Anda di halaman 1dari 10

Macam Macam Hal

Mengidam
Punya
Hal :)
Written by Aku   
Tuesday, 15 March 2011 21:29
Thursday, 22 July 2010
Mengidam Punya Hal :)

Mengidam?
Aku pun tak pastilah ngidam ni sebenarnya sejenis 'penyakit' apa, mungkin juga psikologi,
mungkin juga selera aku yang sangat memuncak semenjak hamil ni. Tapi biasanya ngidam ni
disusuli rasa payau & pahit pada bahagian dalam mulut ni, bila dapat makan makanan2 yang kita
idam2 kan tu baru lah mulut ni rasa sedap n best ajer...lepas tu bila dah habis makan, sambung
balik rasa loya tu...Sebab tu lah agaknya wanita mengandung ni suka makan yang masam2
macam buah pelam muda tu. Bila dapat makanan yang masam2 tu hilang rasa 'tebal bibir', hilang
seketika rasa payau...hilang segala rasa pahit air liur tu...

Akan tetapi, aku tak berapa percayalah kalau orang kata, jika ibu mengandung tak dapat makan
apa yang diidamkan, bila lahir nanti anaknya akan meleleh air liur tak henti2. Bagi aku agak
tahayul sikitlah kepercayaan ni. Dulu anak buah aku pernah juga terkena 'penyakit' meleleh air
liur ni. Bila rujuk pada doktor, puncanya kerana kelenjar2 yang menyimpan air liur di bahagian
dalam pipi budak tu pecah, so tak dapat menampung air liur, maka melelehlah air liur tu keluar.
Kesian, sentiasa basah bahagian depan baju budak tu. Pecah kelenjar tu berpunca daripada
amalan orang2 di sekeliling bayi tu yang suka sangat cubit pipi budak tu kuat2 (memang iya pun
sebenarnya). Patutlah mak aku cukup pantang orang nak cubit2 pipi cucu2 dia. Jadi lepas ni kalau
ada orang nak cuba2 dekat dengan anak kita, then konon2 nak puji2 anak kita comel sampai nak
cubit2 pipi silalah larang & halang sesopan mungkin.

Pernah aku terdengar & terbaca di internet, simptom mengidam ni sebenarnya sekadar mitos yang
direka2 oleh wanita mengandung semata2 kerana faktor psikologi & untuk mendapatkan
perhatian daripada orang yang rapat dengannya? Benarkah? Itu aku tak pasti, tapi di bawah ni aku
nak share kisah aku mengidam selama bergelar 'ibu mengandung' ni.

Cerita pasal mengidam ni secara peribadilah, aku takda mengidam yang pelik2. Cuma di awal
mengandung dulu aku minat sgt nak makan nasi lemak! Kalau boleh tetiap hari nak nasi lemak!
Ada sekali tu masa balik keja tak dapat makan nasi lemak sebab makcik yang selalu jual tu tak
berniaga, leh nangis2 merajuk2 dgn mak aku (sian mak, sorry yer mak, anak mu ini memang
ngader terlebey suda hik hik) demam nasi lemak ni tak lama, lebih kurang 2 minggu aja...bila dah
hilang ngidam nasi lemak, sebut pasal nasi lemak pun tekak aku dah kembang. Langsung tak leh
dekat dengan nasi lemak...pulak!

Hilang bab Nasi Lemak timbul pula mihun goreng! Masa breakfast & lunch kat opis pun mihun
goreng, masa balik umah pun cari mihun...masa kuar mkn dgn hubby pun mihun! Time tu hidup
hanya di kelilingi mihun...mihun...mihun...tukang masak kat kedai mamak Al Helmy tu pun dah
hafal..baru jengah masuk jer pintu kedai, dah angguk2 faham aku akan order mihun
goreng...huhu...gejala ney hinggap dalam 2/3 bulan jugak la...ntah apa yg best sgt makan mihun
goreng tu pun tak tau lew....
Secret Recipes : Chocolate Indulgence

Then, dalam banyak2, yang paling menjadi2 kegilaan aku makan kek coklat, sejak awal sampai la
sekarang, demam makan kek coklat tak habis2. Kalau nampak jer gambar kek coklat mesti air liur
ni dah rasa cair & teringin yang amat sangat sampai naik sakit kepala ni....sampai nak tido malam
pun terbayang hingga tak lena dibuatnya (Part ney Hubby aku jadi mangsa kena tahan sabar
mendengar rungutan aku nak makan kek coklat pukul 3.00 pagi) Yup! memang tragis! Maka
berbondong2lah kek diulang beli kat Secret Recipes tu (amboi tak nak mengalah, RM6.00 1 slice
tu, rabak poketku!) Nak...nak pulak kalau Choc Moist @ Indulgence....Whooaaa..terbakar jiwa &
naluri ku ini...ngancem gle...Tapi kalau agak2 dah tak larat nak ngulang ke Secret Recipes tu, kek
coklat yang mamak bawak jaja petang2 naik motor satu singgit tu (yang kadang2 tengik) pun
lebih kurang halal, janji dapat makan kek coklat! Parah ke tak parah tu?

Secret Recipes : Chocolate Moist

Terkini, belum lagi pulih demam ngidam kek coklat, aku duk gila ulang makan bubur nasi pulak.
Haishhhh jgn cakaplah apa jenis bubur nasi sekali pun, yang kosong ke...yang berlauk ke...yang
lambuk ke tak lambuk ke...semua bedal! Semua suka, Semua Sedap! Kalau berbuka puasa dapat
bubur ajer pun jadi! Kalau bubur nasi semata yang putih tu dengan kicap pun kira orite! Asalkan
bubur!
So far, sekarang ni dah trimester ke 3 kehamilan, hanya 4 benda tu aja lah yang aku 'gilai' &
cintai atau dalam bahasa mudahnya ngidam nak makan...Agaknya lega hubby aku, aku takda
ngidam yang pelik2 sangat hehe...buatnya aku ngidam nak makan belalai gajah cicah
sambal...idak ke naya laki aku nak seludup masuk dalam zoo tu semelih gajah tengah2 malam!
Haiiih....jangan buat hal!

Kok ada yang pelik sikit pun Ulam Kacang Bendi. Dalam sebulan dua ni, asal makan nasi jer
wajib ada sayur bendi. Hari-hari mau lak tu. Bukan sikit2, tapi berbelas batang aku boleh ngap
sekali adab! (Jangan tak percaya!) Mak jugaklah yang rajin melayan tekak aku yang 'mengada-
ngada' ni, sampaikan mak yang mulanya geli2 tengok aku meratah bendi mentah begitu saja dah
mula berjinak2 dengan ulam yang penuh khasiat tu. Yang sebenarnya bendi mentah ni banyak
khasiatnya & sedap rasanya, manis & rangup. Bagi yang belum cuba mesti kata tak sedaplah,
payaulah, berlendirlah...eh eh belum cuba belum tau tau....Dek kerana aku pulun sangat duk
makan bendi, aku pun surfinglah untuk mengambil tahu apalah agaknya khasiat Bendi ni yer.
Antaranya aku perturunkan kat bawah ney. Hopefully dapat share sebagai manfaat kita
bersama...Macam selalu2 org duk sebut2 tu...Sharing Is Caring katanya hehe...

APA ITU BENDI?

Orang Utara sebut kacang lendiaq. Orang putih kata lady fingers. Juga disebut sebagai okra.
Orang India sebut venddi Kai. Kalau tak silap di kalangan orang tionghua dipanggil Yeong Kok
Tau. Nama saintifiknya pula ialah abelmoschus esculentus. Asal usul kononnya dari Ethiopia.
Buah muda tentu sekali sedap dibuat sayur serta kari. Daun yang muda (pucuk tu boleh juga
dimakan atau dijadikan sebagai makanan haiwan.

KHASIAT BENDI PULAK:

1. Membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan.


2. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil
serta mengurangkan bengkak atau radang.
3. Dapat mengurangkan masalah sukar bersalin - Owh part ney I paling suka hehe...
4. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab
juga.
5. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap
ubat batuk atau merawat sakit kerongkong.
6. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan
kulit.
7. Pernah juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis.
8. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong
dan hidung.
9. Ada di sesetengah tempat, bijinya digunakan sebagai menggantikan biji kopi.
10. Khabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis dengan cara
menstabil kandungan gula dalam darah!
11. Orang2 kat barat nun pun percaya bahawa Bendi dapat membantu mencuci hati.
12. membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di
kalangan warga tua dengan cara melincinkan bahagian dalam usus besar.
13. Ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
14. Ada juga pendapat yang mengatakan kacang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik
untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat - Itu yang aku ni happy
jer kut 24jam sejak dua menjak ni huehuehue...
15. Ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
16. Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat
membantu mengurangkan masalah penghadaman - Haiihh...banyaknya khasiat bendi ney!
17. Ada lagik....juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan
pada dubur.

