Anda di halaman 1dari 6

Majlis mengumumkan ketibaan para tetamu kehormat dan para jemputan.

Tumbuh indah pohon bidara,


Rotan dan jati meredup di hutan;
Awal bismillah pembuka bicara,
Majlis Penghargaan PASTI kita raikan.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wrt.

Alhamdulillah…(hamdalah dan selawat)

Yang Berhormat Cikgu Mohd Shukri bin Ramli, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis merangkap
Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang

Yang Dihormati En. Rus’sele bin Eizan, Timbalan PJ 1 PAS Perlis

Yang Dihormati Ustaz Fakhrul Anwar bin Ismail, Timbalan PJ 2 PAS Perlis

Yang Dihormati En. Saad bin Seman, Timbalan PJ 3 PAS Perlis

Yang Dihormati Tn Hj Baharuddin bin Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis

Yang Dihormati Ustaz Asrul Aimran bin Abdul Jalil, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri
Perlis

Yang Berusaha Ustaz Mohd Suhairi bin Ghazali, Pengerusi PASTI Kawasan Kangar
merangkap Pengarah Program Majlis Penghargaan PASTI Negeri Perlis 2021.

Barisan EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Ahli-ahli Lembaga Pengarah PASTI
Negeri Perlis, Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Guru PASTI Negeri Perlis seterusnya seluruh
warga PASTI yang diraikan serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah rahmat dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita berkumpul bersama-sama pada pagi yang
berbahagia ini, tanggal 18 Rejab 1443H bersamaan 20 Februari 2022 di Hotel Putra Regency
Kangar bagi menyempurnakan Majlis Penghargaan PASTI Negeri Perlis 2021.

Majlis terlebih dahulu mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian
meluangkan masa untuk menjayakan majlis kita pada malam ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perlis pada pagi ini adalah
bertujuan untuk meraikan seluruh tenaga penggerak PASTI Negeri Perlis yang selama ini
telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan pengorbanan yang tinggi. Sememangnya
peranan PASTI adalah amat penting sebagai pendidik awal generasi pemimpin masa hadapan
ke arah melahirkan ummah yang benar-benar menghayati cara hidup Islam.

Diharapkan dengan majlis ini, akan dapat meningkatkan lagi semangat dan motivasi kepada
seluruh penggerak PASTI Negeri Perlis untuk terus cekal menabur budi mendidik generasi
tanpa mengenal putus asa dan jemu.
Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis akan dimulakan dengan bacaan doa. Dengan
itu, dipersilakan Ust Mohd Amiruddin Ridzuan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ust Amiruddin atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi PASTI. Bagi tujuan itu,
hadirin dipersilakan berdiri dan bersama-sama menyanyikannya.

(NYANYIAN NEGARAKU)

(NYANYIAN LAGU PASTI)

Hadirin dipersilakan duduk.

Cepat sekali senja bertamu,


Awan berhias berlalu pergi,
Besar sekali jasamu guru,
Takkan terbalas walau seinci.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Ust Muhd Suhairi bin
Ghazali, Pengarah Program Majlis Penghargaan PASTI Negeri Perlis 2021 untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

(UCAPAN ALU-ALUAN)

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ust Mohd Suhairi atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati Ust Asrul Aimran bin
Abd Jalil selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis untuk menyampaikan ucapan dan
amanatnya, dipersilakan.

(UCAPAN KETUA PEMUDA)

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati Ust Asrul Aimran
atas ucapan telah disampaikan. Semoga ia menjadi panduan berharga buat kita semua.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, sampailah kita ke acara utama pada pagi ini iaitu Ucapan Perasmian Majlis
Penghargaan PASTI Negeri Perlis 2021. Bagi tujuan itu, majlis dengan penuh takzimnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Cikgu Mohd Shukri bin Ramli, PJ PAS
Negeri Perlis untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penghargaan
PASTI Negeri Perlis 2021. Dipersilakan.

(UCAPAN YB PJ/PERASMIAN)

Demikian tadi, ucapan perasmian Majlis Penghargaan PASTI Negeri Perlis 2021 yang telah
disempurnakan oleh Yang Berhormat Cikgu Mohd Shukri bin Ramli. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Cantik sungguh bunga dahlia,


Sama cantik bunga cempaka,
Mengingatkan kita ketika terlupa,
Menyedarkan kita ketika terleka.

