Anda di halaman 1dari 3

(Ketibaan)

Ketibaan Yang Berhormat En. Safiee bin Hj Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri N.43 Daro, diiringi oleh Pegawai
Pendidikan Daerah Daro,
En. Mohd Yusri Azhar Bin Abdullah @ Leo Takip beserta rombongan ke hadapan astaka…… Majlis mengalu-alukan
Majlis kita akan dijalankan secara semi formal.
(Salutasi)
Selamat pagi, salam sejahtera, salam perpaduan, Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak dan Salam Sekolahku
Sejahtera.
1. Yang Berbahagia, Tn YB. Safiee bin Hj Ahmad, ADUN N.43 Daro,
2. Yang dihormati, En. Mohd Yusri Azhar Bin Abdullah @ Leo Takip, Pegawai Pendidikan PPD Daro
3. Yang disegani, En. Philip Bin Amit, Tuan Kaunselor merangkap Ketua Ranting PBB Kampung Sawai, Daro,
4. Yang disegani En. Seliman Bin Kelupang, Ketua Kaum Kpg Sawai,
5. Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, Pn Yastie Ak Mit,
6. Guru Besar Sk Kpg Sawai, En. Ian Bin Felix Arip,
7. Pegawai-pegawai pengiring yang bersama YB dan PPD Daro,
8. Para Ibu-bapa dan penjaga murid-murid Sk Kampung Sawai, Daro,
9. Orang-orang Kampung yang turut hadir,
10. Rakan-rakan penolong Kanan, rakan-rakan guru dan staf sokongan,
11. Dan, Murid-murid SK Kampung Sawai Daro yang dikasihi sekalian.

Pasuh ayam tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Izinkan hamba memula bicara

(Bacaan Doa)
Bersarang merbah disebalik Pohon
Berapit dengan pohon Jati
Majlis dimula doa dipohon
Semoga rahmat berkat menanti

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Untuk itu, majlis mempersilakan Guru baharu kita yang terpilih untuk berkhidmat di Sarawak kerana beliau berasal
dari Kuala Lumpur, iaitu Cikgu Muhammad Muammar bin Nurhady bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Muhd Muammar atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis yang berlangsung diberkati olehNya dan moga apa yang baik kita mulai, yang baik juga kita akan perolehi.

(Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu Sekolaj)

Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Kebangsaan Negaraku, Lagu negeri “Ibu Pertiwiku dan
disusuli dengan lagu sekolah. Untuk Itu, majlis dengan penuh hormatnya menjemput, Yang Berhormat kita beserta
dengan dif-dif jemputan yang lain, serta hadirin dan hadirat sekalian untuk sama-sama berdiri tegak dan menyanyikan
lagu tersebut dengan penuh semangat sambil diiringi oleh muzik. Dipersilakan.
Dif-dif kehormat dan para hadirin dijemput duduk.

Syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa, kerana pada pagi yang indah ini, dengan limpah kurnia dan keizinanNya,
dapat jua kita sama-sama dapat berkumpul semula setelah sekian lama, di teratak buruk kita ini, iaitu di SK Kampung
Sawai untuk meraikan majlis Ramah Tamah Gawai Raya yang sekian kalinya setelah lama kita menyepi diri. Kalau
tidak silap, untuk program ramah tamah sebegini bersama YB, yang terakhir adala pada tahun 2016… wahhhhh, lama
dah kan YB…. tapi itu untuk majlis ramah tamah, kalau majlis lain, memang ada dan kali terakhir YB datang untuk
bersama dengan kita ialah pada ……………………………………….. untuk majlis kita pada hari ini, bermula dengan sebuah
pertemuan di alam Maya, sapaan mesra “Selamat Hari Guru” seperti tahun-tahun yang sudah… jadi kita berselorohlah
bertanyakan bila nak ke Sawai… lama tak jenguk kami disini…. YB jawab, tak jemput pun…..di situlah bermulanya
cerita yangmula merisik YB pada 16.6,2022 sehingga kita berjumpa pada hari ini….. Syukur dan terima kasih YB…..
kerana ringan hatinya, sudi bertandang ke sini.