salam semua dan selamat tahun baru. pembuka entry untuk tahun baru ni, aku nak share tips
seperti tajuk diatas ni. sumber aku dapat bila aku membaca solusi isu no. 17. since
majority reader aku kaum ibu, so suka aku nak share sikit info yang amat berguna untuk kita
semua. :)

 bila ibu bapa yang sering bergaduh -> anak menjadi ganas dan panas baran
 bila ibu bapa sering bersedekah -> hati anak akan lembut
 bila ibu mengidam benda pelik -> petanda tidak baik terhadap sikap anak
 bila ibu tidak meninggalkan solat -> anak mudah mendapat hidayah
 bila ibu bermain kayu tiga atau melakukan maksiat -> anak menjadi penderhaka dan
gemar melakukan maksiat
 bila ibu sering membaca al-Quran -> dapat anak yang bijak
 bila ibu mengawal emosi -> anak soleh dan pandai mengawal keadaan

tips yang sangat berguna kan? yang baik kita kongsi dan amalkan eh especially kepada ibu
mengandung. satu yang menarik perhatian part mengidam benda pelik tu. uish, baru tau ni...

Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang
sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan
baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.
Karenah sewaktu hamil juga kadangkala boleh mememningkan kepala. Kerap yang berlaku
adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan
biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia
mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.

Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung., menjadikan selera
ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya.
Mengidam juga dikaitkan dengan nafsu. Adakalanya apa yang diidamkan itu bersalahan dengan
syariat dan keterlaluan, maka di sini ibu perlu banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian
Allah s.w.t kepada hambaNya yang akan bergelar seorang ibu. Ibu-ibu perlulah bersabar, jangan
terlalu mengikut nafsu.

Tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak.
Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang
terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".

Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung ini, terdapat
beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. Sebagai
contohnya seperti adat melenggang perut untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan
diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu
itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak
perempuan.

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan.
Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

 Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya
dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak
yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan
anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat
kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam
pantang.

 Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau
mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat
anggota badan.

 Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan
menggusiknya.

 Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya,
kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

 Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir
akan cacat atau berkulit gelap.
 Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan
kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

 Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi
lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh
menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

 Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak
kepalanya.

 Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana
dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada
waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang
bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

 Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian
kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

 Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri
anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

 Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana
dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu
dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil.
Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala
bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

Sekian.

GANJARAN UNTUK ISTERI YANG MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK

Rasulullah (s.aw) telah bersabda yang bermaksud:

Apakah redha, hai golongan wanita, bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya
yang telah dinikah dengan halal (menurut syariat Islam), Allah memberikan pahala kepadanya
sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah. Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya maka
ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti seberapa banyaknya pahala
itu. Apabila telah lahir lalu disusui, bagi ibu itu satu tegukan dari susunya Allah memberi dia pahala satu
kebaikan. Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberi
pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
(Riwayat Al-Hassan Bin Safwan, Thabrani dan Ibnu AS-Sahir dan Salamah yang menyusukan Sayidina
Ibrahim Putera daripada Rasulullah)

TANGISAN BAYI DOA BUAT AYAH DAN IBU

Rasulullah s.a.w bersabda:

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkanmereka menangis, sebab pada umur 4 bulan pertama
dari lahirnya dia bersyahadah, pada 4 bulan kedua dia berselawat atasku dan pada 4 bulan kemudiannya
dia mendoakan kedua ibubapanya.

