Anda di halaman 1dari 17

A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

1.0 Pengenalan
Istilah muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan
irama yang indah dan menyenangkan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Menurut
Steven Porler, (1986) muzik adalah bunyi. Bunyi melibatkan interaksi empat perkara
iaitu tenaga, alat, persekitaran, serta penerima. Tenaga menghidupkan sesuatu alat
melalui getaran, getaran dibawa melalui persekitaran dan disambut oleh penerima.
Apabila seseorang itu menyanyi, tenaga dari suaranya menggetarkan sistem peti
suara. Bunyi ini dibawa melalui udara dan diterima oleh telinga pendengar.
Muzik adalah diakui sebagai satu seni dan juga sains yang menggabungkan
bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran,
dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu
(Johami Abdullah, 1997). Muzik seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
seharian kita. Sama ada kita sedar atau tidak, muzik tetap berada di seluruh tempat
dan seolah-olah menjadi fungsi ataupun pelengkap kepada aktiviti harian kita.
Pendidikan muzik di sekolah menjadi aspek penting bagi kanak-kanak sebagai
pelengkap kepada penyuburan diri kerana muzik adalah seni. Budaya sesebuah
masyarakat tidak akan lari dari muzik, tarian, alat muzik, lagu-lagu tradisi serta teks
yang terdapat dalam sesebuah lagu. Dalam sesetengah masyarakat, muzik menjadi
elemen penting sebagai pelengkap kepada pelbagai aktiviti sosial mereka.
Secara tuntas, muzik memainkan peranan penting dalam setiap insan di
dunia ini. Pada masa yang sama muzik juga membantu seseorang itu berjaya dalam
hidup mereka dengan cemerlang sekiranya sifat usaha itu diteruskan.
2.0 Tingkah laku muzikal
Menurut Johami Abdullah (1997), segala tingkah laku manusia adalah diakibatkan
daripada yang dipelajarinya sejak seseorang itu dilahirkan. Kebanyakan daripada
cara-cara manusia berfikir, bertutur, dan bertindak itu akibat daripada interaksi dan
asimilasi dengan manusia lain. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa muzik
merupakan satu lagi jenis tingkah laku manusia yang boleh memperoleh.
Tingkah laku manusia boleh melibatkan unsur-unsur muzik dikenali sebagai
tingkah laku muzikal. Tingkah laku ini terdiri daripada persembahan, pendengaran
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

