Anda di halaman 1dari 3

Tanaman Herba

kebunmaya.blogspot.com /
Nama Herba : Ginseng Jawa Nama Lain : Som Jawa, Akar Som, Kolesom Nama Botani : Talinum crassifolium Willd Pengenalan : Tumbuhan semusim yang berasal dari Amerika Selatan, Pokok ini tumbuh meliar tapi ada yang menanamnya untuk dijadikan tanaman hiasan atau herba. Akarnya seakan akan ginseng korea, berbatang lembut tidak berkayu, mempunyai bunga berwarna ungu dan buah kecil yang biji benih nya apabila masak berwarna hitam. Khasiat Ginseng Jawa : 1. Daunnya boleh dibuat ulam makan bersama nasi untuk awet muda (amalan sesetengah tempat). 2. Daunnya ditumbuk halus dan dicampur dengan gula merah untuk merawat bisul. 3. Mengatasi badan lesu, pening 4. Akarnya digunakan untuk ubatbatuk dan asma. 5. Merawat lemah tenaga batin. 6. Daunnya berkhasiat untuk melancarkan pengeluaran susu ibu. 7. Daunnya digunakan untuk meningkatkan selera makan. Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar herba bagi mengelakkan keracunan. Ginseng Jawa membiak melalui biji benih dan keratan batang.. Habitat nya di kawasan separa teduh dan bersaliran baik.. Akar ginseng jawa mengandungi saponin dan flavonoid. Ia baik untuk menguatkan paru-paru dan bersifat afrodisiak. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid dan steroid. Saponin bersifat antiradang. Flavonoid dapat merawat pembengkakan, jangkitan bakteria, antivirus dan antihistamin. Tannin pula bersifat sejuk. Ni gambar pokok serai acheh, daunnya berbau serai. Antara kegunaan nya adalah seperti berikut. Dalam masakan : Sebagai perasa masakan menggantikan serai. Dalam Perubatan : 1. Ubat lepas bersalin. 2. Membuang angin dalam badan. 3. Melancarkan pengaliran darah. Baja organik EM (Bokashi) bagus untuk semua jenis tanaman. Berminat sila email ke zazackie@gmail.com Teh Stevia Ekstrak Stevia KEPADA SESIAPA INGIN MENDAPATKAN PRODUK STEVIA DALAM BENTUK TEH @ EKSTRAK BOLEH HUBUNGI ADMIN DI ALAMAT EMAIL zazackie@gmail.com Minimum order 3 kotak Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di asia. Daunnya seakan akan daun sireh, cuma daun kaduk ni lebih lembut sikit berbanding daun sireh, boleh dibezakan melalui bau daunnya.. Ia mudah dibiak melalui keratan batang dan tumbuh meliar.

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam, daun kaduk juga dimakan sebagai pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dicicah dengan sambal belacan. Ia juga banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu. Kaduk juga boleh dijadikan tanaman hiasan sebagai penyeri landskap halaman rumah. Antara kegunaan kaduk dalam perubatan : 1. Merawat sembelit 2. Sakit gigi. 3. Malaria 4. Melegakan sakit kepala 5. Merawat kaki berkulat 6. Panau

Anda mungkin juga menyukai