Anda di halaman 1dari 10

TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/

2023
CUE TEKS

ARAHAN Assalamualaikum dan selamat pagi yang ceria buat semua warga SK. Sungai
KEPADA Boh. Diharapkan semua murid dapat duduk dengan tertib dan tenang di kerusi
MURID masing-masing.

ARAHAN Sebelum perhimpunan bermula, beberapa peringatan penuh kasih sayang untuk
KEPADA semua murid:
MURID
1) Murid-murid dikehendaki diam dan duduk di tempat masing-masing.
2) Murid-murid dikehendaki memeganng bendera Jalur Gemilang masing-
masing dan letakkan semula bendera Jalur Gemilang di atas kerusi masing-
masing selepas tamat majlis.
3) Murid-murid semua hendaklah mendengar dan memberi perhatian setiap
ucapan serta pesanan yang akan disampaikan kelak.

Kerjasama semua, amatlah kami hargai.


ASMAUL Hadirin sekalian, marilah sama-sama dengan penuh ikhlas untuk kita semua
HUSNA mengalunkan bacaan Asmaul-Husna dengan tertib.
SALUTASI
Daun pandan harum mewangi,
Bunga rampai terhias indah,
Kehadiran semua cukup bererti,
Perhimpunan pagi tambah meriah.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak megah di Tanjung Bidara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023

Yang Berusaha,
 Cikgu Amran bin A. Bakar (Guru Besar SK. Sungai Boh)

Yang Dihormati,
 Ustazah Nur Suhaslina binti Hassan (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran)
 Cikgu Azirah binti Abdul Aziz (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid)
 Ustaz Hafiz Haikal bin Junaidi (Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum)
 Guru-guru
 Staff sokongan sekolah
 Ibu bapa penjaga
 Seterusnya rakan-rakan murid dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan selamat pagi.

NYANYIAN Hadirin sekalian,


Perhimpunan kita pada pagi yang permai ini dimulakan dengan nyanyian 2 buah
lagu iaitu Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Dipersilakan murid-murid
dan guru-guru semua dapat berdiri dan menyanyikan lagu ini dengan penuh
semangat.

~~~~~~~~~~~~~~~~murid menyanyi 2 buah lagu~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih diucapkan.


TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023

DOA Hadirin,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati permulaan hari kita pada pagi ini, pihak majlis mempersilakan
……………………………………………………………………………………
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~bacaan doa~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

VISI & MISI Pihak majlis seterusnya mempersilakan


………………………………………………………………………
untuk memimpin lafaz misi dan visi sekolah. Dipersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~lafaz visi dan misi~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RUKUNEGARA Seterusnya, dipersilakan pula


……………………………………………………………………………….
bagi memimpin bacaan lafaz ikrar Rukunegara. Dipersilakan.
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023
MENGALU- Hadirin budiman sekalian,
ALUKAN
Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum petang mengail ikan;
Kehadian semua, kami alukan,
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

Majlis amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran semua warga SK.
Sungai Boh ke perhimpunan mingguan pada pagi ini. Untuk makluman semua,
perhimpunan mingguan kita pada hari ini turut diserikan dengan Majlis
Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SK. Sungai Boh Tahun 2022.

UCAPAN GURU Hadirin,


BERTUGAS Hari yang bermakna ini, akan diteruskan dengan sesi pesanan, laporan
guru bertugas pada minggu lalu serta sedikit penerangan ringkas mengenai
aktiviti Bulan Kebangsaan. Tanpa membuang masa, pihak majlis
mempersilakan Cikgu Mohd Zaki bin Mohamed Som untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~ucapan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih diucapkan.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PENTADBIR
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat tatapan untuk pahlawan,
Tampillah ke hadapan kami meminta,
Madah ucaptama sebagai panduan
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023
.
Seterusnya, pihak majlis mempersilakan Ustazah Nursuhaslina binti
Hassan (GPK Pentadbiran) untuk menyampaikan nasihat, ucapan dan
sekaligus merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK. Sungai
Boh Tahun 2022:

Dipersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ucapan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dipersilakan Ustazah Nursuhaslina bersama-sama GPK HEM dan GPK


Gimik Kokurikulum untuk menyempurnakan gimik ringkas pelancaran.

