terhadap agama Islam.


IMPLIKASI PENYEBARAN AJARAN SESAT KEPADA INDIVIDUAL,

MASYARAKAT DAN NEGARA

INDIVIDU

Akidah seorang muslim yang mempratikkan ajaran sesat dalam

kehidupan akan batal jika tidak berhenti serta pengamalan syariat mereka.

Selain itu, ajaran sesat turut menyebabkan minda seseorang tertutup kerana

pengaruh ideologi-ideologi dan fahaman karut telah mengongkong cara

pemikiran mereka untuk berfikir secara rasional dan logik. Hal ini membawa

kepada penimbulan sikap fanatik terhadap ajaran sesat yang mereka

mengamalkan hingga mendorong dirinya melakukan perbuatan yang tidak

masuk akal seperti mendakwa diri mereka sebagai Nabi.

Di samping itu, pengikut ajaran sesat juga dibazirkan secara sia-sia

kerana mengamalkan habit yang menentang norma hidup masyarakat dan

ajaran agama Islam seperti memuja seseorang meggelarkan dirinya sebagai

Nabi selepas Nabi Muhammad S.A.W serta melakukan amalan-amaln bersifat

syirik dan khurafat. Kesan ajaran sesat terhadap individu yang paling padah

adalah menjerumuskan seseorang itu melakukan perkara yang syirik yang

mengakibatkan seseorang itu murtad.

MASYARAKAT

Ajaran sesat memberi pelbagai impak yang negatif terhadap

masyarakat umat Islam di Malaysia termasuklah mengakibatkan keruntuhan

institusi kekeluargaan. Hal ini demikian keretakan sewajarnya boleh berlaku

antara ahli keluarga yang berpegang teguh dengan pegangan ASWJ dan ahli
keluarga yang mengamalkan ajaran sesat apabila terdapatnya perbezaan

akidah.

Seterusnya, perpaduan dalam masyarakat akan tergugat dan luntur.

Sikap fanatik berlebihan yang terdapat dalam diri penganut ajaran sesat

terhadap kumpulan dan ketua mereka menyebabkan mereka tidak

menghormati masyarakat yang berada di sekeliling mereka. Hal ini dapat

menjejaskan keamanan dan keharmonian hidup dalam sesuatu masyarakat

apabila pertengkaran tertimbul atau keganasan berlaku.

NEGARA

Jikalau epidemik ajaran sesat tidak dibanteras dengan segera, sudah

tentu negara kita, Malaysia, akan mundur dari pelbagai aspek. Hal ini

disebabkan penglibatan individu yang tidak bertanggungjawab dalam

pengamalan ajaran sesat menjadikan diri mereka tidak proaktif dan membazir

masa. Jika diteliti dengan lebih mendalam, sektor ekonomi negara

bergantung kepada sumbangan semua rakyat dalam meningkatkan

produktiviti negara demi meningkatkan jumlah pendapatan dan keuntungan

negara. Sebaliknya, prestasi ekonomi akan terjejas akibat sifat penting diri

para penganut ajaran sesat. Oleh itu, penglibatan masyarakat dalam

pengamalan ajaran sesat turut dapat mengancam kestabilan negara dari

pelbagai aspek terutamanya politik dan ekonomi negara. Negara terpaksa

menghabiskan masa yang banyak dan mengeluarkan perbelanjaan yang

lampau untuk mengekalkan keharmonian negara.


BAB 3

METODOLOGI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi dapat ditakrifkan sebagai

suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalm sesuatu

kegiatan atau disiplin. Metodologi juga bermaksud kaedah, jalan, teknik, gaya,

ragam, rentak, corak dan sistem. Ia juga membawa maksud ilmu tentang metode

atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai

tujuan tertentu15. Terdapat dua kaedah untuk mencapai objektif penyelidikan ini iatu

melalui kaedah kajian dengan menggunakan pendekatan kuantitif dan pendekatan

kualitatif.

