Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha Puan Suhaila Bt Omar, Pegawai Pejabat Kebajikan


Masyarakat Daerah Muar,
Yang Berusaha Tuan Haji Othman Bin Taib, Pengerusi PAWE Daerah Muar
, Ahli-ahli Jawatankuasa PAWE Muar , Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekelian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
SalamSejahtera,
Salam Kebajikan
Salam Sehati Sejiwa dan Salam Negaraku.

PENDAHULUAN
1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada
Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita
bersama-sama pada pagi yang indah ini bagi melaksanakan Mesyuarat
Agung Tahunan Pusat Aktiviti Warga Emas Muar (PAWE) kali KE 2 ini.
Saya turut berbesar hati dan merakam kan jutaan terima kasih, kepada
Pengerusi dan Barisan Ahli Jawatankuasa PAWE Muar, kerana mengundang
saya, bagi merasmikan Mesyuarat Agung kali ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada
Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa PAWE Muar yang berusaha
mengelolakan majlis ini, begitu juga dengan kehadiran tuan-tuan dan
Puan-puan, yang turut bersama-sama menyumbang demi menjayakan
Majlis pada pagi ini. .

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENT.-019 853 96 63


Para hadirin yang dihormati sekalian,
Kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat
Malaysia pada masa ini , sebenarnya juga adalah hasil titik peluh dan
usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. Sehubungan
itu, adalah menjadi obligasi sosial dan komitmen Kerajaan untuk
menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan bagi
membolehkan warga emas kita menua secara aktif, produktif dan sihat.

Justeru itu, dengan adanya pengwujudan seperti Pusat Aktiviti Warga


Emas (PAWE),seperti di Muar ini, yang mana iya nya secara tidak langsung
, turut dapat mengambil kira pembangunan potensi yang ada pada
golongan warga emas , yang turut dilihat dari segi keupayaan mereka
yang masih sihat dan bertenaga untuk terus menyumbang khidmat bakti
dan kepakaran mereka kepada komuniti setempat.
Ini bersesuaian lah dengan apa yang dimahukan kerajaan dalam usaha
memastikan agenda warga emas, ke arah penuaan sihat, aktif dan
produktif berterusan, dapat dilaksanakan hingga bila-bila. (#ActiveAgeing).
Saya berharap dengan adanya PAWE Muar , ianya turut dapat memberi
menfaat kepada golongan warga emas, untuk mengikuti pelbagai aktiviti
dan program , terutamanya kegiatan yang turut dapat meningkatkan kualiti
hidup mereka .
Oleh itu, bagi memastikan objektif yang disasarkan kerajaan mencapai
matlamat, Saya juga turut dimaklumkan oleh pengerusi PAWE Muar,
bahawa, selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif. Pusat
Aktiviti Warga Emas (Pawe ) Muar juga , sering melaksanakan pelbagai
program dan aktiviti setiap bulan, sebagai kegiatan rutin warga PAWE ,
antaranya seperti melaksanakan ;

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENT.-019 853 96 63


✓ Kelas Agama Mengaji Alquran/Fardu Ain.
✓ Kelas/Bengkel Menjahit
✓ Aktiviti pertanian seperti berkebun dan bercucuk tanam
✓ Program Jom Sihat Senam Robik Belia setempat
✓ Gotong Royong bersama komuniti
✓ Program Usahawan (memasarkan produk-produk IKS warga PAWE.)
“ Syabas dan Tahniah PAWE Muar “
*(Minta hadirin beri Beri Tepukan kepada Pengerusi PAWE Muar)

Saya berharap, dengan adanya PAWE Muar, ianya dapatlah


digunakan oleh golongan warga ini, untuk mengikuti pelbagai aktiviti dan
program yang boleh meningkatkan lagi kualiti hidup mereka selaku warga
emas yang aktif dan produktif disamping menjadikan PAWE Muar sebagai
laluan dan pusat pertemuan antara warga emas mengeratkan silaturahim
yang secara tidak langsung turut dapat menghindari kesunyian golongan
ini apabila sering ketiada ahli keluarga di rumah.

PENUTUP
Adalah diharapkan konsep warga emas aktif dan produktif yang
dilaksanakan melalui pelbagai program serta aktiviti , dapat diteruskan
hingga bila-bila, demi meningkatkan kesedaran golongan warga emas ,
memiliki kepentingan dan hak mereka sebagai golongan yang turut menjadi
penyumbang utama kepada pembangunan negara.
Akhir sekali, saya ingin dengan ini, merakamkan ucapan tahniah dan
terima kasih kepada Pusat Aktiviti Warga Emas Muar (PAWE) , Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah Muar, dan semua yang terlibat,

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENT.-019 853 96 63


amnya kepada semua warga emas di Daerah Muar ini, serta pihak yang
menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM, saya merasmikan


MESYUARAT AGONG PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT AKTIVITI
WARGA EMAS (PAWE) MUAR BAGI KALI KE DUA .
Wabillahitaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum,
Warrahmatulahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

SELESAI..

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENT.-019 853 96 63

Anda mungkin juga menyukai