~~~~~~~~~~~~~~~~gimik~~~~~~~~~
Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin sekalian, seterusnya majlis mempersilakan Ahmad Fahiem Ghafrie


Sajak bin Rizal untuk mendeklamasikan sebuah sajak. Dipersilakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~sajak~~~~~~~
Terima kasih majlis ucapkan atas deklamasi sajak itu tadi.

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas nyanyian


Lagu Bahtera Merdeka yang akan didendangkan oleh Nurul Aliana binti
Abd. Karim. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
~~~~~~~~~~nyanyi~~~~~~~~
Terima kasih diucapkan.

Hadirin, sekarang marilah sama-sama kita berdiri baik guru mahupun


murid-murid. Marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dan
menyanyikan rangkaian Lagu-lagu Patriotik. Hadirin dipohon berdiri dan
menyanyi bersama-sama.
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023

~~~~~~~nyanyi~~~~~~~~~

PENUTUP Dengan nyanyian lagu-lagu patriotik itu tadi, maka berakhirlah


perhimpunan dan majlis kita pada pagi ini. Diharapkan murid-murid dapat
mengambil panduan dan menjadi warganegara Malaysia yang hebat.

Kita akhiri perhimpunan pada pagi ini dengan nyanyian Lagu Negaraku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~nyanyi Lagu Negaraku~~~~~~~~~~~~~


Sekian, terima kasih. Murid-murid boleh bersedia memulakan sesi
pembelajaran.
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023

**SEBUT “UP” DAN ANGKAT TANGAN KANAN. LAFAZ DENGAN BERSEMANGAT!!!

RUKUNEGARA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut :

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;

 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;

 KELUHURAN PERLEMBAGAAN;

 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;

 KESOPANAN DAN KESUSILAAN


**SELEPAS SELESAI IKRAR, SILA SEBUT ‘UP’ SEBAGAI ISYARAT TURUN TANGAN.
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023

** SEBUT “UP” DAN ANGKAT TANGAN KANAN. LAFAZ DENGAN BERSEMANGAT!!!

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang
Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023
**SELEPAS SELESAI IKRAR, SILA SEBUT ‘UP’ SEBAGAI ISYARAT TURUN TANGAN.

DOA
ِ ِ ِِ ٍ ِ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬
َّ , َ ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬
َ ‫َأص َحابِه َأمْج َعنْي‬
ْ ‫السالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬
َّ ‫َالصالَة َُو‬
‫يا اهلل يا رمحن يا رحيم‬

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh
umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah
hati kami terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh
hasutan syaitan.

‫يا اهلل يا رمحن يا رحيم‬


Kurniakanlah kesejahteraan,kebahagiaan dan keselamatan. Anugerahkan kepada kami
kesihatan yang sempurna , akal yang cerdas,hati yang terang,daya ingatan yang kuat
untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami
kasihi.

Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh serta pelajar yang berjaya di dunia dan
akhirat.Berikanlah kekuatan kepada warga pendidik di sekolah ini untuk mendidik dan
memimpin kami ke jalan yang Engkau redai.

Ya Allah, jadikanlah awal pagi ini, penuh kerahmatan, pertengahan hari kami
keampunan dan keberkatan dan akhir hari ini dengan keselamatan dan kejayaan yang
berpanjangan.

ِ ِ ُّ ‫َبَّنَا ءَاتِنَا يِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َويِف األخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬
، ‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّ َم‬ ِِ ٍ
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى حُمَ َّمد َو َعلَى ءَاله َو‬َ ‫َو‬
ِ ‫ب‬ ِِ
َ ِّ ‫َواحْلَ ْم ُدللَّه َر‬
‫العالَمنْي‬
TEKS PERHIMPUNAN SEKOLAH MINGGUAN 2022/
2023

Anda mungkin juga menyukai