Bagi penulisan ilmiah ini, saya telah melaksanakan kajian secara kuantitif

yang mengutamakan kuantiti dan melibatkan angka-angka data serta statistik. Saya

telah membuat borang soal selidik melalui perisian Google Form. Hal ini merupakan

Teknik paling mudah dan berkesan dalam proses pengumpulan data-data para

responden. Para responden turut dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah.

Borang soal selidik tersebut mempunyai 10 soalan berkaitan penyelidikan ini.

Soalan-soalan berserta jawapan dan peratusan jawapan telah saya lampilkan di

bawah (rujuk Bab 4: Analisis).

Saya telah menggunakan beberapa medium dalam mengumpulkan data-data

serta mendapat maklumat sahih dalam proses kajian ini. Misalnya, perisian soal

selidik ataupun Google Form telahpun menolong saya mengumpul data-data dan

respon dari pelbagai demografik. Selain itu, Google Scholar turut membantu saya
dalam mencari bahan-bahan dan maklumat dari sumber yang sahih berkaitan kajian

ini.

Berikut merupakan prosedur kajian saya;

GOOGLE
SCHOLAR
KAJIAN-
KAJIAN ARTIKEL
AWAM

KAJIAN JOURNAL

GOOGLE
SOAL SELIDIK
FORM
BAB 4

ANALISIS

Rajah di atas menunjukkan peratusan responden yang telah menjawab soal

selidik mengikut jantina. Sebanyak 68.7% daripada 182 responden merupakan

perempuan manakala 31.3% yang lain itu merupakan responden daripada

demografik lelaki.

Rajah di atas menunjukkan demografik umur yang telah menyertai soal selidik

saya. 68.7% daripada responden itu merupakan responden yang termasuk dalam
lingkungan remaja iaitu 13-18 tahun manakala 31.3% daripada responden

merupakan responden yang termasuk dalm lingkungan dewasa muda hingga tua.

Rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti daripada responden

mengetahui dan memahami dengan teliti tentang takrifan ajaran sesat. Namun

begitu, terdapat lagi segelitir golongan yang tidak mengetahui maksud ajaran sesat.

Sesungguhnya, implemantasi pengajaran terhadap isu ajaran sesat perlulah

diadakan bagi mengajar masyarakat tentang isu tersebut.


Rajah di atas menunjukkan bahawa 79.1% daripada responden sedar akan

hukum menganuti ajaran sesat. Hal ini membuktikan majoriti responden mempunyai

ilmu hukum dalam agama Islam.

Rajah di atas pula menunjukkan bahawa kefahaman responden terhadap

kategori-kategori ajaran sesat. Peratusan responden yang amat memahami tentang

jenis-jenis ajaran sesat hanya mencecah 47.3% sahaja. Hal ini memberitahu kita

bahawa inisiatif terhadap pengajaran tentang isu ajaran sesat perlulah


diperbanyakkan dalam komuniti kita agar semua umat Islam mengetahui bahawa

ajaran sesat ini terbahagi kepada tiga kategori.

Rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti responden (65.9% dan

24.2%) memahami bahawa perbuatan mempercayai ajaran-ajaran yang bercanggah

dengan pegangan kukuh ASWJ. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat masih

dapat membezakan ajaran-ajaran sesat dengan ajaran yang benar (Islam).


Rajah di atas menunjukkan bahawa jawapan responden terhadap kefahaman

mereka tentang sejarah isu ajaran sesat di Malaysia terbelah bahagi pendapat.

Sebanyak 27.5% tidak mempunyai idea tentang sejarah isu ajaran sesat di negara

kita manakala 6% dan 7.1% para responden tidak memahami atau kurang

memahami tentang sejarah isu ini. Oleh itu, pihak berkuasa sewajarnya

meningkatkan daya usaha mereka dalam mengedarkan maklumat terutamanya

berkaitan sejarah isu kritikal ini bagi memberi idea kepada masyarakat untuk

mengekang masalah ini.


