Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum WBT.

Para hadirin diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillah…..

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Jambangan bunga cantik dikarang


Dihias indah si anak dara
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha, guru besar Sk Pulau Indah. Encik Hazi Bin Kadir. Barisan Penolong-penolong Kanan.

Yang Dihormati, Ustaz Asypul Adli, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Encik Mohd Haffiz Bin
Hj Dol, Yang Dipertua PIBG SK Pulau Indah, Encik Jamil Bin Puteh@Omar, Naib Yang Dipertua PIBG SK
Pulau Indah.

Yang Dihormati, Para penyumbang dana surau, Para penaja karnival Imarah Surau

Seterusnya, barisan guru-guru, para tetamu yang hadir dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hamdan wa Syukron Lillah,

Bersyukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama
berkumpul pada hari ini dalam majlis penutup Karnival Imarah Surau Sk Pulau Indah, 2022.

Sidang hadirin sekalian,

Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk itu, majlis dengan sukacita mempersilakan Al Fadhil Ustaz Amin Bin Alias untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Ucapan Pengenalan Program

Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Imarah Surau 2022 ini merupakan satu aktiviti yang
dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru-guru dakwah, dan juga telah
melibatkan tenaga kerja serta bantuan dari semua guru-guru SK Pulau Indah yang lain. Program ini juga
telah dilaksanakan selama 5 hari bermula dari hari isnin sehinggalah ke hari ini.

Ucapan Guru Besar

Hadirin yang dihormati sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat majlis menyampaikan ucapan.

Sebagai tirai pembuka bicara, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan, En. Hazi Bin Kadir selaku
Guru Besar SK Pulau Indah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup
Karnival Imarah Surau 2022. Majlis dengan sukacita mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Bagi meneruskan agenda seterusnya, sebuah tayangan video penutup karnival imarah surau akan
ditayangkan.

Dijemput para hadirin untuk menonton bersama-sama.

Begitulah tadi, tayangan video penutup karnival imarah surau sk pulau indah 2022.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada para
Penyumbang Dana Surau

Oleh itu, majlis mempersilakn __________________________________________________________

Diiringi ______________________________________________ untuk menyampaikan cenderahati.

Dijemput,

1. En Kamal Bin Tukiman untuk menerima cenderahati


2. Puan Jurmiah
3. Yang Berbahagia Dato’ Basir Bin Maskijo
4. En. Mohd Husaini Bin Mohamad Kasim@Jalal
5. En. Zainudin Bin Abdullah.

Seterusnya, penyampaian cenderahati bagi para penaja karnival imarah surau SK Pulau Indah.

Untuk itu, dijemput wakil-wakil berikut untuk naik keatas pentas:

1. Masjid Ar-Raudhah Pulau Indah


2. Seterusnya, Majlis Perbandaran Klang
3. Bossku Homestay
4. Masjid Sultan Abdul Aziz
5. Maahad Tahfiz Ar-Raudhah
6. Setia Didik Sdn Bhd

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________________________

Atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada para penyumbang dana surau dan juga para penaja
bagi karnival imarah surau.

Dikesempatan ini, kami pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua para penyumbang dana surau, para penaja karnival dan semua yang terlibat dalam menjayakan
pembinaan surau samaada secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga kita semua akan beroleh keberkatan dari-Nya dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan
selaian ungkapan rasa syukur dan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua.

Syukron Kasiiron.

_____________________________________________________________________________________

Rasmilah sudah majlis penutupan Karnival Imarah Surau Sk Pulau Indah. Agenda seterusnya, majlis
menjemput tetamu jemputan untuk menjamu selera di bilik rehat guru SK Pulau indah, diiringi oleh
Tuan Guru selaku tuan rumah. Dipersilakan.

Sekian sahaja, salam hormat dan terima kasih.

Wa Billah Hi Taufiq Wal hidayah, Wassalam Mualaikum Wbt.


Bismillah…. Assalamualaikum wbt..

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis kita akan diteruskan dengan sebuah persembahan pembukaan yang akan dipersembahkan oleh
kumpulan Al-Fateh Reunion yang merupakan bekas murid Sk Pulau Indah.

Majlis dengan sukacita mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Al-Fateh Reunion diatas nyanyian sebentar tadi.

Agenda berikutnya, merupakan agenda yang dinantikan-nantikan. Kita akan mulakan konsert kita pada
petang hari ini. Yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Simfoni.

Untuk makluman para hadirin.


Simfoni merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini
menyampaikan lagu-lagu Nasyid. Mereka pernah muncul sebagai Artis Baharu Terbaik dalam
Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsung di Stadium Malawati pada tahun 2017 dan pada
tahun 2020 mereka dinobatkan sebagai JUARA Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI2020).

Kumpulan Simfoni' bermula dengan lima anak muda yang giat menceburi pelbagai pertandingan
nasyid yang membawa kejuaraan sehinggalah peringkat sekolah dan kebangsaan sekitar 2005
sehingga 2007.
Ketika itu, masing-masing mewakili kumpulan nasyid sekolah berpusat di Kedah iaitu Maktab
Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Pokok Sena, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.
Hasil gabungan vokalis dari sekolah itu, yang terdiri daripada Mohamad Anas Mohamad Naem
(Anas), Ahmad Ifham Solhi Tagor (Ifham), Imtiaz Ikrimal Rosslee (Imtiaz), Muhammad Hazran
Muhammad (Hazran) dan Mohd Firdaus Naim Desa (Firdaus), maka lahirlah Simfoni yang
ditubuhkan pada 2009.
Nama Simfoni adalah akronim bagi 'Silaturahim Forum Nada Islami' yang disepakati oleh kesemua
ahli kumpulan tersebut. Pada awal penubuhan Simfoni, mereka bergerak sendiri di bawah syarikat
Symphony Artwork & Training Centre.
Mereka turut menerbitkan album sendiri dan cuba memasarkannya sendiri, dan sungguhpun album
berkenaan kelihatan seperti muzik 'underground', tetapi lagu mereka mendapat maklum balas positif
dari UNIC.
Berikutan dengan itu, mereka ditawarkan untuk menjadi artis rakaman UNIC Records Sdn Bhd.
Kumpulan Simfoni kemudiannya muncul dengan album sulung berjudul Simfoni: Mencari Cinta
Hakiki pada tahun 2014.
Album tersebut memuatkan lapan lagu seperti Law Kaana Bainana, Hakikat Cinta, Mencari
Keampunan Ilahi, Insan Terulung, Zikir, Kasihmu Ayah Ibu, Anwarul Islam dan Sedarlah Puteri.
Hampir 90 peratus lagu dalam album terbabit adalah ciptaan mereka sendiri terutamanya Imtiaz.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacita, menjemput dan mempersilakan Kumpulan Simfoni,
untuk meneruskan persembahan mereka, Dipersilakan.
Hadirin yang dihormati,
Acara konsert kita akan berhenti seketika untuk memberikan kesempatan kepada ahli kumpulan simfoni
berehat. Untuk itu dijemput dan dipersilakan untuk mengambil tempat dibilik rehat guru.
Namun, kita akan teruskan acara kita, dengan persembahan selingan dari Kumpulan nasyid Al-Fateh dan
juga Al-Humaira. Tanpa membuang masa. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Humaira dan juga Al-Fateh diatas persembahan
sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,

Acara seterusnya, kita akan bersama kembali dengan para artis undangan kita pada petang ini. Iaitu
kumpulan Simfoni. Tanpa melengahkan masa, dipersilakan.

_____________________________________________________________________________________

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat mempelai direnjis pilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis

Dengan berakhirnya lagu itu tadi, maka sampailah konsert kita ke penghujungnya.

Saya mewakili pihak penganjur, mengucapkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Di kesempatan ini, saya memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan kelemahan sepanjang
mengacarakan majlis ini. Khususnya artis jemputan kita daripada Kumpulan Simfoni.

Sekian sahaja, salam hormat dan terima kasih.

Wa Billah Hi Taufiq Wal hidayah, Wassalam Mualaikum Wbt.

Anda mungkin juga menyukai