Anda di halaman 1dari 16

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Susu Merundum
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu
saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak
kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri
agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang.
Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau
pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam
dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu
pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan
malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil
pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari.
Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan
kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan
puasa nanti.
Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol.

Google di sana sini, suka saya berkongsi dengan yang saya jumpa ini.
Kita memang biasa dengar tentang makanan untuk tambah susu seperti longan
kering, sayur kucai, lobak putih, halba dan sebagainya. Ramai di antara ibu2
yang mengambil makanan2 tersebut dengan tujuan untuk tambah susu.
Tahukah kita apa fungsi sebenar makanan2 di atas?
Untuk menambahkan susu badan, zat yang paling penting adalah protein. Lainlain adalah kalori, vitamin B, kalsium dan sebagainya. Alfalfa mengandungi
protein dan kalsium yang tinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika ibu-ibu yang
mengambil alfalfa akan mendapati susu mereka bertambah. Saya juga
mengamalkan pengambilan Alfafa dan beberapa vitamin dari Shaklee. Memang
susu akan mencurah-curah terutama sekali selepas pengambilan Alfafa. Tetapi
tahu sajalah agak susah saya nak mangamalkan setiap hari :). Hari ini saya rasa
sedikit insaf...hehe.
Asid folik (sejenis vitamin B) adalah penting untuk tindakan biosintetik protein.
Jadi ia juga diperlukan. Asid folik ni terdapat dalam sayuran hijau. Jadi, memang

benar memakan sayur-sayur hijau seperti kucai akan membanyakkansusu kerana


kehadiran vitamin B ni memudahkan lagi proses yang melibatkan protein dalam
badan
kita.
Selepas bersalin saya tidak pernah mengambil asid folic. Boleh cuba! Longan
kering yang direbus mengandungi kalori dan air yang tinggi. Ibu menyusu
memerlukan 1800 kalori sehari sekiranya menyusukan seorang bayi. Saya
memang ada banyak stok longan kering. Tapi ia kurang berkesan kepada saya.
Mengapa sesetengah milk booster tidak berkesan kepada kebanyakan ibu tapi
amat berkesan bagi sesetengah yang lain? Ini mungkin disebabkan
ketidakseimbangan dalam diet yang diambil oleh ibu itu. Kalau kata hari-hari
makan minum rebusan longan kering, tapi sayur tak makan, protein tak ambil,
jadi macamamana nak tambah susu kerana berharap kepada kalori dan air
semata2.
Asid folik dan kalsium dirembeskan melalui susu ibu, oleh itu ibu menyusu amat
memerlukan vitamin B complex dan kalsium, untuk menggantikan kalsium dan
asid folik yang hilang. Kalsium berperanan bukan sahaja untuk membina tulang
malah juga membina sel2 darah baru yang diperlukan dalam penghasilan susu
badan. Kerana itu ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan susu bila
dalam keadaan haid. Oleh itu, ibu menyusu mesti meningkatkan keperluan
kalsium
untuk
mengelakkan
susu
berkurang
semasa
period.
Beberapa mitos tentang makanan penambah susu:
1. Makan milk booster meningkatkan stimulasi susu.
Stimulasi yang paling berkesan untuk penghasilan susu ialah dari hisapan bayi
dan pam. Makanan-makanan di atas, ya membantu untuk penghasilan susu, tapi
penyebab utama untuk susu dihasilkan ialah sebagai memenuhi keperluan dari
bayi. Makanan-makanan di atas tu umpama bawang, ikan bilis, daging di dapur
rumah kita. Dan hisapan bayi/pam tu adalah perbuatan menggodek semua
benda itu dalam kuali. Bolehkan benda-benda bawang, daging tu menjadi sejenis
masakan kalau kita tak masak? Makna kata, kalau rumah kita ada banyak barang
mentah pun, kalau kita malas nak masak, takkan ada makanan di rumah kita.
Jadi makanlah makanan seimbang yang mengandungi kesemua zat keperluan
badan, dan susukanlah bayi sekerap mungkin.
2. Sesetengah lactogenic food ni hanya sesuai untuk orang tertentu
Bergantung kepada diet yang diambil oleh seseoarang ibu menyusu. Jika ibu tu
hanya makan nasi dengan ikan kering saja setiap hari, tapi minum rebusan
longan kering bergelen-gelen, mungkin tak berkesan sebab yang ada cuma kalori
dan glukos saja. Jadi, ambillah makanan seimbang.
3. Susu yang banyak tanda kejayaan seseorang ibu menyusu

Keperluan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ibu akan menghasilkan susu


mengikut keperluan bayinya. Oleh itu, pada waktu siang sekiranya ibu bekerja,
disarankan untuk mengepam sekerap mungkin untuk mengadakan rangsangan
bagi pengeluaran susu. Susu yang dihasilkan oleh ibu A tidak sama dengan susu
ibu B, mungkin kerana keperluan bayi A dan bayi B adalah berbeza.
Tanda kejayaan ibu menyusu adalah mungkin berjaya menyusukan bayinya
hingga 2 tahun, dan bayi yang disusukan adalah sihat dan cergas.
Saya tolong warwarkan produk shakle :). Di dalam set B (Breastfeeding) Shaklee,
kami telah susun semuanya dalam satu pakej. Vitamin dan mineral perlu, B
complex, vitamin C dan alfalfa, hanya dalam satu pakej, trial pack cuma RM80
saja. Anda juga boleh mendapatkan set B ini bersama Ostematrix (Set E) dengan
hanya RM140.
Sebagai permulaan, ibu2 boleh mencuba set B atau set E. Ia bukan sahaja untuk
ibu yang bermasalah dengan supply susu, tapi juga untuk semua ibu, kerana ia
membekalkan segala keperluan nutrisi ibu yang menyusukan anak.
Ia sesuai untuk semua dan highly recommended untuk mereka yang tidak
mengambil makanan yang benar2 seimbang, contohnya mereka yang tak suka
minum susu, tak makan sayur mentah (ulam), tak suka ikan dan sebagainya.
Jangan lupa untuk terus berdoa, mengiringi usaha dan harapan kita. Kadang2
kita dah buat semua, tapi belum berjaya, mungkin sebab kita lupa nak berdoa
dengan bersungguh2.
Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu
Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com/
Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada
memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan
dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

"Susu tidak cukup."


"Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan."
"Saya terlalu sibuk."
"Saya bertubuh kecil."
"Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil."
"Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya."
"Keturunan saya memang tiada susu badan."

Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan,
kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah
dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama
manusia.

Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan
penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi
mereka dengan penyusuan ibu kelihatan begitu taksub apabila membicarakan
berkaitan hal ini? Meriakkah mereka? Apa tujuan mereka?
Mari saya kongsikan. Dunia penyusuan ibu bukanlah semudah yang kebanyakan
orang bayangkan. Produksi susu tidak akan datang dan melimpah dengan takdir
dan bantuanNya semata-mata. Produksi susu ibu tidak hadir kerana keturunan
mereka yang terkenal dengan susu yang melimpah ruah. Produksi susu ibu tidak
hadir hanya dengan goyang kaki. Tetapi produksi susu ibu hadir bersama doa,
harapan,
usaha,
ilmu
dan
disiplin
yang
tinggi.
Ibu-ibu semua, jangan kita dengki dan mengutuk mereka yang kelihatan begitu
teruja mahu berkongsi kisah penyusuan mereka. Jangan kita membentak mereka
dengan kata-kata yang melukakan hati. Ketahuilah, itu adalah antara cara dan
usaha mereka memotivasikan diri. Percayalah, bukan mudah mereka melaluinya.
Guna Botol vs Secara Terus
Ramai di kalangan para ibu yang mahu menjayakan penyusuan melalui botol
tidak sedar mereka secara tidak langsung telah 'membunuh diri' mereka sejak
dari awal tempoh pengenalan botol. Mengapa saya berkata begitu?
Mari kita bincangkan dengan lebih terperinci. Perasankah ibu-ibu semua,
kebanyakan daripada kita yang menggunakan botol mesti mempunyai bajet
jumlah kandungan susu yang perlu ada di dalam botol itu. Dalam erti kata lain,
ramai para ibu terbiasa dengan konsep 'Sukat Susu Ikut Umur'.
Konsep ini memang biasa dipraktiskan kepada bayi yang minum susu formula.
Contohnya:
Bayi dalam pantang: 2 oz
Bayi 3-4 bulan: 3oz
bayi 5-6 bulan: 4-5oz dan sebagainya.
Inilah yang saya panggil skil 'bunuh diri'. Kita kaji dengan lebih mendalam. Saya
kongsikan sendiri pengalaman saya sebagai seorang ibu yang pernah
menyusukan secara terus selama 1.4 tahun.
Bayi yang menyusu secara terus mengikut pengalaman saya sebenarnya tidak
terlalu memberi fokus kepada jumlah kandungan susu mereka, tetapi lebih
kepada kekerapan mereka menyusu. Pernyataan ini tidak ditujukan kepada bayi
di dalam tempoh pantang. Mengapa? Ini kerana bayi di dalam tempoh pantang
memang kuat menyusu dan ini membantu mereka mematangkan sistem tubuh
yang ada serta membesar dengan lebih cepat dan sempurna.
Apabila kita sudah mula mengajar kita minum dengan jumlah yang banyak sejak
kecil, secara automatik kita mendesak diri kita bekerja dengan lebih keras bagi

memenuhi keperluan bayi kita. Kepada para ibu yang mempunyai disiplin yang
tinggi, pasti tidak timbul masalah. Tetapi bagaimana dengan para ibu yang
sering
culas
dan
mencipta
pelbagai
alasan.
Saya ada seorang kawan yang sudah menyusukan anak lelakinya selama lebih
setahun, tetapi masih mempraktikkan kandungan susu sebanyak 3oz bagi setiap
sesi menyusu. Sehingga sekarang, alhamdulillah, langsung tiada masalah di
dalam sistem yang diciptanya. Malah, anaknya tetap membesar dengan aktif,
sihat
dan
mempunyai
badan
yang
'tegap'.
Perspektif Saiz Bayi
Satu lagi faktor bunuh diri sekaligus menjadi mitos di dalam dunia penyusuan ibu
ialah saiz badan bayi. Kepada ibu-ibu yang terperangkap dengan mitos ini,
tenangkan diri anda bagi menangkis kata-kata luar yang memedihkan hati.
Ayat 1. "Patutlah anak dia semangat, minum susu badan katakan."
Ayat 2. "Cuba tengok anak awak ni, kurus dan kecil semacam sahaja. Itulah,
asytyik minum susu badan sahaja, mana cukup. kasihan bayi ni. Cuba bagi
minum susu formula, mesti sihat gebu macam anak si polan."
Berdasarkan ayat-ayat di atas, apa kesimpulan yang ibu-ibu semua dapat?
Betapa kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dan suka mencari jalan
menjatuhkan semangat orang lain. Kurus ditegur, berisi pun menjadi buah mulut.
Ibu-ibu jangan kecewa apabila melihat tubuh anak anda tidak membesar seperti
yang diharapkan. Perasankah ibu-ibu semua, walaupun tubuh anak kita yang
menyusu badan tidak besar mana, tetapi badan mereka lebih mantap dan
beruas tulangnya daripada bayi yang menikmati susu formula? Tubuh badan bayi
kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor paling dekat ialah faktor keturunan.
Hairankah melihat ibu bapa yang kecil, tetapi anak mereka yang menyusu badan
sihat 'semacam', ada juga ibu bapa yang besar, anaknya kecil melidi. Fikir
dengan lebih jauh, mungkin atuk, nenek atau moyang mereka bertubuh begitu.
Jangan sempitkan fikiran kita. Sentiasa positif dan berbaik sangka. InsyaAllah,
jiwa tenang, produksi pun meningkat =)
Nota comel: Ini adalah konsep dan teori yang saya kaji sendiri. Tiada istilah
BETUL dan SALAH. Ibu-ibu semua bebas untuk percaya mahupun tidak =)

Petua Banyakkan Susu Badan


Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu
yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu
tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.
Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi
dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh
walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan

(berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah
beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu
yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak
secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg
terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2
cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu
lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri
yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih
banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap
yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk
merangsang
penghasilan
susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana
perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk
menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan
rehat yang secukupnya.
5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan
terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan
kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat
makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan
mengurangkan
penghasilan
susu
pada
ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan
anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.

