Anda di halaman 1dari 4

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu Negeri Kedah

Apalah gunanya sambutan Hari Guru tanpa pengetua. Justeru itu dipohon semua guru untuk terus
berdiri bagi menyanyikan dengan penuh semangat lagu keramat sempena hari guru iaitu lagu Kami
Guru Malaysia yang masih belum dikumandangkan di Dewan Perdana Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuala Nerang pada tahun 2022 ini. Marilah kita nyanyikan bersama-sama lagu Kami
Guru Malaysia bersama Tuan Pengetua.

Semua guru dijemput duduk.

Bismillah hi rahmanni rohim

Yang Diraikan Tuan Pengetua Cikgu Suhaslin binti Ali, Pengetua SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Puan Rasyina Naemi selaku Pengerusi PIBG SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Cikgu Roshidi bin Derani selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Cikgu Mohd Zaini bin Osman selaku Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Cikgu Mufadhil bin Ismail selaku PK Kokurikulum SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Cikgu Abd Ghani bin Md Noh selaku PK Pendidikan Khas SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Cikgu Roshadah binti Saad selaku PK Petang SMK Kuala Nerang

Yang Berusaha Guru-guru Kanan, Kaunselor-kaunselor, guru-guru dan yang dikasihi pelajar-pelajar
sekalian

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera

Melati putih tersusun bertingkat

Molek dihias untuk Cik Besah

Sudah lumrah dan juga adat

Tiap yang bertemu pasti berpisah

Singgah sebentar di simpang tiga


Dulang tembaga tolong dibawa
Meskipun kita berpisah raga
Namun tetaplah bersatu di jiwa

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul
bersama-sama sekali lagi di dalam dewan yang indah ini tetapi dengan majlis yang berbeza iaitu
majlis perpisahan Tuan Pengetua Cikgu Suhaslin.
Bak kata orang, tiap pertemuan pasti ada perpisahan, tiap perpisahan pasti ada pertemuan. Dan
perpisahan akan membuat kita berfikir, menyedari apa yang kita miliki dan apa yang kita hilang.
Namun begitu, perpisahan ini bukanlah alasan untuk kita saling melupakan.

Seperti yang semua guru dan pelajar telah sedia maklum, majlis kita pada hari ini adalah bagi
meraikan Cikgu Suhaslin yang akan bertukar ke SMK Paya Kemunting, Jitra, Kedah.

Bagi memberkati majilis, marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan doa yang akan
disampaikan oleh Amir Haikal ………………………………………………………….. dan seterusnya sebagai wakil
pelajar, beliau akan menyampaikan ucapan sempena perpisahan tuan pengetua.

Terima kasih kepada Amir Haikal yang sudi memimpin bacaan doa dan menyampaikan sepatah dua
kata sebentar tadi.

Seterusnya dijemput Cikgu Kahar Muzakar bin Hanapiah selaku pengerusi Majlis Staf SMK Kuala
Nerang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih Cikgu Kahar.

Majlis seterusnya, menjemput Cikgu Roshidi bin Derani selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Kuala Nerang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih Cikgu Roshidi.

Sekadar informasi kepada semua yang berada di dalam dewan ini, Cikgu Suhaslin telah memulakan
perkhidmatannya pada 5 Ogos 1996 di SMK Seri Mahawangsa.

Setelah 14 tahun di situ, pada tarikh 1 Januari 2010 Cikgu Suhaslin telah dinaikkan pangkat sebagai
Guru Kanan Teknik dan Vokasional di SMK Permatang Bonglai. Cikgu Suhaslin kemudiannya bertukar
ke SMK Darulaman Height pada 16 Oktober 2012. Selepas 3 tahun di situ, tanggal 1 Oktober 2015
Cikgu Suhaslin dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama.