dan literasi muzik. Satu mazhab yang menganggap muzik sebagai satu seni yang
luar biasa dan tersendiri yang patut disanjung tinggi kerana hal ini bukan semata-
mata satu bentuk tingkah laku manusia yang biasa. Tingkah laku manusia
dibahagikan kepada dua iaitu sifat semula jadi dan akibat Asimilasi dengan
persekitaran. Sifat semula jadi merujuk kepada potensi seseorang individu boleh
ditentukan dengan faktor-faktor genetik. Akibat Asimilasi dengan persekitaran pula
menyatakan bahawa mana-mana individu boleh dilatih untuk melakukan apa sahaja
jika seseorang itu dibesarkan dalam suasana dan persekitaran yang tertentu.
Namun, tidak kira faktor genetik ataupun faktor persekitaran, peranan sebagai
seorang pendidik muzik adalah mengajar setiap pelajarnya seberapa yang boleh.
(Johami Abdullah, 1997).
Terdapat dua faktor yang mendorong manusia untuk bertingkah laku.
Pertama adalah disebabkan faktor genetik ( faktor dalaman) dan yang kedua adalah
disebabkan faktor persekitaran ( faktor luaran ). Faktor genetik mempunyai perkaitan
dengan aspek biologi seperti personaliti dan potensi untuk bertingkah laku.
Manakala faktor persekitaran berkait rapat dengan rangsangan persekitaran atau
tempat individu itu dibesarkan. (Johami Abdullah (1993), Abeles H.F., Hoffer C.R. &
Klotman R.H. (1995) dalam Modul Pendidikan Muzik (MZU3104, 2011).
2.1 Faktor Dalaman
Setiap bayi yang lahir akan memiliki ciri yang pelbagai dan berbeza-beza.
Perbezaan ini ada kemungkinan berlaku kerana mewarisi sifat-sifat fizikal ataupun
tingkah laku ibu bapa atau mungkin juga daripada keturunan keluarga terdahulu,
iaitu nenek moyang mereka ( Wong Kiet Wah, 2013).
Faktor dalaman terdiri daripada faktor genetik dan faktor biologi. Faktor
genetik mempunyai kaitan dengan darah keturunan seseorang. Sebagai contoh
dalam sebuah keluarga jika bapanya seorang pemuzik maka salah seorang anaknya
berkemungkinan besar mempunyai kemahiran muzikal setanding bapanya. Anak itu
bertingkah laku muzikal disebabkan oleh genetik sedia ada. Bakat juga salah satu
faktor dalaman. Bakat adalah suatu kondisi pada seseorang yang kemungkinannya
dengan suatu latihan khusus mencapai suatu kecekapan, pengetahuan, dan
pengetahuan dan keterampilan khusus, misalnya berupa kemampuan memainkan
muzik.
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Manakala faktor biologi pula berkenaan pembentukan fizikal manusia yang
mempengaruhi hasil seni. Menurut ahli sosiologi segala tingkah laku manusia itu
adalah akibat daripada hanya sifat-sifat semula jadi manusia sendiri. Kanak-kanak
mewarisi ciri-ciri fizikal ataupun sikap yang ada pada ibu bapa ataupun salasilah
keturunannya yang terdahulu. Sebagai bukti keluarga Bach. Keluarga ini telah
menghasilkan beberapa generasi pemuzik yang handal dan terkenal. Begitu juga di
tanah air ini, iaitu keluarga Soliano.
2.2 Faktor Luaran
Munn (1969) dalam Wong Kiet Wah (2013) mengatakan bahawa persekitaran ialah
kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Faktor
luaran membantu perkembangan seseorang kanak-kanak tersebut. (Urie
Bronfenbrenner (1979, 1989) dalam Wong Kiet Wah (2013). Menurut Edgar Vinacke
menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.
Faktor luaran seperti persekitaran semula jadi dan faktor pemasyarakatan
memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku muzikal seseorang.
Terdapat beberapa faktor luaran persekitaran seperti mikrosistem di mana kanak-
kanak dengan masyarakat. Contohnya, terpengaruh dengan adik-beradik atau jiran
tetangga. Selain itu, mesosistem iaitu satu mikrosistem boleh mempengaruhi
mikrosistem yang lain iaitu terpengaruh dengan pihak ketiga. Contohnya, kawan-
kawan di sekolah.
Faktor luaran seperti masyarakat merupakan proses apabila seseorang
individu dapat memperoleh beraneka jenis tingkah laku yang perlu untuk berfungsi
dalam sesuatu masyarakat.
3.0 Kesimpulan
Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana
itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi
asas muzik adalah sebagai hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai
salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik
mengandungi utusan dalam bentuk irik. Gabungan kedua-dua melodi dan lirik boleh
meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