Hanya
ambil
suplemen
jika
dinasihatkan
oleh
doktor.
Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua
belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium
bayi.
8. Petua masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan
tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang
telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. Portal
herba
melur.com

* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium,
vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang
tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga
mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu
badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang
dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang
tanah,
ibu-ibu
dinasihatkan
tidak
mengamalkan
petua
ini
* Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus
segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air
sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan
dikatakan
dapat
menenangkan
jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat
menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati
di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian
simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya
dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu
halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya
sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan
kaedah yang sama seperti halba,
* Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan
dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat
india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk
menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus
dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih
sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga
melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada
payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika
anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya
menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi
banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang
sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak
putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar
beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi
ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa
helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah
diminum
dua
hingga
tiga
kali
sehari.

* Tuaman Daun Sirih


Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api
sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari
sehingga susu badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk
menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu
badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau
dibuat
gulai
masak
lemak
cili
api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid
(CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam
susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan
kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan
dan
pengurangan
risiko
sakit
jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu
perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati
mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang
makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas
8
ke
28
jam
ibu-ibu
memakan
biskut
khas
ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan
seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam,
daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan
kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan
supplement
komersial.
* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur
yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai
masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan
pertambahan kandungan susu.
* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1.
2.
3.
4.
5.

Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.


Jambu batu makan begitu sahaja.
Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda goreng atau sup.
Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
Oat dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau
cicah pada lempeng susu beroat.
7. Red raspberry leaves suplemen dari farmasi
8. Barli air atau bubur barli.
9. Pucuk manis masak lemak bersama ubi keledek.
10.Pucuk pegaga dijadikan ulam atau jus.
11.Daun kucai goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12.Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe.
13.Air Horlicks
14.Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan
kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang
kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat,
mknlah kalsium ya!)
15.Teh hijau jepun
16.Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17.Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan
membantu penghasilan susu.
18.Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan
kacangnye sekali.
19.Ubat homeopati.

Petua Membanyakkan Air Susu


Petikan
diubah
http://alinalan.blogspot.com

dari

http://memorisusuanku.blogspot.com,

Ada pelbagai cara membanyakkan air susu sama ada dari segi pemakanan,
minuman dan amalan. Berikut adalah hasil dari pembacaan dari website-website
kawan-kawan, majalah dan dari orang-orang yang berpengalaman yang boleh
dijadikan rujukan sebagai cara untuk menambahkan susu ibu. Tidak semua
petua ini serasi dengan semua ibu. Ia bergantung kepada badan masing-masing.
Selamat mencuba!
Zikir dan Doa

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap


hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga
boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan
kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah
perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah
Engkau
syariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan
doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu
keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya

2
tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk
kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun
memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya
tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka
bumi".
Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada
payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau
urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/
udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah
bersama-sama
nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)
Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air
suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ Horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat
sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan
tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu
gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak
kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea
Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nona roguy
(phytonatal)

Alfalfa (Shaklee)
Bidadari (DCL)
GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
Habatussauda
Organic Spirulina
Melilea Greenfield Organic
ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah
susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang
merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat
payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau
bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air
susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat,
sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon
oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur
bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang
melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih
banyak
penghasilan
susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi
menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit
tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

Cara Menambah Susu Badan dengan cara sihat dan


semulajadi

untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja anda sehingga dua tahun


atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian.
Ramai ibu-ibu menyatakan kepada saya bahawa susu mereka tiada, susu
mereka kurang. Tahukan anda bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang
tetapi kita yg tidak memenuhkan ilmu didada tentang ilmu penyusuan. Menyusu
bayi Nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat
dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan.
Disini saya kongsikan tips bagaimana cara untuk menambah susu badan.

Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan
sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda
sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika
anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress
dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan
bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi
untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan
dapat berlangsung dengan lancar

Pemakanan penggalak susu (milk booster)


Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat
pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk
booster. Antaranya ialah:

Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan
direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika
dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah


protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga
kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan
terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda


- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi
sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.
diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Boleh juga

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed


- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat
sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati
pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai
pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga
sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam
bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang

- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis


- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui
umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun,
pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana
kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang
tidak diingini.

Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong
supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi
boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah
meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan
dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam
diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga
kesihatan diri.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan
beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi.
Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran
susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya

cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak
tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.
Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat
signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah
dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih
kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaikbaiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada
bersama anda.

Anda mungkin juga menyukai