Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERKARA SKRIP
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Ybhg. Tuan Jasni Abu Suffyan bin Omar, Ketua
Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan kewangan diiringi Encik
Fauzi Sapili, Pengerusi Kelab Kereasi.
Salutasi Ke Pekan Kuala membeli Bingka,
Burung Merbah di Pohon Cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Yang Berbahagia
Tuan Jasni Abu Suffyan bin Omar
Ketua Penolong Setiausaha BPK

Yang berusaha
Puan Linda Azahari
PSUK

Tuan Paulus Sindeh


Penolong Setiausaha Pentadbiran

Tuan Shahnas Izran


Penolong setiausaha kewangan

Puan Bibiyanti Madi


Penolong setiausaha pembangunan

Encik Fauzi Sapili


Pengerusi Kelab Kereasi

Yang diraikan
Puan Lim Giok Kui
Encik Bahram Jumat
Puan Nurul Syahirah Binti Rakmat

Yang dikasihi
Hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penghargaan Kakitangan Bersara Dan


Penghargaan Kakitangan Sempena Anugerah Penarafan Lima
Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2).

Bacaan Doa Para Hadirin Yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Tuan/Encik (PEMBACA DOA). Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
****** Bacaan doa *******

Amin-amin YRA. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.


Ucapan Hadirin yang dihormati,
Pengerusi
Kereasi Bukan keris tanpa ulunya,
Bukan Majlis kalau tanpa ucapannya.

Sebagai pembuka persada ucapan. Majlis dengan segala hormatnya


menjemput Encik Mohammad Fauzi Bin Sapili, Pengerusi Kelab Kereasi
BPK untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

****** UCAPAN PENGERUSI KEREASI *******

Terima kasih diucapkan di atas kata alu aluan sebentar tadi.


Ucapan KPSU Besar langit ditepi busut,
Diatas papan batang pahat,
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara penasihat.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia


Tuan Jasni Abu Suffyan Bin Omar, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian
Pengurusan Kewangan Merangkap Penasihat Kelab Kereasi untuk
menyampaikan ucapan dan amanat beliau. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.

****** UCAPAN KPSU*****


Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas ucapan dan amanat yang
disampaikan sebentar tadi.
Tayangan Meneruskan kelangsungan acara,
Montaj
Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan multimedia yang
disediakan khas untuk anda semua. Majlis mempersilakan.

****** TAYANGAN MULTIMEDIA****

Terima kasih diatas tayangan multimedia sebentar tadi.


Ucapan yang Sudah biasa kita dengari,
diraikan Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama mereka ini,
Tak mungkin ada galang ganti,

Hadirin sekalian,
Tibalah masa kita nantikan bagi mendengar bingkisan kata daripada yang
diraikan.

Oleh itu, dipersilakan Puan Lim giok Kui untuk menyampaikan ucapan
beliau.
***** UCAPAN AUNTY TRACY ******
Terima kasih Puan Tracy di atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya dijemput Encik Bahram Bin Jumat untuk tampil memberi
untaian kata kalungan wacana

***** UCAPAN TANGAH BAHRAM ******


Terima kasih Encik Bahram diatas ucapan sebentar tadi.
Dipersilakan Puan Nurul Syahirah untuk meneruskan tirai persada
ucapan.

***** UCAPAN NURUL ******


Terima kasih Puan Nurul Syahirah diatas ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


sijil dan
cenderahati Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan cenderahati
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Tuan Jasni Abu Suffyan bin Omar diiringi oleh barisan
penolong setiausaha serta pengerusi kereasi untuk menyampaikan sijil
dan cenderahati.

Dipersilakan,
Puan Lim Giok Kui untuk tampil kehadapan bagi menerima sijil dan
cenderahti

Seterusnya, dipersilakan
Encik Bahram Bin Jumat

Dan akhir sekali dipersilakan


Puan Nurul Syahirah Binti Rakmat.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderahati kenang-kenangan khusus


untuk yang diraikan. Majlis merakamkan terima kasih di atas kesudian
Yang berbahagia Tuan Jasni Abu suffyan bin Omar menyempurnakan
upacara penyampaian sijil dan cenderahati sebentar tadi.
Acara Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
memotong kek saksikan acara memotong kek oleh yang diraikan, Puan Tracy, Encik
Bahram dan Puan Nurul Syahirah, diiringai oleh Tuan KPSU, barisan
penolong setiausaha dan pengerusi kereasi. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Sesi Majlis diteruskan lagi dengan acara selanjutnya iaitu sesi bergambar.
bergambar Oleh itu, majlis menjemput para hadirin untuk tampil kehadapan bagi
upacara fotografi. Majlis mempersilakan

***** SESI FOTOGRAFI *****


Para hadirin dijemput untuk Kembali ke tempat masing-masing.
Jamuan Makan Majlis diteruskan lagi dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu
jamuan makan.

Semerbak bunga seroja,


Dibelai dara pingitan,
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput hadirin menikmati hidangan.

Oleh itu, majlis ingin menjemput saudara (PAMBACA DOA MAKAN)


bagi memimpin bacaan doa makan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan. Hadirin hadirat sekalian dijemput untuk


menikmati hidangan yang telah disediakan.
Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama berlayar telah sampai di Pelabuhan,


Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi,
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Malam hari berlagu ungas


Memecah kesunyian di dalam hutan,
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan puan dalam ingatan.

Tuai padi antara Nampak,


Esok jangan layu layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu rinduan

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan, Puan Tracy, Encik Bahram dan Puan Nurul Syahirah kerana
sudi untuk Bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Tuan Puan bertambah ceria dan Bahagia di dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa Bersama-sama memeriahkan majlis
ini.

Saya sudahi majlis kita dengan wabillahitaufiqwalhidayah


wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai