Anda di halaman 1dari 24

Daun Sirih dan Manfaatnya

Tentu kita tahu tumbuhan SIRIH yang sangat bermanfaat untuk menyembuhkan berbagai penyakit. Tumbuhan Sirih adalah tumbuhan yang berbentuk seperti hati dan memiliki garis di tengah daun dan daun sirih ini terkenal dengan khasiatnya yang dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, yaitu dari mimisan (keluar darah dari hidung) sampai dengan diare dan sakit gigi.

Mimisan Ambil daun sirih satu lembar lalu gulung sambil di tekan agar keluar minyaknya dan selanjutnya gunakan untuk menyumbat hidung yang mengeluarkan darah atau mimisan.

Diare Mengambil 4 6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1 sendok makan minyak kelapa.Menumbuk semua bahan bersama-sama sampai halus, Kemudian gosokkan pada bagian perut. Ulangi penggosokan pada bagian yang sakit sampai sembuh

Sakit

gigi

Pengobatan: Mengkumur 1. daun sirih direbus dengan 2 gelas air sampai mendidih lalu dinginkan air rebusan tersebut.Gunakan air rebusan untuk berkumur. Diulang secara teratur sampai

sembuh.2. Ambil 2 lembar daun sirih yang telah diremas, garam secukupnya.Caranya, bahan tersebuh diseduh dengan air panas sebanyak 1 gelas, kemudian aduk sampai garam larut, biarkan sampai dingin. Air tersebut digunakan untuk berkumur.

AlergiPengobatan: luar, di oleskan pada bagian yang gatalBahan: 6 lembar daun sirih, 1 potong jahe kuning, 1,5 sendok minyak kayu putih.Caranya, semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama hingga halus, kemudian digosokkan pada bagian badan yang gatal-gatal.

Bronkhitis Mengambil 7 lembar daun sirih dan 1 potong gula batu.Caranya, daun sirih dirajang halus, kemudian direbus bersama gula batu dengan air 2 gelas sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas, lalu disaring. Air rebusan diminum 3 kali sehari, masing-masing 3 sendok makan.

Keputihan Mengambil 7 10 lembar daun sirih.Caranya, daun sirih direbus dengan 2,5 liter air sampai mendidih. Saat masih hangat, air rebusan daun sirih tersebut dipakai untuk membasuh dan membersihkan seputar kemaluan secara berulang-ulang.dari berbagai sumber

Dengan banyak mangfaat daun sirih itu, tentu dapat membantu kita dalam menjaga kesehatan karena Obat yang Alami itu adalah obat yang sangat baik bagi tubuh kita. Tentu kita tahu tumbuhan SIRIH yang sangat bermanfaat untuk menyembuhkan berbagai penyakit. Tumbuhan Sirih adalah tumbuhan yang berbentuk seperti hati dan memiliki garis di tengah daun dan daun sirih ini terkenal dengan khasiatnya yang dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit, yaitu dari mimisan (keluar darah dari hidung) sampai dengan diare dan sakit gigi.

Mimisan Ambil daun sirih satu lembar lalu gulung sambil di tekan agar keluar minyaknya dan selanjutnya gunakan untuk menyumbat hidung yang mengeluarkan darah atau mimisan.

Diare Mengambil 4 6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1 sendok makan minyak kelapa.Menumbuk semua bahan bersama-sama sampai halus, Kemudian gosokkan pada bagian perut. Ulangi penggosokan pada bagian yang sakit sampai sembuh

Sakit gigi Pengobatan: Mengkumur 1. daun sirih direbus dengan 2 gelas air sampai mendidih lalu dinginkan air rebusan tersebut.Gunakan air rebusan untuk berkumur. Diulang secara teratur sampai sembuh.2. Ambil 2 lembar daun sirih yang telah diremas, garam secukupnya.Caranya, bahan tersebuh diseduh dengan air panas sebanyak 1 gelas, kemudian aduk sampai garam larut, biarkan sampai dingin. Air tersebut digunakan untuk berkumur. AlergiPengobatan: luar, di oleskan pada bagian yang gatalBahan: 6 lembar daun sirih, 1 potong jahe kuning, 1,5 sendok minyak kayu putih.Caranya, semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama hingga halus, kemudian digosokkan pada bagian badan yang gatal-gatal.