Rajah di atas menunjukkan data responden terhadap tahap kefahaman para

responden berkaitan faktor-faktor seseorang individu terlibat dengan amalan ajaran

sesat. Kebanyakkan responden mengerti punca-punca mengapa seseorang insan

itu terpengaruh dengan ajaran sesat.


Rajah di atas menunjukkan bahawa majoriti (61.5% dan 29.7%) para

responden mengenali dan amat mengenali kesan-kesan negatif ajaran sesat

terhadap seseorang individu, masyarakat serta negara. Hal ini membuktikan bahawa

para responden dapat berfikir secara rasional dan berilmu tentang keburukan ajaran

sesat dari pelbagai aspek. Walau bagaimanapun, terdapat lagi segelintir responden

yang tidak menguasai bidang implikasi ajaran sesat yang perlu ditujukan.
BAB 5

CADANGAN BAGI MEMERANGI ISU AJARAN SESAT DI MALAYSIA DAN

KESIMPULAN

Adalah merupakan fardu kifayah bagi masyarakat umat Islam di negara kita

untuk mengekang masalah problematik ini ke akar umbi. Pakar ilmiah telah

membuat kajian yang mendalam tentang hal ini dan telah menjana beberapa

langkah yang efektif yang sewajarnya dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk

memerangi masalah ajaran sesat di Malaysia.

Sebagai seorang umat muslim yang bertakwa, langkah perdana yang perlu

kita lakukan apabila kita menyaksikan seseorang itu menganut ajaran sesat adalah

menasihati mereka dengan. Sesungguhnya, agama Islam merupakan agama

nasihat. Diriwayatkan oleh Muslim daripada Tamim Al-Dari RA bahawa Rasulullah

SAW bersabda:

Maksudnya: “Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Baginda SAW

bersabda: Bagi Allah, bagi KitabNya, Bagi RasulNya dan bagi para pemimpin

kaum Muslimin dan orang-orang awam mereka.”16

Agama itu nasihat membawa maksud bahawa agama memberi petunjuk

kepada umat manusia agar menjadi insan yang mulia sempurna bagi mendapat

keredaan Allah SWT. Seterusnya, sebagai seorang individu juga, kita perlulah sering

menuntut ilmu agar dapat mengenal, mengetahui dan membanteras ajaran sesat.

Sesungguhnya, ilmu adalah penyelamat bagi diri daripada penyelewengan dan

kesesatan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang

mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya


orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah

orang-orang yang berakal sempurna.”17 (Surah Az-Zumar; 39 : 9)

Keluarga merupakan tiang yang prominen dalam suatu institusi masyarakat

dimana jika suatu institusi keluarga itu tercerai, maka keharmonian suatu

masyarakat tersebut akan terjejas. Sesungguhnya, akhlak, perwatakan dan cara

pemikiran seseorang terbentuk melalui apa yang dididik oleh ibu bapa di rumah.

Oleh itu, tiap-tiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa hendaklah memainkan

peranan meluntur buluh biarlah dari rebungnya dengan mengajar anak-anak mereka

tentang akidah, syariat dan akhlak Islamiah yang berdasarkan al-Quran dan As-

Sunnah supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan menolak ajaran sesat.

Rasulullah SAW ada menyebutkan peranan ibu bapa sebagaimana yang

diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA bahawa Baginda bersabda:

Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih.

Kedua ibu bapanyalah yang membuatkannya menjadi Yahudi, Kristian atau

Majusi. Sebagaimana ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna

kejadian dan anggotanya), adakah mendapatkan hidung, telinga dan angota-

anggota lainnya cacat terpotong?”18

Ibu bapa bertanggungjawab agar anak yang suci tersebut kekal dalam fitrah

Islamnya dan memastikan anak tersebut tidak terpengaruh dengan persekitaran

yang dapat menjejaskan fitrah keIslamanya.