kehidupan manusia. (Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri,
Jurnal Komunikasi)
Muzik merupakan satu lagi jenis tingkah laku manusia yang boleh diperoleh.
(Johami Abdullah, 1997). Faktor dalaman seperti faktor genetik dan faktor biologi
memainkan peranan penting dalam tingkah laku muzikal dalam diri seseorang
individu. Manakala faktor luaran seperti faktor persekitaran juga medan kepada
tingkah laku muzikal kepada seseorang insan.
Muzik juga boleh dikatakan aktiviti sosial yang membolehkan sekumpulan
manusia berinteraksi kerana muzik adalah sama seperti cara seseorang belajar
sesuatu. Begitu juga dengan muzik yang mana satu aktiviti sosial yang
membolehkan sekumpulan manusia memahami serta bersetuju dengan cara bunyi
muzik yang patut digabungkan. (Nota Kuliah PISMP, 2011)
Pada pendapat penulis, faktor luaran iaitu faktor persekitaran memberi
dorongan yang tinggi kepada seseorang insan dalam tingkah laku muzikal. Munn
(1969), menyatakan bahawa persekitaran ialah kuasa luaran yang boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.
Faktor masyarakat memainkan peranan penting dalam tingkah laku muzikal
dalam diri seseorang. Menurut Johami Abdullah (1997) setiap individu memperoleh
status yang tinggi atau rendah mengikut peranan sosial yang dimainkan oleh
individu berkenaan dalam masyarakat. Fenomena ini juga diberi nama status
sosioekonomi (SSE).
Hal ini dikatakan demikian kerana golongan atasan pada zaman dahulu
biasanya mampu menghantar kanak-kanak mereka ke kelas piano atau violin
walaupun kosnya mahal lalu mereka juga mampu membelikan alat muzik tersebut.
Dengan itu, mereka dapat mempelajari kemahiran instrumental tersebut. Manakala
golongan bawahan pula, mereka hanya dapat memiliki alat instrumental seperti
gendang atau kompang buatan sendiri sahaja. Manakala pada era global
transformasi ini, kebanyakan ibu bapa zaman sekarang dapat menghantar kanak-
kanak mereka ke kelas muzik. Buktinya, Yuna Zarai merupakan seorang penyanyi
wanita yang mampu mengendalikan alat muzik gitar. Selain beliau Datuk Johari
Salleh. Johari mula dihantar belajar muzik oleh bapanya dengan Pak Saaban ketika
usianya 14 tahun.( Dewan Siswa Januari 2011)
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Faktor agama juga salah satu faktor luaran yang memainkan peranan tingkah
laku muzikal dalam hidupan ritual masyarakat ini. Sehubungan dengan itu,
kebanyakan pemuda pemudi zaman sekarang melibatkan diri dalam kumpulan
aktiviti-aktiviti agama. Contohnya, di gereja memainkan alat piano, di kuil
memainkan alat genderang, di tokong Cina memainkan gong, dan di masjid pula
memainkan kompang. Secara tidak langsung muda-mudi melibatkan dirinya dalam
kumpulan tersebut dan memainkan alat-alat tersebut melalui kaedah imitasi. Hal ini
dapat membuktikan melalui kumpulan-kumpulan nasyid seperti kumpulan Adams,
kumpulan Ae-man dan ramai lagi.
Faktor tradisi atau budaya juga merupakan salah satu faktor tingkah laku
muzikal. Setiap bangsa atau negara mempunyai tradisi tersendiri. Misalnya muzik
Karnataka bagi bangsa India, muzik Guangdong bagi bangsa Cina, muzik nazam,
gurindam, ghazal dan dondang, hadrah bagi bangsa Melayu manakala muzik Jazz
bagi bangsa Amerika. Setelah mendengar muzik tersebut secara langsung kita
dapat mengenali muzik ini merujuk kepada bangsa tersebut.
Selain itu, faktor sosial juga memainkan peranan dalam diri tingkah laku
muzikal pada seseorang itu. Jikalau seseorang itu berkawan dengan golongan
ilmuwan maka sudah tentu insan tersebut pengaruh dengan ilmu. Begitu juga
dengan muzik. Sekiranya kita sentiasa bergaul dengan golongan pemuzik maka
sudah tentulah lahir perasaan dan naluri muzik dalam diri kita. Hal ini dapat
dibuktikan melalui pemuzik agung Ravi Shanker. Beliau mengadakan hubungan dan
bekerjasama bersama banyak pemuzik.
Di negara Malaysia pula mempunyai tradisi warisan Istana. Raja-raja
menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik di istana dan latihan dianjurkan untuk
meningkatkan mutu persembahannya. Pasukan muzik ini mempersembahkan
permainan mereka untuk upacara pertabalan, upacara kematian raja dan upacara
menghadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Contohnya nobat dan
gamelan. Alat-alat muzik nobat hanya boleh dimainkan oleh golongan keluarga
tertentu. Secara tuntas, keluarga-keluarga tersebut akan mewarisi kemahiran
bermain alat muzik nobat dan gamelan ini turun-menurun. (Ismail Hamid, 1991)
Faktor teknologi juga salah satu medan faktor tingkah laku muzikal diri
seseorang. Pada zaman dahulu muziknya akan dirakam dalam pita rakaman, piring
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