Bronkhitis Mengambil 7 lembar daun sirih dan 1 potong gula batu.Caranya, daun sirih dirajang halus, kemudian direbus bersama gula batu dengan air 2 gelas sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas, lalu disaring. Air rebusan diminum 3 kali sehari, masing-masing 3 sendok makan.

Keputihan Mengambil 7 10 lembar daun sirih.Caranya, daun sirih direbus dengan 2,5 liter air sampai mendidih. Saat masih hangat, air rebusan daun sirih tersebut dipakai untuk membasuh dan membersihkan seputar kemaluan secara berulang-ulang.dari berbagai sumber

Dengan banyak mangfaat daun sirih itu, tentu dapat membantu kita dalam menjaga kesehatan karena Obat yang Alami itu adalah obat yang sangat baik bagi tubuh kita.
Diposkan oleh Herbal Indonesia November 3 2010 0 komentar

06 Apr, 2010

Khasiat Daun Sirih


Posted by: admin In: @Makanan Kesihatan| Sirih

Tahukah anda! khasiat daun apakah yang sering ingin diketahui oleh orang ramai? saya baru sahaja check menggunakan Keyword Tool di Google.. Rupa-rupanya ramai yang ingin mengetetahui khasiat daun sirih. Saya tidak pasti mengapa daun sirih ini disukai ramai. Walau apa pun.. kepada yang ingin mengetahui khasiat daun sirih.. di sini saya ceritakan serba sedikit tentang khasiatnya..

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan. Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas. Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatalgatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit ciritbirit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung. Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.

19 Apr, 2009

Cara tanam pokok Sirih


Posted by: admin In: Sirih

Sesiapa yang baru nak berjinak dengan tanaman sirih, di sini saya akan kongsikan sedikit tips cara penanaman pokok sirih. Nak tanam pokok sirih ni memang amat mudah. Pokok sirih hidup subur di tanah yang tidak terlalu lembap tetapi kaya dengan bahan organik. la boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan pucuk matang, berukuran 30-50 cm panjang serta mengandungi tidak kurang dari 2-3 nod. Keratan elok diakarkan terlebih dahulu selama dua bulan sebelum diubah ke tapak tanaman kekal. Semasa pengakaran, anak pokok perlu diberi kayu sokongan sementara tetapi apabila dipindahkan ke tapak penanaman kekal, kayu sokongan yang lebih teguh perlu digantikan. Dua bulan selepas diubah, pucuknya dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran cabang sisi.

Sebahagian dari cabang-cabangnya akan menjalar di atas tanah menutupi bumi dan ini memberikan tarikan keindahan pokok sirih di dalam hiasan. Daun sirih boleh dituai apabila pokok telah mencapai umur 3-4 bulan mengikut kesuburan pokok. Jangkahayat pokok sirih boleh melebihi dari 10 tahun jika diberikan cukup baja. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan. Daun adalah bahagian utama yang digunakan. Daun boleh digunakan semasa masih segar atau diproses untuk pengeluaran minyak pati (minyak sirih). Di Malaysia daun sirih banyak digunakan bagi kegunaan segar terutama bagi kaum India. 28 Jul, 2009

Daun Sirih dapat mencuci mata


Posted by: admin In: @Doktor Pokok| @Koleksi Petua| @Tanaman Hiasan

Satu lagi petua mengenai sirih yang telah saya terima dari seorang pembaca. Daun sirih diramas didalam semangkuk air dan ditapis. Kemudian celupkan muka dan kelip kelipkan mata didalam air sireh. Cara ini dapat mencuci mata anda.

Sirih Hilangkan Rasa Gatal


Posted by: admin In: Artikel| Sirih

Kulit muka yang sensitif biasanya menjadi terlalu kering dan menyebabkan rasa gatal-gatal yang tidak menyelesakan. Satu cara untuk melegakan rasa gatal ialah dengan menggunakan sirih. Sental muka dengan daun sirih dan biar seketika. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari setiap kali mandi sehingga kulit muka anda kembali segar dan tidak rasa gatal dan kering.

