Anda di halaman 1dari 6

TEKS MC MIH

Ketibaan YBhg. *NAMA PERASMI*

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Dr. Ruslin Bin Amir, Pengetua


Kolej Ibrahim Yaakub Raya diiringi oleh dif-dif jemputan

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

1.1 Yang Berbahagia Dato’ Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya


1.2 Mohd Hasrol Bin Osnin, Ketua Pengarah Malam Kebudayaan
Highlanders 2014, Kolej Ibrahim Yaakub.
1.3 Pengetua-pengetua kolej, dif-dif jemputan, staf-staf dan felo-felo
Kolej Ibrahim Yaakub.
1.4 Mahasiswa mahasiswi Kolej Ibrahim Yaakub
1.5 Serta hadirin dan hadirat sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan


Salam Highlanders.

 Diminta para jemputan dan hadirin berdiri untuk menyanyikan Lagu


Negaraku dan Varsiti Kita.
*Lagu Negaraku dan Varsiti Kita*

 Diminta para jemputan dan hadirin untuk duduk.


*Semua jemputan dah duduk*

 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul bersama-sama pada
Malam Kebudayaan anjuran Kolej Ibrahim Yaakub ini.

 Seperti mana yang kita semua tahu, majlis malam ini adalah dibawah
penganjuran Majlis Eksekutif Integrasi & Perpaduan Kaum Kolej
Ibrahim Yaakub 2014 di bawah pimpinan Ketua Pengarah, Mohd Hasrol
Bin Osnin . Cultural Night Show ini merupakan malam kebudayaan yang
pertama bagi Kolej Ibrahim Yaakub untuk meraikan penghuni-penghuni
dan untuk memberi pendedahan. Bukan itu sahaja, majlis ini juga
mampu mengasah kemahiran mahasiswa untuk memimpin, membuat
keputusan, pengurusan projek, komunikasi dan kemahiran-kemahiran
lain dalam memperlengkapkan diri mahasiswa untuk melahiran modal
insan yang berjaya.

 (Bacaan doa)

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, dengan sukacitanya


dijemput saudara Rahmat Ikhsan untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin, aminn Ya Rabbal’alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Sebelum memulakan malam kita, untuk memanaskan badan mari kita


menyaksikan suatu persembahan Tarian Rampaian traadisional dari
peserta cultural night kita mala ini!

*tarian rampaian*

Wah, persembahan yang begitu menakjubkan!


Seterusnya,
 Majlis diteruskan dengan mempersilakan Saudara Mohd Hasrol Bin
Osnin, Ketua Pengarah Malam Kebudayaan Kolej Ibrahim Yaakub untuk
memberikan kata-kata aluan. Dipersilakan.

*ucapan ketua pengarah*

Demikian tadi ucapan alu-aluan daripada saudara Mohd Hasrol Bin


Osnin, Ketua Pengarah Malam Kebudayaan Kolej Ibrahim Yaakub.
Majlis mengucapkan terima kasih.

 Seterusnya majlis mempersilakan , Yang Berusaha Dr. Ruslin Bin Amir,


Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub untuk memberikan ucapan pembukaan
dan seterusnya merasmikan malam kita ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*ucapan pengetua*

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr.


Ruslin Bin Amir, Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub di atas ucapan beliau
itu tadi.

Seterusnya, marilah kita memulakan malam kita yang penuh


kebudayaan ini dengan persembahan pertama yang akan
dipersembahkan oleh Kelab Aspirasi Kolej Ibrahim Yaakub. Majlis
mempersilakan!

*persembahan kelab aspirasi pertama*

Wow. Hebat. Kan malam ni malam kebudayaan, mestilah ada


persembahan dari pelbagai kaum di Malaysia kan?
Mestillah! Bukan kelab aspirasi shaja, Kelab Mandarin dan Kelab
Himalayan KIY juga telah menyediakan persembahan masing-masing
untuk menghiburi kita pada malam ini!
Ya ke? Kalau begitu marilah kita saksikan persembahan daripada
kedua-dua kelab ini!

*persembahan kelab mandarin pertama*


*persembahan kelab Himalayan pertama*

Hebatnya. Tak sangka persembahan tradisional kaum-kaum di Malaysia


ni begitu menakjubkan. Haha
Selepas menyaksikan begitu banyak persembahan yang begitu hebat,
rasanyan semua pun dah lapar kan? Nak makan tak?

 (Bacaan doa makan.)

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara,
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Dijemput sekali lagi, saudara ____________ untuk mengetuai bacaan


doa. Dipersilakan.

Amin amin Ya Rabbalalamin.

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Semoga Allah memberkati
juadah kita pada malam ini.

Dijemput para hadirin untuk menjamu selera.

 *SELEPAS KEADAAN AGAK TENANG*

 Sambil kita menikmati juadah pada malam ini, marilah kita bersama-
sama menyaksikan persembahan multimedia yang akan ditayangkan
sebentar lagi. Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan multimedia yang ditayangkan sebentar
tadi.

 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan ________ sekali lagi


daripada Kelab Aspirasi. Majlis mempersilakan.
*persembahan kelab aspirasi*
Baiklah, sedikit persembahan _______ yang mantap dari Kelab Aspirasi,
Kolej Ibrahim Yaakub. Terima kasih atas persembahan itu tadi.

 Seterusnya, bersama-sama kita menyaksikan satu lagi persembahan


tradisional iaitu persembahan __________ daripada Kelab Mandarin
KIY.
*persembahan kelab mandarin*

Terima kasih atas persembahan _________ yang begiitu menguja itu


tadi.

Seterusnya, Kelab Himalayan pula akan mempersembahkan


persembahan mereka yang terakhir iaitu persembahan __________.
Majlis dengan sukacita nya mempersilakan.
*persembahan kelab Himalayan*
Baiklah, terima kasih.

 Hadirin dan hadirat sekalian. Tiba masanya untuk persembahan


penutup kita pada Cultural Night anjuran Majlis Eksekutif Integrasi &
Perpaduan Kaum Kolej Ibrahim Yaakub 2014 ini. Dengan ini, majlis
mempersembahkan persembahan ____________ dari Kelab Electra
Kolej Ibrahim Yaakub. Dipersilakan

Terima kasih di atas __________ yang mantap itu tadi.

 Baiklah, hadirin dan hadirat. Setiap pertemuan itu pasti ada


perpisahan. Persembahan nyanyian itu tadi menutup majlis makan
malam kita pada malam ini.
Kalau ada jarum yang patah,
Tinggallah kain tinggallah benang;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disebut jangan dikenang.

Kalau ada sumur diladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

 Sekian wabilahitaufikwalhidayah wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai