Anda di halaman 1dari 4

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan


salam Keluarga Malaysia.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, saya berbesar hati mengucapkan


ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-
puan ke majlis penuh bersejarah pada hari ini.

Untuk pengetahuan hadirin, sebentar lagi Yang diraikan akan tiba bersama
psangannya , jadi semua tetamu diminta utk mengambil tempat masing2..

PeRSEMBAHAN SILAT

Hadirin yang dirahmati,

. Kelat bukan sebarang kelat,


Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.

Begitulah tadi persembahan silat oleh 4 orang murid yg dibimbing oleh Cikgu
Azri.

Majlis persaraan Tn Guru Besar pada hari ini akan diserikan dengan
melewati station2 kenangan yg dimulakan dengan Laman Kelstarian
TS25 .Laman ini merupakan symbol bagi SK LKTP BB yg merupakan Kohort
ke 5.Dipersilakan tn GB utk menndatangi plak penghargaan dibawah
kelolaan Unit Kokurikulum SK LKTP BB. Dipersilakan tuan.

1
Kantin

Yang diraikan dan para jemputan yang dikasihi,


Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Station kenangan seterusnya adalah kantin.Dipersilakan Yang diraikan
bersama dengan ieteri utk masuk ke ruang makan guru.
Dipersilakan Pn Masidah selaku pengusaha kantin utk menghidangkan air
kegemaran Tn Gb.Dipersilakan.

Seterusnya, kepada yang dirai dan para tetamu jemputan, kita akan
menruskan laluan kenganan bersama Tn GB ini dengan menuju ke station
seterusnya iaitu Prasekolah.

PERSEMBAHAN TARIAN –

Dipersilakan yg diraikan bersama dengan pasangan dan juga tetamu


jemputan utk mengambil tempat di kerusi yg telah disediakan.

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,


Kita sama-sama saksikan persembahan tarian oleh anak2 prasekolah’.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah


pimpinan Cikgu Shazila dan juga Pn. Shima selaku PPM bagi anak2 pra
sekolah ini. sebentar tadi.Dipersilakan pula wakil bagi anak2 prasekolah ini
untuk menyerahkan bunga rozet kepada Pn Sharifah utk disematkan ke baju
tn GB.Dipersilakan.
Station 1 Cerdik

Hadirin yang dimuliakan,


Marilah kita bersama2 meneruskan perjalanan Laluan Kenangan ini menuju
ke kelas 1 Cerdik.

Yang dirai bersama pasangan dipersilakan utk mengambil tempat di kerusi


yg telah disediakan. Kepada para tetamu yg lain bolehlah berada di
sekeliling kawasan kelas 1 Cerdik ini.

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Sinngah bersantai di tepi jeti,
Persembahan nyanyian memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur hati.

Begitulah tadi persembahan nyayian lagu Memori Tercipta oleh anak2 murid
dari tahun 1,2 dan 3.Seterusnya dipersilakan adik Lutfiah mewakili semua
murid tahap 1 utk menyampaikan jambangan buah-buahan kepda Yang
diraikan,.Dipersilakan.

2
Laman Flora Unit Hem

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Cukgu


Shabudin dan isteri serta tetamu jemputan untuk bergerak pula ke
banguanan ____ di hadapan dewan menuju ke laman flora Unit HEM.

Hadirin dan hadirat, di laman flora ini kita akan menyaksikan upacara
menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap
yang diraikan.Dipersilakan.
Sebagai tanda kengan-kengan oleh Unit Hem , sepasu pokok bunga utk yg
diraikan.
Station PPKI
Para jemputan dan yang diraikan diminta untuk sama2 pula ke pondok
bacaan di hujung dewan bagi sation kenangan bersama anak2 PPKI.

Kenangan bersama tidak akan dilupakan, dipersilakan yg diraikan utk


mengambil tempat di kerusi yg telah disediakan.
Apa yg akan berlaku disini adalah acara suap pulut, dipersilakan adik Naufal
utk menyuapkan pulut kepada yg diraikan.
Warga hadirin yg dihormati, kita teruskan mejlis pada hari ini, dengan
mempersilakan yg Diraikan bersama dengan tetamu jemputan utk sama2
masuk ke dalam dewan dan menuju ke station seterusnya.
Station Tahap 2
Hadirin yang dimuliakan,

Di station Tahup 2 ini Majlis menjemput adik Mohd. Naqib selaku wakil bagi
murid Tahap 2 utk memakaikan selempang persaraan kepada yg diraikan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan menjemput yang diraikan


bersama dengan pasangan utk naik ke pentas dan duduk di pelamin
persaraan.

Saya serahkan majlis persaraan pada hari ini kepada cikgu Siti Hajar.

3
4

Anda mungkin juga menyukai