Anda di halaman 1dari 3

SOAL JAWAB BAYI KEMBUNG PERUT.

MASALAH: Anak saya asyik kembung perut je kenapa ye?


Saya ada masalah, anak saya dah seminggu asyik kembung perut je selepas dia demam.Saya ada bawa dia pergi jumpe doktor dan doktor ckp anak saya banyak angin so dia suggest tukar susu soya Isomil sebab dia ada alergi to susu Enfagrow A+ naik ruam kat dada dan banyak kahak mcm nak kena Astma.I pun beli susu tu dan bagi dia minum tapi dia berak sembelit pulak kesian tengok dia.After that I beli Enfapro DHA (6-18) so berak dia ok, dulu pun dia minum Enfapro A+(6-18 bln) tapi I nak tukar yang Enfagrow A+ (1-3 thn).Kenapa masih lagi kembung perut, nak kena tukar susu lagi ke, mintak pendapat semua. PENDAPAT : 1. 2. cuba rudhiah sapukan minyak gamat kat perut dia.Mcm my niece yang umur 2 1/2 tahun dulu pun cam gitu...nangis2 aje. Lepas letak minyak gamat,dia pun terkentut dengan kuatnya..pahtu tido dengan lena.......hehehe Kebetulan... saya baru dapat satu ilmu petua dari makcik tukang urut... last week anak saya perut kembung... cirit birit.. masuk makanan sket terus muntah.. puncanya.. perut masuk angin.. bawak pergi klinik dekat 4 hari pun tak baik juga... saya suspek.. nii mesti angin dari perut tak keluar2 juga ni.... Saya dan hubby pakat bawak anak pergi umah makcik tukang urut nii.. dia urut sket belakang badan anak.. pastuh dia bagi petua kat saya.. kalau anak sakit perut kembung.. "junjung" anak atas ubun2 kita (ibu)... pastikab bahagian" pusat" dia menekan ke atas ubun2 kita... SELAWAT ATAS NABI 3X Niatkan dalam hati.. YaAllah.. keluarkan angin dlm perut anak ku ini.. Kemudian golek perut anak kat ubun2 kita kiri kanan sebanyak 3 kali... Lepas tuu.. tengok.. insyaAllah.. tak sampai 5 minit anak kita akan terkentut.. Alhamdulillah... saya dah cuba.. memang mujarab... **selalunya anak akan ketawa mengekek2 bila kita nak letak bhg pusat dia kat ubun2 kita... sebab geli kot... kadang2 tu dia akan tahan dengan tahan dia.. m/sure.. tangan dia jgn kita golek sekali.. cuma ambik lada hitam...bunjutkan dlm saputangan...& tuam kat perutnya...kita org biasanya buat dgn stereka...tp rasa dgn tangan dulu...nanti melecur pulak perutnya... kalau anak dah beso dlm 2 hingga 6 tahun bagi minum air vitagen/yakult je...insyaalah ...... tak yah tunggu sakit..kalau gi kedai /soping tu biasakan beli air tu dan bagi minum...sure.. takan ada sakit2 perut....cuci usus... sini ada beberapa petua(bleh cuba ye, dr buku petua)... 1. Lada hitam ditumbuk halus campur myk masak dan disapu diperut bayi 2. layur daun mengkudu bg suam2 tekap diperut bayi (barutkan spy tak jatuh) 3. daun ati2 diumpai kat tapak tangan campur sedikit kapur dan air, sapu diperut bayi

3. 4.

5.

Kembung Perut (COLIC)


Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosa ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut: Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebabsebab yang jelas. Masalah ini berlarutan selama 2-4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2-3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3-4 bulan.

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?


Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk : 1. Usus : o Alah kepada protein susu lembu. o Alah kepada laktosa. o Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan. o Ketidakselesaan disebabkan "angin". 2. Biologi : o Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi. o Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut. 3. Psikososial o Ibu bapa yang tertekan. 4. Lain-lain o Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?


Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?


Bayi akan selalunya : Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama. Di ikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal. Tidak selalunya berkait dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain

Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?


Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik. Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan

kebimbangan di kalangan ahli keluarga. Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?


Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan. Jika anak anda kembung perut : 1. Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek. 2. Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut 3. Kurangkan bunyi bising 4. Bawa bayi anda bersiar-siar 5. JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA 6. Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya. Dapatkan nasihat doktor jika : Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan. Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit. Bayi anda demam Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah ubat yang boleh membantu?


Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut. Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.

Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?


Jika bayi anda menghisap susu botol: Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan. Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda. Jika bayi menyusu badan : Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, broccoli, bunga kobis, kafein dan makanan yang dibuat dari susu lembu.

Peringatan
Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosa yang tepat adalah penting. Dapatkan nasihat doktor jika: o Diagnosa tidak dapat dipastikan o Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.

Anda mungkin juga menyukai