Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

Perasmian Mesyuarat Agung


PAWE Kali Ke2
2020

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENTERPRISE - 019 853 966 3


BIL AGENDA TEKS UCAPAN
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Pn.
1 KETIBAAN PARA Zaiton Bt Ismail (Ahli Dewan Undangan Negeri
JEMPUTAN VIP
Sg Balang) dengan diiringi Tn Hj Osman Bin Taib
(Pengerusi PAWE), Ke Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PAWE Kali Ke2 .

Sidang Hadirin yang dihormati,


Nyanyian Lagu Negeri Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
2 Johor dan Lagu menyayikan lagu negeri Johor dan lagu Negaraku.
Negaraku ……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Pn. Zaiton Bt Ismail (Ahli Dewan Undangan


Negeri Sg Balang)

Yang Berbahagia _________________________________


Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Muar
Kata Alu-aluan
3 Pengacara Majlis Yang Berusaha Tuan Hj Othman bin Taib Pengerusi PAWE
SERTA Barisan Ahli Jawatankuasa PAWE

Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat
Agung PAWE kali ke-2 tahun 2020 ini.

Pihak majlis serta seluruh Pertubuhan(PAWE) ini, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat
Pn Zaiton Bt Ismail, kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PAWE yang kita
rencanakan pada hari ini.

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENTERPRISE - 019 853 966 3


Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah
tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh ......................... Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada .......... atas pimpinan


4 BACAAN DOA bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Setiap yang Muda akan beransur -ansur tua yang mana lebih
tepat lagi digelar Warga Emas. Sebagai golongan Warga Emas
pula, bukan bererti kehidupan ini, sudah sampai ke
penghujung nya,

Namun Adalah diharapkan dengan adanya PAWE di Daerah


Muar ini, secara tidak lngsung, kita selaku Generasi hari ini,
dapat meningkatkan kesedaran dalam membentuk peradaban
serta sikap sebagai masyarakat yang saling hormat
menghormati serta perihatin amnya terhadap golongan warga
emas yang juga adalah seperti ibu bapa kita ,

Seterusnya, majlis menjemput Othman bin Taib,Pengerusi


Ucapan Alu-aluan PAWE, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
5 oleh Pengerusi Dengan segala hormatnya, dipersilakan
PAWE ………………......................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
EN Othman bin Taib atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kini tibalah masanya , untuk kita mendengar amanat dan


ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Pn.
Zaiton Bt Ismail (Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Balang)
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PAWE Kali Ke2 .
6 Ucapan Perasmian Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
ADUN Sg Balang ………………….
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Yang Berhormat Pn. Zaiton Bt Ismail ,
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat
dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan
bersama.

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENTERPRISE - 019 853 966 3


*** ( Jika ada penyampaian Sijil atau cenderahati
yang mahu diberi kepada mereka yg berkenaan )

7 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil / cenderahati


kepada ...................... Untuk itu, majlis menjemput Yang
Majlis Berhormat Pn. Zaiton Bt Ismail, dengan diiringi Tn Hj Othman
Penyampaian Bin Taib untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Cenderahati
Dipersilakan ..................

Atau----------------------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YB Pn. Zaiton Bt


Ismail, atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan


Tn Hj Othman Bin Taib untuk menyampaikan sedikit
cenderahati kepada YB Pn. Zaiton Bt Ismail

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PAWE Kali
Ke2 bagi tahun 2020

Dari mana asalnya, usah diusul


8 Majlis Penutup Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili PAWE MUAR, merakamkan penghargaan terima


kasih kepada YB Pn. Zaiton Bt Ismail
atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk
merasmikan Perasmian Mesyuarat Agung PAWE Kali Ke2 ini.
.
Tidak dilupakan juga kepada Tuan-tuan dan Puan-puan
sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada ...................................


untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PAWE Kali Ke2
Kali ini...

DISEDIAKAN OLEH : HAMIZAN BERKAT ENTERPRISE - 019 853 966 3

Anda mungkin juga menyukai