Anda di halaman 1dari 4

TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN

 
Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah
kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan
mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi
pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba
yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.
Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah
keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia,
talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput
samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua
tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun
temurun sejak dahulu lagi.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya “dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering,
kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya
(dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia
pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
 
TUMBUHAN HERBA

Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja


dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis
perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini
dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang
menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan
ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit
barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk
menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.
Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan
komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim
tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.
Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu
pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang
daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan
pegaga hitam
 
Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifoliajack merupakan


tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia
digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya
imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan
sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai
merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1.   menambah tenaga
2.   menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman.
3. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.
4.     Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan
5.       Mengurangkan keletihan
6.       Meningkatkan fungsi kulit dan otot.
 
Alfalfa

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan tumbuhan yang


mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering digunakan untuk
membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan.
Ini kerana setiap hari kita mengambil makanan makanan yang mengandungi
toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan didalam
merawat dan mengesan jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah
penghadaman penyakit kulit serta ulser.
 
Aloe vera

Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya


merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik dan lekit. Ia
digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit,
menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan
rambut.
Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta
penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan
ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam
pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada
manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara
tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering
berlaku dirumah kita.
 
Halia

Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan


purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan,
meredakan penyakit gout, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan
kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta
meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan
menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.
 
Ginseng

Ginseng atau Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai


didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng
Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia
dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma
menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun
badan.
Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan
kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang
telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada
serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia
digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran
darah.
Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara
tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati
rebusannya.
 
Cendawan

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia.


Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai
makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh
mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah,
membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut
berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai
sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan
serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana
cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.

TUMBUHAN YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA

Kecubung atau Datura metal turut dikenali oleh penduduk tempatan sebagai
kecubong, terung pengar, terung pungak merupakan tumbuhan yang dilaporkan
beracun.tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian sehingga 6 kaki.
Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini. Tumbuhan ini
dikawasan beriklim panas lembab diseluruh dunia. Selain dariapada tumbuh
meliar,ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan didalam perubatan
tradisional.
Kesemua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama bahagian biji
dan daunnya. Ciri-ciri keracunannya tidak akan hilang atau terhapus walau
bahagian tersebut dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan
antara alkaloid yang banyak ditemui didalam buah, daun, ranting dan akar. Biji
tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Kesemua sebatian ini
mempunyai sifat anti koligernik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan
mula nyata didalam jangkamasa beberapa minit hingga beberapa jam selepas
tumbuhan ini dimakan.
Gejala yang mual kelihatan ialah rasa haus, kering mulut, pembesaran
anak mata dan lain-lain lagi. Pada kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi,sawan, koma dan boleh
membawa maut.
Walaupun tumbuhan ini beracun, namun beberapa bahagian tumbuhan ini
kerap digunakan didalam perubatan tradisional. Ia turut digunakan sebagai ubat
cacing kepada kanak-kanak, merawat bisul, sakit otot, cirit birit dan untuk
melegakan sakit gigi dan bengkak-bengkak badan. Ia hanya digunakan
dibahagian luar badan secara bersendirian atau dicampur dengan tumbuhan
lain.
Memandangkan akan kesan toksid yang mungkin berlaku,adalah
dinasihatkan supaya pengguna mendapat nasihat yang sewajarnya sebelum
menggunakannya,.
 
PENUTUP

Dari apa yang dibincangkan diatas ,dapatlah disimpulkan bahawa


tumbuhan herba memberi manfaat yang tidak ternilai kepada manusia. Samaada
kita menggunakan herba yang telah diekstrak atau masih didalam keadaan yang
asli, namun kepentingan tumbuhan herba ini tidak dapat disangkal lagi.
Tumbuhan herba ini merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Pencipta untuk
digunakan oleh sekelian manusia. Yang memerlukan. Yang pentingnya kita
mesti berusaha untuk mencari penawar bagi setiap penyakit itu.
 

Anda mungkin juga menyukai