Anda di halaman 1dari 13

Kenapa Bayi Menangis ?

| Cara-cara Nak Hentikan Tangisan Si Kecil

Ok.......aku bukan pakar kanak-kanak ok.....Ni apa yang aku tau jer.... Sebab bila terbaca entri si bapa baru nie... Rasa macam tak salah kalau aku kongsikan pasal kenapa si bayi menangis dan jugak caracara nak hentikan tangisan si bayi comel tu....Boleh elakkan rasa panik dan mak ayah turut sama menangis bila bayi menangis! ha ha ha

Mula-mula pasal kenapa si bayi menangis...... Ok.....Selalunyer bayi menangis nie kerana lapar.... So....Nak susu la senang citer.... Masuk je susu....automatik senyap terus.... Tu je caranya bila si bayi dah lapar... Ada irama tangisan khusus bila bayi ni nak susu..... Tu kene belajar dari pengalaman la kan.....:)

Perkara kedua bayi ni selalu menangis..... Sebab dia berpeluh.... Korang boleh check di belakang si bayi...Selalu akan rasa lembab-lembab.... Kes berpeluh nie selalunyer ramai yang terlepas pandang..... Tetiba je bayi menangis.... Pastu panik tak tau buat apa...Letak dalam buai tak mau...dukung tak mau.... Asyik duk naaaangis jer... So....caranya... pasang la kipas ke ekon ker....bagi sejuk kawasan sekitar bayi... Kalau baju dah basah....boleh tanggalkan kejap... Pastu tenteramkan si bayi dengan dukung dia secara lemah lembut.... Insya Allah....senyap la bayi tu nanti...

Kekadang bayi menangis jugak sebab kembung perut.... Golongan muda selalu tak cek pasal nie..... Bayi-bayi nie senang kembung perut....Lagi-lagi kalau dapat bayi lelaki... So..... Cara nak cek.... letak dua jari korang di perut bayi.....kemudian korang jentik kat jari tu... bunyi kembung ke tak.... Kalau bunyi kembung.... rilek dulu...jangan terus kata kembung... tengok pusat dia....timbul ke tak... Kalau timbul....kemungkinan besar bayi tu kembung.....

Cara nak kurangkan kembung...korang boleh urutkan perut si bayi.... kalau tempat aku (Kelantan)...dipanggil bertunku.... Untuk si bayi...guna pasir + bawang putih.... Kalau orang tua cam korang....guna batu sungai sebijik gitu.... tunku la sampai perut bayi tu tak kembung.... Bahasa lain untuk tunku....rasanya tuam kot... Entah ler... Nanti korang boleh dengar la irama kentut si bayi tuu.....hu hu

Ramai yang galakkan guna ubat sapu kan.... Yang popular guna ubat Yu Yi cap Limau tu kan..... Tapi untuk pengetahuan korang....Aku ada dengar...di Singapura....siap ada larangan tak boleh guna ubat tu untuk bayi umur bawah setahun... Sebab ada effect sampingan kepada bayi..... Aku tak guna ubat Yu Yi....aku guna ubat Telon.... Kalau ikut cakap doktor.... ubat tak penting....yang penting urutan dan usapan tangan mak dan ayah lebih penting.....

Perkara paling biasa kalau bayi menangis.... korang kena cek bayi tu berak ke tak.... Sebab kebiasaan bayi menangis sebab rasa tak selesa lepas si bayi berak..... So......kalau si comel berak....just tukar je pampers bayi tu..... Haaa....jangan lupa cek warna taik si bayi yer..... Warna kuning maknanya sihat sejahtera....warna hijau maknanya tak sihat....

Satu lagi penyebab bayi menangis..... kawasan sekitar tempat tidur si kecil.... kekadang bersemut.... sebab ada tumpahan susu.... So...cek dulu tempat tidur bayi tu.... Baju dan seluar pun kena cek..... takut ada semut kecil tu.... Sebab kulit bayi nie sensitif... kalau kena gigit semut....bukan setakat sakit....siap boleh sampai bernanah lagi....

