Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZAMZURINAH BINTI KAMARULZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Dr. Kartini Binti Abdul Mutalib, Pengarah IPGK Perempuan Melayu;
Yang dihormati, Datin Dr Norshidah Binti Abu Husin, Timbalan Pengarah IPGK Perempuan Melayu,
Encik Mohd Saiful bin Tamby, Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGK Perempuan Melayu;
Yang dikasihi, barisan KJKU;
Yang diraikan, Puan Zamzurinah Binti Kamarulzaman,
dan barisan pensyarah dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Puan Zamzurinah Binti Kamarulzaman

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Encik Nor Azizi Bin Mohamad

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Encik Nor Azizi Bin Mohamad atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra
satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Mohd Saiful bin Tamby selaku Ketua Unit Khidmat
Pengurusan dan wakil Anggota Kumpulan Pelaksana untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan KUKP atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengarah IPGK Perempuan Melayu,
Dr. Kartini Binti Abdul Mutalib untuk menyampaikan ucapan, Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan Dr...
Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengarah, Dr. Kartini Binti Abdul Mutalib atas ucapan itu
tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan
Zamzurinah Binti Kamarulzaman. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan
Zamzurinah Binti Kamarulzaman atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan iaitu Puan Zamzurinah Binti Kamarulzaman.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Dr Pengarah, Dr
Kartini binti Abdul Mutalib untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Zamzurinah Binti Kamarulzaman
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Dr Pengarah, Dr Kartini binti Abdul Mutalib untuk menyampaikan cenderamata


daripada IPGK PM dan seterusnya daripada Dr Pengarah sendiri... terima kasih Dr....

Dipersilakan Sub Unit ...... untuk menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi …………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan
Zamzurinah Binti Kamarulzaman.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Pengarah dan yang diraikan untuk kekal berdiri
bagi acara pemotongan kek bagi yang diraikan... terima kasih....

Sebelum itu, majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan
Puan Zamzurinah Binti Kamarulzaman kerana sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua
mendoakan agar Puan Zamzurinah Binti Kamarulzaman ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai