Anda di halaman 1dari 24

Resepi Puri Untuk Bayi 6 Bulan Dan Ke Atas

Memberi makan kali pertama untuk bayi sememangnya menjadi perkara paling gembira untuk ibubapa.
Ada yang menyatakan memberi makan bubur adalah terbaik untuk kali pertama. Ada yang menyatakan
AVOCADO adalah buah @ pemakanan yang terbaik untuk bayi yang baru mula makan. Avocado sangat
lembut dan memudahkan sistem penghadaman bayi. Selain itu juga, ia dikatakan dapat mengelakkan
bayi daripada sembelit.
Di sini disertakan bersama puri buah dan sayuran pilihan serta cara membuatnya.

Read more: http://www.mamapeduli.info/2014/06/resepi-puri-untuk-bayi-6-bulan-danke.html#ixzz48ZCBy2fC


Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil

2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun
saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.
Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah
empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk
bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam


Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby .
Masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu.... *Saya
kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu,
bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup
semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...
Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu

1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.


1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut
dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus
hidangkan.
Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup
periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan
dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit
sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato.
Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh
daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi
dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40
minit atau sehingga perang.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

2 sudu besar beras.


1 biji kentang sederhana besar dipotong kecil
1 pokok sawi dipotong kecil
1/2 batang lobak merah dipotong kecil
Sedikit kiub ayam tanpa msg
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng yang digoreng dgn sedikit minyak zaitun
Sedikit santan
Sedikit isi ayam yang dicincang
Sedikit daging yang dicincang
500 ml air
Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak beras di atas api yang kecil.
2. Bila mendidih masukkan kentang, lobak merah, kiub ayam, garam, ayam dan daging
3. Biarkan di atas api sehingga biji beras pecah,masukan air jika terlalu pekat.
4. Masukkan santan dan kacau.Biarkan seketika.Masukkan sawi, Daun sup dan daun
bawang.Biarkan seketika sehingga daun daun tadi layu.
5. Bila sudah pekat boleh lah dipadamkan api.Biarkan sejuk sebelum dikisar.Masukkan bawang
goreng untuk dikisar bersama.Kisar hingga halus untuk diberikan kepada bayi ada.
Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam

2 biji kurma dibuang bijinya


Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur kurma prune


Bahan-bahan ( 1 Orang )
*
*
*
*
*
*

Segenggam beras
15 biji kismis kuning
2 biji buah prune
5 biji kurma lembut tanpa kulit
Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
Air rebusan barli

Cara-cara
1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan.
tk 8 bln ke atas...atas nasihat doktor...utk elakkan sembelit...
Bubur ayam istimewa
Bahan-bahan ( 1 orang )
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

2 sudu besar beras


2 sudu besar barli
2 sudu besar ground oatmeal
1 biji kentang
Sedikit lobak merah
Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
Sedikit daun bawang
Sedikit isi ayam
Sedikit bunga kobis
Air

Cara-cara
1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.
2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak
merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah
diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan kiub
ayam.

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Bahan-bahan ( 1 Orang )
*
*
*
*
*
*
*

1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
1 biji kentang
1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
Sedikit lobak merah
Sedikit celery
1/4 cawan makaroni
air

Cara-cara
1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika
perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan
tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak
perlu dikisar utk hidangan dewasa.
Pasta versi bayi
Bahan-bahan ( 1 Orang )
*
*
*
*
*
*

10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)


1 biji kentang (potong dadu)
1/4 batang lobak merah (potong dadu)
Sedikit isi ayam (hiris nipis)
Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
Air

Cara-cara
1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga
kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun
bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan
kuib ayam.Tidak perlu dikisar
BUbur ikan istimewa
sedikit beras
ikan merah/tenggiri/bawal/
sedikit halia
seulas bwg putih
kentang/carrot/brokkolo/kubis bunga
sedikit daun sup/ daun bawang
cara..
panaskan minyak
tumis bwg putih dah halia hingga naik bau
masukkan isi ikan
masukkan beras yg sudah di cuci bersih

masukkan kentang / brokolli/carrot (ikut suka)


masak sampai beras masak
taburkan sedikit daun bwg/sup...
utk perasa, gunakan ikan bilis yg di blender, tabur sedikit masa nak suap baby.
sedap....
saya tak gunakan garam atau sebarang serbuk perasa kerana buah pinggang baby
tak dapat nak proses garam...
Bubur Oat + Ikan

Bahan-bahan
*
*
*
*

3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya
* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun
saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.
ini sahaja yang mama mampu cari setakat nih...
ada masa lagi mama korek google dan share ye...
sebenarnya ini untuk rujukan mama jugak ;)

Resepi Makanan Bayi Ini Boleh Naikkan


Selera Si Manja Anda.
BY DADDY LEAVE A COMMENT

Assalamualaikum.
Biasanya, Daddy tengok ibu-ibu mesti macam nervous bila anak dah 6 bulan. Ye la, tak tahu
nak bagi makan apa. Balik-balik bubur. Baby pun tahu jemu ye.
Sebab itu, daddy nak kongsikan 3 resepi makanan bayi dengan ibu-ibu sekalian. Check it
out!

PUREE BETIK

Masa penyediaan: 2 minit


Masak: Tak Perlu
Cara Penyediaan: Kupas kulitnya. Lenyek dengan garfu. Boleh juga dicampurkan dengan
susu ibu jika perlu. Betik mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi sebagai
anti radang dan penguat imun sistem. Betik amat bagus untuk merawat anak sembelit,
namun harus juga berhati-hati sebab kalau terlebih boleh sebabkan cirit-birit pula.

PUREE EPAL DAN MANGGA

Masa penyediaan: 5 minit


Masak: 9 minit
Bahan-bahan: 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang
di potong kecil

Cara Penyediaan: Stim buah epal sehingga lembut. Campurkan epal dan mangga. Blend
sehingga lembut.

PUREE PISANG, PEECH DAN STRAWBERRY

Masa penyediaan: 5 minit


Masak: 2 minit
Bahan-bahan: 1 biji pisang, 2 biji strawberi, 1 biji peach yang ranum.
Cara Penyediaan: Masukkan buah-buahan dalam kuali dan masak selama 2 minit. Blend
dan siap!
Kesemua puree ini boleh diasingkan dalam bekas plastik kecil-kecil dan disimpan dalam
freezer untuk digunakan pada hari lain.

Puri (untuk bayi 6 bulan ke


atas)

Assalamualaikum...
Haihhhh...Zahra da setahun sebulan mummy baru nak cerita pasal pemakanan Zahra...bukan
apa sekadar untuk panduan dan perkongsian bersama ibu dan bakal ibu...
Seperti dlm entri sebelum ni pasal pemakanan bayi, mummy dapat info dan banyak belajar dari
group Homemade Solid Food For Your Baby (HSFFYB) dalam FB...dan dari situ baru mummy tau
sebenarnya makanan pejal pertama bayi adalah puri sayur dan buah bukannya cerelac ataupun
bubur nasi...
Sayur dan buah pulak bukan semuanya boleh bagi..ada ikut kategori umur..kalau 6 bulan tu
buah mcm epal, pear, mangga, peach, pisang, avocado. Sayur plak mcm keledek dan
labu..jadualnya ada dalam entry ini...So dlm entry ni mummy akan cerita pasal resipi dan cara
penyimpanan serta ketahanan puri...memang sangat simple dan senang...Takde alasan utk
mummy yg bekerjaya utk sediakan puri buat si manja mereka sebab mummy pun kerja
jugak..Apa yang penting adalah beri yang terbaik dan berkhasiat untuk baby kita...Oh ye
pemberian sayur dan buah yang dipuri adalah untuk mengenal rasa masin dan manis semulajadi
kepada bayi kita..Kuantitinya pun perlu diberi sedikit sahaja..cukup utk baby belajar makan dan
mengenal rasa sebab perut dia pun kecik lagi..kalau ada demand baru tambah lagi..Ikut umur la
6 bulan bagi sekali je dlm 1oz, kalau da 7 bulan boleh beri 2 kali..

Resepi

Puri epal
Makanan pejal pertama Zahra adalah puri epal. Caranya adalah basuh sebiji epal bersih dan
kupas kulit..kemudian kukus dan kisar sampai halus...Kukus lebih baik daripada merebus kerana
nutriennya akan kekal, rebus plak nutriennya akan pergi ke air rebusan..
Lepas kisar, tapis lagi untuk dapatkan tekstur yang betul2 halus bagi elakkan bayi
tercekik..Boleh juga ditambah susu ibu atau susu formula..ini untuk bayi yang susah nak makan,
bila letak susu dia akan makan sebb kenal dgn rasa susu..tp Zahra tak suka pun letak susu..siap
dikisar lebihannya akan disimpan ke dalam bekas ais dan tutup atau balut bekas tu utk elak bau
ayam or ikan dlm freezer meresap ke dalam puri.
Inilah reaksi Zahra bila first time makan puri epal..berkerut2 muka dia maybe sebab masam
kot..dia pun mcm tak suka je epal..Oh ye jangan lupa 4-day rule ye :)

Ini pula puri pear..tp mummy pakai buah lai..kaedahnya sama je..tapi kali ni mummy dah beli
blender+stim Avent memang senang dan cepat je nak memuri...tuang air dlm tempat yang
disediakan, masukkan buah, terbalikkan supaya bahagian yang lubang2 dekat bawah n
pusingkan knob stim..bila da stim ia akan berbunyi..mummy akan bukak skit penutup untuk
biarkan sejuk sedikit kemudian tonggengkan dan bolehlah kisar...kemudian tapis...

Kali ni juga mummy da beli tempat ais yang ada penutup..mmg sgt senang..Ini mummy beli kat
Giant..hasil daripada perkongsian mommies dlm HSFFYB.

Ini pula puri peach..kaedahnya pun sama je.Zahra sangat suka.

Puri mangga pun feveret dia la..yang manis2 semua dia sukalah..

Selain tu mummy pun da buat puri keledek, puri labu, oh ye pisang takyah puri sebb dia cepat
lebam kan..so bila nak makan just lenyek sampai halus..mummy lenyek dlm penapis so mmg
yang halus akan keluar..pisang sangat sesuai kalau travel.
Puri kurma pun mummy ada buat..kurma tu buang biji dan mummy steam, bila dah lembik
mummy blend dan campur sedikit air sebb kurma ni mmg pekatla tekstur puri dia..kalo nak
kurang manis lebihkan air so puri akan cair2 je..
Setel bab resepi yang sgt senang now kita ke bab seterusnya
iaitu

Penyimpanan. Wah mummy ni da mcm cikgu plak..kalah nurse2 kat klinik2

tauuu..

Bila dah buat puri banyak-banyak utk stok, puri tu masukkan ke dalam bekas ais dan ditutup,
kemudian masuk dlm freezer..Esoknya bolehlah dikeluarkan puri beku tu dan transfer ke dalam
bekas kedap udara..cara nak keluarkan puri dari bekas ais beli kat Giant tu sgt snang..mummy
letakkan belakang bekas tu kat bawah air yang mengalir pastu just bengkok2kan je bekas tu..tp
hati2 jgn terlebih bengkok kang patah lak...

Bila da simpan dalam bekas or dlm plastik ziplock, labelkan ikut nama puri dan tarikh
dibekukan...Puri ni sama mcm ebm..bila da beku leh tahan 3 bulan, kalo simpan dlm chiller
tahan 2 hari jer..Bekas ais yang da dibasuh bersih tu lehla letak puri lain plak utk
dibekukan..senang kannnnnn...

Banyak mana nak bagi baby makan? Cane nak bagi baby makan? Cane nak cairkan frozen puree
tu...senang je..kaedah yang mummy gunakan ialah ambil sekiub puri yang hendak dimakan utk
esok..contohnya 1 kiub puri epal sebab baru bagi baby makan sehari sekali..Malam tu mummy
akan ambil seketul kiub dan letak dlm taperware kemudian letak kat bahagian bawah peti ais
iaitu dlm chiller..Esoknya puri tu da cair skit..Mummy akan hantar puri tu pada baby sitter dan
bila nak bagi baby makan just panaskan dlm bottle warmer..senangkannn...sangat senang so
takde alasan utk mak2 kat luar sana kata takde masa or malas n nak senang bancuh cerelac
je..haih...bagi sayur dan buah lagi berkhasiat dan sedap...
So rasanya itu saja pasal puri..dlm entry lain mummy akan cerita pasal grains pula dan tumismenumis..Selamat mencuba :)

Anda mungkin juga menyukai