(Persembahan Tarian alu-aluan)


Seterusnya, sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan tarian alu-
aluan “Ngajat adik ku Sayang” yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian Khas Sempena majlis Gawai Raya dibawah
pimpinan Pn. Elika Tiara anak Kusa. Dipersilakan.
Demikian lah itu tadi, persembahan khas, mengalu-alukan kedatangan rombongan YB dari Daro. Terima kasih
diucapkan. Buat pengetahuan umum, kumpulan khas ini baharu sahaja berlatih tak sampai seminggu, dalam seminggu
itu, tolak hujung minggu dengan erti kata lain… rasanya dekat 3 hari kot… haaaaa… maaf kan mereka yer kalau ada
yang sumbang tak sekata.

(Ucapan)
Paluan Gendang pembuka majlis
Moden tradisional tetap setara
Mohon buka bicara majlis
Kata aluan pemanis bicara
Tidak lengkap rasanya majlis kita tiada ucapan alu-aluan daripada tuan rumah. Maka dengan ini, majlis menjemput
Tuan Guru besar kita, En.Ian bin Felix Arip untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru Besar kita, atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya, orang yang kita alu-alukan pada hari ini, beliau rasa-rasanya baharu menjejak kaki ke SK Kampung Sawai
sejak mula berkhidmat di PPD Daro, Belum lagi terlambat rasanya untuk kita mengucapkan syabas dan tahniah atas
pelantikan beliau sebagai tuan PPD daro yang baharu bagi menggantikan mantan PPd kita yang terdahulu. Kalau
sebelum ini, rasanya kita bertemu muka secara alam maya, maka hari ini bersua jua akhirnya.….. haaa… beliau yang
dimaksudkan ini ialah tak lain dan tak bukan, memperkenalkan peneraju di bahagian pendidikan daerah Daro kita iaitu
En. Mohd Yusri Azhar bin Abdullah@En. Leo Takip. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan PPd kita untuk
memberikan sepatah dua kata kepada kita, Dipersilakan. Terima kasih diucapkan, demikian lah sebentar tadi, ucapan
daripada tuan PPD kita yang sungguh bermakna.

Lemang dihidang enak rasanya,


Ketupat rendang pilihan kita,
Bingkisan kata gawai dan raya,
Tuan Yang berhormat bermadah bicara.

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Jemputan Khas kita, Yang Dihormati, Tn. YB
Safiee bin Hj Ahmad untuk menyampaikan ucapan beliau, dan seterusnya melafazkan ucapan penutupan Ngiling Bidai,
dan Gawai Raya peringkat Sekolah Kebangsaaan Kampung Sawai, 2022.Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada
YB atas ucapan sebentar tadi.

Kita berehat dan berhibur seketika dengan persembahan tarian Joget Seloka Hari Raya yang dipimpin oleh Cikgu
Herna Aira Binti Patrick. Dipersilakan
Terima Kasih diucapkan kepada adik-adik yang begitu menghiburkan sebentar tadi…. Ini juga merupakan kumpulan
Import Khas sempena Majlis Ramah Tamah Gawai Raya pada hari ini… juga berlatih sekitar 3 hari rasanya… kalau tak
silap hitung…

Buat pengetahuan Dif jemputan dan hadirin sekalian, ini merupakan selingan akademik dalam majlis kita pada hari ini.
saban tahun kita berusaha menghantar penyertaan dalam pertandingan Nilam. Dan Saban tahun juga kita terkadang
berjaya hingga mewakili ke peringkat sekolah, mahupun bahagian. Namun, pada tahun ini, kita mempunyai seorang
murid yang berjaya menembusi ke peringkat kebangsaan dan berhasil mewakili Negeri Sarawak. Yang mana baru -
baru ini beliau telah selesai bertanding mewakili Kebangsaan secara individu dan juga kumpulan pada 15 Jun yang
lepas. Kita berdoa semoga beliau beroleh kejayaan. Untuk ini, kita mempersilakan adik chinta Natalie bin sahren untuk
tampil ke pentas dan mempersembahkan resensi beliau yang telah melayakkan diri beliau hingga ke kebangsaan. Apa
yang menarik buku yang beliau pilih sebagai resensi beliau adalah berkaitan dengan Sejarah iaitu Sejarah Malaysia
kita. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik chinta dengan perkongsian resensi sebentar tadi.

Seterusnya, kita akan ke acara utama kita pada hari ini iaitu Majlis Perasmian Penangguhan Ramah Tamah Gawai
Raya 2022
Bagi menyempurnakan majlis ini sebentar sahaja lagi, ada beberapa perkara yang akan dilakukan diastaka ini.
1. Doktor Gimik…. YB diiringi barisan utama dif jemputan akan menyempurnakan gimik perasmian terlebih dahulu
2. Ngajat… Seterusnya YB juga diiringi dif jemputan akan mempersempahkan tarian ngajat pusing ranyai sambil
mencantas ranyai, yang mana pada akhir tuaian ranyai tersebut, YB akan menetak Ranyai sebagai simbolik musim
menuai sudah pun habis.
3. Ngiling bidai… YB bersama dif jemputan akan melakukan ngiling Bidai sebagai simbolik Gawai telahpun berakhir.
4. YB akan memukul gong sebagai simbolik, maka rasmilah sudah majlis penutupan gawai raya 2022.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan YB Safiee Bin Haji Ahmad, Diiringi
Oleh tuan, PPD, Kaunselor, Ketua Kaum, YDP PIBG serta Guru Besar untuk tampil ke Astaka untuk menyempurnakan
majlis penangguhan tersebut. Dipersilakan.
Terima Kasih atas penyempurnaan Gimik Perasmian penangguhan majlis Gawai Raya sebentar tadi.
Yang Berbahagia Tuan YB di minta untuk terus berada di atas pentas bagi acara seterusnya.
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Nilam Kita bagi tahun 2022.
Majlis mempersilakan Pemenang Anugerah Nilam kita adik chinta natalie binti sahren untuk tampil ke pentas untuk
menerima hadiah tersebut. Dipersilakan. Seterusnya penyampaian Cenderahati kepada tetamu jemputan. Dipersilakan
Tuan Guru Besar bagi mewakili warga SK Kampung Sawai untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat.
Safiee Bin Haji Ahmad sebagai tanda penghargaan atas kesudian YB bertandang ke SK Kampung Sawai. Terima kasih
diucapkan. Seterusnya, Guru besar menyampaikan cenderahati kepada tuan PPD kita, En. Yusri Azhar BIn Abdullah,
Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas penyampaian cenderahati kepada YB dan PPD ...Dif-dif
Jemputan dipersilakan Duduk.

Berbaju Raya segak bergaya


Berbaju ngepan anggun jelita,
Majlis Ramah Tamah Gawai dan Raya,
Bersamalah kita meraikannya
Hadirin yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada Tuhan Yang Maha Esa dan sama-samalah kita
mensyukurinya dan segala kekurangan dan kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada saya dan kemaafan jua yang saya
pinta. Dengan itu berakhirlah Majlis kita pada hari ini. Sekian terima kasih.

PENUTUP
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Pihak majlis mengambil kesempatan pada penghujung waktu ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis ngiling bidai dan ramah tamah Gawai Raya atas kerjasama yang
diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Kami menyusun sepuluh jari segala salah dan silap mohon dimaafi, Semoga bertemu di lain kali, InsyaAllah, jika Yg
Esa Izini.
Sekian, Wassalamualaikum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai