Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN CIKGU JUDY

Semua murid dan guru diminta bersedia di hadapan peranti


masing-masing, pastikan mikrofon di dalam mod senyap,
kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh
bermakna.
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Yang diraikan, Puan Judy Marak Injan,


Yang Berusaha Pn Rohani Binti Ismail, Guru Besar SK Riam
Batu Dua.
Yang Dihormati Pn Regina Selai Anak Nipa, Guru Penolong
Kanan 1
Puan Rosica Anak Sungai, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Puan Norhayati Binti Tae’e, guru Penolong Kanan
Kokurikulum
Guru-guru, barisan AKP,
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dikasihi
sekalian.

Selamat datang ke Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”


sempena persaraan ,
Puan Judy Marak Injan.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara.
Pemanis kata selamat dating,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang
penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Abdul Ghafar. Manakala bagi yang bukan beragaman
Islam, diminta untuk bertafakul mengikut agama masing-
masing. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

…………………………..
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul
Ghafar atas bacaan doa itu tadi.

Majlis dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan


Berusaha Pn Rohani Binti Ismail, guru Besar SK Riam Batu
Dua, untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Rohani


Binti Ismail atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

4) PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, Marilah kita Bersama-sama menyaksikan


TARIAN BEKAS
persembahan tarian burung enggang, yang akan
MURID
dipersembahkan oleh bekas murid SK Riam batu dua, adik
Andrea Supang Steve. Dipersilakan
..
Maka itulah dia persembahan tarian yang telah
dipersembahkan oleh bekas pelajar sekolah kita. Jelas
kelihatan di situ bakat dan juga kemahiran yang ditunjukkan
oleh adik Andrea sebentar tadi. Majlis mengucapkan terima
kasih kepada Andrea.
5) Ucapan murid Jasamu dikenang
tahun 6
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita katakana atas segala bakti dan


kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Puan Judy
Marak Injan sepanjang perkhidmatan beliau di SK Riam
Batu Dua.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis


diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Mellyvianna
Pateh Anak Mockol. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Mellyvianna Pateh Anak


Mockol atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
6) Persembahan Hadiran sekalian, marilah sama-sama kita saksikan satu lagi
murid
persembahan sempena persaraan Yang Diraikan Puan Judy
Marak Injan, iaitu persembahan daripada adik Khaira
Zulaikha Binti Mohammad Zairul. Adik Khaira akan
mempersembahkan lagu Medley Bengawan Solo & Rasa
Sayang dengan menggunakan instrument electron.
Dipersilakan

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


……. persaraan YangDiraikan. Mudah-mudahan
persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan
kenang-kenangan buat kita semua.

8) bacaan biodata Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah
kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar
untuk ditelan. Tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat
dikandung badan.

Buah mengkudu buah bidara,


Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini hari terakhirnya,
Jasa baik sentiasa dikenang.

Hadirin hadirat sekalian,


Sebelum majlis menjemput yang diraikan, marilah kita
bersama-sama mengenali beliau dengan lebih dekat, sedikit
sebanyak sejarah serta latar belakang, yang diraikan.

Untuk pengetahuan semua, nama diberi, Judy Marak Injan.


Indah nama, seumpama dirinya, malahan juga,
personalitinya.

Dilahirkan pada 19 OKTOBER 1963, di BATU DANAU


LIMBANG, SARAWAK
Seorang insan berBANGSA BISAYA, dan merupakan ANAK
KE 6 DARI 9 ORANG BERADIK.

Puan judy menamatkan zaman bujang beliau dengan


mengahwini seorang jejaka pilihan hati, bernama Erang
Ngau. Segala puji kepada Tuhan, Puan Judy dan suami
dikurniakan sepasang cahaya mata, di mana anak sulungnya
diberi nama,

ERDYNA WENDY ERANG yang kini berusia 33 tahun dan


juga seorang Guru seperti ibunya, di SMK Subis, Miri.

Manakala anak Lelaki Puan Judy, diberi nama


ERWINDER MACKENZIE ERANG, berumur 30 tahun dan
merupakan seorang Pegawai di Human Resource Developent
Fund (HRDF) Kuala Lumpur.

Hadirin sekalian, Pendidikan Puan Judy bermula di SK BATU


DANAU LIMBANG, bermula dari DARJAH 1 , hingga
DARJAH 6, iaitu pada tahun 1969 sehingga 1974. Kemudian
beliau meneruskan pendidikannya di SEKOLAH
MENENGAH : SMK LIMBANG dari tahun 1975 sehingga
1980. Dan berakhir di MAKTAB PERGURUAN RAJANG ,
BINTANGOR bermula 1982 sehingga 1984.

Tidak lama selepas itu, Puan Judy kemudiannya menjadi


seorang guru sandaran terlatih, Selama 2 tahun lebih, dari
2 Januari 1985 hingga 31 Julai 1987
Kemudian disahkan dalam perkhidmatan bermula 1 Ogos
1987 sehingga hari semalam, 19 Oktober 2021.

Kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula, di SK LONG


JEEH , BARAM selama 4 TAHUN, bermula 2 JANUARI
1985 sehingga 31 DISEMBER 1988.

Diikuti dengan selama 7 tahun di SK RUMAH GUDANG,


BARAM bermula 1 JANUARI 1989 sehingga 31 NOVEMBER
1995.

Kemudian, beliau berpindah pula ke SK TEMENGGONG


DATUK MUIP, selama 19 TAHUN menabur bukti, bermula 1
DECEMBER 1995 hingga 31 DECEMBER 2014.
Maka selepas itu barulah, Puan Judy ditempatkan di SK
RIAM BATU DUA selama 6 TAHUN 9 BULAN 19 HARI,
bermula 1 JANUARI 2015 dan menamatkan perkhidmatan
beliau sehingga hari semalam, 19 OKTOBER 2021. Sudah
pasti tarikh ini akan menjadi satu tarikh keramat yang akan
kita semua ingatm kerana hilangnya seorang lagi guru yang
sangat disenangi, warga SK Riam batu Dua.

9) ucapan c judy Menjunjung adat, yang datang disambut, yang pergi diiring.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Dengan ini majlis dengan penuh rasa hormat dan penuh


kasih, menjemput dan mempersilakan yang diraikan, Puan
Judy Marak Injan untuk menyamapaikan ucapan terakhirnya
sebagai seorang guru, juga keluarga, SK Riam Batu Dua.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Judy


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Semoga segala
amanat yang disampaikan sentiasa tersemat padu, di jiwa,
berlegar tetap, di minda, kita semua

10) persembahan Majlis diteruskan dengan tayang montaj, khas sempena


montaj
persaraan Cg Judy. Majlis mempersilakan.
… Maka itulah dia tayangan montaj yang telah kita tonton.
Penuh kenangan yang tidak pernah sekali akan dilupakan.
11) penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Majlis
cenderahati
diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insanyang kita raikan
pada hari ini iaitu Puan Judy Marak Injan.
12) penyampaian Terima kasih diucapakan kepada yang terlibat. Majlis
hadiah kelas
diteruskan dengan penyamapaian hadiah setiap kelas untuk
Cg Judy
13) sesi bergambar Terima kasih diucapakan kepada yang terlibat. Seterusnya
gm
merupakan sesi bergambar secara maya Bersama Cg Judy.
Namun sebelum itu, terdapat satu sesi istimewa pada kali
ini, yang khas disediakan untuk cg judy, sebagai kenang-
kenangan. Dipersilakan.
14) punch kad Maka itulah dia tadi,
terakhir (rakaman)
Semoga menjadi kenang-kenangan untuk cg Judy dan juga
kita semua.

Majlis diteruskan dengan sesi clock out terakhir cg Judy


sebagai Keluarga rasmi SK Riam batu Dua. Majlis
mempersilakan
15) lambaian Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
terakhir
Sudah biasa kita dengari
patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti

Kenangan manis kekal selamanya


Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Judy tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Judy sentiasa sihat sejahtera…


Menyusuri hari-hari yang ceria….
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Tuhan sentiasa.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Puan Judy kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Cg Judy bertambah ceria dan bahagia
dalam kehidupan fasa baru Cg Judy.
Saya selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Sebelum bersurai, marilah kita Bersama-sama melakukan
lambaian terakhir kepada Cg Judy, semoga beliau sentiasa
dirahmati. Assalamualaikum dan selamat petang.

Sudah teradat si anak lelaki. Mati berjuang, berundur jangan. Berani kami
menjunjung adat. Bukan memberi kata dan puji. Hanya budi dalam ingatan. Buat
kenangan sepanjang hayat.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripadamurid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang
bertajuk Buatmu Guru. Dengan segalahormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan


persembahan yang cukupistimewa.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada


murid tahun 5A. Dengansegala hormatnya di persilakan.

Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othmanmelakonkan watak guru kesayangan mereka.
Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang
Diraikan Tuan HajiMawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.

Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan
untuk kita semua.

Tuan Haji Mawardi B. Othman

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada Puan HjjhRokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerimacenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.Kita akan mulakan dengan penyampaian
cenderamata daripada wakil-wakil kelas.Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-
sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4Arif, 4
Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt


Ismail untuk menyampaikancenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SKBPBS.

Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang
Dipertua PIBG untukmenyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang
diraikan Tuan Haji Mawardi B. OthmanSekarang kita jemput wakil pekerja untuk
menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yangdiraikan Tuan Haji
Mawardi B. OthmanItulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-
kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan HajiMawardi
B. Othman’
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman ataskesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudianYang Berusaha En. Saghir B.
Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji

Mawardi B. Othman sebentar tadi.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.Inilah yang dikatakan,
umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di
muaraUmpama berjalan telah sampai ke destinasi

.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
yang sudi meluangkanmasa bersama-sama memeri
ahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang
diraikan Tuan HajiMawardi B. Othman.

Assalamualaikum pembuka bicara

Madah disusun mengungkap rasa

Suasana suram pagi yang hiba

Bagai mengerti gelodak jiwa

CikguMawardi panggilan mesra

Guru veteran yang banyak berjasa

Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma

Tiga dekad begitulah lama

Dari muda hingga berusia

Menjalankan tugas dengan setia

Menabur bakti mencurah jasa

Tak terbalas dek pelajar semuaKini sudah tibanya masa

Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara

Hilanglah permata yang berharga

Hilang seri hilang cahaya

Anda mungkin juga menyukai