hitam. Orang ramai pada zaman itu memang kurang berpeluang untuk mendengar
muzik. Kewujudan teknologi rakaman semasa secara elektro-akustik ini merupakan
satu kemajuan teknologi yang paling bermakna kepada seni muzik. Setiap insan
dapat peluang untuk menghayati muzik tidak mengira di mana, bila mereka berada.
Kemajuan teknologi rakaman banyak menukar sikap psikologi manusia terhadap
muzik. Perubahan yang terlibat sahaja cara manusia mendengar muzik tetapi juga
jenis muzik dan bila muzik didengar.
Lebih-lebih lagi kemahiran IT di hujung jari. Tiada ada batasan usia untuk
menguasainya. Seorang remaja Mohhamad Haikal Hamzad yang kira-kira usia
dalam 22 tahun mencipta muzik latar belakang (background sound) sesuatu filem
kartun di tanah air. Pada zaman 80an hingga pertengahan 90an muzik latar
belakang perlu di kompos oleh seseorang komposer berbanding zaman IT kini.
Komposer latar belakang sesebuah filem adalah komputer. Kebanyakan pengarah
filem menggunakan muzik-muzik latar belakang yang sedia ada dalam komputer.
Kenapa kita susah, kan ada komputer, dalam hujahnya oleh pemuda pengarah
tersebut dalam program Digista Teens.
Minat juga memainkan peranan dalam diri tingkah laku muzikal seseorang.
Minat adalah suatu rasa lebih suka dan rasa keterikatan pada suatu hal atau aktiviti
tanpa ada yang menyuruh. Minat bererti kecenderungan dan keghairahan yang
tinggi atau keinginan yang besar terhadap sesuatu (Slameto (2010:180) dan
Muhibbinsyah (2010:133) dalam Kajian Pustaka). Terdapat pelbagai media massa
seperti youtube, facebook, twitter yang mencungkil naluri minat dalam jiwa. Kini,
sesiapa minat dalam sesuatu bidang, boleh mempelajari daripadanya. Terdapat
seorang budak yang berusia 4 tahun mengendalikan piano dengan mengagumkan
dalam laman sosial youtube. Pada masa yang sama, terdapat pelbagai kaedah
yang boleh mempelajarinya dari media tersebut sekiranya perasaan minat ada
dalam dirinya. Sekiranya perasaan minat terlahir dalam diri seseorang itu, maka
latihan haruslah lakukan.
Ada beberapa patah pepatah mengatakan bahawa setiap usaha dan latihan
akan menghasilkan sesuatu yang bermutu. Antaranya seperti practice make
perfect; ada tugal, adalah benih. Jikalau seseorang itu minat untuk mempelajari
sesuatu maka perkara-perkara yang susah akan menjadi mudah sekiranya selalu
mengamalkan latihan seperti bak pepatah alah bisa, tegal biasa.
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Secara keseluruhannya, penulis berpendapat bahawa setiap tingkah laku
muzikal seseorang itu dapat lihat melalui dorongan faktor luaran dan faktor dalaman.
Faktor-faktor luaran yang disenaraikan di atas, lebih mendorong kepada tingkah laku
muzikal.
3.1 Rumusan Grafik





















Rajah 1: Grafik Tingkah laku Muzikal
Faktor Dalaman
Faktor Baka
Faktor Biologi
Faktor Luaran
Tingkah
Laku
Muzikal
Faktor Semula jadi
Faktor Masyarakat
Kesimpulan
Pandangan Penulis
Faktor Luaran
Faktor Masyarakat Faktor Tradisi
Faktor Teknologi
Faktor Budaya
Faktor Agama Faktor Sosial
Minat & Usaha
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