5 Khasiat Limau Kasturi Posted byoktantatSelasa, Januari 05, 2010 Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui. Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.

Gambar limau kasturi (Citrus Microcarpa) - lifesmorgasbord.blogspot.com

Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya sekali ya. :) 1. Mengurangkan Lelah - Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. - Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali. 2. Melegakan Pening Kepala - Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. - Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut. Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah. :) 3. Mengatasi Masalah Badan Berbau - Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak. - Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam. - Kacau campuran tu hingga rata dan minum. - Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan. 5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian - Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. - Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. - Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. - Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa. Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/01/5-khasiat-limaukasturi.html#ixzz24dz35Yv9

Bunga Jambu Batu


Posted: 06 Aug 2012 06:42 AM PDT

Bunga jambu batu berwarna putih dan keluar dari ketiak-ketiak daun. Kebiasaannya terdapat hanya sekuntum bunga pada setiap ketiak daun; akan tetapi kadang kala terdapat sejambak bunga yang terdiri daripada dua atau tiga kuntum bunga. Bunga jambu batu mempunyai 4 - 6 salut bunga yang berbulu dan 4-5 kelopak bunga yang berwarna putih. Stigmanya berwarna kuning kehijauan dan didapati

lebih tinggi daripada stamen. Menurut rujukan, air rebusan dari kudup bunga boleh diminum untuk rawatan cirit birit dan menghentikan pendarahan.

Pokok Sansevieria
Posted: 11 Aug 2012 09:17 AM PDT

Kebanyakan pokok Sansevieria dikatakan berasal dari padang pasir di Afrika. la ditanam kerana mempunyai daun pelbagai bentuk seperti silinder atau nipis serta panjang dan tirus di hujungnya. Spesies yang sering ditanam ialah Sansevieria trifasciata, Sansevieria trifasciata Hahnii, Sansevieria trifasciata Laurenti dan Sansevieria trifasciata Golden Hahnii yang mempunyai jalur kuning di

bahagian tepi daunnya.

Pembiakan dan penanaman la senang dibiakkan dengan menggunakan kaedah pembelahan rumpun. Kaedahnya adalah seperti berikut: Penyiraman dilakukan sebelum mengeluarkan rumpun pokok dari pasunya atau di tanah. Ianya bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan rumpun berkenaan. Pecahkan rumpunnya kepada rumpun kecil yang mempunyai beberapa helai daun. Tanam dalam beberapa pasu dengan medium tanaman baru. Siram medium tanaman dan letakkannya di tempat teduh. Selain dibiak secara rumpun, pokok ini juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan daun.

Pokok sesuai ditanam dalam pelbagai jenis campuran tanah asalkan air tidak bertakung dan mudah mengalir keluar. Dari segi penjagaan ia memang mudah. Pokok ini sesuai dalam pelbagai keadaan samada di tempat teduh atau cahaya terus matahari. Jangan siram air terlalu banyak di dalam medium tanah kerana akan mengakibatkan perdu pokoknya menjadi masam dan akarnya reput secara perlahan lahan. Pastikan medium tanamannya kering sebelum menyiramnya semula. Gunakan baja korganik seperti kompos atau najis ayam yang siap diproses bagi mendapatkan pertumbuhan daun yang cantik.

Pokok Tembaga Suasa


Posted: 07 Aug 2012 06:12 AM PDT

Pokok Bakong atau juga disebut sebagai pokok Tembaga Suasa (Crinum Asiaticum L.) merupakan sejenis pokok herba yang mempunyai taburan tanaman semulajadi seluruh negara Asia. Ia ditanam dengan menggunakan biji ataupun dengan memisahkan bahagian bebawangnya daripada pokok induk. Daun Bakong tumbuh memanjang, bunganya keluar jambak berwarna putih dan berbau wangi pada waktu malam. Pokok ini memang cantik dan banyak dijadikan hiasan di taman-taman kerana sifat daunnya yang lebar merimbun. Ia boleh tumbuh di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari atau di bawah teduhan. Dari segi khasiat perubatan, ia dipercayai mampu merangsang muntah, mengubati luka, demam panas, sakit sendi dan meredakan tangisan budak.

