Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

LIYANA Mengumumkan, ketibaan masuk yang diraikan Pn Che Zainab Binti Abdullah
diiringi guru besar SK Marian Convent, YDP PIBG, barisan pentadbir dan guru-
guru masuk ke dalam dewan.

BismilLahir Rahmanir Rahim .


 Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Pn Norhaniza binti Mohamad Dahalan, guru besar Sk


Marian Convent,
Yang Diraikan Pn Che Zainab Binti Abdullah PK Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Pn Zahariah Bt Ahmad, YDP PIBG,


Penolong Kanan pentadbiran , Pn Mazziah binti othman
Penolong Kanan kokurikulum , Pn halida binti zakaria
Penolong kanan petang, Puan sarimah binti omar,

Seterusnya barisan guru-guru serta murid-murid sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “LAMBAIAN KASIH SETULUS BUDI” sempena persaraan , Pn Che
Zainab Binti Abdullah.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh  Ustaz Mohd Rizam bin Zamri
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

<< BACA DOA >>

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ustaz Mohd Rizam bin Zamri atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
ADAM
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Walau sukar untuk ditelan
Namun diri tetap mengorak  jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Pn Che Zainab Binti Abdullah..

<< PERSEMBAHAN MULTIMEDIA>>

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat
memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

Buah mengkudu buah bidara,


Mari disimpan di dalam dulang;
Hari ini puan bersara,
Jasa baik puan tetap dikenang.

Dengan ini, majlis secara sukacitanya menjemput yang diraikan Puan che
zainab bersama suaminya encik_____________ untuk ke singgahsana yang
telah dihiasi indah di atas pentas.

<< PN ZAINAB NAIK KE PELAMIN>>

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang;
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Pn Che Zainab sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai PK Hal Ehwal Murid.

Hadirin dan hadirat warga dewan sekalian,


Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan ketua murid ,
_________________untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

<< UCAPAN >>


LIYANA Terima kasih diucapkan kepada  _______________, atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Pengerusi BKGK , Pn


Razimah binti Mohd Ghadin untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

<< UCAPAN >>


Terima kasih diucapkan kepada  Pn Razimah binti Mohd Ghadin, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya ,majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada


yang Berusaha Pn Norhaniza Binti Mohamad Dahalan, guru besar Sk Marian
Convent, untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

<< UCAPAN >>

Terima kasih diucapkan kepada Pn Norhaniza Binti Mohamad Dahalan ,atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin warga dewan,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn Che Zainab Binti Abdullah PK Hal Ehwal Murid,.  Majlis dengan
segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.
<< UCAPAN PUAN ZAINAB>>

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn


Che Zainab atas ucapan itu tadi.

Hadirin sidang dewan,


ADAM
Majlis kita pada hari ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari
murid-murid tahap 1

Dipersilakan..

<< PERSEMBAHAN TAHAP 1>>


Berakhirlah sudah persembahan murid tahap 1. Persembahan tersebut
merupakan hasil bimbingan puan Aziemah serta cik shahida.

Sidang dewan sekalian,


seterusnya Majlis akan dimeriahkan lagi dengan persembahan dari murid
tahap 2
<< PERSEMBAHAN TAHAP 2>>

Berakhirlah sudah persembahan murid tahap2. Persembahan tersebut


merupakan hasil bimbingan puan fadila.

Hadirin sekalian,

Persembahan istimewa berikutnya pula ialah dari murid-murid tahap 2. Untuk


pengetahuan hadirin,persembahan ini merupakan hasil bimbingan dari AJK
PIBG sekolah khusus buat puan Zainab.

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan istimewa ini. Dipersilakan

Berakhirlah sudah persembahan-persembahan dari anak-anak skmc buat puan


LIYANA
zainab.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian watikah persaraan kepada puan


che zainab. Dengan ini majlis menjemput Puan Norhaniza untuk menyampaikan
watikah ini kepada puan che zainab. Dipersilakan.

<<PENYAMPAIAN WATIKAH PERSARAAN>>

Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu  Pn Che
Zainab.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil


kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas tahun 6,


wakil tahun 5,
tahun 4,
tahun 3,
tahun 2,
dan terakhir dari tahun 1.
ADAM Hadirin warga dewan sekalian.

Majlis penyampaian hadiah akan diteruskan lagi cenderamata dari BKGK.


Majlis dengan ini menjemput suami kepada puan che zainab, encik_________
Untuk menyarungkan hadiah ini kepada isteri yang dikasihi.

<sambil upacara sarung cincin>

Simboliknya,kami warga sekolah dengan ini menyerahkan kembali puan zainab


kepada suaminya encik________________. Berakhirlah sudah tangungjawab
serta tugasan kerja puan zainab di sekolah.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan Pn che zainab . Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Diraikan Pn che zainab atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Hadirin warga dewan, seterusnya pula majlis akan diteruskan dengan upacara
memotong kek hari jadi. Dijemput puan che zainab serta suami untuk
memotong kek.

<potong kek>

LIYANA
Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn
che zainab kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar Pn che zainab bertambah ceria dan bahagia
di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “ LAMBAIAN KASIH
SETULUS BUDI “ini.
Di kesempatan ini juga, izinkan kami menyampaikan pantun khusus buat yang
diraikan Pn che zainab binti abdullah.
ADAM
Assalamualaikum pembuka bicara
Madah disusun mengungkap rasa
Pagi yang ceria kini suram dan hiba
Bagai mengerti gelodak di jiwa

Kini sudah tibanya masa


Berundur puan zainab kerana bersara
Hilanglah permata cukup berharga YANA
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
sukar dicari galang ganti

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa YANA
Jenguklah kami  sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga puan nariza sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon


ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.

Dengan ini, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita
akan menyaksikan perarakan pulang puan zainab sebagai lambaian akhir beliau
selaku penolong kanan tadbir di skmc.  

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai