Anda di halaman 1dari 8

DAUN PANDAN

Nama Saintifik daun Pandan : Pandanus amaryllifolious


Nama Inggeris: Screwpine Leaves
Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia
dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk
menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa
masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.
Pandan (Pandanus adorus) adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas. Daunnya
tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau
muda di hujung. Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa
makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke
rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.
Khasiat/Kegunaan
– Haruman : Rasanya yang ‘halus’ memberikan ia kepentingan dalam masakan Asia yang sama
seperti ‘vanila’ kepada masakan Barat. Satu jalur daun berukuran kira-kira 10 cm (4 inci)
dimasukkan ke dalam periuk untuk mewangikan nasi yang dimasak. Dua atau tiga jalur direneh
dalam kari. Di Singapura, ia digunakan untuk mewangikan Bobochacha, sejenis jem keladi.
– Pembalut : Di Thailand, ayam yang telah diperam dibalut dengan daun pandan dan digril atau
digoreng dalam minyak yang sangat panas, yang kemudiannya rasa daun pandan akan meresap ke
dalam ayam yang dimasak itu.
 Pewarna -:Daun pandan meninggalkan warna hijau dalam masakan. Di Malaysia, Singapura,
Indonesia dan Thailand, daun ini ditumbuk dan ditegangkan (atau dikisar dengan sedikit air) untuk
menghasilkan perisa dan pewarna untuk kek dan manisan.
Kegunaan Daun Pandan dalam kehidupan seharian :
– Daun Pandan boleh digunakan sebagai pewangi bedak sejuk
– Pewangi asli bunga rampai.
– Ubat pencegah lipas
Caranya:
Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
dalam kabinet dapur. InsyaAllah lipas akan berkurangan.
-Pewangi kereta – gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas
plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.
Khasiat Daun Pandan dalam perubatan:
• Daun Pandan ubati Lemah saraf – ambil 3 helai daun pandan muda, rebus bersama 3 gelas air
( biarkan hingga susut menjadi 2 gelas). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
• Buang angin dalam badan- Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil.
Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula
melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk,
tapis dan boleh minum. Amalkan 2/3 kali sehari.
• Gelisah : Ambil 2 helai daun pandan muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan
minum 2/3 kali sehari.
 Rambut gugur- Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia)
• Menghitamkan rambut: Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau.
Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas
rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.
• Kelemumur-Ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut
selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
Tip-tip yang berguna
Menurunkan Darah Tinggi
-Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air. Didihkan sehingga airnya
tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu,dibiarkan ia menyejuk dan minum airnya.
Matikan kuman Dalam Darah
-Amalam meminum air daun pandan dikatakan juga dapat mematikan kuman dalam darah agar
tubuh sentiasa sihat.
Mengelak makanan cepat basi.
-Dikatakan dengan memasukkan daun pandan ketika memasak ia bagi mengelak makan cepat basi.
Selain itu, ia juga bagi melembutkan daging.
Mengecutkan Rahim
-Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak.amalan secara berterusan
setiap hari selama 40 hari.
Menyembuhkan gejala payudara bengkak dan nyeri
-Ambil 2-3 helai daun pandan.Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan .
Selepas itu lumur pada bahagian yang berkenaan.
JEREM
IN
(POKO
K
HALAU
NYAM
UK)
PENGENALAN POKOK HALAU NYAMUK :
Nama Tempatan : Jeremin
Nama Saintifik : Pelargonium Radula
Nama Lain : Pokok Halau Nyamuk, Pokok Jari Lima, Geranium

