Anda di halaman 1dari 4

Malam Ambang FESENI

Teks Pengacara Majlis


Para hadirin diminta berdiri bagi menghormati ketibaan pengetua dan barisan pentadbiran kolej. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengetua Kolej Kediaman ketujuh, Profesor Madya Dr. Rohana binti Jani dan barisan pentadbiran kolej. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Universiti Malaya. Hadirin dipersilakan duduk. -Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Rohaya binti Jani, Pengetua Kolej Kediaman Ketujuh. -Yang Berusaha, Encik Qhairul Nizam bin Abu Bakar selaku setiausaha kolej merangkap penasihat JKP Kreatif. -Yang Berusaha, Encik Mohd Nasiruddin Kachi Maiden selaku bendahari kolej kediaman ketujuh. -Yang Berusaha, Cik Nurul Suraya binti Mohd Zain selaku pembantu felo. -Yang Berusaha, Encik Abdul Hadi bin Ibrahim selaku pembantu felo. serta - rakan-rakan warga Kolej Kediaman Ketujuh yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bunga seroja cantik tersemat, Buat perhiasan si gadis sunti, Doa dibaca memohon Rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi memperoleh keberkatan serta Payung Rahmat Illahi, majlis pada malam ini dimulakan dengan mempersilakan Saudara Hazwan Zulkiflie untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Hazwan Zulkiflie atas bacaan doa itu tadi. Dari Melaka hendak ke Pekan , Singgah di Rembau membeli ragi, Selamat datang kami ucapkan , Ke majlis Malam Ambang Feseni.

Hadirin Sekalian, Terlebih dahulu saya bagi pihak Majlis mengalu-alukan kehadiran sidang dewan untuk sama-sama menjayakan Malam Ambang FESENI yan julung-julung kali diadakan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang Berhormat Pengetua Kolej Kediaman ketujuh, Profesor Madya Dr. Rohana binti Jani kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita bagi menyerikan lagi majlis ini. Pada malam ini, kita akan menyaksikan persembahan dari warga Zaba... Untuk makluman hadirin sekalian,terdapat 14 persembahan yang akan kita saksikan ................... . Bagi memperincikan lagi program Malam Ambang Feseni, saya bagi pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudari Nur Fatin Masrul selaku pengarah Malam Ambang Feseni untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Nur Fatin Masrul atas ucapan sebentar tadi. Para Hadirin sekalian, Seterusnya majlis menjemput Pengetua Kolej Kediaman Ketujuh, Yang Amat Berbahagia Profesor Madya Dr. Rohana binti Jani untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Rohana binti Jani atas ucapan itu tadi. Hadirin dan Hadirat sekalian, Majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan dari warga Zaba yang dinanti-nantikan. Sebagai pembuka tirai persembahan, majlis dengan sukacitanya menjemput penari-penari tarian kreatif untuk membuat persembahan. Dipersilakan. Terima Kasih diucapkan. Harap semua terhibur. Seterusnya, majlis menjemput kumpulan koir Kolej Kediaman Ketujuh untuk membuat persembahan. Dipersilakan. Terima kasih kumpulan koir KK7. Sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara kumpulan koir, kita serikan lagi pada malam ini dengan persembahan kumpulan nasyid Az-zahran. Sukacita dipersilakan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tarian kebudayaan India.Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada penari-penari tarian India. Kita teruskan majlis pada malam ini dengan menonton persembahan kompang. Menarik sekali paluan kompang yang ditunjukkan. Sekarang, tiba giliran persembahan dari tarian tradisional. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan. Seterusnya kita saksikan pula persembahan dari permata Zaba. Dipersilakan Sekarang kita teruskan dengan acara mendeklamasikan puisi. Dipersilakan Terima kasih diucapkan Mari kita teruskan dengan persembahan boria. Seterusnya, kita teruskan dengan persembahan tarian Cina. Sekarang mari kita teruskan lagi dengan persembahan AKMUZ. Dipersilakan Terima Kasih diucapkan. Seterusnya tiba giliran kumpulan dikir barat KK7 untuk membuat persembahan. Dipersilakan Terima Kasih diucapkan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian bahasa inggeris Terima kasih ditas persembahan sebentar tadi... Kita teruskan majlis pada malam ini dengan persembahan terakhir kita pada malam ini iaitu nyanyian Melayu Hadirin yang dihormati, Masa nampaknya semakin mencemburui pertemuan kita. Dengan tamatnya persembahan tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada malam ini. Sebagai penutup tirai majlis, para Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan Lagu Kolej Kediaman Zaba. Saya nama MC mewakili pihak JKP Kreatif ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri bagi menjayakan majlis pada malam ini. Saya juga memohon maaf seandainya sepanjang pengendalian majlis ini, terdapat kesilapan tutur kata, tersilap bicara kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang kekurangan itu datangnya daripada kesilapan saya dan barisan AJK. Akhir kata, terimalah serangkap pantun dari kami

Terbang tinggi si burung merpati, Hinggap berkicau dihujung titi, Selesai sudah Malam Ambang Feseni, Semoga dapat bersua kembali.

Justeru saya dengan rasa rendah diri mempersilakan Yang Berbahagia pengetua kolej, Profesor Madya Dr.Rohana binti Jani untuk meninggalkan majlis diiringi oleh dif-dif terhormat yang lain. Dijemput pengetua dan pihak pentadbiran untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam.

Anda mungkin juga menyukai