4.0 Kajian Tokoh Muzik Tanah Melayu dan Tokoh Muzik Antara Bangsa
Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal sifatnya. Kerana
itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah pelbagai. Salah satu fungsi
asas muzik sebagai salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana,
selain melodi muzik mengandungi utusan dalam bentuk lirik. Gabungan kedua-dua
melidi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai salah satu komunikasi yang
bertenaga dalam kehidupan manusia. Kerana itu, ada pihak yang melihat muzik
sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang mampu menggambarkan imej dan
ketamadunan budaya sesuatu bangsa. (Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fuziah
Kartini Hassan Basri (UKM Jurnal Komunikasi). Selain itu, Muzik adalah medium
pernyataan sosial yang sangat asas dalam kehidupan manusia sejak zaman Yunani
lagi. Sharif 1966 dalam jurnal komunikasi merumuskan bahawa muzik adalah alat
mendekati masyarakat dan menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan
masyarakat.
Sehubungan dengan hal itu, kerjaya sebagai pemuzik sangat mencabar di
samping pandangan masyarakat terhadap kerjaya tersebut dan aktiviti yang
berkaitan dengannya. Namun begitu, masyarakat seharusnya sedar akan
sumbangan para pemuzik dalam menghasilkan muzik dalam sesebuah lagu. Tidak
semudah yang kita harapkan atau dibayangkan untuk menghasilkan sesebuah lagu
yang menjadi indah untuk kedengaran kita. Pengorbanan para pemuzik adalah
besar dalam bidang mereka. Sikap kesedaran perlu ada pada setiap pihak media
cetak supaya peratus atau sikap cetak rompak dapat dibanteras.
Penulis memilih pemuzik tanah air ialah Allahyarham P.Ramlee dan pemuzik
antara bangsa ialah Ravi Shanker. Faktor-faktor seperti biologi, sosial, teknologi
dan budaya masyarakat setempat mempengaruhi dalam tingkah laku muzikal
mereka.

4.1 Latar Belakang Tan Sri P. Ramlee
P.Ramlee atau sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuke Nyak Puteh dilahir pada
22 Mac 1929 di rumah neneknya di Pulau Pinang. Ayahnya Teuku Nyak Puteh
berasal dari Acheh dan Ibunya Che Mah Hussein. Beliau mempunyai seorang adik-
beradik tiri, Syeikh Ali.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Kampung Jawa dan kemudian ke sekolah Francis Light. Seterusnya beliau
menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia
Kedua. Beliau pernah bekerja di sebuah kilang pengeluaran bijih timah sebelum
mendaftar di Sekolah Tentera Laut Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di
Tanah Melayu sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang.
Kehidupan muziknya bermula dengan bermain Ukulele. Seterusnya beliau beralih
kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin ( pemimpin brass
band di Penang Free School). Beliau menyertai dalam Orkes Teruna Sekampung
dan Sinaran Bintang Sore. Pada tahun 1947, beliau menjuarai nyanyian anjuran
Radio Pulau Pinang dan terpilih sebagai Penyanyi Utama Malaya. Beliau
mencemburui dalam bidang perfileman. Chinta adalah filem pertama beliau.
Sebanyak 27 buah filem dilakoni oleh beliau. Ketika berusia 44 tahun beliau
meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Allahyarham telah dianugerahkan Bintang
Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau turut
mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun
2005 yang membawa gelaran doktor.
4.2 Latar Belakang Ravi Shanker
Ravi Shanker merupakan salah seorang pemuzik agung dalam kalangan pemuzik-
pemuzik seperti John Sebastian Bach, Ludwing Van Beethovan, John Micheal
Osbourne, Bob Marley, Jimi Hendrik, Heitor Villa Lobos, Wolfgang Amadeus Mozart,
Yehudi Mennin, dan George Gershwin. Nama sebenar beliau ialah Robindro
Shaunkor Chowdhury yang berasal daripada keluarga Brahmin. Beliau dilahirkan
pada 07 April 1920 di Varanasi. Beliau adalah anak bongsu daripada 7 adik-beradik.
Beliau dikenali gelaran Pandit yang membawa maksud handal. Beliau merupakan
seorang pemuzik dan komposer India yang bermain alat bertali sitar. Beliau telah
digambarkan sebagai pemuzik India kontemporari yang paling dikenali.
Ayahnya, Shyam Shanker yang berkhidmat sebagai peguam dan ulama di
Kuil tengahan dewan Jhalawar dan berkhidmat sebagai peguam di Landon,
England. Ibunya ialah Hemangini Devi. Pada usia 10 tahun, beliau melibatkan diri
dalam kumpulan tarian di bawah bimbingan abangnya Udaya Shanker. Pada usia
13 tahun beliau telah menjadi ahli kumpulan tarian tersebut. Pada tahun 1938, beliau
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

meninggalkan daripada kumpulan tarian dan mula belajar sitar di bawah bimbingan
Alahuddin Khan. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1944, beliau bekerja
sebagai komposer, mencipta muzik untuk Apu Trilogy oleh Satyajit Ray, dan
merupakan pengarah muzik Radio India, New Delhi.
Pada tahun 1956, beliau mula ke Eropah dan Amerika untuk bermain muzik
India dan meningkatkan popularitinya di sana melalui pengajaran, prestasi, dan
persatuan dengan pemain biola Yehudi Menuhin dan batu artis George Harrison
daripada Beatles. Beliau juga terlibat dalam muzik Barat dengan menulis skor untuk
sitar dab orkestra. Beliau dianugerahkan penghormatan tertinggi awam India
sebagai Bharat Ratna dan menerima tiga Anugerah Grammy. Akhirnya, beliau
meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 11 Disember 2012.

4.3 Faktor Biologi, sosial, dan budaya serta teknologi mempengaruhi tingkah
laku muzikal Tan Sri P. Ramlee dan Ravi Shanker

Faktor Budaya
Tan Sri P. Ramlee Ravi Shanker
Beliau dilahirkan dikelilingi masyarakat
yang berbilang kaum seperti Melayu,
India, dan Cina sebelum negara Malaysia
mendapat kemerdekaan. Kecintaan
kepada muzik sedikit sebanyak
mengganggu perjalanan pendidikannya.
Sejak kecil beliau telah terdedah dengan
aktiviti bangsawan dan sandiwara di mana
bapa beliau sendirinya merupakan
pemimpin kumpulan sandiwara yang
terkenal sekitar Pulau Pinang. Masyarakat
Melayu ketika itu masih belum terbuka
dengan muzik barat kecuali muzik yang
Beliau dilahirkan di Varnasi, Benaras.
Negara ini kaya dengan muzik Klasik
Hindustani. Sejak kecil lagi beliau telah
terdedah dengan pelbagai muzik. Hal ini
dikatakan demikian kerana di negara
tersebut mempunyai banyak kuil. Pelbagai
aktiviti akan diadakan di kuil-kuil tersebut.
Secara tidak langsung beliau membesar
dalam muzik. Pada usia 10 tahun beliau
telah menceburi dalam kumpulan tarian di
bawah bimbingan abangnya. Seperti di
mana kita mengetahui segala pergerakan
tarian akan diikuti dengan rentak muzik
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

berasal bangsa seperti boria, zapin, joget
dan sebagainya. Hal ini mempengaruhi
tingkah laku beliau dan karya beliau.
tersebut. Tambahan pula, pelbagai
persembahan budaya akan diadakan di
kuil-kuil tersebut. Perkara-perkara ini
menyebabkan beliau minat dalam muzik
tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui
beliau mahir dalam alat sitar. Alat sitar
adalah alat utama bagi persembahan
Muzik Hindustani Klasikal.
Faktor Biologi
Tan Sri mempunyai suara yang lunak. Hal
ini terbukti melalui beliau pernah
memenangi beberapa pertandingan
nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang
Malaya sekitar 1945 hingga 1947. Beliau
mempunyai bakat semula jadi dalam
muzik di mana berkemampuan
memainkan pelbagai alat muzik antaranya
ukulele, gitar, biola, dan sebagainya.
Beliau juga lahir dalam keluarga seni di
mana bapanya merupakan seorang
pemimpin kumpulan sandiwara di Pulau
Pinang. Beliau seorang yang amat
komited kepada kerjaya dan berdisiplin.
Hal ini mungkin dipengaruhi oleh
persekitarannya pada masa itu di mana
beliau pernah mendapat latihan di sekolah
tentera laut Jepun. Beliau mendapat
pendidikan khusus dalam bidang muzik
sehingga memperoleh ijazah dalam muzik
klasik.

Keluarga Ravi Shanker merupakan
keluarga seni. Hal ini kerana abangnya
Udaya Shanker merupakan guru tarian
klasikal pada masa itu. Pada usia 10
tahun beliau telah menceburi dalam
tarian. Selama tiga tahun beliau
mempelajari tariannya. Menurut faktor
dalaman bakatnya secara semula jadi.
Dengan adanya bakat semula jadi beliau
mudah mempelajari tarian dengan
mengikut rentak muzik tersebut.
Kemungkinan besar beliau sentiasa
bersama dengan abangnya dan dengan
pelbagai rentak muzik.
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Faktor Sosial
Tan Sri merupakan tokoh muzik yang
menerima pendidikan dari aliran yang
berbeza iaitu aliran Melayu, Inggeris, dan
Jepun. Pendidikan di Francis Light English
School, telah membantu beliau
menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Selain itu, beliau juga mendalami bahasa
Jepun semasa beliau di Japan Navy
School. Beliau juga aktif dalam bidang
nyanyian dan mampu bermain pelbagai
alat muzik.
Pada usia 13 tahun beliau mula belajar
bermain alat muzik sitar. Pada awalnya
beliau mempelajari alat sitar dengan
Allauddin Khan. Beliau merupakan guru
muzik pada masa 1870-an. Beliau juga
merupakan komposer bagi India klasikal
muzik. Selain itu beliau juga menjadi anak
murid kepada pemain biola Yehudi
Menuhin. Pada masa yang sama Ravi
Shanker berkawan dan bekerjasama
dengan beberapa orang pemuzik
antaranya ialah Ali Akbar Khan, yang
handal mengendali alat sarod, Laksmi
Shanker, Chatur Lal, Alla Rekha, George
Harrison. Beliau dapat berkembang dalam
bidang beliau melalui pengalaman
bersama mereka. Bakat beliau semakin
berkembang dari masa ke semasa.
Faktor Teknologi
Beberapa kemudahan rakaman
disediakan kepada produksi filem oleh
Syarikat Shaw Brothers sekitar 1940-
1960an. Ini membantu Tan Sri
berkembang dalam bidang muzik. Pada
masa itu rakaman muzik perlu dimainkan
secara langsung dalam studio. Hal ini
dapat dibuktikan melalui filem Bujang
Lapok. Tan Sri mewakili golongan muzik
analog.
Faktor teknologi berkembang masa ke
semasa. Dengan kemudahan-kemudahan
ini beliau dapat membuat banyak
persembahan walaupun beliau telah
berusia. Dengan adanya kemudahan
teknologi beliau dapat membaiki dan
mencipta hasil-hasilan yang baru
mengikut perubahan masa.

A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

5.0 Kesimpulan
Muzik bukanlah sesuatu yang boleh melalaikan melainkan jika tidak digunakan
dengan cara yang terbaik iaitu melalui ilmu dan akal. Pandangan masyarakat yang
menganggap muzik sebagai hiburan semata-mata hendaklah digantikan dengan
kefahaman bahawa muzik merupakan cabang ilmu yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Bunyi-bunyian yang menarik dan indah dihasilkan melalui sentuhan pemuzik yang
mengekspresikan seluruh kreativiti mereka dalam penghasilan karya muzik.