Pokok ini bukan tumbuhan asal dari Malaysia. Tak boleh terdedah
secara terus kepada sinaran matahari terik. Sesuai kalau kita tanam di
tempat redup (dalam rumah). Bila kita pegang daunnya, terhasillah bau
yang kuat. Nak biak mudah, dengan cara keratan batang, kena siram air
dengan cukup supaya tidak kering. Batangnya jadi kering dan berongga
kalau tak cukup air.
Berguna untuk:-
Halau nyamuk, ia membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang
tidak disukai nyamuk.
Boleh dijadikan tumbuhan hiasan sekali dalam rumah. Ubat untuk
penyakit kulit dan gatal-gatal. Kisar daunnya dengan beras, sapu pada
bahagian yang bermasalah.
Pokok ini merupakan salah satu jenis pokok penghalau nyamuk. Ia tidak
berbunga dan amat terkenal sebagai penghasil minyak Citronella. Dari
hasil penyelidikan 4% dos daun Pelargonium Citrosa boleh membunuh
98% larva nyamuk. Ia juga berkesan untuk menghalau nyamuk dewasa.
Tanaman ini kadangkala di pangil pokok lima jari. Ia berbentuk rumpun
dan boleh mencapai ketinggian 1 meter. Selalunya tanaman ini ditanam
didalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan
sesuai hidup ditempat redup.
Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakan diluar rumah malah juga
didalam rumah untuk menghalau nyamuk. Letakan mengikut cara seperti
ditingkap rumah atau ditepi pintu rumah.
Angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau
Citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya.
Aroma Citronella ini tidak disukai oleh nyamuk.
Kalau tak ada angin, gunakan kipas angin untuk menyebarkan bau
Citronella dari tanaman ini.
Jika kita gunakan tanaman ini didalam rumah, sesekali kita kena
keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi.
Namun ia juga tidak boleh didedahkan secara terus dari sinaran matahari
terik.
Sesetengah orang menggunakan tanaman Pelorgium ini dengan cara
meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan
nyamuk. 

SERAI

SERAI MAKAN Nama saintifik : Cymbopogon citratus


(DC.) Stapf. Nama biasa : Lemongrass Nama
tempatan : Serai makan Famili : Graminae
Pendahuluan. Serai makan tergolong ke dalam
rumput di kawasan tropika yang berbau dan ia
hampir sama dengan serai wangi di Cina.
Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari
India yang ditanam bagi tujuan penghasilan minyak
sejak tahun 1888. Bau minyak serai makan seakan-
akan bau limau atau sitrus yang digunakan sebagai
bahan pewangi dalam pembuatan sabun, bahan
pencuci dan bahan-bahan penghasilan lain. Serai
makan merupakan pembekal utama bahan ‘citral’
yang digunakan sebagai bahan mentah dalam
penghasilan pewangi, gula-gula dan minuman. Ciri-
Ciri Tumbuhan Serai makan merupakan sejenis
rumput yang mempunyai jangkahayat yang panjang
dan mengeluarkan bau. Tumbuh dengan rapat dan
daunnya keluar dari rizom. Serai makan boleh
tumbuh mencapai sehingga 1 m tinggi. Daunnya
berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun,
ringkas, berwarna hijau, lurus, bersusun secara
teratur dan daunnya boleh mencapai ukuran 40cm
x 1cm. Daunnya licin, urat daun selari, tirus di
bahagian hujung dan pangkal daun. Daunnya
berpelepah, memanjang dan berfungsi sebagai
batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga
pada peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap,
menjalar, tahan lasak dan berwarna kuning
keputihan apabila dipotong. Tabiat Tumbuhan Serai
tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia,
Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai makan
biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai
makan merupakan pokok yang tahan lasak dan
boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis
tanah. Walau bagaimanapun sekiranya ditanam
bagi tujuan penghasilan minyak, kawasan yang
paling sesuai ialah di kawasan yang bersaliran baik
dan subur. Bahagian Yang Digunakan : Daun,
Batang, Root Amalan Tradisi Perubatan Minyak
pokok serai makan adalah herba yang bernilai tinggi
untuk rawatan senak perut, perut memulas, gastrik
dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin
untuk rawatan sakit sendi yang kronik, terseliuh dan
rawatan sakit-sakit yang ringan. Di Malaysia, serai
makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu
melaawas kencing, tonik dan meransang
pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan
meminum air serai makan sebagai tea. Batangnya
digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada
makanan. Tampalan daunnya yang dilumatkan
boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi
(reumatik). Ekstrak serai makan boleh menghalau
nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan
boleh mencuci buah pinggang dan sakit perut.
Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai
pewangi shampoo dan minyak wangi.

Anda mungkin juga menyukai