Semoga segala nasihat, panduan dan amanat yang telah disampaikan akan kita semua hayati
dan realisasikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya marilah kita saksikan tayangan montaj istimewa yang disediakan bersempena
dengan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan.

(TAYANGAN MONTAJ)

Air sungai jernih sekali,


Sejuk terasa tidak terkata,
Tiada ternilai jasa diberi,
Tanpa guru siapalah kita.

Pohon jambu lebat buahnya,


Dimakan oleh tupai dan kera,
Sabar melayan karenah muridnya,
Tiada jemu tiada terleka.

Merah menyala si bunga raya,


Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih buat guru semua,
Kalianlah wira bangsa dan agama.

Hadirin sekalian,

Sebagai menghargai jasa dan bakti para guru PASTI, majlis kita pada malam ini akan
diteruskan dengan acara penyampaian anugerah-anugerah kepada mereka yang telah terpilih.

Acara ini akan dimulakan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perlis
2021.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput ;


Yang Berhormat Cikgu Shukri bin Ramli diiringi

______ust asrul aimran____________________________________ untuk menyampaikan


anugerah ini.

Dipersilakan.

(ANUGERAH TOKOH GURU)

Tahniah diucapkan kepada _______________________________ yang telah dipilih untuk


menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perlis 2021.

Seterusnya, penyampaian Anugerah Guru Komited PASTI Negeri Perlis. Augerah ini
diberikan kepada guru-guru yang ___________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________

Dengan itu, dipersilakan..

(ANUGERAH GURU KOMITED) Kump. 1

Majlis merakamkan penghargaan atas kesudian YB Cikgu Shukri menyampaikan anugerah


kepada para guru.

Seterusnya, majlis menjemput _______TPJ 1___________________________________


______________________________________________________ diiringi
____________suhairi____________________________________________________
untuk meneruskan penyampaian Anugerah Guru Komited PASTI Negeri Perlis 2021.

Dipersilakan…

(ANUGERAH GURU KOMITED) Kump. 2

Majlis merakamkan penghargaan atas kesudian ____________________________


menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga anugerah yang
diperolehi dapat menyuntik semangat para guru untuk terus memberikan khidmat terbaik
bersama PASTI.

Seterusnya adalah penyampaian Cenderahati Ahli Lembaga Pengarah PASTI Perlis 2019-
2021.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput ______________Asrul


__________________________ diiringi
_____________Asyraf____________________________ .

Dengan itu, dipersilakan..

(CENDERAHATI AHLI LEMBAGA PENGARAH PASTI 2019-2021)


Majlis merakamkan penghargaan dan terima kepada______________________________ atas
kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Seterusnya, penyampaian Watikah Pelantikan ALP PASTI Negeri Perlis 2021-2023.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput


____Asrul___________________________ diiringi
_____________________________________ untuk naik ke pentas.

Dipersilakan..

(WATIKAH PELANTIKAN ALP PASTI)

Tahniah diucapkan kepada para penerima watikah pelantikan ALP PASTI 2021-2023.
Semoga amanah yang dipikul akan dipikul sebaik-baiknya dan mendapat pertolongan
daripada Allah SWT.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan atas kesudian hadir merasmikan majlis kita pada hari
ini, majlis menjemput dan mempersilakan YG Cg Mohd Shukri bin Ramli untuk menerima
cenderahati daripada Ust Asrul Aimran.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kepada___Ust


Asrul___________________________ atas kesudian menyampaikan watikah pelantikan ALP
dan cenderahati kepada perasmi majlis kita sebentar tadi.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian cenderahati perasmi, maka ini beerti
majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu kehormat dan seluruh hadirin
yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini.

Semoga majlis kita pada hari ini akan dapat mengispirasikan kita semua untuk terus bersama-
sama mengikhlaskan diri, dan mengerahkan idea dan tenaga memajukan PASTI demi manfaat
ummat seluruhnya.

Bagi pihak majlis, saya memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kekurangan
atau kelemahan sepanjang berlangsungnya majlis ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara di pagar besi,


Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah Majlis Penghargaan PASTI,
Di lain masa bersua lagi.

Seterusnya, para hadirin dijemput untuk menikmati hidangan makan tengah hari yang telah
disediakan.
Sekian, wabillai taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wrt.

Anda mungkin juga menyukai