Pokok Tongkat Ali


Posted: 04 Aug 2012 08:38 AM PDT

Pokok Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Malaysia. Akar pokok tongkat ali memang terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis khasiat yang sudah terbukti keberkesannya. Selain akarnya, kulit pokok ini boleh direbus sebagai teh herba dipercayai bagi mengatasi masalah cacing dalam perut, sakit tulang, berasa sukar menghadamkan makanan dan sengal-sengal di pinggang. Daunnya pula boleh dijadikan air rebusan untuk mencuci kulit yang gatal manakala air rebusan buahnya diminum untuk merawat disenteri

10 carian popular buah betik


Posted: 03 Aug 2012 04:54 PM PDT

Buah betik di antara buah-buahan popular yang digemari oleh rakyat Malaysia. Berikut merupakan 10 carian popular mengenai buah betik yang ramai orang ingin tahu. 1. Buah betik dan khasiatnya buah betik memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat yang dapat melindungi tubuh badan bagi melawan penyakit. Ingin tahu lagi pelbagai khasiat betik, sila layari http://pertanian.kedah.gov.my 2. Buah betik eksotika betik varieti eksotika ini adalah betik yang terkenal kerana rasa yang manis dan sedap. Nak kenal lebih lanjut dengan buah ini, sila layari http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/ 3. Buah betik muda selain boleh dijadikan sayur, buah betik muda juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ingin tahu khasiatnya sila layari http://wanitaisma.net 4. Buah betik sekaki selain varieti betik eksotika, betik sekaki juga popular kerana banyak di tanam di merata tempat di Malaysia. Ingin tahu mengenainya, sila layari http://lekiragro.blogspot.com 5. Ukiran buah betik - Buah betik muda sering dijadikan sebagai ukiran Ukiran buah-buahan dalam menghias hidangan di meja makan khususnya di majlis perkawinan. Ingin belajar cara mengukir buah betik, sila layari http://ruangseni.blogspot.com/ 5 lagi carian popular mengenai buah betik ialah; enzim buah betik baja buah betik bilangan biji buah betik khasiat biji buah betik cara menanam buah betik

Pokok Tapeworm
Posted: 31 Jul 2012 08:00 AM PDT

Pokok Tapeworm atau nama saintifiknya Homalocladium platycladium juga dikenali sebagai Ribbon Bush dan Centipede Plant. Batang pokok yang bersambung-sambung sering dianggap sebagai daun kerana berwarna hijau. Tumbuhan herba ini juga unik jika dijadikan sebagai tanaman hiasan, namun ia jarang sekali dijumpai ditanam di kawasan rumah. Mengikut rujukan, tumbuhan ini juga sesuai ditanam di kawasan yang terlindung atau penuh cahaya matahari. Tumbuhan ini boleh dibiak menggunakan biji benih dan keratan.

Taman Agroteknologi Mardi Langkawi


Posted: 28 Jul 2012 08:34 AM PDT

Jika anda melancong ke Langkawi jangan lupa singgah di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Taman ini merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi kerana sering

dikunjungi oleh pengunjung dari luar negara.

Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia.

Untung menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad, harga tiket cuma RM5 sahaja. Namun, bagi pelancong dari luar, harga tiket yang dikenakan ialah RM20.

Di sini terkenal dengan ladang buah-buahan pelbagai jenis dan bercirikan komersil. Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan di sini. Antaranya ialah belimbing, mangga, cempedak, limau bali, nanas, pitaya dan banyak lagi.

Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.

Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada.

Kawasan ladang di sini di jaga dengan baik cuma hasilnya sahaja yang kurang memuaskan.

Setelah penat melihat keseluruhan kawasan Taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan.

Bagi yang ingin merakamkan gambar kenangan, jangan lupa bergambar di tepi buah nangka berkaca mata ini.

Yang menariknya di sini ialah, kakitangan Taman ini akan mengambil daun kelapa dan mengubahnya menjadi sesuatu benda untuk diberikan kepada pengunjung yang datang. Memang kreatif !!

Sampai di sini sahaja kisah ringkas yang penulis coretkan semasa berkunjung ke Taman Agroteknologi Mardi Langkawi. Banyak lagi yang boleh anda pelajari di sana.

Anda mungkin juga menyukai