Tidak sampai pun 2 tahun selepas kenaikan pangkat tersebut, pada 16 Februari 2017 pula Cikgu
Suhaslin dinaikkan pangkat lagi sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Paya Kemunting. 2
2 tahun kemudiannya iaitu pada 2 Januari 2019, Cikgu Suhaslin dinaikkan pangkat sebagai Penolong
Kanan Pentadbiran di SMK Bandar Baru Sintok.

Setahun selepas itu, iaitu pada 2 Februari 2020 Cikgu Suhaslin telah dinaikkan pangkat sebagai
pengetua dan memulakan khidmat baktinya di SMK Kuala Nerang.

Baru lebih kurang 2 tahun menabur bakti di sini, tanggal 8 April 2022 Cikgu Suhaslin secara rasminya
telah dimaterikan sebagai pengetua SMK Paya Kemunting, yang mana merupakan sekolah yang
Cikgu Suhaslin pernah berkhidmat sebelum ini sebagai PK HEM di situ.

Begitulah perjalanan perkhidmatan Cikgu Suhaslin sehingga setakat ini. Kami warga sekolah SMK
Kuala Nerang mendoakan semoga Cikgu Suhaslin sentiasa maju jaya dalam setiap langkah yang
diatur. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar lantunan suara terakhir dari Cikgu Suhaslin sebelum
beliau bergerak secara rasminya ke SMK Paya Kemunting. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Cikgu Suhaslin.


Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian yang akan disampaikan oleh
Afiqah……………………………………. (4 Akaun), Khalis………………………………………………………. (3B3) dan
Humaira………………………………………… (4 Akaun).

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Roshidi bin Derani mengiringi tuan pengetua bagi sesi
penyerahan hadiah.

Dipersilakan wakil dari pengurusan

Dipersilakan wakil dari Majlis Staf

Dipersilakan wakil dari AKP

Dipersilakan wakil dari PIBG

Dipersilakan wakil dari Bidang Sains & Matematik

Dipersilakan wakil dari Bidang Teknik & Vokasional

Dipersilakan wakil dari Unit Bimbingan & Kaunseling

Dipersilakan wakil dari Unit Biasiswa

Diperilakan wakil dari Bilik Guru Ibnu Rushd

Deipersilakan wakil dari Bilik Guru Ibnu Sina

Dipersilakan wakil dari Koperasi

Dipersilakan wakil dari Panitia Pendidikan Islam

Dipersilakan wakil dari Panitia Pendidikan Seni Visual

Dipersilakan wakil dari Panitia RBT

Dipersilakan wakil dari Panitia Sejarah

Dipersilakan wakil dari Panitia Geografi

Dipersilakan wakil dari PJK

Dipersilakan wakil dari Lembaga Pengawas & Kelab Tunas Niaga

Dipersilakan wakil dari tingkatan-tingkatan & sekiranya ada pelajar yang ingin memberikan hadiah
kepada Cikgu Suhaslin, dipersilakan….

Dengan berakhirnya sesi pemberian hadiah tanda mata itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada
hari ini.

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Selamat jalan diucapkan kepada Tuan Pengetua


Saya sebagai wakil daripada warga SMK Kuala Nerang memohon maaf jika ada kesilapan tutur kata
atau tingkahlaku yang telah kami lakukan sepanjang Tuan Pengetua berkhidmat di sini. Saya juga
ingin memohon maaf jika ada salah silap di mana-mana sepanjang saya mengendalikan majlis pada
hari ini. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah s.w.t dan buruk itu adalah dari kelemahan
dari diri saya sendiri.

Sehingga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum warahmatullah hi taala wabarakatuh.

- Nyanyian lagu Negaraku


- Nyanyian lagu Negeri Kedah
- Nyanyian lagu Guru Malaysia
- Bacaan doa oleh wakil pelajar
- Ucapan wakil pelajar
- Ucapan Cikgu Kahar
- Ucapan Cikgu Roshidi Derani
- Ucapan Cikgu Suhaslin
- Persembahan pelajar
- Penyampaian Hadiah

Anda mungkin juga menyukai