Anda di halaman 1dari 3

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS / JURUACARA MAJLIS

- Ketibaan VIP -

Majlis mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia ,

- Nyanyian lagu Negaraku

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi naynyian lagu Negaraku
*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.

- Salutasi

Mekar mewangi bunga Cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha,

Yang Dihormati,

barisan penolong kanan, guru-guru serta murid-murid sekalian.

- Bacaan doa

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis
dengan ini mempersilakan untuk memimpin bacaan
doa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*Bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.

- Ucapan Pengarah Program


Sidang hadirin sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
Saudari Anis Amira Samsuri, Pengarah Program Bicara Buku pada hari ini,untuk
memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudari Anis Amira Samsuri, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

- Ucapan Perasmi

Sidang hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din,
Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus,
merasmikan Program Bicara Buku kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.


*ucapan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat
Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif atas ucapan dan kesudian merasmikan program
Bicara Buku sebentar tadi.

- Penyerahan pengendalian acara kepada moderator sesi Bicara Buku

Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menyerahkan majlis ini kepada Saudara Mohammad
Faizrah Jairan untuk mengendalikan sesi Bicara Buku “Mentaliti Jamban” bersama penulis ,
Encik Khairul Abdullah.

Dengan ini, mempersilakan.

- Selesai Bicara Buku

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohammad Faizrah dan juga jutaan terima kasih
diucapkan kepada Encik Khairul Abdullah kerana telah membicarakan karya beliau yang
cukup hebat bersama kita pada hari ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

Seterusnya,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr. Ghazali Din, Penasihat
Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif UPSI, diiringi oleh dip-dip kehormat yang lain untuk
menyampaikan cenderamata kepada Encik Khairul Abdullah. Dengan segala hormatnya ,
dipersilakan.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 1

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab
Penulisan Kreatif dan Deskriptif atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Saudari Anis Amira, Pengarah Program Bicara Buku
“Mentaliti” Jamban bersama Khairul Abdullah untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia, Dr. Ghazali Din, Penasihat Kelab Penulisan Kreatif dan Deskriptif.

#selesai sesi penyampaian cenderamata 2

Majlis seterusnya menjemput Saudari


___________________________________________________________

Selaku Yang Dipertua Kelab Sahabat Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan daripada kami kerana menjalinkan kerjasama yang baik dalam
proses menjayakan program Bicara Buku ini.

- Sesi Fotografi

Seterusnya,

Dip-dip jemputan dijemput naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.

#tamat sesi fotografi

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah program Bicara Buku kita
pada hari ini. Segala kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini berlangsung, kami
memohon beribu kemaafan.

Sekian, berjumpa lagi kita pada masa akan datang.

wassalammualaikum waarahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai