Anda di halaman 1dari 4

10 Cara Bila Bergaduh :

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga
diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar
kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang
amat tidak selesa dalam dirinya. Satu kuasa memberontak dan tidak puas hati
terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap
anda adalah betul dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap
tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus
anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga
supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga
akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya
rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar
bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah
idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak
begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia
rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah
dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara
lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau
apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang
dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana
tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang
diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat
dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat terasa, jangan terlalu
sensitif atau take it too personal. Keadaan yang tengah panas boleh buat anda
terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang
diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh
itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh
menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap
atau sengaja melepas cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak
membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan
datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan
benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat
marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga
perkara yang dah lama terjadi dah 3 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya
pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.
Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk
selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan
baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi
penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik
yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam
perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda
mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan
keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu
pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca
mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi
pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun naik angin bila perkara macam ni
berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara
macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah
memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan
anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu
perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan
isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di
lihat dalam konteks learning experience atau proses belajar selain melihatnya dari
satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat eye contact, tanya soalan yang
relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk
menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti
ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh
konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan,
marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari medan
konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi tergantung macam tu je.
Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke,
tension ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi
tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin
anda pergi duduk tempat lain kejap ke kemudian pastikan anda datang semula. Ini
secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat
mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s : Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap
perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kanPeace no
war!!

Anda mungkin juga menyukai