Sebab-sebab lain yang jarang berlaku adalah macam bayi tu selsema.....tak boleh bernafas ikut hidung.... Pastu pasal sakit atau rasa gatal-gatal kena gigit nyamuk..... Ataupun sebab bayi tu sendiri mengigau dalam mimpi dia....he he he... So....si ayah dan mak perlu la ada ilmu bacaan bagi hilang igauan tu...

Bayi ni cuma tau menangis je nak tunjukkan ketidakselesaan dia..... tu jer bahasa yang dia tau..So jangan panik.... Kita sebagai mak ayah kena la bertenang fikir apa yang menyebabkan si anak tidak selesa.... Cara paling umum..dukung la kan.....Sebab dukung nie mendekatkan si bayi dengan jantung kita.... Si bayi dah 9 bulan duk dengar irama jantung mak nyer... So....degupan jantung boleh menenangkan dirinya......Ini fakta ok!

Kalau semua tu korang dah tau....korang dah tak risau sangat dah.... Dan ituler amalan aku sepanjang duk jaga anak kecil aku nie....Dah nak masuk dua bulan dah.... Alhamdulillah....segala-galanya aku dan wife buat sendiri.... Penat tu penat....tapi berbaloi-baloi......Anak membesar di bawah jagaan kita sendiri.... Baru la acuan yang terbentuk tu dari acuan kita....bukan acuan orang lain.....:)

P/S: Tahniah kepada bapa baru.. Semoga menjadi seorang ayah yang baik....:)

ANAK KERAP MENANGIS ANGKARA JIN DAN SYAITAN

Anak menangis terlampau kerap terutamanya malam hari? Kalau nak ikut sedap hati mesti kita akan kata anak kembong perut, lampin penuh, panas atau dah memang tabiat bayi.

Tapi ada juga yang hinggakan setiap malam tidurnya mesti dikendong, jika dah tidur dalam kendongan, bila diletakkan ke tilam, ia akan terjaga serta merta dan menangis kembali, sudah jelas anak tersebut kena gangguan. Kebiasaannya ada sesetengah ibu bapa akan menjadi lebih baran/pemarah. Kemungkinan besar ini disebabkan mereka tidak memahami kenapa bayi mereka menangis. Mereka tidak terfikir langsung bahawa ia disebabkan gangguan makhluk halus. Ramai yang percaya akan kewujudannya tetapi tidak percaya ianya terjadi pada anak mereka! Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan: Adakah matanya melilau melihat sekeliling Menangis yang tiada air mata, Menangis seolah seperti di cubit, Menangis dalam keadaan takut, Tidur dalam keadaan terkejut-kejut, Tidur di selang seli dengan tangisan Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan. Jika kita bertanya orang yang berpengalaman dulu-dulu mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baikbaik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita. Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan? Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat

Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Bayi Anda Sering Menangis? Ini Ubatnya..

Salam, Hari nie abang Mat Ingin berkongsikan berkenaan dengan tips untuk merawati masalah bayi menangis tanpa henti. Terdetik rasa di hati untuk membantu para keluarga yang mempunyai bayi yang sering menangis. Abang Mat pun google la untuk cari tips-tipsnya. Moga dapat membantu ye.

Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah bayi mereka yang menangis selama berjam-jam lamanya. Kita boleh mengamalkan kaedah ini. Allah sebagai rujukan kita. Kita berikhtiar dan semua kesembuhan di tangan Allah. Apa yang penting kita yakin dengan bantuan dari Allah. Berdoalah pasti Allah akan perkenankan.

Okay langkah pertama ialah bacakan 2 ayat terakhir surah Qursy- Walayauduhu hifzuhuma wahuwalaliyyul adzim di tepi telinga bayi sebanyak 33x dan tiup selama 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubunnya.

Langkah kedua ialah laungkan azan dengan kuat sebanyak 3x

Langkah ketiga pula ialah bacakan ayat ke 9 surah Yassin sebanyak 7x dan tiup pada tapak tangan kanan dan sapu seluruh mata bayi dan niatkan supaya ditutupkan penglihatannya kepada alam jin

Surah Yassin ayat 9 atau rujuk di sini dan di sini .

InsyAllah. Moga dapat membantu. Berserah pada Allah. Abang Mat juga ada memberikan tips lain untuk mengelakkan bayi anda menangis. Tips kedua ialah seperti di dalam video ini. Kita cuba ikuti langkah yang terdapat di dalam paparan ini. Mana tahu berkesan. Cubalah! Hehehe

Andai bayi anda masih menangis, cuba pula kaedah yang terdapat di dalam video ini. Menarik! Selamat mencuba ye.

PETUA MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Sebab-sebab yang membuatkan anak menangis malam

Lapar Susu : kebiasaanya anak kecil yang baru lahir yang minum susu ibu kerap lapar susu ibunya. jadi jangan la kita susah hati , beri sahaja puting susu ibu, berhentila mereka nangis. Ingin di manjai : ibu bapa harus mainkan peranan yang penting semasa proses pembesaran anak. anak kecil harus dimanjai kerana masa itulah mereka ingin kenali ibu bapa mereka sendiri. Masih bertenaga : anak kecil yang selalu tdor siang biasanya akan berjaga malam sehinggakan waktu subuh. Lampin bayi : biasala bile tank lampin da penuh, mereka mesti nangis untuk ditukarkan. Mood ibu bapa : kebiasaannya apabila mood ibu bapa tidak tenang ia akan beri kesan kepada anak, jadi anak akan menangis dengan sekuat hati mereka. Pandangan jahat : iaitu apabila syaitan atau iblis mengacau anak kecil. anak kecil pasti menangis. dan ubatnya adalah seperti yang diterangkan pada point seterusnya.

ANTARA DOA YANG KERAP DIBACA ADALAH :

SURAH AL-FATIHAH AYAT KURSI SURAH AL-FALAQ SURAH AN-NAS Cara nya = Setelah selesai baca kempat-empat ayat diatas, hembus kan pada ubun anak sebanyak 3 kali. InsyaALLAH ia akan meredakan tangisan atau rengekan anak.

sekiranya anak tidak berhenti menangis, azankan ditelinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya.

p/s = kita sebagai manusia yang lemah bukan diciptakan untuk menjadi hero atau sebagainya,tetapi ALLAH menyuruh kita untuk berusaha mencari penyelesaiaan apabila mendapat masalah dan seumpanya.

Berbalik kepada tangisan anak, perlu diingatkan, anak yang nangis adalakanya bukannya diganggu makhluk halus, tetapi dia nak susu. masa tu janganlah kita fikir yang bukan-bukan. hanya sumbat sahaja puting susu isteri kedalam mulut anak. berentilah die nangis.

Jadi sebagai ibu bapa haruslah pelajari tenik di atas atau apa pun jua ilmu yang berkenaan, supaya tidak tegesa-gesa membawa anak berjumpa doktor.

Apakah sebabnya bayi menangis?

Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan itu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyibunyian, dan juga dengan senyuman, semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebabsebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.

1. Saya perlukan makanan Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat

pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan: muntah-muntah diarea konstipasi Lihat artikel kami tentang bila harus memanggil doktor untuk panduan lanjut.

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu. Anak saya sedang menangis - apa harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Selimutkan dia dan peluk dengan rapi Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan

samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang teratur Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)

Buai-buaikan bayi Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta.

Cubakan urutan Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibubapanya. Jika bayi

anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

Tarik nafas panjang.

Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.

Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit.

Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.

Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu.

Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan

mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.

Anda mungkin juga menyukai