Kerajaan memainkan peranan yang besar dalam membentuk rakyat yang

sejahtera melalui undang-undang atau ketetpan tertentu. Lazimnya, rakyat akan

mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pemimpin. Pada realitinya, hal

inilah yang dilaksanakan oleh kebanyakkan kerajaan termasuklah kerajaan Malaysia


demi memelihara keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara. Penetapan

pegangan dan pengamalan agama rasmi adalah sesuatu yang krusial bagi

sesebuah negara untuk berjaya. Dalam konteks Malaysia, kerajaan kita

menubuhkan Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama setiap

negeri yang bertanggungjawab untuk menjaga integriti pengamalan agama Islam

dengan penetapan akidah rasmi negara iaitu berdasarkan pengangan akidah ASWJ.

Kesimpulannya, segala umat Islam di negara kita perlulah mengukuhkan

semangat ummah dan berganding bahu untuk membanteras hal ajaran sesat di

Malaysia agar hidup setiap individu dapat dikekalkan.


BAB 6

BIBLIOGRAFI

1 Dbp.gov.my. (2017). Carian Umum. [online] Available at:

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ajaran

2
‌ Dbp.gov.my. (2017). Carian Umum. [online] Available at:

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sesat

3
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam: Satu

Sorotan, Jurnal Usuluddin, JIlid 26, 2007,hlm.2

4
Zubaidah, S. (2010). Shariah Journal, [online] 18(2), pp.247–248. Available at:

https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NDgzMw%3D

%3D.

5
mais.gov.my. “AJARAN SESAT MERUNGKAI KEKUSUTAN & KECELARUAN.”

Perpustakaan Negara Malaysia, 23 May 2017.


6
Surah Al-Ahzab [33:36]. (2016). Quran. [online] Available at:

https://quran.com/33/36 [Accessed 25 Aug. 2020].

7
Zubaidah, S. (2010). Shariah Journal, [online] 18(2), pp.250. Available at:

https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NDgzMw%3D

%3D

‌ Islam.gov.my. (2010). JAKIM : E-SMAF V1. [online] Available at: http://e-


8

smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16073 [Accessed 23

Aug. 2020].
9
Islam.gov.my. (2020). JAKIM : E-SMAF V1. [online] Available at: http://e-

smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/11793 [Accessed 23

Aug. 2020].


10
Zubaidah, S. (2010). Shariah Journal, [online] 18(2), pp.250. Available at:

https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NDgzMw%3D%3D

11
Wikipedia Contributors (2019). Al-Arqam. [online] Wikipedia. Available at:

https://en.wikipedia.org/wiki/Al-Arqam [Accessed 23 Aug. 2020].

12
https://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=497955

13
‌ Malaysiakini Team (2009). “Rasul Melayu” akhirnya akui bersalah. [online]

Malaysiakini. Available at: https://www.malaysiakini.com/news/113533 [Accessed 23

Aug. 2020].

14
Islam.gov.my. (2020). JAKIM : E-SMAF V1. [online] Available at: http://e-

smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12141 [Accessed 23

Aug. 2020].

15
‌ https://yuslalaintan.wordpress.com/2015/03/31/bab-3-metodologi-kajian/

16
Ikimfm.my. (2016). Agama Itu Nasihat – Radio IKIM. [online] Available at:

https://ikimfm.my/agama-itu-nasihat/ [Accessed 25 Aug. 2020].

17
‌ Surah.my (2020). Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Az-Zumar.

[online] Surah.my. Available at: http://www.surah.my/39 [Accessed 25 Aug. 2020].


18
‌ MAIS (2017). Ajaran sesat merungkai kekusutan dan kecelaruan. [online] Issuu.

Available at: https://issuu.com/maiselangor/docs/ajaran_sesat_-

_merungkai_kekusutan_ [Accessed 25 Aug. 2020].

Anda mungkin juga menyukai