Anda di halaman 1dari 4

3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?

Cagu atau bengkak kat ibu jari kaki atau tangan memang menyeksakan. Boleh dikatakan pergerakan anda agak terbatas. Rasanya pula, jangan cakaplah. Tuhan aje yang tahu. Sesiapa yang pernah kena pasti tahu bagaimana rasanya, kan? Kalau anda sedang mengalaminya sekarang, pastinya nak lekas sembuh. Sebab ada juga di antara kita yang masih belum sembuh walaupun dah kena bertahun-tahun. Ada beberapa cara yang saya pernah dengar dan diberitahu oleh orang yang berpengalaman untuk menyembuhkan cagu ni. Tapi saya kurang ingat semuanya secara terperinci.

Cuma 3 cara di bawah saja yang saya pasti. :)

#1 Sebagai permulaan anda boleh cuba dengan menggunakan daun inai. :)


1. Mula-mula, ambil segenggam daun inai dan tumbuk sampai halus. 2. Kemudian, balutkan pada ibu jari anda yang kena cagu tu. 3. Biarkan sampai ia kering dan barulah anda buangkan inai tadi. 4. Jika cagu anda masih belum surut, ulangi langkah 1 - 3 di atas Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/05/3-cara-merawat-kuku-bengkak-akacagu.html#ixzz1uwW1qTm7

#2 Jika cara di atas masih tak berkesan, cuba anda gunakan daun keembung putih pula.
i. Ambillah 8 helai daun keembung putih dan tumbuk sampai halus.

ii. Balutkan pada ibu jari anda yang ada cagu tadi. iii. Lepas tu, bungkus pula balutan tu dengan plastik. iv. Sejam kemudian, barulah anda buka bungkusan dan balutan tadi. v. Teruskan langkah i hingga iv di atas sampailah cagu anda tu sembuh.

#3

Langkah terakhir yang boleh anda ikhtiarkan ialah cuba anda pergi ke kedai ubat sensei. Kedai ubat-ubatan orang Cina tuh. Anda tanyakan kat tokei kedai tu ada tak ubat cagu. Biasanya mereka akan tanya nak ubat cecair atau krim. Pilih yang cecair (saya kurang ingat nama spesifik ubat ni). Tapi warna cecair tu agak gelap. Macam warna ubat batuk, tapi cair sikit lah. Ia diletakkan dalam botol kecil macam botol ubat mata yang ada di klinik-klinik. Sebab cecair ni akan menyerap secara lebih menyeluruh kat kuku dan ibu jari anda. Caranya begini; a. Lap atau bersihkan dulu ibu jari anda. b. Titiskan saja ubat tersebut kat ibu jari yang cagu tu. c. Kalau boleh, ibu jari anda tu jangan dikenakan air untuk beberapa jam. d. Rasanya taklah perit sangat bila letak ubat tuh. Kalau sakit, mungkin sekejap aje. Cuma kesannya untuk cara ke #3 ni adalah bila dah sembuh nanti, kuku anda kurang cantik sikit lah. Sebab warna kuku tu akan jadi lain sikit. Mungkin makan masa bertahun untuk kembali kepada warna asal. Begitulah 3 cara yang dapat saya kongsikan kat sini. Semoga anda yang menghadapi masalah ni segeralah mempraktikkan salah satu rawatan kuku di atas. Kalau anda ada cara lain, silalah kongsikannya di ruangan "ulasan" untuk manfaat bersama yer.

Cengkam Kuku
Kebiasaannya, pemakaian inai sinonim dengan pasangan pengantin. Di sesetengah tempat, memang ada satu majlis yang dinamakan "Malam Berinai". Tapi, inai memang banyak khasiatnya dari sudut perubatan tradisional. Antaranya ialah merawat sakit kuku atau cengkam kuku. Ataupun ada juga yang sebut cagu. Cuba anda ikuti langkah berikut jika ingin merawat cengkam kuku; 1. Ambil beberapa helai daun inai dan masukkan dalam lesung batu. 2. Masukkan juga sedikit kunyit dan kapur sirih.

3. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat. 4. Kemudian, tempel atau letakkan bahan tadi pada kuku anda yang sakit atau cengkam. 5. Jika mahu, anda boleh balut bahan yang telah diletakkan pada kuku tadi dengan kain bersih. Bila dah kering, anda boleh gantikan dengan campuran inai, kunyit dan kapur sirih yang baru. Ulangilah proses di atas sehinggalah kuku anda pulih. Sebelum ini pun, saya pernah kongsikan petua yang hampir sama. Anda boleh rujuk pada artikel bertajuk "3 Cara Merawat Kuku Bengkak a.k.a Cagu?" di sini.

Anda mungkin juga menyukai