Anda di halaman 1dari 3

Petua Menghalau Lipas Dalam Kereta (4 Langkah

Dengan Gambar)
mamalink.com.my /petua-menghalau-lipas-kereta/

Petua Menghalau Lipas Dalam Kereta


Lipas.
Adalah serangga yang paling annoying dalam hidup aku. Kenapa aku benci lipas? Sebab ia merayap
dengan laju dan mengerikan. Geli weh. Kalau jumpa kat bilik mesti ambik penyapu sapu keluar. Kalau
kat bilik air aku jirus dia sampai lemas masuk dalam longkang. Begitu anti aku dengan lipas ni. Boleh
kata aku ni macam Oggy dalam cerita Oggy and the Cockroaches tu haha.
Ok sekarang aku nak share petua menghalau lipas dalam kereta.

1. Guna kapur semut atau lipas


Beli kapur semut atau lipas biasa kat kedai
hardware ada jual. Tabur sikit dalam kereta. Sekali
terkena kapur tu akan menyebabkan lipas ni
kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tak boleh
bergerak dan akhirnya mati setelah 10 jam. Mati
terseksa secara perlahan. Macam pembunuh
kejam kan? Hahaha.

2. Guna spray lipas


Banyak ada jual kat supermarket. Cari yang mesra
alam. Karang terlebih sembur, lipas tak mati yang
naik kereta pulak mati. Innalillah

3. Guna perangkap lipas


Kalau terer buat sendiri. Kalau tak beli je. Senang. Kalau aku tak sanggup nak pegang perangkap ni.
Tengok lipas je dah geli. Penggeli ya amat dengan lipas.

4. Guna daun pandan


Haaayang ni cara paling baik dan mesra alam. Kurang kejam berbanding 3 cara tu. Ikat daun tu

lepas tu letak dalam kereta. Lipas paling anti dengan bau pandan ni. Maka bertempiaran la diorang lari
lintang pukang. Disamping tu dapat jugak hilangkan bau yang
kurang enak dalam kereta.

5. Guna Serai Wangi


Serai wangi ni bukan saja boleh halau lipas, tapi apa juga
serangga lain. Kalau lumur kat kulit nyamuk pun tak berani
dekat. Serangga memang tak suka bau serai wangi ni, so
memang berkesan untuk halau lipas. Spray je kat keseluruhan
kereta.
Jadi, kepada mereka yang anti lipas seperti aku boleh la
aplikasikan petua menghalau lipas yang aku bagi ni.
20
Kongsian
FacebookTwitter
Subscribe

Anda mungkin juga menyukai