Rajah 2: Grafik Pemuzik Agung









Pemuzik
Agung
Tan Sri P. Ramlee
Faktor Budaya
Faktor Sosial
Faktor Biologi
Faktor Teknologi
Ravi Shanker
Faktor Budaya
Faktor Sosial
Faktor Biologi
Faktor Teknologi
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Refleksi
Saya Joshua Raj A/L Pitchemuthu dari unit Pendidikan Muzik PISMP Sem 1 Ambilan
Jun 2013. Saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadirat Tuhan yang maha
kuasa dan bijaksana kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyiapkan tugasan mata
pelajaran Asas Pendidikan Muzik.
Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
saya Encik. Shamsir Alam bin Mohd Arshad. Beliau telah banyak memberi bantuan
kepada saya dengan mengajar cara cara membuat kerja kursus ini dan juga
memberi sokongan dan dorongan. Selain itu, beliau juga senantiasa memberikan
maklumat yang tepat dan padat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus untuk
saya.
Melalui kerja kursus ini saya dapat mengenali lebih luas dan lebih mendalam
tentang Asas Pendidikan Muzik. Sebelum saya membuat kerja kursus ini, saya
mengganggap bakat muzik adalah anugerah Tuhan. Selepas membuat beberapa
perpustakaan tentangnya maka fahmlah bahawa tingkah laku muzik dipengaruhi
oleh faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran.
Berdasarkan beberapa bacaan dan latar belakang karya pemuzik, tingkah
laku muzikal tidak harusnya melalui faktor biologi lalu sikap disiplin. Setiap pemuzik
bersikap disiplin atas karya mereka di mana siang malam membuat latihan. Latihan
membuka laluan kepada kerjaya dalam setiap bidang termasuk bidang muzik. Selain
itu, sikap usaha untuk meningkatkan kemahiran pencapaian.
Beberapa ahli muzik seperti Tan Sri dan Ravi Shanker meningkatkan
kemahiran mereka melalui mendapatkan ilmu kemahiran daripada pengajian.
Sekiranya amalan usaha lahir dalam diri jiwa seseorang maka segala kemahiran
dapat dikuasai dengan mudah.
Saya sebagai seorang pendidik muzik sikap usaha dan sikap disiplin akan
diamalkan dalam hidup saya. Hal ini kerana setiap sikap ini akan membentuk
seorang warga pendidik muzik yang berkualiti. Sikap-sikap ini akan menjadi teladan
kepada anak-anak bangsa apabila saya berkhidmat di sekolah nanti.
A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Akhir kata, Saya berasa sungguh gembira dan rasa tenang selepas
menyiapkan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya Tuan pensyarah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan memberi penyelasan yang tepat pada saya. Sekian, terima kasih.


















A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Rujukan
A. Aziz Deraman ( 2003 ), Masyarakat dan Budaya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Ghani Salleh ( 2011 ), Dewan Siswa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Siswa.

Ahmad Sarji, James Harding (2003), P. Ramlee, The Bight Star, Kuala Lumpur:
Malaysia Publishing House(MPH).

Awang Azman Awang Pawi & Khor Chooi Lian (2005), P. Ramlee, Di Cakera
Nusantara, Universiti Malaysia: Sarawak.

Bonnie C. Wade ( 2004 ), Thinking Musically, New York: Oxford University Press.

Chai Sheau Ming, Roseline Liu, Chong Pek Lin & Tan Ming Tang ( 2001), Kajian
Kepentingan Muzik Sebagai Mata Pelajaran Wajib Dalam Kurikulum
Pendidikan Guru.

Johami Abdullah ( 1997 ), Pendidikan Muzik Semasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), MZU3104 Asas Pendidikan Muzik,
Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.

Mok Soon Sang ( 2009 ), Psikologi Pendidikan, Perak: Cipta Printing & Publishing
( M ) Sdn. Bhd.

Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri, (2005), Jurnal
Komunikasi, Muzik dan Pembangunan Sosial, Universiti Kebangsaan
Malaysia.


A s a s P e n d i d i k a n M u z i k | 28

Richard Colwell ( 2002 ), Menc Handbook of Musical Cognition and Development,
New York: Oxford Universiti Press.

----------------- diambil pada Ogos 8, 2013 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Yuna_(penyanyi)#Sejarah_Awal

----------------- diambil pada Ogos 8, 2013 daripada
http://afrizona.blogspot.com/2012/06/bakat-dan-minat.html

----------------- diambil pada Ogos 8, 2013 daripada
http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/asas-sosiologi-pendidikan.html

----------------- diambil pada Ogos 29, 2013 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ravi_Shankar

----------------- diambil pada Ogos 29, 2013 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Varanasi

----------------- diambil pada Ogos 29, 2013 daripada
http://en.wikipedia.org/wiki/Lakshmi_Shankar

Anda mungkin juga menyukai