Anda di halaman 1dari 6

SUP CAMPUR KACANG PANGGANG 1/2 tin kacang panggang I labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang

carrot di dadukan 1/2 cawan daging cincang 1 biji kentang didadukan sedikit garam 2 sudu minyak untuk menumis 1 cawan air CARA-CARA Tumis bawang besar dan bawang putih yg sudah dicincang. Biar garing.Masuk carrot dan kentang. Didihkan bersama secawan air. Masuk pula daging cincang. Renih sampai empuk then masuk kacang panggang. Rasakan garamnya ( kalau dah cukup masin takpayah ler tambah garam lagi) Biar mendidh. BABY HOLA HOLA Bahan-bahan Segenggam beras (dicuci) 1 biji kentang (dihiris nipis) 1/2 batang lobak merah (potong dadu) Sedikit kismis Sedikit hirisan ayam Sedikit bawang yang digoreng dengan minyak zaitun (ikut kesesuaian) Stok rebusan ayam tanpa garam

Cara-cara 1. Masak beras bersama stok rebusan ayam.Biarkan hingga beras pecah bijinya. 2. Kisar kismis dengan sedikit air.

3. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam beras yang dimasak dan kacau sebati diatas api.Masukkan ketang, lobak merah, ayam 4. Biarkan diatas api hingga pekat dan kesemua bahan masak.Tambahkan air jika terlalu pekat.Bolehlah dihidangkan.Letakkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang mengikut kesesuaian. BABY FAIRYLAND Bahan-bahan 2 sudu besar beras. 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil 1 pokok sawi dipotong kecil 1/2 batang lobak merah dipotong kecil Sedikit kiub ayam tanpa msg Sedikit garam Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun Sedikit santan Sedikit isi ayam yang dicincang Sedikit daging yang dicincang 500 ml air Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara 1. 2. 3. 4. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu. 5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

NASI KENTANG 2 sudu besar beras. * 1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil * 1 pokok sawi dipotong kecil * 1/2 batang lobak merah dipotong kecil * Sedikit kiub ayam tanpa msg * Sedikit garam * Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun * Sedikit santan * Sedikit isi ayam yang dicincang * Sedikit daging yang dicincang * 500 ml air * Sedikit daun sup dan daun bawang Cara-cara 1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil. 2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging 3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat. 4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.

SUP MAKARONI Bahan-bahan * * * * * * * 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis) 1 biji kentang 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit Sedikit lobak merah Sedikit celery 1/4 cawan makaroni air

Cara-cara 1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil. 2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api. 3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda. 4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.

SUP SPAGGETI / NASI Bahan-bahan * * * * * * 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan) 1 biji kentang (potong dadu) 1/4 batang lobak merah (potong dadu) Sedikit isi ayam (hiris nipis) Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar) Air

Cara-cara 1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan. 2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk. 3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu. 4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas) 5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya 1/4 biji kentang saiz sederhana dadu 1 sudu lobak merah dadu 1 sudu kacang pis beku1/ 2 cawan air 3 sudu susu ibu/formula dibancuh Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan. Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby . Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas... Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih) 1 sudu nasi 1/4 keping tauhu 1/4 keping dada ayam - potong dadu 3 hiris lobak merah 3 kuntum kecil brokoli Cara-caranya Kukus semua bahan.. * Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...

Anda mungkin juga menyukai