(Riwayat Abdullah Ibnu Umar)

AKHLAK DAN AMALAN-AMALAN BAIK SEMASA HAMIL

Tidak dapat dinafikan bahawa akhlak dan sikap seorang ibu ketika mengandung adalah berbeza-beza.
Akhlak dan sikap seorang ibu pasti akan mempengaruhi janin dalam kandungan. Ketika seseorang
wanita itu sedang hamil(mengandung), maka beberapa perkara penting hendaklah diberikan perhatian
sebagai langkah awal ke arah memperolehi anak yang soleh dan sihat. Di antaranya ialah:

1. Seseorang Ibu yang hamil selalu dikaitkan dengan sifat pemarah dan mudah hilang sabar. Untuk
mendapatkan anak yang bakal dilahirkan itu mempunyai jiwa yang kuat, sifat marah tersebut hendaklah
dijauhi sama sekali. Selain daripada itu, ia juga mendatangkan banyak keburukan pada diri sendiri dan
orang lain.

2. Perbanyakkan melakukan ibadah dengan sebaik mungkin, seperti sedeqah dan memberi pertolongan
kepada orang lain.

3. Banyakkan membaca Al-Quran dan selalu berusaha mendekatkan hati dengan Allah s.w.t.
Sebagaimana Imam Syafie semasa di dalam kandungan ibunya, ibunya sentiasa membaca surah Al-
Fatihah dan Yaasin serta menyeru kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.

4. Memperbanyakkan doa semoga anak dilahirkan dangan kelahiran yang mudah dan sejahtera, sihat
sempurna, mempunyai akhlak yang mulia, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh terutama
setiap kali selepas mengerjakan kewajipan sembahyang lima waktu.

5. Hendaklah sentiasa menutup aurat.

6. Jagalah kesihatan sepanjang kehamilan seperti banyakkan bersenam dan makan makanan-makanan
yang berzat dan berkhasiat.

7. Hendaklah sentiasa menjaga makanan minuman dari sumber yang syubahat atau haram.
8. Hendaklah menjaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

9. Hendaklah sentiasa menjaga adab-adab seperti jangan makan sambil berjalan, adab pergaulan
dengan orang ramai dan lain-lain.

10. Dilarang menyakiti atau menyiksa binatang, kerana dikhuatiri balasan Allah akan ditimpakan kepada
anak yang dikandung.

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI KETIKA HAMIL

Sebagaimana suami, maka isteri juga perlu menjaga adab serta menghormati suami, lebih-lebih lagi
ketika sedang hamil, semoga dengan itu keharmonian dapat dicapai dalam suasana rumahtangga yang
sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan,

1. Kasihilah suami dan tanamkan kepercayaan anda terhadapnya kerana suami merupakan orang yang
paling hampir dengan anda.

2. Jaga kebersihan lidah iaitu tidak menyumpah seranah, mencerca dan mengeluarkan kata-kata yang
kotor, keji dan kesat terhadap suami.

3. Jangan cerewet dan menimbulkan banyak karenah dalam rumahtangga sehingga boleh menyusahkan
suami.

4. Jauhkan suami daripada menanggung bebanan hutang. Bersyukur dengan apa yang ada dan jangan
banyak meminta.

5. Jauhi daripada perasaan mencintai orang lain, selain dari suami sendiri.

6. Hendaklah berlaku jujur dan jangan berlaku kejam terhadap suami.

7. Selesaikan sesuatu perselisihan faham yang berlaku sebelum masuk tidur. Ajak suami berbincang dan
cuba amalkan sifat terbuka dalam perhubungan suami isteri.

8. Jauhi dari sifat suka bercerita keburukan dan membuka keaiban suami di hadapan kawan-kawan atau
orang ramai.

9. Jauhi dari sifat suka menghina dan memandang rendah terhadap suami.

10. Jauhi perasaan cemburu membabi buta dan syak wasangka terhadap suami.

11. Jangan menderhakai suami, melawan cakap suami, mendesak suami supaya memenuhi keinginan
dan lain-lain, kerana dikhuatiri akhlak ibu yang mengandung akan mempengaruhi watak dan akhlak
kandungannya.

12. Jagalah adab pergaulan antara suami isteri.

Bagi ibu-ibu dan wanita yang sedang hamil marilah kita bersama-sama mengamalkan segala amalan
yang dianjurkan oleh Islam supaya kita dapat membentuk sebuah keluarga yang bahagia, aman dan
damai selalu.Semoga segala pekerjaan yang kita lakukan itu diredhai Allah di mana faedahnya akan
dicapai dan kembali kepada anak-anak dan keluarga kita. Seterusnya akan menjadikan zuriat kita dalam
keadaan baik. Mudah-mudahan zuriat kita menjadi soleh.

Anda mungkin juga menyukai